Assalamualaikum, hai.
Aku harap post ini akan dipublish. Kalau tak dipublish, pun tidak mengapa. Kalau dipublish, terima kasih ya admin. Harap admin hide tentang saya.
Aku perempuan. Itu saja tentang aku. Bukan ini yang aku nak cakap tapi tentang…
Lucah.
Aku pun tak tahu nak letak tajuk macam mana. Sebab keliru dan sedih.
Ya, sedih.
Kisahnya begini.
Aku tadi sengaja bukak instagram adik aku. Adik aku lelaki dan berusia belasan tahun, dan bersekolah menengah. Masih muda lagi. Belum lagi menduduki peperiksaan PT3 atau SPM jadi boleh agak kan umurnya berapa?
Aku sengaja je buka search adik aku dan aku ternampak dekat Recent Search adik aku ada satu account ‘cikgu_na**al’ (aku terpaksa hide sebab takut ianya mengaibkan sesiapa) dan aku pun click lah account tu dan sungguh mengecewakan…
Semua nya gambar perempuan yang tak menutup aurat, yang bertudung singkat yang menampakkan dada, berseluar ketat dan terlalu banyak lagi yang tak mampu aku tulis sebab terlampau malu dengan kaum sendiri. Aku sedih.
Tapi lebih menyedihkan, aku buka ruang komen, semuanya budak lelaki. Pelbagai komen pelik-pelik dan tentu lah komen yang berunsur lucah yang banyak di ruangan komen tu. Cukup menyedihkan dan buat aku malu bila membacanya. Moga kalian sedar apa yang kalian buat itu salah.
Tetapi apa yang PALING MENYEDIHKAN AKU
Ialah
Kebanyakan yang komen lucah semuanya lelaki yang belasan tahun. Yang masih bersekolah rendah!
Tak mampu aku nak tulis apa mereka cakap sebab ianya sungguh memalukan dan mengecewakan. Allahuakbar. Sedih, luluh, semua ada.
Aku sedih sebab aku pun ada adik lelaki.
3 orang. Seorang yang sekolah menengah dan dua orang lagi masih lagi di sekolah rendah. Cukup merisaukan aku bila memikirkan hal ini.
Allahuakbar.
Sedih sangat aku. Luluh hati bila baca komen-komen adik-adik kecil yang masih belasan tahun, yang masih bersekolah rendah.
Rasa seperti mahu sahaja aku tegur/ dm mereka elok-elok dan beri nasihat secara lembut tapi siapa sahaja aku ni. Entah mereka baca atau tidak.
Aku doa moga adik-adik mendapat hidayah daripada Allah dan kembali ke jalanNya.
Kepada ibu bapa, pantau lah anak-anak anda. Kalau boleh, kalau anak anda ada akaun media sosial, anda minta lah password media sosial mereka supaya boleh lah anda pantau tapi sebaiknya ialah tak payah beri langsung telefon bimbit!
Bukan anak lelaki sahaja, anak perempuan pun sama juga.
Kalau mereka boleh follow dan komen gambar-gambar di akaun itu, apatah lagi tengok video pornografi? Nauzubillah. Minta sangat dijauhkan.
Tolonglah, saya merayu sangat. Pantau lah anak anda. Lihat dan pantau lah apa yang mereka buat.
Benar kata orang tua, ada anak itu ‘best’, hebat tapi KETAHUILAH! Mendidik anak itu paling susah.
Buat wanita, gadis, kakak dan siapa sahaja yang rasa dia perempuan, saya nak pesan..
Tutuplah auratmu, jagalah aurat mu. Dirimu begitu berharga. Andai kamu dah sentiasa selfie dan letakkan selfie anda dekat media sosial dan dipertontonkan oleh lelaki atau berpakaian seksi yang mencolok mata ,ketahuilah.. Sebenarnya anda sangat layak untuk dikurangkan harga hantaran. Kenapa saya berkata begini? Fikirkanlah mengapa. Wanita itu mahal nilainya. Jaga lah dirimu. Tutup lah aurat dengan sempurna. Kalau susah sangat nak tutup aurat, malas sangat,
Fikir satu je.
Fikir suami (buat yang dah berkahwin)
Atau fikir lah ayahmu
Kerana mereka yang menanggung dosamu. SANGGUPKAH KAU LIHAT MEREKA DISEKSA KERANA DIRIMU? SANGGUPKAH DIKAU?
SANGGUP KAU BIARKAN MEREKA TERBAKAR DI API NERAKA?
Allahuakbar. Nauzubillah.
Satu sahaja saya pesan, tutuplah auratmu kerana dirimu sangat berharga.
Maafkan saya andai penulisan saya sungguh teruk. Saya masih muda dan mentah lagi. Minggu depan saya akan menduki peperiksaan PT3. Doakan saya ya! Maafkan saya sangat-sangat kalau ada yang terasa. Pergi dulu :)
– W
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment