Assalammualaikum.. Nama aku ara,umur 23 dan tinggal di kl. Aku akan ceritakan berkenaan tajuk diatas .Aku sudah dua tahun tidak bekerja selepas graduate dari sebuah kolej swasta. Bukan aku tidak pernah mencari, setiap hari aku berusaha apply di indeed, jobstreet, maukerja dan ada masa aku akan pergi ke pameran kerjaya. Sememangnya ada yang sangkut sepanjang masa itu tetapi kebanyakannya jauh dari tempat tinggal dan lari sangat dari bidang aku.
Mungkin akan ada yang kata aku memilih kerja, just grab je mana² peluang yang ada. aku tahu zaman sekarang sangat susah mendapat pekerjaan dengan ekonomi yang sekarang. Untuk makluman,aku ada dua penyakit yg kritikal. Itu menyukarkan dan menghadkan lagi aku untuk bekerja walaupun aku tahu ianya sukar untuk sesebuah syarikat menerima orang seperti aku. kerap sakit, kerap pergi hospital, segalanya terbatas. Siapa tak sedih saat melihat kawan² lain sudah pun bekerjaya, dapat menghulurkan wang kepada family tetapi aku masih mencari² pekerjaan yg bersesuain dengan tahap kesihatan aku.
Adakalanya setiap kali aku dapat kerja, pasti sebelum tu aku akan jatuh sakit ataupun masuk wad.Aku terpaksa tangguhkn kerja dan sementara tu aku meniaga online jd dropship jual tudung, kadang² aku jual makanan dekat rumah. Tetapi aku tidak mengalah dan masih mencari lagi sehingga satu masa aku down sangat² kenapa aku susah dpt sedangkan yg lain rezeki mereka senang je. Lepastu aku cepat² muhasabah diri, aku pujuk diri aku. Aku cakap ni bahagian aku untuk Allah uji, orang lain bahagian dia lain².Rezeki dapat tak sama, ada yg susah² dahulu baru datangnya senang. Dan paling buatkan aku kuat balik ,dgn ujian² mcm ni lah lebih dekatkan aku dengan Allah, lebih ingatkan aku tentang erti syukur.Aku pohon pada Allah beri rezeki yang Halal, yg Allah redha dan berkati dunia akhirat.aku sangat menitikberatkan soal ini.
Dan baru² ini aku dapat satu lagi pekerjaan yg sangat² aku tunggu selama ni. Alhamdulillah.tetapi Allah uji lagi sekali aku ditimpa sakit, Allahu. Mungkin ada yang tidak percaya, itu tidak mengapa sbb aku tahu orang tidak akn merasai apa yg kita rasa selagi diri sendiri tidak menghadapinya. Pandangan negatif biasa aku dapat waima dalam kalangan keluarga sendiri. Semua tu satu motivasi bagi aku untuk kuat dan buktikan aku boleh berjaya juga dan mampu setanding orang yg bekerjaya.Hari² aku mengadu pada Allah, doa pada Allah.aku lawan sakit aku,makin kuat aku lawan.. Makin kuat ujian yang datang dan bertambah kesakitan tu.bagi aku usaha selagi mampu, pelbagai cara aku rawat dan jika operate, rasa sakit takkan hilang sampai bila² .cuma boleh kurangkn shj kesakitan tu.Aku terima, aku redha, aku berlapang hati. Allah takkan uji jika hamba-Nya tidak mampu. Dan aku tahu aku boleh hadap, saat orang pertikaikan itu ini, saat itu aku sentiasa berdoa pada Allah, kuatkan aku.. Tabahkan aku.pintu rezeki Allah itu luas.
Alhamdulillah, aku yakin dengan niat aku ingin meniaga. Jual kek dan biskut secara kecil-kecilan dulu mudahan menjadi jalan pembuka rezeki yg luas kelak. Aku yakin ini jalannya yg Allah beri pada aku, selalu aku berniat agar Allah beri apa yg aku perlu, yg bersesuain dgn kesihatan aku. Maha Suci Allah, ini ialah minat aku sejak dulu. Impian aku, sungguh Allah betul² beri apa yg aku perlu dan mampu.yang penting jgn putus asa ,jgn salahkan takdir tetapi bangkit dan soal diri kita kembali dimana silapnya dan dimana Allah dihati dan kehidupan kita. Bila bergantung 100% dan yakin dgn Allah. Inshaa Allah jalannya sangat mudah dan pasti terpancar sinar bahagia kelak. Lambat/cepat.bagi mereka yg sakit, jgn putus asa. Jalan itu sentiasa ada selagi kita berusaha, kita usaha kita akn dpt.jgn bersedih dgn kekurangan yg kita ada. Allah dah atur bahagian kita. Doakan aku sihat dan perniagaan aku ini berkembang maju kelak. Aku juga doakan kebahagiaan/kejayaan semua dunia dan akhirat.
– Ara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment