Wednesday, 28 February 2018

If I Were A Boy II

PengakuanKu

Hi dan Assalamualaikum, aku pernah post sekali kat sini and kalini aku nak minta pendapat drpd orang ramai.

Disebabkan ayah aku masih tak sedarkan diri, aku dapat rasa sedikit kebebasan walaupun aku sebenarnya kesian kat ayah aku sebab anak-anak lelaki ayah langsung tak pi jenguk ayah walaupun nak tukar turn utk jaga ayah. Katanya buzy kerja la shoot laa. Dah tiga malam aku je yang stay sini jaga ayah. Termasuk malam ni.

Ingat lagi tk aku ada ckp aku amik kursus jangka pendek kt kawasan sekitar rumah aku? Aku dapat sms drpd cg aku, cakap tawaran diploma utk pelajar kursus masih ada kosong Taknak try ke. Sebab g daftar bulan 7 so, aku tanpa pikir panjang aku cakap ya sebab tempat terhad. Aku excited sangat.

Tapi, aku pikir balik. Macammana dengan mak kalau aku takde nnti? Siapa nak tolong mak masakkan juadah utk berniaga? Siapa yang nak kemaskan rumah? Siapa yang nak sidai baju? Harapkan Beng? Kiamat.

Aku ada try minta pendapat mak, mak ckp ada tawaran pergi jelah. Ikut kawan kawan lg pun akak dah 21. Mak teringin nak tengok anak mak sorang pakai jubah macam Saiful jiran sebelah. Mak izinkan tapi macammana dengan ayah?

And then, aku minta pendapat dengan orang yang lagi tua iaitu Mak cik ram. Tokey kedai jahit yang aku part time. Dia cakap apa salahnya kalau kakak nak belajar, selagi umur masih muda pergi la merantau nanti dah tua jadi macam makcik. Pergi mana pun dah tak larat. Then makcik ram siap offer nak g hantar aku nnti time bulan 7 tu kalau takde transport.

Aku excited sangat, tapi isunya sekarang tentang tengahari tadi. Tadi, abang mie, fad balik rumah sebab break nak lunch pastu Mak bersuara tanya abang mie dengan fad pasal diploma aku tu. Time tu lak aku nak masuk dapur dah tapi dengar je pasal tu aku menyorok pastu curi -curi dengar. Nak tgk pendapat dorang mcmmmana.

Tau tak dorang cakap ape,

“Mak ni sukati je bagi kakak lepas merata, nnti kakak g bandar jadi bukan bukan siapa tanggung, kami anak lelaki jugak, abang mie tak setuju sebab kakak tu perempuan. Perempuan kena stay rumah! Belajar tinggi-tinggi buat apa. Nnti balik kerja jugak dengan makcik ram tu”

Lepastu mak cakaplah, kakak tu pun nak ada kehidupan sendiri. Takkan nak tengok korang je yang ada kerjaya sendiri. Selagi ayah takde ni, apa salahnya kita tolong kejap kakak. Mak macam backup aku tapi abang mie dengan fad macam marah sangat dengan mak siap makan nasi tak habis lepastu tinggalkan macam tu aje. Aku rasa macam nak sepak je dua ekor tu.

“Fad pun setuju, sekarang memanglah ayah ada kt wad tpi nanti esok lusa balik la orang tua tu. Nnti dia balik rumah tgk kakak nak belajar lagi sakit orang tua tu siapa yang susah nak jaga,”

Lepastu fad pun salam mak, terus g kerja balik. Lepas dorang blah tu terus aku g meluru kt mak sambil nangis-nangis.

Siapa yang tak terluka bila dengar macamtu, niat nak balik sebab nak bersihkan diri makan makan selepas tu gerak balik pergi hospital tapi lain pulak yang dengar.

Time aku nanges tu, mak pesan. “Selagi mak hidup ni mak takkan biar kakak jadi macam mak. Mak nak buat yang terbaik utk anak anak mak tambah pula anak perempuan sorang mak ni, kalau kamu nak pergi ,pergi je mak tak kan halang. Pasal ayah tu jangan pikir sngat nnti mak try bincang elok-elok bila dia dah sedar. Mak cuma nak bagi kakak rasa je macammana hidup luar, mak tknak kakak hidup kt kampung ni macam mak skarang,”

Apa lagi, galak lagi aku nanges. Sampai sekarang aku masih terfikir, tak rasa menyusahkan orang ramai ke kalau aku tetap dengam pendirian aku ni. Tambah pula dengan mak. Nnti mak terpaksa buat berkerja semua, lepastu kena hadap perangai ayah. Dengan abang mie lagi. Fad tu tak peduli sangat. Tapi beng tu dah entahlah. Tipulah kalau siapa yang tak tringin keluar tengok kehidupan luar kalau dah 21 tahun asyik hidup kat kampung ni.

Macammana pendapat semua? Saya ada terbaca komen komen sebelum ni, thanks sebab sudi membaca dan bagi pendapat. Saya betul betul hargai walaupun kita tak saling mengenali.

– Nurul A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Umrah Joe

PengakuanKu

Mekah dan Joe

Hai admin. Aku Joe. Of course bukan nama sebenar and you know it. Kalau ini publish, thanks a lot brother. Moga ia bermanfaat.

Arini aku nak share cerita pasal umrah. Aku baru balik umrah. Diizinkan Allah, aku bertamu ke rumah dia. Aku bukanlah lelaki yang baik mahupun lebih mulia dari korang. In fact, aku pergi sana sebab aku rasa aku patot sucikan diri aku yang berdosa. Maybe dosa aku lebih banyak dari korang. Aku rasa aku dah cukup tua. Hidup berdosa terlalu lama. Mungkin dah tiba masa untuk aku betulkan hidup ni.
Orang kata bile kite pergi sana, macam-macam jenis orang kita akan jumpa. Betul bende tu. Memang macam-macam orang ada dekat sana. Aku bercerita di sini sebab aku tak rasa ada member yang kesah dan aku rasa ada bende yang lebih baik diceritakan secara rahsia.

Kalau korang terpikir nak pergi, cubalah pergi. Korbankanlah harta korang. Aku tahu kosnya mahal. In fact, lebih mahal dari kos melancong ke Korea, Thailand, Vietnam atau mana-mana negara Asia. Mulanya aku pon takot. Kata orang kalau kita berdosa, kita akan dihukum di sana. Dosa tinggal solat tu besar. Berpuluh tahun aku hutang dengan Allah. Sumpah aku takut sebelum aku pergi sana. Aku pergi kursus umrah, aku menangis kat row belakang. Sumpah aku takut. Berkali-kali aku terpikir nak batalkan niat aku. Dengan duit tak cukupnya lagi. Last2 aku korek sume ASB aku. Aku landing Mekah dulu.

Mekah.

Masa aku sampai, pagi. So aku tak perasan gerbang yang bentuk Quran besar tu. Rugi tapi da nngatuk. Itu takdirnya. Huhuhu. Kite start dengan ibdat umrah. Ada hadis Nabi yang femes cakap nabi kita tak suka orang gemuk sebab orang gemuk malas beribadat. Aku rasa maksud dia bukan solat. Solat tu wajib. Solat tu senang. Kat mana-mana pon boleh buat. Mungkin nabi bercerita pasal ibadat yang lebih susah. Umrah ni niat, tawaf, saie, cukur. Tawaf ni senang je. kalau kita pakai ihram dan tawaf dekat dalam masjid, pusingannya kecik je. Tapi kalau kita tawaf dekat tingkat atas, ye itu susah. Beza distance pusingan tu amat ketara sebab kerajaan Saudi da besarkan masjid tu.
Aku ni gemuk. Overweight la jugak. Lepas tawaf saie. Saie ni yang lepak gile. Saie ni jauh weyh. ustad cakap distance dia +/-700m. Darab 7x dari safa ke marwa. Total dalam 3.5km berkaki ayam atas mozek yang sejuk. Aku sanggup 3 round pastu mesti benti rehat kejap. Masa aku saie tu aku sentiasa teringat hadis tu. Azam aku lepas ni nak bersukan. Aku berharap dapat datang lagi tahun 2020. harap-harap kaki aku lagi kuat masa ni. Korang yang muda-muda tu cuba lah datang sini. jangan jadi macam aku. Dalam beribadat masih terpikir nak menyerah kalah. Dalam aku cuba menghadap Allah, aku fikirkan kaki aku yang sakit.Orang tua Uzbekistan jauh lagi kuat dan laju dari aku. Aku rasa agak malu di situ.

Kaabah.
Mutawwif cakap cium hajar Al-Aswad itu sunat. Bile kita cuba nak kucup batu tu, kita tolak orang. Pijak kaki dia. Siku dia. Tarik ihram dia. Itu semua haram ustad aku cakap. Aku round-round dulu area tu tengok boleh masuk ke tak. lepas 10minit pikir, aku decide aku nak try. Andai diizinkan Dia, aku nak tahu ape yang menarik pasal batu tu. Batu itu batu syurga. Akhirnya, lps at least30min ade berdiri depan Hajar Al-Aswad. Batunya hitam. A faint fragrance but not significant. Orang ckp batu tu disapu attar untuk wangi. Ade orang cakap kalau tak dapat bau wangi, itu sebab hati kita kotor. Mana-mana pon aku rasa betol. Maybe memang aku tak cukup baik. lepas aku dapat pegang batu tu, aku rasa macam bersalah. Bila aku tengok balik orang-orang dekat situ, aku terpikir berapa ramai aku dah tolak. Berapa ramai dah aku sakiti. Masa beratur tu aku cuba tak tolak orang. Aku pengang orang cuma sekadar nak elakkan dari diri ni jatuh dilenyek manusia.

Kawasan Kaabah dijaga askar dan pegawai yang bagi nasihat. Baju putih, ada pakai robe coklat keemasan. Kita panggil haji ni Sheikh. Aku tegur Sheikh ni. Aku tanya ape dia buat. Apa kerja dia. Dia cakap kerja dia bagi nasihat dekat orang ramai. kat sini ramai yang lap tangan or lain diorang kat kain Kaabah. Pastu mereka usap kain tu kat muka diorang. Kain Kaabah ni wangi. Ada sapu attar agaknya. Itu most logical explanation. Ustad aku dan sheikh tu kata itu khurafat. Sheikh tu ulang “We pray to Allah. Not to Kaabah. Not to the Black Stone. Only Allah can help us”. Aku mengangguk. Aku akan ingat kata-kata sheikh tu selama yang mungkin.

Kat sana, ramai yang menagis masa berdoa. Mutawwif aku pon nangis. Aku kagum dengan orang macam ni. Malangnya, bukan aku. Iman aku. Agama aku tak sekuat mereka. Air mata yang takutkan Allah dapat padam api neraka. Biarpon air mata itu setitik. Hati aku mati. Aku tak terkesan dengan Kaabah. Aku solat dalam tu, aku solat area makam Ibrahim, tapi aku still rasa kosong. Aku tak mampu menangis. Aku kecewa dengan diri sendiri. Hotel mekah dan masjid aku dekat. jadi ibadat di sana aku rasa senang. last before tingalkan Mekah, kita kena tawaf selamat tinggal. Tawaf wida’ namanya. Lebih kurang.

Lepas tawaf wida’, aku tegur seorang lagi sheikh dalam Masjidil Haram. Kat tepi gate no1, gate paling besar, ade meja kecik. Dia tulis “For religious and fatwa question answered”. Mungkin meja tu tempat orang tanya soalan agama. Aku salam sheikh tu sebab aku dah nak tinggalkan Mekah. Aku mintak dia doakan aku. Orang cakap doa orang beriman ni lebih mustajab. Sheikh tu doakan aku. Keluarga aku dan kawan-kawan aku. Ramai kawan yang kirim doa nak bertamu ke sana. Aku pon nak datang lagi. Salah satu ayat sheikh tu yang betul makan dalam is “My brother…with good iman, no one is ugly”. Bila dia cakap tu, aku terkenang kawan-kawan aku kat Malaysia. Zul, dia rajin semayang. Dia selalu ke masjid kat area rumah dia sedangkan aku ke masjid cuma bila Maghrib. Itu pon kalau balik keje lambat. masa umrah, dtg masjid at least awal 10 min. Sebab 10min before azan, askar akan tutup main gate.

Bila kat malaysia aku rasa malas gila nak ke masjid tapi bila di sana, aku berusaha gila ke masjid. Subuh pon ke masjid. Gila kau. kau malaysia dapat sebulan sekali pon aku dah cukup kagum dengan diri sendiri tapi mostly kecundang gak la. Subuh solo je selalunye. Iman goyah.

Aku lelaki, aku kuat menyumpah. Aku rasa macam dah berjaya kurangkan tapi aku takut terlepas cakap. Kawan aku, Hidayah nama dia. Baik orangnya. Bila berbicara dia berbisik. Aku bercita-cita nak jadi orang sebaik Hidayah. Orang sebaik Zul. Maybe one day masa aku akan tiba. Bak kata Sheikh tu, your time will come. Banyak sheikh tu nasihatkan aku. Ade la dalam 20 min. Pasal hidup, pasal agama. Pasal akhirat. Itu je lah satu-satunya masa aku menangis masa aku kat Mekah dan Madinah. Sedang orang lain menangis depan Kaabah, hati aku keras. Ayat sheikh tu, akan aku simpan selama mungkin.

Moga aku terus istiqamah. Moga aku tak terjebak dengan perkara khurafat. Moga aku jadi lelaki yang ade “good iman” macam kata sheikh tu. moga kita semua dapat jadi tetamu dia. Ada banyak lagi bende yang aku nampak kat sana. Tapi maybe itu next time.

– Joe

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tunggu Hidayah, Tak Nak Hipokrit

PengakuanKu

Tiada manusia yang sempurna. Aku selalu rasa kalau nak buat sesuatu amalan tu, selagi ‘takda rasa nak buat’ tak payah buat. Walaupun pada perkara yang wajib. Alasan yang aku selalu buat, ‘tunggu hidayah sampai’ . Takpun ‘taknak jadi hipokrit’ kalau buat amalan tanpa rasa ikhlas.

Padahal, hati kecil aku risau hala tuju akhirat. Tapi segala perlakuan aku tak menggambarkan langsung kerisauan yang melanda aku. Aku, dengan jahilnya tunggu hidayah Allah sampai. Hidayah Allah tu ada je sebenarnya, tapi aku yang buta hati tak nampak. Amalan wajib pun tak dilaksanakan, maka pintu hati pun sukar nak nampak cahaya tuhan.

Rupanya amalan wajib yang aku tangguh tangguhkan selama ni sebenarnya cara shortcut untuk aku capai ‘hidayah yang aku tunggu’ . Bila Allah dah kata wajib tiada alasan untuk ‘tunggu ikhlas’ atau ‘hidayah sampai’ baru nak buat. Aku tepuk dada. Macam mana nak rasa hidayah kalau yang wajib pun ditinggalkan. Jahilnya aku.

Aku selalu pelik macam mana kawan kawan aku boleh konsisten dalam amalan diorang. Rupanya diorang tak tinggalkan amalan wajib. Bukan setakat kawan, ibu aku sendiri seorang yang tegar dalam ibadah. Tapi tulah iman tak dapat diwarisi. Aku sendiri tak usaha nak menyempurnakan yang wajib. Astaghfirullahhalazim.

Baru aku sedar, aku sebenarnya hipokrit terhadap agama aku sendiri. Mengaku muslim tapi amalan wajib diperingankan. Dalam aku kata ‘taknak jadi hipokrit’ , sebenarnya aku telah pun jadi. Termakan dengan kata kata sendiri. Bila dah jadi macam ni, beban kata kata aku tu membuat dada aku sesak. Fikiran aku kosong. Sama macam hati aku. Aku dah jauh tersasar.

Bila dah sedar, langkah pertama pada aku bende paling susah. Aku tak bagus dalam buat keputusan. Dada aku semakin sakit. Sedih. Parah. Tapi aku percaya selagi aku bergantung pada Yang Maha Esa, in shaa allah, aku okay. Selagi aku jalankan amalan wajibNya, selagi tu aku okay. Kalau kene pada cara amalan aku, ikhlas tu, hidayah tu, sampai. Aku letak keyakinan aku pada Allah dengan menaruhkannya pada amalan aku. Aku harap Allah terima amalan aku.

Aku taknak jadi hipokrit. Bila aku dapat luahkan rasa ni, aku rasa dada aku lapang, dapat aku tanamkan azam baru. Segala beban yang aku simpan dalam dada sikit sikit hilang. Aku percaya kalau aku konsisten dalam amalan wajib aku, dada aku akan menjadi selapang lapangnya. Dengan izin Allah. Alasan yang tak masuk akal macam ‘tunggu hidayah datang’ atau ‘ taknak jadi hipokrit’ tak sepatutnya aku gunakan.

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Si Pelik

PengakuanKu

Nama aku Mia. Aku ada seorang housemate nama dia Dani (bukan nama sebenar).

Dani ni ada perangai pelik tapi bukanlah mistik pun cuma pelik yang annoying. Satu hari tu Dani tanyalah mama papa aku kerja apa sebab kami ni baru kenal jadi housemate. Aku ceritalah papa dan mama aku ada business. Tiba-tiba Dani pun cerita pasal mak ayah dia cikgu gaji 8-9 ribu (betul ke gaji cikgu banyak tu?).

Then, Dani suka cerita pasal boyfriend dia, paling baik, paling sweet, segala palinglah. Tapi aku jenis suka simpan kehidupan peribadi aku dan cerita bila orang tanya je. Satu hari Dani tanya, aku ceritalah, papa mama dah kenal boyfriend aku tu siapa dan seingat aku Dani pernah beritahu dulu dia kata parents dia tak tahu pasal boyfriend dia, adik beradik Dani je yang tahu. Tapi tiba- tiba Dani cerita parents dia dah tahu dari dulu cuma tak jumpa lagi orangnya, cuma tahu nama. Aku dah mula pelik, kenapa Dani ni cerita sekarang lain, haritu lain. Cerita Dani jadi lain bila aku mula cerita pasal diri aku.

Dani ni seorang yang aktif dekat sosial media. Dia ceritalah ramai orang minat dia, tiap tahun dapat hadiah dari secret admirer. Aku punya nak tahu tu aku stalk semua media sosial dia. Dalam masa stalk tu terjumpa banyak benda yang tak macam Dani cerita pasal hidup dia. Pasal ‘kekayaan’ dia tak macam apa yang dia cerita. Dani selalu sangat share kesan pakai produk berbahaya kat media sosial dia tapi dia sebenarnya pakai produk tu banyak kali dah beli. Pelik Dani ni cakap tak serupa bikin.

Dani ni suka sangat cerita perangai buruk kawan baik dia, Lisa (housemate kami juga). Tapi dari apa yang Dani cerita semua perangai Lisa tu sama dengan perangai Dani cuma dia je tak sedar. Banyak kali Dani kata Lisa tu anak orang susah sebab nak tunjuk yang Dani ni hidup senang boleh belanja sesuka hati. Tapi Lisa ni aku respect dia jenis jaga solat, lain daripada Dani yang kadang tu sampai sebulan tak solat. Tiap hari kejut dia bangun, tegur dia tapi liat betul.

Dani suka cakap tentang kesenangan hidup dia. Ada sekali tu Dani balik rumah dan cerita kat kami satu rumah yang dia pergi bayar bil telefon dia semalam. Nak dijadikan cerita Lisa pinjam telefon Dani tapi telco kata panggilan kena ‘barred’, Lisa pun pulangkan balik telefon Dani dan Lisa terus pinjam telefon aku. Dani ni nak tahu dia tak ada duit belanja senang je, dia akan terbaring kat katil sehari suntuk bila orang ajak keluar makan dia kata tak lapar atau dia kata kad bank parents dia ada problem. Aku pelik kenapa Dani suka cakap benda yang tak betul pun sebenarnya.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku dan Non-Muslim

PengakuanKu

Assalam, nama sis mirza. Maaflah ya, tapi mmg dah terbiasa membahasakan diri mengunakan gelaran “sis”. Okay,sis sekadar berkongsi pengalaman sis bergaul dengan non muslim. Since sis sekolah menengah, sis mmg ramai kawan non muslim since sis suka belajar bdaya baru. Rapatnya sis ngn dak2 non-muslim ni sampai diorang selamba ja kongsi makanan, pinjam barang ngn sis. Sis okay jer, sbb da selesa. Teringat masa sis punya bifday, sumi(kawan non-muslim) bagi hadiah kat sis. Masa si sumi bgi hadiah kat sis, dia ada ckp “saya tak faham maksud bnda ni, tapi klau awak taw, share la dgn saya”. Memula mmg blur, apesal pulak dia bagi hadiah dia xtaw apa. But once sis bukak hadiah tu,punyalah terkejut tengok rupanya hadiah tu bentuk macam kaca dgan surah alfatihah terukir indah kat atasnya. Punyala terkejut n happy bila dapat hadiah tu. Esoknya, sis ceritalah serba sikit pasal surah alfatihah tu kat dia. Dalam hati sis, timbul satu perasaan, “kenapa aku x pernah share apa2 pasal islam dgan diorang(refer to non-muslim) padahal tu tanggungjawab aku”.. Hmmm.. Semenjak hari tu sis bertekad nk cuba bagi pencerahan sikit tentang islam kat kawan2 muslim. Tapi biasalah, lama2 terlupa tekad tu. Hangat2 tahi ayam betul.

Jodoh sis berkawan ngn non muslim ni mmg kuat. Huhu, masa sis masuk matriks. One of my roommates is a non muslim,Chineese. I call her ang. Dia ni memang baik and kami mmg rapat. Dah macam adik beradik rapatnya. Hari2 bila si ang ni dah habis class, dia akn datang kat sis and mengadu apa yg dia lalui sepanjang haritu. Si ang ni jgak sangat respect bila time waktu solat. Kadang dia yg tanya dah masuk waktu solat ke, bukan apa sbb kteorg yg lain kat bilik akn solat n dia akn bagi ruang utk kteorg solat. Pernah sekali si ang ni bagi ayat sentap kat sis n other roommate, dia ckp macam ni “korang tak ada bangun pagi2 ke, solat sunat? Sya baca byk pahala solat tu”.. Tercengang kita orang dengar soalan tu… Semua terkedu. Deep sungguh. Lagi best bila si ang ni suka share nasihat ke, video2 islamik kt kitaorg. Huhu.. Rindu si ang ni. Kami cuba gak n salu doakan dia agar dpat hidayah. Bila pikir apa nasib diorang nnti, mmg sebak. Rasa mcm diri ni kawan x guna sbb x dapat tarik dia tapi apa pun hidayah itu milik Allah. Cerita sis ngn non muslim x terhenti kat situ.

Sis kemudian sambung degree di Sarawak. Mula2 dapat masuk Unimas(Universiti Malaysia Sarawak) mmg nak nangis sbb jauh tapi Alhamdulilah semua dipermudahkan Allah. Kat unimas ni lagilah ramai kawan non-muslim sis. Huhu And kawan non muslim sis paling rapat and sis paling sayang is theresa. Apa yg buat sis terkedu ngn Theresa ni adlah dia dah terbiasa dgn zikir2 or doa2 yg kita muslim salu guna. Dia selamba je kadang duk beristighfar dgn sis. Sis pun xtaw nk respond cmna. Theresa ni mmg minat dgn islam, dia ni orang sarawak yg duduk semenanjung. Masa dia, sekolah dulu, dia siap ponteng class moral utk pergi class agama islam. Huhu sbb dia minat. N theresa ni pernah citer kat sis, yg dia pernah mimpi dia baca surah yassin sambil menangis. Sis tanyala macam mana tahu tu surah yassin? Dia selalu dgar kat skolah dia tiap hari jmaat baca surah tu. Si theresa ni mmg nak masuk islam. Yup da dua tiga kali dia cuba nk masuk islam tapi terbantut oleh sbb mak theresa ni sendiri. Dulu sis salu tertanya nape la mak dia x bagi. Last2 dia pun citer, semua berpunca dari kakak dia. Kakak si Theresa ni dulu kahwin lari dgn lelaki melayu n masuk islam. Jadi mak dia ada tanggapan x baik tentang islam ni. So dia merayu kat theresa ni walau apa pun berlaku jgn masuk islam,. Well mungkin mak dia takut dia akn tinggalkan mak dia sama mcm apa kakak dia buat. Masa sis dgar dia cerita, sis rasa serba slah. Ya allah, ramai manusia yg salah anggap tentang agama mu yg indah ni. Kita yg muslim ni bawak nama islam tapi tak tunjukkan keindahan islam ni. Mak sis mmg kurang gemar sis bergaul dgn non muslim tapi bila sis terangkan betapa hormatnya mereka. Mak sis terus diam. Pernah mak sis tnya kenapa asyik keluar dgn theresa tu, tak ada orang lain ke. Sis pun cerita kat dia. Si theresa ni everytime kteorg keluar jalan2 dia akn set time waktu solat. If keluar petang, msti lepas solat zuhur n bila asar terus dia,suruh sis p solat. Dia akn tanya bila masuk waktu, mana surau. Dia sangat care pasal solat. Kadang before p class dia tnya da solat ka. Rasa tersentuh sbb macam mana insan yg x pernah kenal erti manisnya iman ni sibuk suruh kita menjaga solat. Malu, bila kita yg muslim ni endah tak endah ja pasal solat. Sis pernah keluar dgn member ni. Waktu tu Petang. Sis da solat asar so sis ingat dia pun da solat. Tup2 bila nk dekat maghrib tu sis baru tergerak hati nk tnya dia da solat belum. Rupanya dia belum solat. Siap gelak2 lagi. Rasa berslaah terus menyerang. Hidup kita kalau x jaga solat mmg akn resah gelisah. X tenang. Jadi kalau kita rasa hidup kita semua x kena, cuna check solat kita. Ada, sbb kenapa kita kena solat. Sis bukanla nk tunjuk pandai, sekadar berkongsi apa yg sis tahu. Jom kita jadi lebih baik, jom kita buktikan yg islam ini indah.

Last but not least, last story sis nk citer pasal theresa ni. Pernah sekali, waktu tu azan maghrib berkumandang. Si theresa ni tgah layan movie masa tu, bila dia dengar ja azan. Dia terus stop movie tu and duduk diam. Sis perhati je betapa non muslim mcm dia hormat azan. Yg buat sis sedih, pada masa yg sama saudara semuslim ku duduk ketawa terbahak2 masa azan dilaungkan. Tak ada langsung rasa malu atau hormat pada azan. Sis jadi malu. Malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah. Dahla x reti2 nk spread pasal keindahan islam tapi buat orang salah paham pasal islam. Apa nak jawab kat sana nanti?

– Mirza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku dan Mark

PengakuanKu

Setelah hampir 20 jam penerbangan dari Malaysia, aku tiba di lapangan terbang sebuah negara asing untuk meneruskan pengajian di sini. Dari lapangan terbang, aku dan seorang teman, Lili, menaiki teksi untuk ke rumah sewa kami yang memakan masa lebih kurang 30-40 minit perjalanan. Aku duduk bersebelahan Mark, pemandu teksi berumur linkungan 50-60 tahun. Mark sangat peramah orangnya. Sungguh rancak kami berbual sepanjang perjalanan tersebut.

Beliau asyik menceritakan pengalamannya sepanjang mengembara ke serata dunia. Mengembara atau melancong merupakan hobi Mark. Beliau sudah pernah berpijak ke seluruh benua dunia, termasuk Asia. Tiba-tiba Mark bertanya,

“ Saya pernah pergi ke marata-rata tempat di muka bumi ni. Awak nak tahu tak, ada satu tempat yang saya dilarang masuk sama sekali. Semasa di Arab Saudi, saya tiba di sempadan untuk masuk ke “sacred place(tanah haram)”, pengawal di sana dengan keras melarang saya masuk. Bila ditanya, awak nak tahu jawapan dia? Dia kata tanah suci ini hanya untuk orang-orang ‘suci’. Siapa orang-orang suci ni? Muslim sahaja yang suci?”

Riak wajah Mark berubah, kelihatan kecewa dengan istilah ‘suci’ tersebut. Aku kaget. Terdiam sambil cuba berfikir menyusun kata-kata. Tiba-tiba, Lili yang dari tadi diam, mencelah,

“ Menurut kitab suci kami Al-Quran, tanah haram iaitu Makkah dan Madinah khas untuk umat Islam. Tempat itu suci dan mulia, hanya orang islam boleh masuk ke sana.”

“Jadi, Muslim hanya merasakan diri mereka sahaja ‘suci’ dan orang lain tak suci?”. Soal Mark dengan suara agak tinggi, sambil mendengus kecewa. Oleh kerana aku duduk di sebelah beliau, aku dapat mengesan bahawa Mark sangat tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Aku? Sama sekali tidak menyalahkan beliau untuk berasa sedemikian. Aku cuba meletakkan diriku di situasi beliau. Cuba bayangkan, jika di lapangan terbang tadi, aku dilarang masuk ke negara ini kerana aku Muslim, terrorist? Pedih juga rasanya.

Teksi berhenti di hadapan rumah sewa Lili. Sambil Mark membantu Lili mengangkat bagasi, otak aku ligat memikirkan jawapan untuk persoalan beliau. Aku dan Lili tinggal di rumah yang berlainan. Jarak rumah kami cuma 1-2minit berjalan kaki.

Tinggalah aku seorang di dalam teksi bersama Mark. Aku hanya berdiam, masih tidak berani bersuara melihatkan wajah Mark yang merah padam mungkin kerana perasaan marah. Tiba di hadapan rumah , beliau menahan aku daripada keluar dari kereta.

“Baiklah, saya benar-benar mahukan jawapan dari awak. Adakah tidak ‘suci’ menjadi alasan kami tidak dibenarkan masuk ke tanah haram? Saya teringin sangat nak masuk dan tengok apa yang istimewa sangat dengan tempat suci ini. Itu sahaja tempat yang belum pernah saya lawati.”

Aku menarik nafas sedalam mungkin, mula berbicara cuba menghuraikan jawapan ringkas Lili sebentar tadi.

“Mark, awak pernah ke lihat gambar Makkah atau Madinah di internet?” Beliau menggangguk, lantas aku menyambung , “ Kota-kota ni tak pernah tidur. Sentiasa hidup dengan ritual ibadah orang-orang islam. Sesak. Saban tahun, berpusu-pusa umat islam dari seluruh dunia datang ke sini untuk menunaikan ritual ini. Ianya wajib(haji). Saya sendiri belum pernah ke sana. Kerajaan Malaysia perlu hadkan bilangan orang yang boleh ke sana setiap tahun bagi mengelakkan kesesakkan melampau. Saya sendiri selaku muslim, kalau ikut ‘turn’ entah bila berpeluang ke sana. Tanah itu suci dengan ibadah. Kami tidak pergi ke sana hanya untuk melancong semata-mata. Ada kewajipan yang perlu dilaksanakan.”

Aku cuba memahamkan Mark bahawa tanah suci itu bukan sekadar tempat lawatan. Ianya istimewa kerana adanya ketaatan umat islam kepada Allah dan rasul. Jika umat islam sendiri dihadkan untuk masuk pada waktu-waku tertentu, apatah lagi orang bukan islam yang tidak ada kepentingan untuk ke sana.

Alhamdulillah, Mark mengangguk faham dan kelihatan berpuas hati dengan penerangan aku. Tetapi, beliau masih tidak membenarkan aku keluar dari kereta. Wang tambang yang dihulur, tidak diambil tanda beliau masih mahu berbual dengan aku. Sungguh aku tidak selesa berdua-duan dengan lelaki yang baru dikenali 20 minit tadi, dalam keadaan kereta dikunci. Malah, beliau berada di kerusi pemandu dan berkuasa untuk membawaku ke mana saja beliau mahu. Kalau tidak kerana hari siang dan kereta betul-betul berhenti di depan rumah, dah lama aku menjerit suruh dia lepaskan aku.

Mark mula bertanya usia dan hal-hal peribadi yang lain seperti latar belakang keluarga dan tujuan aku tinggal di negaranya. Tanpa disedari, telah hampir sejam setengah aku berborak bersama Mark melayankan soalan beliau berkenaan Islam.

“ Awak nak tahu, awak ni masih muda, cantik. Kenapa awak pakai bertutup litup hanya kerana itu arahan agama awak. Saya kasihan dengan nasib gadis-gadis muda seperti awak yang berhijab dan tak bebas merasai nikmatnya dunia ini hanya kerana kepercayaan agama. Apa yang awak dapat dari ketaatan mengarut ini. Taat kepada tuhan yang awak tak pernah lihat???? Semua manusia berhak untuk bebas dan memilih apa yang mereka mahu lakukan. Dengar sini, sekarang awak berada jauh dari ibu bapa awak. Tolonglah sekali sahaja, ikut kata hati, dan merasai manisnya dunia ini. Awak berhak. Jangan takut, mak ayah awak takkan tahu. Tak susah, awak cuma perlu pilih satu hari, pakai pakaian apa sahaja yang awak mahu, pergi ke bar(kelab malam) dan ‘enjoy’.”

‘Nasihat’ Mark kepadaku. Persis seorang ayah yang bersungguh-sungguh mahu melihat anaknya gembira menjalani zaman remaja. Homesick aku dibuatnya teringat mak ayah di kampung. Puas aku menjelaskan kepada Mark berkenaan hawa nafsu serta pemakaian hijab sebagai pilihan aku sendiri dan bukannya paksaan sesiapa termasuk ibubapa. Aku meyakinkan beliau bahawa aku sangat-sangat gembira dan tenang dengan pilihan aku. Tak pernah aku terasa seperti dikongkong. Aku bebas mengembara mencari ilmu di negara asing, sama sekali islam tak pernah menzalimi kaum wanitanya. Aku sempat bercerita mengenai sifat Allah yang maha melihat perbuatan hambaNya tak kira di bumi mana aku berada.

Mark kecewa lagi kerana tidak berjaya meyakinkan aku untuk keluar merasai ‘nikmat hidup’. Aku? Lagi kecewa kerana tidak dapat meyakinkan Mark untuk merasai islam sebagai agama yang menyuluh jalan hidup menuju hari akhirat. Akhirnya aku mula bertindak mengajak Mark mengingati mati.

“Mark, awak percaya ‘life hereafter(akhirat)’? hari dimana semua manusia yang mati dibangkitkan semula? Muslim sangat mempercayai hari akhirat dimana segala perbuatan kita akan diadili. Dunia memang tak pernah adil, sebab itu nilainya sangat kecil berbanding hari kemudian nanti. Sebab tu saya yakin segala ketaatan saya nanti ada balasannya di sana. Jadi saya tak pernah rasa rugi memilih keimanan ini.”

Kedua-dua kami mula sentap dan bermuhasabah mengenai diri setelah isu kematian dibangkitkan. Tambahan lagi aku, mulut yang berucap yang paling terasa sebenarnya. Kematian berlaku kepada semua makhluk, tiada siapa yang bisa lari dari kematian yang sentiasa mengejar. Adakah kita bersedia? Ataupun kita menganggap kematian itu pengakhiran dan tiada lagi sambungannya?

Perbualan kami berakhir dengan penuh melankolik. Masing-masing terdiam memikir mati. Aku minta izin untuk masuk ke rumah. Mark memohon maaf kerana telah mengambil hampir 2 jam masaku untuk berborak dengannya di dalam teksi itu. Sambil membayar tambang dan menurunkan bagasi dari teksi, aku mengucapkan terima kasih kepada Mark kerana sudi berkongsi cerita dan nasihat seperti seorang bapa. Aku luahkan rasa rinduku buat ibu ayah di Malaysia dan menganggap kehadirannya telah sedikit mengubati kerinduan ini. Aku ucapkan penghargaan yang tinggi kepada beliau kerana menyedarkan aku dengan akhirat.

Sebagai manusia yang lahir dalam islam, kita kadang-kadang lupa erti sebenar kita menganut islam. Aku yakin, Allah hantarkan Mark kepada aku hari itu untuk aku berfikir dan muhasabah. Soalan-soalan dan hasutan beliau membuat aku bangun dari lena dan berazam untuk terus berusaha menjadi muslim yang baik. Aku banyak dosa dan khilaf, tapi ini bukan alasan untuk aku berpeluk tubuh dari memilih jalan yang diredhai. Aku nak tampilkan kepada semua, terutama buat mereka yang masih mencari, bahawa islam itu penyelesaiannya. Hidup kita bukan untuk mengikut kata manusia, sebaliknya mengikut al-quran dan sunnah. Tidak lupa juga, jangan sekali kita abaikan nasihat penuh hikmah dan kasih-sayang dari insan-insan yang berpegang kepada kedua panduan hidup ini.

Entah kenapa aku terasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Mark hari itu. Masih banyak perihal islam yang ingin aku ceritakan kepada beliau. Sayang, aku terlupa meminta nombor telefon Mark supaya kami dapat bertemu kembali nanti sekiranya dia mahu tahu lebih berkenaan islam dan hidup. Dua tahun lepas, aku berpeluang menunaikan umrah. Setiap kali melalui sempadan masuk ke tanah haram, aku asyik teringatkan Mark. Dalam sujud, aku doakan agar suatu hari nanti Mark berpeluang untuk berpijak ke tanah haram(masuk islam) dan merasai nikmatnya hidup bertuhan, berpaksikan hari akhirat melebihi dunia.

– aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Invoice

PengakuanKu

Salah 1 work scope aku ialah terima invoice/claim dari vendor. Aku nak share tips dari pandangan client yang terima invoice korang. Berguna untuk bahagian finance kot. Atau cuba korang clarify kenapa jadi isu bawah ni. Btw, aku takda background finance pun tu sebab aku tak faham kerja korang..

1. Pastikan invoice korang simple je
Please jangan letak information yang tak diperlukan. Sebab kalau salah information tu or kadang2 korang sendiri malas nak update kan, korang jangan pulak cakap “ala tu sampingan je, boleh je abaikan” Korang yang nak letak bagi nampak penuh invoice tu kan, makesure betol la. Sebab kalau kena audit, dorang tanya, kitorang ni nak jawab apa.. hmm walaupun information wajib semua betol.

Tapi pernah jugak vendor ni hantar invoice tulisan kecik, separuh A4 je guna.. hahahaha adoi

2. Invoice dalam 1 page
Tandatangan di muka surat yang ada “jumlah nak di claim” tu & tolong tinggalkan ruang untuk client cop & approve jugak. Kalau nak letak summary cummulative bayaran yang dah terima, buat sebagai attachment. Tapi pastikan update dan betol kiraan.

3. Minima kan jumlah orang yang tandatangan.
Kadang2 ada yang bagi alasan tak boleh hantar claim sebab tak cukup sign. Bila dapat claim dia, aduiiimak sampai 1 department kena sign rupanya sampai akak tea lady pun kalau boleh nak sign. Bincang la. Tak semestinya CEO/CFO/PM je. Sesiapa pun yang sign, duit tetap masuk dalam akaun company kan.

4. Pastikan ada tandatangan.
Kalau vendor yang atas tu hobi kumpul tandatangan, vendor yang ni semua takut nak tandatangan pulak. Hello siapa yang claim ni? Alien ke?

5. Suruh client check soft copy invoice
Kalau payment tu milestone, 1st invoice tu boleh hantar draf mintak client remark mana information yang perlu ada, mana tak cukup perlu tambah. Susah sangat client banyak cekadak, apa kata kau mintak contoh invoice dari client, bentuk yang dia nak. Haaa kau tukar letter head je.

6. Jangan kau fikir client A dengan B sama
Tolong lah jangan cakap “oo dengan client B, buat macam ni ok je.” EH, kau pergi lah claim dekat client tu. Even 1 company tapi project lain2 pun, tetap berbeza information yang client ni nak tengok. Lain bos, lain view dia.

7. Kalau proses time 20 hari, bagi lah masa.
Jangan la setiap hari kau email. Tak cukup email, kau call pulak, wassap lagi. 4 hari sekali ok la. Tau korang dah siapkan kerja on time, So nak payment on time. Tapi client pun ada stage untuk varified, bukan seorang je. Tambah kalau contract juta2. Kau bayangkan kalau ada 20 vendor, semua perangai macam tu, annoying tau!

8. Vendor kaya
Ada yang kaya sampai 5 tahun baru nak hantar claim. Tolonglah wei, kadang2 PIC yang nak varified pun dah takda. Rumit wei. Tapi sebagai client mesti nak bayar jugak sebab vendor tu dah buat kerja..

Well, ada je vendor yang A dalam invoice dia. Good job ;)

– Kerani garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jawapan Kepada Suami Merokok

PengakuanKu

Ini adalah reply kepada akak yang ada masalah dengan suami perokok tu.
Saya nak tegaskan yang saya bukan pembela perokok, saya juga seorang isteri dengan suami yang merokok dan saya juga sama mempunyai anak seperti akak.

Macam ni la kak, apa yang saya nampak, lelaki yang merokok ni hampir sama sifatnya dengan perempuan yang free hair. hah? Apsal pulak? Nampak macam tak ada kaitan kan? Tapi ada satu persamaan. Mereka tahu apa yang mereka buat tu salah, tapi susah nak berubah. Dan apa tugas kita sebagai orang yang rapat dengan mereka? Bantu mereka, didik mereka, latih mereka.

Tipu la kalau tak ada seorang pun ahli keluarga kita yang tak merokok dan tipu kalau tak ada seorang pun kawan kita yang tak free hair/tak tutup aurat. Dua topik ni kira point utama yang orang selalu guna untuk bash dua-dua jantina. Untuk jadi lebih adil, saya pilih untuk bandingkan kedua-duanya. Saya tak nak sentuh bab kemudaratan akibat dua-dua perbuatan ni. Saya cuma nak highlight apa yang kita boleh buat untuk bantu mereka ke jalan yang lurus (Cewah~).

Pertama, jangan paksa. Ini apa yang selalunya orang buat. “Awak pilih saya atau rokok tu”, “Kalau awak masih tak ikut cakap saya, saya akan tinggalkan awak”. Kak, kita semua tak suka dipaksa. Lebih-lebih lagi kalau diberi pilihan yang berunsur ugutan seperti itu. Mungkin, saya kata MUNGKIN, akak diceraikan bukan sebab suami pilih rokok berbanding keluarga. Tetapi suami akak tertekan bila diasak macam tu. Bukan dia benci akak, tapi dia benci situasi dia diasak (cornered) tanpa ada jalan keluar yang dia nak. Sama la macam awal-awal perempuan freehair disuruh pakai tudung. Takkan kita nak suruh dia terus pakai tudung labuh ustazah bilamana dia sendiri tengah struggle untuk berubah? Sudden change will not last. Cepat berubah, cepat lah dia balik pada asal. By the way, kalau suami akak perokok tegar, dia tak boleh berhenti tiba-tiba kak. Mau demam terlantar kat katil nanti. Sebab badan dia terkejut dengan perubahan mendadak bila tak dapat rokok.

Kedua, didik dia. Macam mana? Letak beberapa syarat untuk latihan. Nak merokok boleh, tapi bukan dalam rumah. Nak merokok boleh, tapi jangan bagi anak nampak. Nak merokok boleh, tapi bersihkan badan sampai tak ada bau asap rokok sebelum dekat dengan ahli keluarga. Lepas nampak dia dah boleh ikut rutin tu, pelan-pelan tambah lain. Bagi had masa (curfew), bila dah pukul 7 malam, tak boleh hisap rokok sampai tidur macam tu haa. Tak pun, bagi dia reward bila dia berjaya amalkan rutin yang kita tetapkan. Bagi dia rasa seronok untuk berubah. Nampak macam budak-budak, tapi dari situ dia rasa yang dia disokong, bukan dikongkong. Kita kecik-kecik dulu pun mak bapak latih nak berpuasa penuh pun pelan-pelan kak. Siap dapat duit raya lebih lagi kalau puasa penuh. Daripada rasa seronok tu, lama-lama kita sendiri sedar yang puasa tu adalah tanggungjawab. (eh, termasuk topik puasa pulak)

Ketiga, tolerate. Andai kata dia berjaya untuk tidak merokok dalam tempoh seminggu misalannya, tiba-tiba bila dia jumpa kawan, kawan offer rokok sebatang kat dia, dia ambil dan hisap. Akak jangan la mengamuk dan tukar jadi Hulk kak. Dia tengah cuba tu. Bagi dia hisap bukan sebab suka dia hisap, tapi sekadar bertolak ansur sebab dia pun dah cuba penuhi keinginan kita. Manusia ni bukan malaikat, iman kita turun naik. Tapi mungkin lepas tu akak boleh mintak dia belanja akak makan sebagai denda sebab terhisap rokok sebatang. Hehehe.. Saya ni pun kira pakai tudung tutup dada, baju longgar jugak. Tapi ada masa-masa saya terlepas jugak bab aurat ni. Kadang-kadang lupa pakai handsock sampai tersingkap nampak lengan, kadang-kadang tak pakai stokin bila pergi rumah jiran sebelah yang ada lelaki. Tapi belum pernah kena tengking dengan suami. Dia cuma pesan dan ingatkan elok-elok je. Tegur secara berhikmah gitu haa..

Rasanya cukuplah saya bagi tiga cara ni dulu kak. Sekali lagi saya nak tegaskan, saya tak bela perokok. Terpulang jika ada yang tetapkan syarat perokok tidak layak dijadikan suami. Saya lebih cenderung untuk sama-sama bersama suami sehingga dia berhenti merokok. Dia sendiri tahu yang satu hari nanti dia akan berhenti merokok. Cuma dia masih mencari kekuatan untuk berhenti sampai bila-bila. Sokonglah suami akak untuk berubah. Berubah memang mudah, istiqamah tu yang susah. Kalau tak, tak ada la kita dengar artis tu dah bertudung, tapi perangai tak macam muslimah. Sebab apa? Sebab yang berubah tu cuma luarannya, bukan keinginan hati dia. (Tak ada kena mengena dengan event launching tudung). Harap akak bersabar ye kak. Kita bantu suami kita sama-sama.

– Santai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tipu Daya

PengakuanKu

assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku perkenalkan diri aku sebagai seorang pemikir. aku terlalu berfikir sehingga macam-macam perkara yang aku campur aduk dan spekulasi yang aku buat terutama tentang isu semasa dan keadaan manusia, rakyat malaysia terutama orang melayu dan umat islam sejagat.

seperti yang kita tau isu baru baru ini tentang penjual tudung merasmikan tudungnya di kelab malam. apakah motifnya ? kebaikan dalam kemungkaran? atau kemungkaran dalam kebaikan? akhir zaman ini memang banyak perkara haq dan batil saling bercampuran sehingga membangkitkan kekeliruan. sungguh aku sangat keliru dan risau. kita digalakkan bersangka baik tetapi dalam hal yang begini, hak dan batil tidak boleh bercampur. kelab malam sememangnya haram, niat untuk mengalakkan pemakaian tudung adalah baik. namun dua perkara ini tidak boleh bercampur maka aku rasa salah sama sekali. sepatutnya perasmian dibuat di tempat yg lebih elok dan tidak menimbulkan fitnah, melainkan si penjual tudung mengiklankan saja majlis tudungnya di kelab2 malam tetapi dibuat di tempat lain. aku sangat risau perkara ni sebab anak muda sekarang sangat rapuh dan mudah terpengaruh dengan kekayaan, kecantikan, kemewahan yg ditonjolkan.

kesinambungan kepada isu tadi, anak muda mudah terpengaruh. hari ini, setiap orang pasti ingin berjaya, dan mereka akan melihat orang berjaya. nak kaya, tengok cara orang kaya, nak bergaya, tengok org bergaya terutama golongan artis. aku sangat risau kerana zaman sekarang sudah kurang orang melihat orang beradab sebagai suatu kejayaan tatkala hanya orang kaya yang dilihatnya. buktinya? orang kaya walau ntah apa apa, diviralkan walau di dalam commentnya hanya caci makian. masih dikongsi videonya walau dicaci maki. ini adalah satu tipu daya. tipu daya dunia. perkara perkara yang baik bila dikongsikan tidak sebanyak like mahupun share berbanding video2 ntah apa apa. kita boleh tengok sendiri dalam post2 oh media, pen merah, dan sewaktu dengannya, bila mana mereka post yang baik, tak sampai seribu like dan berapa puluh saja yang share. tetapi bila post tentang benda2 dalam bahasa kasarnya benda bodoh, ramai saja yang share dan like. ini adalah bukti secara kasar tentang mentaliti masyarakat kita sekarang ini. tak hairan lah kalau keadaan negara kita semakin meruncing. inilah tipu daya.

bila cerita pasal keadaan negara sendiri ni, aku terfikir juga, dalam pada ramai rakyat malaysia sering mengutuk, mencaci dan memaki hamun menteri pemimpin dan sewaktu dengannya, adakah mereka ni berusaha untuk mengubah diri, keluarga, komuniti seterusnya negara ini? pemimpin yang teruk, jelek, tamak, selfish, makan sorang, rasuah, tak nak mengalah, rasa diri betul, ego, kerja banyak cakap tapi takde buat ape orang lain yang banyak buat untuknya, perasan ikhlas, nak menunjuk kebaikan dan terus menerus sifat mazmumah yang lain, lahir daripada rakyat yang bersifat sama. maksudnya apa ? bila berniaga, nak tamak sorang. makin lama makin naik harga. bila kaya, pakai kereta mahal sorang2, lepas tu atas jalan raya tak nak bagi signal ibarat jalan dia punya sorang2. pakai kereta camry, nak pusing u turn tak bagi signal lepas tu orang belakang pecut sebab bawa terhangak-hangak lepas tu hon pulak. dah kau tak bagi signal kau nak salahkan orang pecut kau pulak sebab tak lepas buat u turn. ko dah kenapa ?

kita rakyat biasa kutuk pemimpin tkde credibility, amik duit rakyat (tak dinafikan memang betul kebanyakkannya), tapi bila pergi kerja lambat masuk tanpa sebab, suruh orang punch cardkan tanpa sebab, sakit boleh baik dengan hanya makan panadol pun nak pergi klinik ambil MC. berak-berak sebab dah makan kedai mamak lepak sampai larut malam pun nak mintak MC padahal entah2 sebab dah malas nak pergi keja. lepas tu dah mc, boleh dok rumah sedap. member kat tempat kerja dah bertambah beban kerja sebab kau MC memanjang. tapi kau tak kena buang2 kerja sebab family kau kabel besar. dah kenapa zaman skang. kalau orang lain buat macam kau, mula la nk mengecam, mengumpat, fitnah macam2 sampai sebar kat orang lain. mentang2 ko kabel besar , semua orang ikut cakap kau. dah kenapa??. begitulah hakikatnya bagaimana lahirnya keadaan negara yang semakin merapuh ni. bagaimana pemimpin guna duit rakyat claim macam2, elaun macam2. begitulah rakyatnya, claim duit lebih daripada kerja yang dibuat. sebab tu lah berkat pada anak2 kurang. rezeki selalu tak cukup. tipu daya. berkat rezeki pada anak2 hanya boleh dilihat setelah mereka dewasa. tetapi ada jugak yang walaupun bapanya seorang yang baik, tetapi dugaan menimpanya anaknya membesar dengan suasana yang tak sihat sehingga menjadi kurang baik. ini adalah dugaan masing masing. ada hikmah disebaliknya.

banyak lagi tipu daya yang ingin aku tuliskan. banyak lagi yg tersimpan dalam benak fikiran aku yang sempit ni.
kalau boleh aku nak tulis semuanya. nak ku luahkan semuanya, dan kalau boleh aku inginkan segala permasalahan dan persoalan agar fikiranku menjadi kosong. bila kosong, maka harapnya dapatlah aku masukkan solusi kepada semua masalah dan isu yang berlegar dalam pemikiranku. harap pembaca boleh tinggalkan komen berkongsi cara untuk selesaikan masalah dalam pemikiran aku ni.

bila ada orang buat kemungkaran secara besar dan terang terangan, kita takleh buat diam buat lek. sebab apa, satu bangsa atau satu kawasan atau tempat yang bergelumang dengan kemaksiatan akan dibinasakan meskipun terdapat orang yang baik2 andai mereka yang baik2 ini tidak meninggalkan comfort zone mereka bersama kalangan orang baik dan perangi kemaksiatan yang semakin menyalak.
ok.

aku dah penat menulis. harap iiumc siarkanlah. aku tido dulu.

tidur ku penuh diselubungi……..MISTERI….

– sang pemikir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kawan atau Lawan

PengakuanKu

Assalamualaikum pembuka bicara, terima kasih kepada IIUM Confession sekiranya cerita hidupku ini disiarkan kepada umum. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca.

Dalam hidup kita, banyak perkara yang berlaku. Ada yang kita suka, ada yang membuat kita berduka dan terluka. Namun berbekalkan pengalaman hidup selama 20+ tahun, aku dapati beberapa keputusan yang aku buat dalam hidup ini adalah keputusan yang salah. Mungkin juga masih muda dan mentah, mungkin juga dikatakan tidak matang. Jadi, perkara yang terjadi kepada aku ini memerlukan pandangan dan pendapat para pembaca tentang apa yang perlu aku lakukan.

Kisahnya bermula pada penghujung 2017, aku seorang remaja lelaki yang berusia 20an berjaya menempatkan diri dalam salah satu universiti awam di semenanjung Malaysia (Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai seluruh Alam). Bermulanya hidupku sebagai mahasiswa sarjana muda kejuruteraan. Semuanya berjalan lancar pada mulanya, namun satu perkenalan dengan pensyarah muda di situ yang menyebabkan aku terperangkap dalam satu keadaan yang membuatkan diri ini berasa tertekan.

Usai program orientasi, aku mula menceburkan diri dalam bidang kepimpinan di kampus tersebut. Sebagai pelajar baru yang masih bersemangat, aku menyertai pelbagai aktiviti dari sukan hingga program kepimpinan, disamping mengumpulkan merit untuk kolej (tipu la taknak kolej kan haha). Menjelang akhir semester pertama di kampus tersebut, pensyarah-pensyarah mula mengenaliku, memberi amanah kepadaku menjalankan pelbagai program hingga akhirnya aku diberikan jawatan tinggi di dalam fakulti. Di situ bermulanya perkenalanku dengan seorang pensyarah lelaki, kita gelarkan dia Sir A.

Pada mulanya, aku hanya ditugaskan untuk menjalankan satu program komuniti di kawasan kampus tersebut dan dipantau oleh Sir A. Dari situ kami mula rapat, aku sebagai pelajarnya memang menghormati seorang yang mencurahkan ilmu kepadaku, walaupun bukan di dalam kelas. Dia meminta nombor telefonku, dan dari situ Sir A mula menghantar mesej melalui applikasi whatsapp. Sir A seorang lelaki yang sudah berkahwin dan boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang sedikit lembut – bukan prejudis, hanya sedikit gambaran – dan juga sentiasa ramah dengan orang sekeliling. Mengikut perkiraanku, mungkin kerana dia seorang yang peramah maka dia sentiasa berwhatsapp dengan para pelajar jadi aku tidak mengambil kisah tentang mesej2 yang dihantar kepadaku walaupun kadang-kadang mesejnya tidak langsung berkait dengan tugasan di kampus.

Bermula cuti semester, keadaan semakin jelas buat aku. Mengikut sahabat-sahabatku, hanya aku yang Sir A selalu whatsapp, bertanya ‘sudah makan ke belum’, ‘sihat ke tidak’ dan sebagainya. Dia mula bertanya tentang tentang keluargaku, adik-beradikku dan juga ibu bapaku. Keperihatinannya memang terserlah kepada aku. Bermula cuti semester juga aku mula perasan yang Sir A sentiasa menghantar mesej kepadaku hampir setiap hari, setiap masa. Ada kalanya jam 12 dan 1 pagi telefonku masih berbunyi menandakan adanya mesej yang diterima. Sir A selalu menegaskan bahawa dia hanya kebosanan dan juga perlukan rakan berbual.

Perasaan tidak selesa mula wujud dalam diriku, aku mula berasa ragu tentang niat pensyarahku itu untuk berkawan denganku. Dia mula menawarkan aku sebarang pertolongan yang boleh dia berikan kepadaku, dan setiap kali aku menolak pasti dia akan bertanya lagi keesokan harinya. Dia juga bertegas untuk aku meminta pertolongan darinya sahaja, membuatkan aku merasa pelik dan hairan tentang kenapa Sir A bertindak sedemikian, seperti memaksa aku untuk memohon pertolongan darinya sekiranya ada apa-apa yang aku perlukan. Dia mula bertanya aku kemana setiap hari dan dia juga berkata yang aku perlu beritahunya sekiranya aku kemana-mana. Sikap mengongkong Sir A membuatkan aku tertekan dan rasa terkongkong.

Perkara-perkara yang tidak sepatutnya dia ambil tahu menjadi keutamaannya untuk tahu. Mesej whatsappnya masuk lebih banyak dari mesej teman wanitaku sehari-hari (HAHAHAHA okay2 serius2..). Aku mula mengabaikan whatsapp nya, membalas lambat dan mengatakan ada perkara yang aku perlu lakukan dan jarang melihat telefon bimbitku. Dia mahu berjumpa aku setibanya di kampus nanti dan ini merisaukan aku kerana Sir A merupakan orang yang aku hormati sebagai pensyarahku.

Aku perlukan pandangan para pembaca, apa yang aku perlu lakukan? Adakah aku terlalu bersangka buruk kepada pensyarahku ataupun aku perlu melakukan sesuatu tentang perkara ini? segala pandangan dan nasihat aku terima dengan hati yang terbuka.

Sekiranya karangan ini disiarkan dan mendapat pandangan dan pendapat yang bermanfaat, aku akan cuba melakukannya dan menulis lagi tentang apa yang terjadi selepas aku mengambil tindakan tersebut.

Nukilan seorang pelajar yang masih cuba menghormati gurunya,
NA

– NA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Adab

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt kepada all readers..Thank you admin sbb sudi post confession aku ..tapi confession ni more to akak nak tegur lah kan kepada sesiapa yg ada adik beradik yg dah mahupun belum berkahwin..mohon jaga adab..

Aku tahu mungkin juga akan ada segelintir yg panas ataupun menentang pendapat aku..Im talking based on my own experience I truly 100% hate this kind of attitude..Memang aku tak tolak yg kewajiban menjaga kebajikan adik2 tu terletak atas bahu abang.Keperluan adik beradik abg kena bantu.Aku tak pernah campur tangan pun kalau bab2 keperluan brg makan ke apa ke suami aku nak sumbang ke keluarga ye itu tanggungjawab dia sbgai anak lelaki.

Tapi yg aku nak tegur kat sini tentang adab meminta tu.. cuba kau bayang kan kau tgh stress ni dok catu2 makan minum sampai hujung bulan.. ade lg 2 mggu bru gaji..tup2 ipar ws..tanya khabar tak ada , berbasa basi tak ada terus tanya abang dah gaji ke ? Dah ada duit ke? Ada senarai dah ni nak suruh abg belikan.Kalau sekali sekala tu paham lah lagi.. ini tiap2 bulan..tak hangin kau?

Yg lagi best , abg tak sihat dgan tgah bulan duit pun cukup2 makn je..tak ambil tahu pun ..yg ditanya gaji dah ke belum..nak duit lg. Bila ckp abg tak sihat boleh pulak kata..apa la abg ni asyik sakit je , badan tu lemah sangat sekejap2 sakit..Allah walaupun kau rasa benda tu begurau kau rasa kat mana adab kau? Agaknya anak emas mmg semua mcmtu.kehendak nak diturut kalau tak turut mengadu lah kat mak ke ayah ke biar abang dgan ipar semua kene marah kene sindir.
Aku bukan nak ajar suruh bekira.. gaji abg diorg ni pulak 2k pun tak sampai. Nafkah aku pun aku halalkan untuk beli brg keperluan anak.. keperluan aku,aku ambiklah 20 inggt 30nggt sebulan. Dan kalau apa yg dorg nak tu keperluan betul , brg makanan ke tak ckup duit nak isi minyak ke aku boleh faham lagi lah benda2 mcmtu jangan bekira…ini tidak , nak mintak belikan makeup lah, belikan kredit nset lah , beli baju lah.. aku tk faham duit gaji abg dia tu belum dapt kat tangan lagi dia dah start karang plan nak mintak itu ini..

Aku bukan nak mintak apa..mintak ehsan je, kesian la sikit kat abg ni..kerja penat2 banting tulng..gaji bukannya besar nak beli seluar koyak sendiri pun 2 3 bulan bru dpt ganti..yg meminta2 ni pun bukannya budak kecik budak sekolah.dah besar pnjang..boleh kerja carik duit ..tapi alsan byk..kerja tak serasi lah, takut lah , tak ada transport lah..

Untungnya ko ade tempt nak mintak2 aku ni dulu tingkatan 4 dah buat part time kedai makan , nak apa2 usaha kerja .tak nak mintak2 sebab aku tahu mcm mana penat nya carik duit ni..kalau tahu terima kasih tu tak apa lah jugak..ni bila tak dpt tunaikan apa yg dia nak mengadu sana sini..lepastu krg ade lah yg post kat ws group family , gambar nasihat ” rezeki sempit sebab bekira dgn keluarga dgan adik beradik ” ..Allah.. lg best bila kita dah susah tak ada duit , pkat2 mengata kita ni boros.. tahan sabar ajelah dengan perangai masing2

Akhir kta dari aku , kalau dah besar pnjang ade kudrat eloklah nak apa2 usaha sendiri..jangan lah asyik nak meminta2, pahamlah sikit org lain punya komitmen..kdg org sampai berikat perut nak tunaikan hajat kau aje ..jdilah manusia yg tahu adab sopan.pekara2 mcmni kau rasa remeh , tapi hal2 mcmni lah boleh buat suami isteri becerai berai, silaturahim renggang ukhuwah yg terjalin pun hancur sbb kerenah yg mcmni ..sekian,wasalam..

– Puan L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tuesday, 27 February 2018

Yatim Juga Ingin Bahagia

PengakuanKu

Assalamualaikum,sbelum tu tq sgt if confession aku ini disiarkan.Aku trpanggil nk confess kt sni lpas bace confession Langit Biru.

Aku perkenalkan diri aku Husna(bukan nama sbenar),umur aku 26 thn lgi,befday lame lagi thn ni nk ckup 27 thn haha.Aku sg yatim piatu.Sedih ke bace? chill2 okes.Mama aku mninggal time tu aku 21 thn.Papa aku plak mse aku 23 thun.Aku ade 2 org akak,sorg abg,sorg adik.Akak aku kedua2 da kawen da selamat hidup bahgia.msing2 ikot family kepantai timur & selatan.Abg & adk aku krja luar ngeri.Tinggallah aku sendirian huuuuuu.Relaks don’t cry2 lagih okeh.Ayaq mata aku slow2 dah
bertakung.Sendu weh nk cita.

Uturn smula nah tntang confession lngit biru tu,dia kenal 7 hari duk kejut bangun pagi tu da xtaw nak habaq perasaan syg,nk move on dak buleh.Ni aku yg kenai betaon ni nak buat lagumana hangpa weh.

Lepas papa aku mninggal,kelam hidup sbb x dak sapa2. Lepas mama pergi,papa pulak pergi.Rasa da x dak tempat nk bgantung.Sunyi nk mati hidup wei.Yg jd ytim piatu ja yg paham rasa tu lagumana.Sedih,X dak kekuatan,x dak semangat,kosong,hidup dgn ayaq mata brai brai ja tiap masa(Ayaq mata aku da jatuh)

Lepas papa aku pergi ikot mama, takdir Tuhan dtgkn kat aku sorang laki.Kenai time aku kena kursus.kawan2 ja memule lps tu mkin erat,time ni buhung la kalau x dak perasaan syggg,sygg hampa weii.lgpun ni first time kawan special dgn laki(paham2 la noh lagumana bila x prnah couple).kenai pun dia yg approach dulu.

Kwn laki aku ni baik,bnyk bgi aku semangat ble down.tak dak mama papa dlm hidup x buleh nak cita lagumana wei.x tau nk habaq.laki ni duk bg aku smngt.aku pn memng syggg kt dia.first love wei.Spgjg kenai dkt staon lebih kmi da rncg nk kawen.bhagia sgt wei sbb lps ni ade org jaga.ade peneman.wlaupn kmi tinggl dlm ngeri sama,aku dpt jmpa dia sbulan skali ja.Bhubung skejap2 ja sbb msih mnjaga ikhtilat(bukan acah2 baik tp takut dosa).tkt juga hbungn ni brtngjangkn dosa.

Disini brmula sgalanya.hti prmpuan wei kdg2 ada syak wasangka,memg x buleh nk lari da hgpa.aku rsa dia mcm something dgn aku.lain gler.mcm dia nk slow2 prgi dri aku.2 3 bln dia snyp,aku ws dia bls acuh2 cam tu ja.ble aku tnYa knpe?dia gtaw x nak aku trsakiti.weii dia ingt aku x dak perasaan ka? mmg trsakiti dah dia buat aku mcm ni.dia tinggai aku mcm tu ja.time duk kenai dgn aku,time tu aku duk rasa dia kenai dgn pompuan len.sbb tu aku kena tinggai.time ni memang aku murung,berat bdn aku susut mkn x mau.hdup dlm ayaq mata.aku x tau nk mngadu at spe.hdup dlm ayaq mata ja hari2.nk mgadu dkt mama papa? diorg Tuhan da ambik balik.akak2 & abg aku?diorg pn ada kluarga & masalah masing2.time aku ziarah kubur mama papa,aku luahkan dlm deraian ayaq mata ja, sbb tu ja yg aku mampu.kalau mama papa ada kn best,usu ada jgak tmpt nk bgantung.

Smpai laani aku x buleh nk lupa dia.aku mmpu doa utk kbhagiaan dia.skit ni trhapus dgn syg aku kat dia.aku susa nk buang dia dlm hdup aku.mgkin sbb aku x layak x sempurna untk dia.sbb aku taw aku ni bukan siapa2 cme nk cari scebis bhgia ja.

ble da bnyk bgi hrpan,ttbe tinggai cam tu ja.hati bkan boneka untk dbuat mainan.hati sifat dia lembut.pmpuan dia buleh kata dia okay tp hati dia x buleh nk tipu.hati dia merana ko tkkn tau.plak kalau jenis yg mcm aku ni x dak sapa2.skali dia syg hg,smpai ble2 dia akn tetap sygggg.

Cme aku nk habaq kat sini,jgn pernah hgpa mainkan perasaan org,cbe hgpa tgok org yg hgpa mainkan perasaan dia,bahagiakah dia?Kalau yg laki ni hg jadi pompuan,hg rasa kekecewaan itu,hg x kn mmpu.luaran ja kmi nmpak kuat tp dlman kmi mnderita.jiwa kmi merana.kalau yg ytim piatu mcm aku ni hgpa bgi hrpan,mmg lgi trkesan sbb dia plih hgpa untk bsama dia dunia akhirat.dia nk rase ade org yg protect dia mcm arwah papa dia jaga dia.tp hgpa bagi dia kekecewaan,hgpa bgi dia kesakitan,x layak ka dia nak bahagia?

smpai sini ja la nah,ayaq mata x mau brenti wei.cma aku mntak hgpa doakan aku nah.Im alone.kalau yg nk bgi aku smangt,komen yg baik2 la nah.ni aku cita apa yg aku alami.aku doakan hgpa smua bhgia.

yg pernah mngecewakn seseorg,hgpa doakn moga dia juga bhgia mcm hgpa bahgia dgn org baru sbb mninggalkan dia.hati bkn untk dpermainkan.

smpai skrg aku x buleh nk move on.tak layakkah aku untk merasa secebis bahagia?
-Husna-

– Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hebatnya Hikmah Istighfar

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt, saya nak tulis ni berdasarkan pengalaman diri sendiri.

Sejak dr kecil, ajaran agama saya sangat kurang, tapi tidak sekali saya salahkan sesiapa sebab kalau kita betul nak belajar, semua letak atas diri sendiri kan, so itu khilaf saya. As i grow old, memang Dia dah tulis agaknya yang saya akan lebih mengenali Dia melalui rakan2 yang saya kenal bila pergi menuntut ilmu2 jalanan semua ni (ilmu jalanan tu maksud saya ilmu yang bukan certified sijil,dip,degree etc di uni2 terkemuka), dari situ saya ramai kenal orang2 yg kebergantungan pd Tuhan yang sangat tinggi.

Long story short, saya baru melahirkan anak ke2, dr awal kelahiran pun org dah tanya2 nnt dah keje anak anta mana(eh semak pulak aku, sakit beranak pun tak abes lg ko dah tanya nak anta bbsitter mana, memang tak la nk pikir benda2 tu suma). Dah hujung2 fasa berpantang baru saya fikir sapa boleh babysit anak ni. Jumpa sorang, tapi caj nya Nauzubillah xmau kata lebih. Minta kurang, dapat, tapi alih alih last minit kata tak berbaloi lebih baik pengasuh tu pergi kerja kt luar katanya. Ok la xkan nak paksa. Turun bukit taman perumahan saya ada kem askar, which dalam tu byk quarters penempatan stallion2, makanya ramai lah isteri2 askar dalam tu, surirumah pulak tu. Asalnya, saya semberono je buat ramah ngn isteri askar yg memang aku tak pernah kenal, cakap pulak dialek dari negeri yg adoilah memang aku tak gemar.lol. Tapi gagahkan ramah je sebab mmg tengah desperate cari bbsitter kan, ramah punya ramah, jumpa sorang akak ni(akak E), elok dah deal, 2hari je anak saya dia dapat jaga, sebab..katanya anak saya kuat lalak (padahal, engkau yg xde pengalaman bbsit anak org, oh and yes memang anak saya adalah 1st experience kak E mengasuh). Ok takpe, sabar, kak E suggestkan pulak adik F, tgh babysit 5kids, incl anak saya jadi 6, Adik F ada 3kids, sum up of 9kids in a house,with no asst at all. Alamak mcm ramai sangat.

Sebulan hantar kt adik F, rate sama ngn makcik Nauzubillah tu tapi takpelah dalam masa sebulan ni kita cuba cari bbsitter lain. Saya buatlah ads, tampal kat setiap blok, dah tampal kt 3 bloks, balik tu teringat kawan pesan, nk apa2, istighfar, at least 100x sehari, so istighfar la saya sebagai tawakal selepas berusaha tampal ads. 2hari senyap, eh mcmana ni bulan baru dah nak start tak kan takde sorang pun tak nak jaga anak aku, getus hati. Hari dilalui diterusi dgn istighfar, print lg ads, pergi tampal kt 2blok lain. Besoknya, berdesup whatsApp masuk, Alhamdulillah,, hebatnya Kau Tuhan, kau simpan apa yg aku nak tapi kau beri apa aku perlukan tepat pada waktu, ramai text, bertalu soalan interview saya tanya pada setiap individu. Petang tu juga saya ke rumah calon, bersuai kenal dan tetapkan deal.

Alhamdulillah,, segala urusan dipermudahkan atas keizinanMu jua Ya Tuhan. Semoga anakku baik2 sahaja hendaknya dgn pilihan ibu bapanya ini. Ameen. Terdetik dalam hati, kenapa aku tak istiqamah meminta pdMu, kenapa waktu susah je aku mencariMu, tetap Engkau Maha Memberi bila aku mengemis kesempitan. Syukur Ya Tuhan.

Marilah kita ramai beristighfar hingga menusuk ke kalbu untuk apa jua yang kita hajati.

– Latoya kahkah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sakit Bukan Penghalang Untuk Berjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum rakan-rakan maya sekalian.

Saya berharap sangat admin dapat post confession ini. Nama aku Nur Aisyah Huda. Nampak tak tajuk aku tulis tu’ sakit bukan penghalang untuk berjaya’. Yup! di sini aku ingin kongsikan pengalaman aku yang digelar sebagai pesakit kanser darah seumur hidup. Tetapi adakah sebuah penyakit itu satu asbab untuk aku putus asa menuntut ilmu? Tidak! Yup tidak sama sekali menghilangkan semangat aku untuk terus menuntut ilmu di sebuah pusat pengajian. Aku disahkan ada kanser darah sejak umur 1 tahun. Pada usia 7 tahun sehingga 12 tahun aku tak pernah hadir ke sekolah macam rakan-rakan lain. kehidupan aku hanya bergantung kepada hospital sahaja. Hospital sudah ibarat rumah kedua aku.

Apabila usiaku sudah menjejak 13 tahun baru aku dapat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah area kedah. korang banyangkanlah hari pertama aku daftar ke sekolah menengah yang masih tak kenal apa erti kehidupan seorang pelajar. Rakan-rakan lain sudah bijak pandai membuat karangan BM, mengira dalam mata pembelajaran Matematik dan cara mengkaji dalam mata pelajaran Sains. Tetapi aku satu habuk pun tak tahu. Hanya tahu menulis ABC 123. Memang naif sangatlah waktu tu. Tetapi adakah aku akan menyerah kalah macam itu sahaja? Tidak sama sekali! aku belajar perlahan-lahan seperti bayi yang baru ingin mencuba sesuatu yang baru.

Alhamdulillah… akhirnya aku berjaya juga tamat pengajian aku sampai ke peringkat Universiti IPTA walaupun keputusan CGPA aku tidak seperti rakan-rakan lain. Di sini aku ingin bulatkan bahawa selagi Allah swt merancang sesuatu untuk masa hadapan kita. Tak salah kita terus melangkah sehingga merasakan dunia ini milik kita. Percayalah Allah swt itu Maha Adil. Tips di sini adalah yang pertama, janganlah sesekali putus asa. letakkan kata-kata semangat sebagai satu moto hidup kita. Macam aku selalu cakap dekat diri sendiri “Sakit bukan penghalang untuk aku berjaya”. Yup! sekarang aku sudah berjaya menamatkan pengajian sebagai budak Diploma Pemasaran di sebuah Politeknik.

Dalam menuntut ilmu di Politeknik aku masih diuji dengan kesihatan aku sehingga terpaksa tangguh sem selama satu tahun untuk recover balik. orang lain tamat pengajian 3 tahun 6 semester. aku tamat pengajian 4 tahun 8 semester. Tips kedua, solat itu tiang agama. jangan sesekali tinggal solat yang diwajibkan untuk umat Islam. Berdoa kepada Maha Kuasa apa yang kita inginkan. Tips Ketiga, ini sangat penting untuk diri kita. Jangan sesekali bandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. contohnya keputusan peperiksaan akhir tahun jangan bandingkan apa yang kita dapat dengan rakan-rakan lain dapat. Sebab apabila kita bandingkan result kita dengan orang lain kita akan rasa Down apabila result kawan-kawan lebih tinggi dari kita. apabila mula banding aura negatif mula muncul dalam fikiran kita. mulalah rasa putus asa dengan kehidupan. result keputusan itu bukan menjaminkan kita sudah berjaya.

Tidak! orang berjaya ni adalah orang yang sudah menempuhi pelbagai konflik kehidupan sehingga jatuh ke bawah. tetapi dia masih berjaya untuk bangun semula dari kejatuhan itulah yang dipanggil orang panggil berjaya. so guys! jangan mudah putus asa dalam konflik kehidupan ni. Dunia ini sementara sahaja. anggaplah dunia ini sebagai pentandingan mendaki gunung. jika kita sudah sampai ke pertengahan gunung. Apasalahnya kita berjalan sehingga ke puncak. so believe to miracle of Allah Swt. apabila kita sudah berusaha mendaki bukit itu. kemudian, kita berserah sahaja kepada Allah swt 100%. Dia Maha Mengetahui.

– Nur Aisyah Huda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pentingnya Sekufu II

PengakuanKu

Hi, Assalamualaikum semua. Sebelum aku meneruskan menulis, terlebih dahulu aku nak berterima kasih pada admin sebab sudi siarkan penulisan aku yang sebelumnya dan terima kasih jugak pada kalian yang sudi komen dan beri nasihat yang baik-baik. Aku perlukan semua tu dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi admin kalau sekali lagi tersiar lagi kali ni.hehe.

Secara jujurnya, tujuan aku menulis lebih pada untuk meminta pandangan dan berkongsi cerita. Maaf kalau aku ter kongsi kan sesuatu yang negatif terutamanya pada rakan-rakan yang seusia aku yang sedang membina kehidupan bersama pasangan tersayang. Aku yakin, kehidupan korang mesti akan lebih baik sebab kita tak sama. Takdir kita tak sama dan percayalah, setiap orang akan bahagia cuma mungkin dengan cara yang lain-lain. Dan percayai pasangan anda yang sekarang tengah berusaha kuat untuk jadi yang terbaik dan bahagiakan korang. Jangan terlalu berfikir atau berkata yang negatif sebab kata-kata kita umpama doa yang melantun. Moga apa kita anggap dan kata yang baik-baik dan akan kembali semula pada kita jugak yang baik.

Aku sendiri sekarang ni feel much better dari sebelum ni. Betul lah, beza life aku sekarang ni (duduk dengan parents sendiri) dalam sebulan lebih tak jauh beza semasa aku stay dengan suami. Cuma bezanya, aku tak perlu menghadap dan bergaduh benda remeh dengan suami aku macam sebelum ni. Life aku lebih pada pagi-pagi settle anak, hantar pengasuh, pergi kelas, balik spend dengan anak, kemas rumah dan buat tesis yang sekian lama tertangguh. Aku dan suami bergilir-gilir jaga anak. Walaupun dari sudut hati sebagai seorang ibu, aku kesian pada anak aku yang terpaksa memilih cuma seorang untuk dia bersama pada satu masa. Tapi aku yakin, anak aku (3 tahun) jiwanya kuat sebab masa aku mengandungkan dia lagi apa yang aku alami susah senang mabuk sakit demam banyak bersendiri. Alhamdulillah anak aku sihat dan aktif sekarang. Doakan aku agar aku mampu menjadikan anak aku menjadi orang dan hatinya kental dan kuat.

Kalau ada yang nak tahu, takde rasa ke nak balik semula pada suami? Jawapan aku, aku sendiri tak tahu. Bila aku pandang muka dia, aku balik ke rumah dia (kadang-kadang) untuk mengemas dan ambil barang, aku tengok gambar-gambar kami, hati aku rasa kosong. Kosong teruk hahahaha. Masa mula-mula aku kenal dia pun takde rasa sekosong ni. Tambahan lagi macam-macam dia hamburkan pada aku macam ‘punca fitnah keluarga’, ‘ibu yang tak fikir pasal anak’, ‘isteri derhaka’ dan macam-macam lagi. Cukuplah setakat tu. Sebab aku belajar dan aku tahu keadaan seorang isteri yang secara zahir tidak ingin kembali kepada suami adalah berdosa, jadi aku minta lepas dengan cara yang baik. Tapi laki aku tak nak dan merumitkan lagi keadaan dengan tuduh dan kata aku macam-macam. Makin tak lah aku nak balik semula kalau macam tu huhu.

Dengan keadaan yang macam ni, betul lah apa yang orang kata. Setiap perkara tu punyai hikmah walaupun seteruk mana situasi tu. Yang aku nampak sekarang, aku kenal siapa yang sebenarnya yang setia dan menyokong aku. Siapa yang sebenarnya yang betul-betul ikhlas dalam menegur dan bersabar. Terima kasih kepada individu-individu yang terlibat termasuk keluarga aku sendiri. Terima kasih.

Aku pun dapat lihat dengan lebih jelas mana kekurangan aku sebelum ni yang sumpah banyak lagi yang aku kena baiki hahahaha. Jika sebelum ni aku rasa aku sudah cukup sabar, sebenarnya aku perlu lebih sabar. Kalau sebelum ni aku rasa apa yang aku buat sudah cukup, sebenarnya masih banyak yang perlu aku cukupkan. Segalanya masih banyak yang perlu aku lakukan. Dan aku lebih kenal sikap suami aku yang sebenar yang aku baru tengok selama beberapa tahun tak cukup lengkap lagi. Itu lagi membuatkan aku rasa perlu untuk aku move on.

Tapi, masih ada satu benda yang aku sedihkan. Dengan keadaan macam ni pun, laki aku masih dengan sifat asal yang lebih rasakan dia yang lebih betul dan jelas dari orang lain. Dia tak pernah penat kata yang dia masih betul dan terus menghukum sampai akhirnya tak guna dah aku nak cakap atau bela diri. Paling ‘kelakar’ dia kata kat ayah aku yang dia lepaskan kuasa talak pada ayah aku. Aku pun macam whatttt… Kalau ayah aku kata lepaskan aku jd lepas lah hah camtu. Aku tahu, dia tak nak bila orang tanya kenapa kami berpisah dia akan kata sebab ayah aku suruh atau sebab aku ada orang lain atau sebab aku nusyuz atau sebab yang pasti bukan dia yang jadi punca. Well, mungkin sebab aku muda lagi dan macam-macam boleh jadi kemungkinan untuk orang yang berdarah muda macam aku. Dia pun ada kata aku ni akan jadi punca fitnah dan menyusahkan orang. Takpe. Aku terima je.

Hari tu dia ada kata apa yang dia berikan pada aku selama ni adalah ihsan. Kiranya apa yang parents aku berkorban untuk aku tu tanggungjawab ibu bapa dan dia itu ihsan. Katanya, walaupun aku isteri dia masih ada yang tak perlu dia tanggung. Eh, kalau aku tuntut upah atas alasan aku menyusu anak sejak dari lahir sampai sekarang nak masuk 3 tahun wajib untuk dia bayar dan kalau dia tak nak dikira sebagai hutang. Tapi aku tak mintak sebab untuk anak yang lebih berharga dari nyawa sendiri. Dan aku percaya, semua ibu tak berkira dengan anak-anak sendiri. Macam tu jugak aku. Kami pun sebelum ni kalau bercanggah benda camni selagi aku tak bentang depan dia kitab yang mengatakan hal tu selagi tu dia pandang aku sebelah mata je. Lama-lama aku sendiri dah lali dengan isu ni.

Aku tak kata, kalau andai perpisahan terjadi aku akan bahagia. Aku pun tak kata aku akan senang kalau dia takde. Yang aku rasa cuma kosong. Tak suka, tak marah, tak dendam, tak rasa apa. Yang aku rasa cuma nak teruskan hidup, dan jaga anak aku dengan cara yang paling termampu. Aku tahu, talak tu berat. Aku sendiri tak dapat bayangkan keadaan aku waktu talak tu dijatuhkan nanti. Tapi setiap perkara yang Dia halalkan mesti bersebab. Penceraian adalah perkara halal yang paling Allah benci. Aku sendiri, tetap berikhtiar tapi kalau sekarang pun hidup aku penuh dengan perkataan menyakitkan dari dia, kalau aku kembali? Sebab macam takde perubahan. Kata-kata pujuk tu ada tapi tindakan takde. Macam aku kata hari tu, actions speaks louder than words. Kalau dalam mesej dengan kata boleh janji macam-macam, tapi bila tiba masa semuanya kosong. Dia pun ada kata dia takkan berdendam dengan aku asalkan dia perlu kawin secepat mungkin. Hari tu kata pilihan dia orang arab hahaha. Aku pun, terpulanglah. Asalkan, dia mampu kasihkan anak aku, ada duit sendiri, ada latar pendidikan yang tinggi dan yang paling penting ada kerja tak perlu mengharapkan suami aku tu nanti.

