Hi semua. Aku terpanggil untuk hantar confession ni lepas baca confession pasal ajak solat. Aku segan nak komen secara terus terang so aku komen melalui confession ni.
Ada yang menyatakan solat tu dah memang wajib tak kan tak tahu, tak kan nak bersuruh atau bertegur. Sebenarnya tak semua manusia beruntung dilahirkan dan dibesarkan dalam environment yang mementingkan keagamaan. Kesedaran, rasa malu atau tanggungjawab tu takkan wujud serta merta tanpa triggernya. Aku ambil diri aku sendiri sebagai contoh.
Aku membesar melihat ayah aku memang solat tapi dia solat sendiri. Mak aku ada business sendiri so dia memang sentiasa sibuk dan jarang solat. Kami adik beradik tak pernah di ajak atau di suruh solat. Belajar solat dan agama di sekolah tetapi sebagai mata pelajaran saja. Sama macam matematik & sains, belajar untuk periksa bukan belajar untuk digunakan seharian. SPM dapat A1 tapi kehidupan seharian ke laut.
Zaman universiti pon sama je. Member-member aku bercampur ada yang rajin solat dan ada juga yang sama species dengan aku. Kami duduk serumah tapi bab solat atau agama ni memang hal masing-masing tiada ajak mengajak atau tegur menegur. Kalau keluar bersama time solat tu diorang akan ke surau dan aku rajin jugak ikut sama tapi sebagai penjaga beg. Rasa malu? Tiada langsung. Kenapa? Mungkin sebab aku tak pernah langsung sedar tentang kepentingan atau tanggungjawab tu dan tak pernah ditegur pasal bab-bab tu. Dan mungkin juga hati dah terlalu hitam..
Masuk alam pekerjaan kehidupan aku still sama. Tapi mak aku dah bersara dari business dia. Dia mula sertai aktiviti masyarakat dan bercampur gaul dengan jiran tetangga. Masa aku balik rumah time cuti aku agak terkejut juga bila dia bercerita pasal kehidupan dia. Dia sekarang dah join geng marhaban dan yasin. Dia belajar mengaji setiap hari Khamis-Sabtu. Dia kata mula-mula tu memang malu lah dah tua bangka baru nak belajar. Tapi lama kelamaan jadi seronok pulak. Dia takde tegur atau ajak aku kearah keagamaan dia just bercerita.
Dalam 2-3 bulan lepas tu dia borong banyak telekung cantik-cantik. Dia hadiahkan dekat aku dan menantu dia. Dia juga belikan Al-Quran digital untuk cucu-cucu dia. Dia kata main ni lagi seronok dari main game kat handphone. Masuk bulan puasa, Aku memang jenis puasa je tapi tak solat. Mak aku buat kali pertamanya ajak aku ikut dia solat terawih. Dia kata jom lah ikut, seronok tau moreh ramai-ramai.. mana tau leh jumpa jodoh ke kan.. Dari hari itu aku start belajar balik tentang solat. Yelah tak pernah practice kan. Mak aku pon ada belikan aku buku panduan solat wajib dan solat-solat sunat. Dia pon selalu buka rancangan agama yang lawak sempoi, dia ajak aku tengok sekali. Sekali sekala tengok Tanah Kubur jugak.
Aku rasa bersyukur sangat Allah beri peluang kepada kami untuk berubah. Mak aku dia selalu bercerita, kira dia berdakwah secara lembut. Dia cakap dia selama ni dah tersalah mendidik anak anak dia. Dia dah tua baru tersedar dan rebung pon dah jadi buluh dah agak terlambat untuk dilentur. Sekarang ni dia hanya mampu berdoa, bagi galakkan dan contoh yang terbaik. Hati aku sangat tersentuh bila dengar dia cakap macam tu. Ada yang bagi komen bahawa solat tu bukan ikutan. Tapi bagi aku solat aku bermula dari “ikut” mak aku. Dari ikut tulah baru timbul kesedaran dan kebiasaan. Dari terpaksa dan memaksa diri kini rela dengan sendirinya. Dan syukur juga aku dapat roommate yang solatnya terjaga. Bila tengok dia masuk waktu je terus solat, aku dengan sendirinya rasa malu. Ye, malu. Selama ni tak pernah aku rasa malu tapi aku perasan bila aku start berubah ni malu tu tiba-tiba hadir. Mula-mula dulu rasa malas tu tetap menebal, tapi bila dah aku paksa diri ni solat setiap waktu kadang-kadang bila aku tak solat rasa resah dah gelisah tak terkira. Perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni.
Aku beruntung sekurang-kurang aku ada seseorang yang akhirnya tegur dan ajak aku bersolat. Dialah yang menjadi trigger kepada perubahan aku. Kalau boleh korang sama-sama menjadi trigger kepada orang lain pula. Aku yang masih lemah ni selalu tegur dan ajak diri aku sendiri bersolat. Setiap waktu solat, hp aku akan bagi alarm supaya aku tak terhanyut lagi.
– Sofi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment