Saturday, 28 October 2017

Jangan Jadi Perosak Rumahtangga Orang

PengakuanKu

Salaam ‘alaykum aku ucapkan kepada semua pembaca IIUMC, aku harap kalian semua dalam keadaan yang baik.

Tidak perlu aku jelaskan nama aku, aku hanyalah seorang anak kepada emak dan ayahku yang prihatin akan hubungan ibu dan ayahku. Aku anak sulung, lelaki dan berumur akhir belasan tahun.

Pengakuan aku bukanlah mengenai hubungan ibu dan ayahku, tetapi orang sekeliling ibu aku. Mereka baik-baik sahaja In shaa Allaah. Ceritanya, semasa aku menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), ibuku telah mengadakan kumpulan sokongan ibu bapa untuk menyediakan makanan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan. Kiranya, macam bagi moral support dan make sure anak-anak well-fed la, nak exam kan. Fast forward sampai habis exam, mak aku pun berkawan la dengan beberapa orang emak yang juga ibu kepada rakan-rakan ku. Tak sangka pulak, boleh jadi clique sampai ke hari ini.

Mereka satu kumpulan ni housewives, termasuk la ibu aku. Dan mereka pun buat la whatsapp group. Awal-awal, ok la, share pasal masak, berbual pasal hal rumah tangga dan keluar makan sama-sama. Aku kenal kawan-kawan ibu aku ni, ada yang dari sekolah rendah sampai la aku masuk kolej, sama sekolah dengan anak-anak dorang.

Namun, apa yang membuatkan aku kurang senang dengan mereka ni, suka bergosip mengenai rumah tangga orang. Mak aku ada la bercerita, seorang dua dalam group tu memang suka mengumpat hal orang, cakap suami orang itu ini. Masa keluar makan, mula la, suami orang tu curang la, main belakang la etc. Mak aku memang tak layan la, sebab dia tahu benda ni berdosa dan tak nak terkena dekat batang hidung sendiri. Mak aku memang suka berbual, tapi hal-hal penting dan benda-benda yang tak melibatkan orang lain la. Jadi, kalau keluar dengan group tu, memang tak banyak cakap. Sampai la satu hari, mak aku cerita, mereka keluar makan, dan salah seorang daripada mereka cerita pasal orang yang bekerja seperti ayah aku (ayah aku tidak bekerja di office dan selalu outstation), berlaku gatal di tempat kerja sebab ‘boleh pilih orang yang bekerja dengannya’. Maksudnya, orang yang mempunyai kedudukan seperti ayah aku boleh pilih ‘co-workers’ dia.

Mak aku pun triggered la, jadi tegang sikit dekat meja makan tu. Sampai salah satu kawan dia tenangkan dia (may Allaah bless auntie G). Alhamdulillaah dalam circle tu, ada salah seorang yang pernah bekerja dalam industry ayah aku, dan apabila mak aku tanya dia, dia cakap benda tu merepek. Takda basis. Nampak tak betapa hodohnya mengumpat? Dah la mengumpat, menipu.

Sejak hari tu, mak aku selalu tanya aku, ayah aku macam tu ke? Sebab ada case orang seperti ayah aku curang. Bagi aku, aku dah kenal ayah aku hampir dua dekad dah, dan dia bukan orang macam tu. Aku pernah pergi kerja dengan ayah, dan dia takda masa nak layan perempuan lain. Kawan-kawan dia pun orang elok-elok, family-guy kind of uncles. Takda hanky panky la. Aku kesian dengan mak aku sebab kena layan benda remeh-temeh macam ni. Walau pun dia tanya berapa kali pun, aku tetap jawab elok-elok, because doubful people need assurance. Kalau kau marah, lagi la dia sangsi. Jawab elok-elok tapi dengan firmness.

Sejak haritu, aku memang menyampah apabila mak aku nak keluar makan dengan dorang. Aku hanya berkenan dengan dua orang aunties dalam group tu, sebab dorang pun tak suka bercerita pasal orang. Yang selebihnya, hm. Mak aku pun dah cuba jauhkan diri daripada orang-orang toksik cam dorang.

Aku pun perasan, ada orang luahkan perasaan mengenai rumah tangga dekat IIUMC ni. Nasihat aku, to fix the relationship with your spouse, return to the religion. Learn Tawheed, learn the correct aqeedah, learn the rights of your spouses. Lagi kita tulis dekat sini, lagi la ramai syaitan bertopengkan manusia, instant mufti cuba bagi nasihat yang tak munasabah. Your personal problems do not need social attention. Seek help from the right channel. Aku tulis di sini sebab nak bagitahu, jangan la sibuk mengata rumah tangga orang. Kita sibuk bagi verdict untuk marriage orang lain, orang tu bodoh la kahwin dengan orang baru kenal, orang tu bingai la tak reti nak lari daripada marriage toxic, orang itu ini la, speech is easier than action.

Dan satu lagi, kalau ada clique kawan, jangan la sibukkan cakap pasal orang lain. Mengumpat tu dah terang-terang dosa. Tak malu ke kalau kena dekat diri sendiri? Susah ke kalau duduk semeja tak cakap pasal orang? Ke memang dah norma masyarakat kita, kalau duduk berkumpul, tak kira laki perempuan, mulut tak lepas mengata.

Natijahnya daripada mulut tak guna makcik tu, mak aku pun tanya la ayah aku, ada ke polisi macam tu dalam company ayah aku? Ayah aku pun naik marah la, sebab kena layan benda-benda macam ni. Ayah aku tak marah mak aku, dia cuma bengang dengan mulut jahat makcik tu. Sebenarnya, ayah aku memang tak berkenan dengan makcik tu, sebab dia banyak je cakap, tapi bila nak implement, hancur. Dia terlibat dalam program sekolah jadi orang tahu la. Tin kosong punya makcik.

Aku rasa aku dah cakap banyak dah. Bagi aku, tak perlu la kau hasut orang ada doubts dalam marriage mereka. Kalau kau rasa nasihat kau tu tak membawa ke mana-mana, tak payah la nak cakap apa-apa. Kenapa nak rosakkan rumah tangga orang? Kalau kau punya tak bahagia, jangan la rosakkan orang lain punya. How many couples are you willing to wreck until you feel happy? Kau suka tengok orang bercerai berai? Tak tercapai akal kan? Sayangnya, orang kita memang suka benda macam tu, daripada bergosip, sampai ke menyihir. Sadis betul. Aku kenangkan makcik tu setaraf umur ibu aku je dan dia ibu kepada rakan aku, kalau tak dah lama aku basuh dia sebakul dua.

Satu lagi, elakkan la baca KRT ataupun hantar luahan perasaan dekat KRT sebab takda gunanya. Daripada kau elok bersayang-sayang dengan pasangan kau, kau curiga dengan dia lepas baca cerita orang curang. KRT bukan pakar rumah tangga. Baca comment pun sakit hati. Akak-akak, abang-abang, makcik2, pakcik2, hal rumah tangga ialah sesuatu yang sangat confidential. Aku tahu aku pun takda la tua mana nak nasihat, tapi benda macam ni, tak semua orang perlu tahu. Sedih bila tengok ada unnecessary third-party intervention dalam perkahwinan seseorang. Aku doakan sesiapa yang baca ni, dikurniakan rumah tangga yang bahagia dan apa-apa masalah yang melanda, diselesaikan dengan cara baik. In shaa Allaah there’s light at the end of the tunnel.

Semoga kita dirahmati Yang Maha Esa.

Sekian

– Anak Mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.