Assalamualaikum.Thanks
admin approve confession aku. Aku nak citer pasal abah aku.
Abah baru je meninggal dunia 10 hari lepas. Sedih tu sedih, tapi lebih kepada redha. Bayangkan kelmarin sebelum abah aku ‘pergi’ abah aku sempat call aku tanya pasal roadtax kete. Tulah last aku cakap dengan abah.
Alhamdulillah, abah meninggal mudah sangat. Malam demam, esoknya bawak pegi hospital. Kemudian, abah sedar kejap. Sempatlah abah pesan kat ibu suruh restock barang dapur. Cakap macam biasa kemudian terus tak sedarkan diri. Pukul 3 pagi esoknya tu, abah menghembuskan nafas terakhir. Pukul 10. 30 pagi haritu jugak dah selesai kebumi semua.
Abah aku ni pesara polis. Dulu dia mintak pencen awal sebab dah sakit tak boleh nak keje. Abah sakit lagi teruk time tu aku tengah ambik SPM. Abah duduk terlantar kat hospital sampai sebulan. Aku ingat lagi berjurai2 airmata kat paper chem fikirkan pasal abah takut tak sempat jumpa. Basah weyh paper tu. Tapi, abah panjang umur. Selepas sebulan terlantar kat hospital abah sembuh balik. Tapi takdelah sesihat seperti sebelumnya.
Abah aku ni jenis mulut laser, jenis maki direct depan2 takde tapis punya.Tapi hati dia baik. Ada sebab kenapa dia macamtu. Abah jaga kakak dia yang tak berapa nak sihat akalnya. Adik beradik yang lain semua ‘buang’ makcik aku ni. Semua taknak bela. Abah jugak yang jaga pakai, makan minum, tempat tinggal semua lengkap. Hari ada appointment doktor, pun abah jugak yang bawakkan pegi klinik. Orang lain semua tak ambik peduli. Rumah yang makcik aku duduk skang ni pun hasil titik peluh abah aku sendiri. Dia yang belikan simen, batu-bata, papan, nak buat rumah.
Aku dengan abah jarang cakap heart to heart, kalau cakap pun bergaduh je. Tapi aku rajin ikut abah pegi mana2. Time kecik2 selalulah ikut abah aku pegi keje.Kang abah bawak aku pegi ronda-ronda masuk dalam bilik enjin bot. Punyalah berselirat enjin2 tu, terfikir aku patutlah abah botak. Hahahaha
Ayat paling deep abah penah cakap dengan aku “Nanti awak masuk asrama, abah dah takde kawan”. Pastu aku jawab balik “Ibu, adik-adik kan ada”. Pastu abah jawab “Tak sama”. Sedihnya tu Tuhan saja yang tahu. Dahlah tengah joging, orang tengok aku pelik je kenapa budak ni menangis-nangis.
Emak kandung aku meninggal dunia mase aku sekolah rendah. Setahun selepas arwah mak meninggal, abah kawen dengan ibu. Ibu aku dah anggap macam mak sendiri. Ibu yang banyak tolong jaga abah,sampai saat terakhir abah ibu tetap disamping abah. Bagi aku, ibu adalah pasangan terbaik Allah kurniakan untuk abah selepas kematian arwah mak. Cukup lengkap ibu jaga abah & kami adik beradik. Takde sikit pun yang kurang.Ibulah yang sambung buatkan bekal untuk aku ke sekolah sebab masa arwah mak hidup, aku memang tiap-tiap hari bawak bekal.Bangga ibu bila aku cter kawan-kawan yang aku selalu share bekal makanan dah jadi orang-orang berjaya.
Sampailah harini, aku terasa macam abah ada je lagi. Aku kesian tengok ibu sebab ibu dah takda kawan nak borak2. Mintak ye para pembaca kuatkan hati kami & sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah & arwah mak aku.
Nak pesan untuk korang semua yang masih ada ibu bapa, janganlah bertangguh nak buat kebaikkan & kebajikan untuk diorang.Ada kesempatan, rajin-rajinlah jenguk diorang. Tolong apa yang patut. Sebab kita taktau bila Allah tarik nyawa diorang. Sekian.
– Ciku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment