Monday, 23 October 2017

Hilang Yang Tiada Ganti

PengakuanKu

Aku anne, aku anak ke dua dalam tiga adik beradik . Aku antara anak yang paling rapat dengan ayah.

Ayah adalah seorang bapa yang garang, bapa yang paling tegas, kawan sekolah selalu memanggil aku dengan nama ‘anak askar’, ayah aku bukan askar tapi oleh kerana sifat dia yang garang semua orang senang dengan panggilan macamtu. Walaupun ayah seorang yang garang, aku tetap rapat dengan ayah. Sewaktu zaman sekolah rendah, aku akan dirotan menggunakan penyangkut baju, tali pinggang atau ranting kayu jika aku gagal hadir ke kelas mengaji, atau kitorang adik beradik bergaduh berebut remote tv. Aku pernah pergi sekolah dengan keadaan kaki yang bengkak sebab kena rotan dengan ayah, aku pernah tak boleh tidur sebab terlalu sakit akibat dirotan, tapi ayah rotan bersebab. Disebabkan kenakalan aku serta sifat aku yang malas untuk ke kelas mengaji aku antara yang paling teruk dirotan dalam ahli keluarga, tapi aku tetap rapat dengan ayah. Kekadang aku menangis peluk ayah, dan aku tau ayah pun tak nak semua tu berlaku, tapi disebab kan dia nak anak dia berguna di masa hadapan , hukuman perlu dilakukan untuk setiap kesalahan.

Kami adik beradik diberi didikan yang sangat tegas dari kecil hingga menginjak dewasa. waktu darjah enam, aku sangat aktif dengan permainan hoki, disebabkan kekangan masa, aku tak sempat hadir ke kelas mengaji, dan aku berpakat dengan guru agama agar perkara ini tidak di sampaikan kepada ayah, namun aku lupa orang alim mana pandai menipu, perkara ini telah sampai ke pengetahuan ayah, dan sebagai hukuman, aku tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan hoki yang akan berlangsung, aku sedih tapi kena terima hakikat sebab salah diri sendiri.

Aku pernah di denda tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah oleh sebab aku terlalu leka bermain hujan dengan kawan seangkatan sehingga lupa untuk balik rumah, sebagai denda aku tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah, sehingga baju aku kering di badan. Mak dah nangis tengok aku, ayah dengan muka garang tak bagi mak manjakan aku. tapi aku dapat masuk rumah jugak dengan pertolongan mak. walaupun aku dirotan pada siang hari, waktu malam sebelum tidur aku tetap cari ayah, sebab peluk ayah best, perut ayah boroi, so kalau tak dapat peluk tu memang tak boleh tidur, dan ayah akan sapu minyak di tempat yang luka atau kesan lebam akibat di rotan.

Kami adik beradik telah ditetapkan peraturan, dan wajib untuk dipatuhi, tapi aku antara yang ingkar. Aku pernah pergi sekolah dengan keadaan baju yang ada kesan kicap. Hal ini kerana, mengikut peraturan ayah , kami tak dibenarkan makan selagi tak tukar pakaian yakni tukar baju sekolah kepada baju biasa, entah macam mana sewaktu kejadian aku lapar teramat lapar, aku makan dengan berpakaian lengkap baju sekolah, sebagai denda ayah telah memberi amaran kepada mak agar tidak mencuci pakaian sekolah aku yang kotor, dan aku diwajibkan pakai pakaian tersebut selama dua hari. Dan aku dengan penuh sesal hadir ke sekolah dengan baju yang comot kesan kicap yang tumpah pada baju.

Sewaktu kami adik beradik menginjak dewasa yakni di alam sekolah menengah ayah kurangkan sedikit ketegasan, tapi bukan bermakna membiarkan kami bebas melanggar peraturan yang ditetapkan, kami tetap ikut peraturan yang ayah bagi, contoh kami perlu berada dirumah sebelum azan maghrib, dan aku pula sudah jarang di rotan sebab kenakalan aku berjaya dikurangkan. Dan sebagai hadiah untuk budak baik seperti aku (just kidding), aku dapat naik motosikal keliling kampung dengan ayah, aku peluk erat perut ayah yang boroi, aku bangga dapat naik motosikal keliling kampung dengan ayah.

Kakak aku berjaya ke menara gading, dan ayah antara yang paling gembira sebab anak dia berjaya, dan aku gagal masuk universiti, tapi aku sambung belajar ke tingkatan enam . Tapi ayah tetap bangga dengan aku. Dan aku masih menjadi anak kesayangan ayah. menjelang penghujung tahun 2009 cuti sekolah pun bermula. Cuti sekolah yang panjang membuatkan aku terfikir untuk berkunjung ke rumah kakak di ibu kota. Dengan keizinan ayah dan mak maka aku pun berangkat ke ibu kota, dan aku janji dengan ayah aku akan pergi selama dua minggu sahaja.

Hari berganti hari, menjelang dua minggu aku tinggal dengan kakak. Pada pagi 4 Disember 2009, aku mendapat panggilan dari ayah yang menyatakan dia tidak sihat dan akan mendapatkan rawatan di sebuah hospital berdekatan dengan rumah, dan ayah menyatakan bahawa dia masih ok, dan hanya perlu mengambil ubat sahaja, dan kami menamatkan perbualan di telefon. Tepat jam 12.45 tengah hari. Aku mendapat panggilan dari ibu saudara yang menyatakan ayah telah pergi menghadap illahi, dan perasaan aku waktu tu sukar diungkap dengan kata-kata. Tubuh aku lemah, dan minda aku separa sedar, aku tepuk pipi aku, aku cubit lengan aku degan harapan ini semua hanya mimpi . Namun, bila aku mendapat penggilan dari adik beradik yang lain membuatkan aku sedar, aku kehilangan ayah. Ayah pergi meninggalkan aku pada hari Jumaat yang mulia.

Sewaktu melihat jenazah ayah, air mata aku mengalir tanpa henti, masa tu aku harap ada keajaiban, dan aku bayang kan ayah hanya tidur bukan meninggal dunia. Aku teman ayah dengan bacaan yassin tanpa henti sehingga hari menginjak ke pagi, masa tu aku nak ayah tau, aku tak kan tinggal kan ayah sorang-sorang. Sehingga jasad ayah dikebumikan aku masih terasa semua ni bagai mimpi, mana mungkin ayah tinggal kan aku, aku masih perlu kan ayah, dan aku bertambah sedih bila mendapat tau bahawa sebelum ayah menghembus kan nafas yang terakhir, dalam kocek ayah ada duit perbelanjaan untuk aku. Aku ralat sebab aku tak dapat tengok ayah untuk kali terakhir.

Aku hampir tidak dapat meneruskan belajar sebab hilang fokus, namun dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan aku berjaya menghabiskan pengajian dan result STPM aku cemerlang seterus nya melayak kan aku untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti.

Walau di mana aku berada, aku tak lupa jasa ayah serta kenangan aku dengan ayah. Aku akan bawa baju terakhir yang ayah pakai, baju kegemaran ayah. Sehingga di saat ini aku gagal untuk menghabis kan bacaan yassin tanpa iringan air mata . Dan sehingga di waktu ini aku langsung tidak memanggil ayah aku dengan panggilan ‘arwah’, walau pun ia mendapat tentangan yang maha hebat dari orang sekeliling agar aku redha dengan setiap percaturan Allah, jiwa aku memang redha tetapi minda masih gagal untuk melupus kan ingatan terhadap ayah. Walau pun pemergian ayah menjangkau 9 tahun pada penghujung tahun ini, aku masih selesa dengan panggilan ayah, Walau pun orang sekeliling perlahan-lahan telah melupakan ayah aku tetap anggap ayah ada dengan aku, panggilan arwah pada pandangan aku akan menjarakkan aku degan ayah, dan aku tak nak ayah jauh dengan aku.

Aku tamat kan penulisan aku dengan harapan agar orang-orang yang masih memiliki ayah agar bersyukur dengan kehadiran mereka. Anda masih mampu memeluk tubuh ayah anda, sedangkan kami yang kehilangan insan bergelar ayah hanya mampu memandang. Kehilangan ayah membuatkan aku sedar, insan bernama ayah adalah kurniaan dari Allah yang tiada galang ganti, sayangi ayah anda. sayangi keluarga anda. Nikmatilah moment indah bersama sebelum ia perlahan lahan pergi meninggal kan kita dalam keadaan kita leka dengan dunia dan secara tak sedar kita kehilangan orang yang kita sayang.

– ANNE

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.