Jadi yang aku rasa patut aku lakukan sekarang aku perlu lebih kuat untuk teruskan kehidupan. Jadi anak kesayangan parents aku semula.huhu. So far, adik-beradik aku sendiri suka aku stay balik sebab katanya macam dapat semula kakak diorang yang hilang dulu. Bila aku lepas aku pindah stay dengan laki aku, diorang kata aku dah berubah jadi sangat kasar dan cakap macam tak fikir dua tiga kali. Allahu Akbar. Benarlah kehidupan seorang perempuan tu atas acuan penjaganya. Aku sendiri rasakan perubahan pada diri aku beza bila aku stay dengan suami dan stay bila dengan keluarga.

Untuk perempuan yang tengah baca ni, jangan terlalu takut untuk buat begitu dan begini sebab sebelum ni kau dengar dan kau lihat nasib orang yang mungkin tak bernasib baik. Setiap orang itu berlainan jalan ceritanya. Kita sendiri perempuan ada kelebihan dan kekuatan tersendiri walaupun jantina kita sama. Jangan bila dengar kisah yang tak best terus paranoid takut jadi macam tu takut jadi macam ni secara automatik korang akan apply dengan kelakuan dan orang yang dekat dengan kita akan rasa tak selesa. Tapi ambil pengajaran macam ‘eh dia jadi macam tu sebab dia buat macam ni. Aku perlu lebih baik lagi jangan tersama dengan dia.’ Walaupun aku perempuan, aku tak nafikan terkadang kita sendiri yang jadi punca masalah tu tapi biasalah manusia lebih nampak kesalahan pada orang lain.

Lelaki, aku bukan nasihat dan aku tak layak untuk nasihatkan sesiapa. Tetapi sebagai seorang perempuan yang miliki jiwa seperti perempuan-perempuan lain dalam dunia, kami sangat memerlukan kasih sayang. Kasih sayang dan perhatian yang kau bagi tu akan jadi bekal ingatan dan boleh jadi penyelamat tatkala hubungan tu mula menjadi retak. Aku sendiri, sangat kurang untuk aku ingat kat laki sendiri sebab dia layan aku biasa-biasa je bukan sebagai isteri yang dia cintai. Sebab tu aku boleh survive dengan cepat tanpa terikat dengan memori bercinta di pantai merdeka.

Tujuan aku menulis disini sebab aku rasakan ahli-ahli sini lebih baik dan berilmiah dari KRT. Yang aku perlukan teguran dan pendapat dari fikiran dan hati tanpa melibatkan emosi atau perli. Itu lah sebab kenapa aku menulis disini. Yang aku ceritakan kat sini, cuma suku dari keadaan yang sebenar yang mana aku rasa aku boleh kongsikan. Doakan aku moga urusan aku dipermudahkan dan doakan baik-baik untuk aku mudah-mudahan kembali yang baik-baik juga pada kalian. Sekali lagi, terima kasih.

– Young mum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pesanan Untuk Budak-Budak Yang Bakal Fly

PengakuanKu

Aku jujurnya tak berapa nak pastilah ke-kredibilitian aku untuk bercakap tentang perkara ni. Tapi nak pesan, apa yang baik ambik, jangan tak ambik, yg buruk, yang salah boleh tegur. Jangan hina Allah tak suka. K?

Hajatnya, aku nak habaq beberapa perkara je kepada bakal2 anak muda Malaysia kita ni, yang bakal melanjutkan pelajaran ke negara 4 musim ni. Barat ke, utara ke, selatan ke, tak kisahlah asalkan luar dari Malaysia. Kategorinya unspecified. Hehe. Aku hantam jelah eh, ada bab akademik, ada bab spiritual, ada bab kawan2 and banyak ah lagi. Rasa bersedia, boleh teruskan pembacaan, klau tak bersedia, kau star dulu post aku ni, nanti boleh comeback and read again.

Nak bagi orang percaya sikit apa yang aku nak kata ni, aku perkenalkanlah diri aku sikit eh. Sikit jelah. Nanti kantoi pulak ngan housemate, malu ah kan. Um, nama aku… tak yah tahu lah. Tak penting. Aku dah beberapa tahun ah belajar kat luar negara ni. Sekarang ni pun tak habis belajar lagi ni. Almost finish. Besok kelas. Lagi beberapa minggu nak spring break. Ngeh ngeh. Hm. Boring kan. Okay aku masuk point jelah.

Firstly, pasal akademik. Belajar luar negara ni, diorang lain sikit sistem belajar dia. Every kelas yang kau amik nanti, tak kisah lah kelas dari major kau ke atau kelas non-major, tapi mostly dari kelas liberal arts lah, semuanya diorang (as in lecturer/ faculty/ university) nak relate course tu dengan diri kau. Maksudnya, diorang nak every student tu ‘dapat’ something ah dari kelas dia. Seems cliché kan, tapi tunggu dulu, aku nak masuk point lah ni. Maka dengan itu, most of the classes coraknya macam ni – kau kene bagi reflection. Especially reading, benda wajib lah reflection tu. And memang kebiasaannya, paling2 kurang seminggu ada satu reading assignment dengan reflection. Bila aku cakap pasal reflection ni, boleh bayang tak macam mana. Dia macam ni, contohnya, kau baca cerita pasal hang tuah dengan hang jebat, pastu kau relate dengan kau bergaduh dengan adik kau kat rumah. Kau describe precisely situasi kau dengan adik kau tu. Pastu pengajarannya kau bantai jelah, “kau kalahkan ketakutan kau demi menegakkan yang benar” bla bla. Ha macam tulah. Tak percaya? Percaya lah ke aku ni.

Klau tanya aku, apa pendapat aku tentang benda ni. I am going to say, “not worth it”. At the end of the day, kau tak heran pun benda2/cerita2 yang kau come up tu. And kebiasaannya, student akan reka cerita je. Yelah, doesn’t make sense kot, klau takde event yang relatable, dah tak pernah lalui, nak tulis apa? Jadi untuk tidak memanjangkan permasalahan due dsbg, kau taram jelah cerita apa2 yang kau rasa logic. Akhirnya jadilah seperti aku, mind aku boggling dah macam pengarang novel popular dah. Balik2 Malaysia, boleh jadi pengarah filem dah kut.

Okay tu pasal akademik. Tapi tak semua macam tu, tapi aku dapat senselah semua nya menuju kearah itu. Pastu kan, a bit more about akademik. Klau kau datang ke US, bersedialah untuk bebal belajar tentang racial discrimination, gun control, feminism etc. basically, satu semester tu, at least ¾ daripada kelas2 yang kau amik tu mesti discussionnya berbalik kepada orang putih punya masalah2 tulah. Aku tak kata salah pun belajar benda2 tu, tapi untuk indigenous people macam kita ni, nak muntah lah wei discuss benda sama je. Weh, tak stop weh satu semester, sampai kau graduate kut isu sama je. *mata aku juling keatas dah* so bear with it. Klau nak jadi pelajar cemerlang terbilang gemilang, kau startlah buat bacaan tentang isu2 yang dinyatakan diatas. Taklah tertinggal sangat ngan member2 mat salleh tu. Sebabnya dorang lagi bebal kot, dari high school cerita sama je. Paham ak maksudnya kat sini, maksudnya tak de perubahan lah beb kat negara dorang ni. Isu2 ni will keep being discussed until it ended. Negara kita pun ada cerita nye tersendiri. Malas pulak nak masuk.

Okay situlah jelah pasal akademik. Aku nak masuk bab spiritual pulak. Spiritual ni bukan keagamaan je, tapi termasuk jugak kesihatan mental. Kat luar negara ni, depression is a big thing. You would not want to mess up and amik ringan. Kau duduk jauh dengan family, kawan2 tak mampu lah nak tumpu perhatian kat kau 24 jam, nak pastikan kau sihat, cukup makan, happiness rate 10. Kau kene jaga diri sendiri. Inisiatif nye mesti start dengan diri kau. Pertama sekali, yang Muslim tu, jagalah solat. Bukannya solat tapi lalai ye. Genuinely, ‘jaga’ means jagalah solat. Pelihara. Jadikan solat itu penguat dalaman kita. Lepastu, mix around lah. Tak perlu pun join 10 clubs just to mix around but truthfully, you are faking up yourself. Faham tak. Nasihat aku, yang tak cari rumah lagi, carilah rumah yang dekat2 dgn komuniti kita. Malaysian people. Or people that you comfortable with. Tak perlu being too aggressive, nak keluar dari comfort zone lah konon, nak kawan ngan orang local je. Malaysian ni tak layanlah apalah. Trust me. I know that feeling, and you will regret it later. Sebabnya, kau kene pandai beza kat mana nak cari support and kat mana yang nak cari connection. Its two-different thing.

Okay next. Macam serius sangat je kan point before ni. Yang ni kita rilek2 sikit. Lepas kau buat keputusan untuk sambung belajar luar negara, kau jugak buat keputusan untuk benarkan diri kau berubah menjadi seorang yang kau mungkin tak percaya itu kau. Kau dah kene memasak sendiri, kau dah kene bayar sewa api sendiri, kau dah kene uruskan keluar masuk duit kau sendiri. My point is, kau sendiri kene fahamkan diri kau perubahan2 yang kau akan hadapi ni baik untuk kau dan kau terima (or better, eager to) untuk apply kepada diri kau. Aku ada sorang kawan ni, dari Malaysia lagi dia suka makan makanan tin. Reasonnya, dia tak pandai masak. Aku cakap betul, kau tak boleh hidup lah 4 tahun nak makan makanan tin je. Belajar doh masak. Bukan susah. Youtube ada. Jangan strict yourself for any changes. Changes is good, when you understand. Okay adik2?

Ni last kot. Aku dulu kat Malaysia, sekolah asrama. Dari form 1 sampai form 5. Balik pun paling kerap 2 minggu sekali, takpun sebulan sekali. Aku jenis tak selalu call parents. Serius tak call selain untuk balik atau kirim barang time datang melawat. And aku memang pernah je tanya mak ayah aku, dorang terasa ke aku tak call selalu. Diorang jawab tak. Ntahlah, mungkin ramai lagi adik-beradik yang lain kan. Tak kesahlah kau macam aku ke atau sebaliknya, tapi time kat luar negara ni, call lah parents at least once a week. Kau tak nak menyesal kut2 tak dapat tengok muka diorang dah, tak dapat dengar suara diorang dah, sebab ajal maut kat tangan Tuhan. Paling2 nak balik emergency pun 23 jam flights. Aku cakap ni ada sebab. Kawan aku ayah dia meninggal time dia kat sini, tak habes satu semester lagi. Kau rasa dia kuat? Kalau jenis yang macam aku ni jarang call, sebab tak tahu nak cakap apa, time call tu, kau ceritalah semua kisah hidup kau dari isnin sampai jumaat. Diorang bukan nak tahu sangat pun, aku pun bukan nak cerita sangat pun, but for the sake of calling and letting them know we are doing fine, and we know they are doing fine, call lah.

Itu je kut yang aku boleh terpikir buat masa sekarang. Aku dah ngantuk. Moga beneficial for those who concern and yang tak berkaitan, sebagai bacaan suka2. Assalamualaikum.

– siapa2 je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Murung Sebab Tak Kuat Iman

PengakuanKu

Bismillah..

Izinkan saya tulis dalam bahasa inggeris.

I am a Major Depressive Disorder patient. I am suffering from Anxiety Disorder. Sometimes i ask myself, why my society can show their empathy towards physically ill patient, but not towards mentally ill patient? Why my people discriminate people who is suffering from mental illness? We are not asking for this disease. I’m telling you, the thing so called depression is not even 1% similar to the stress that you claimed to be the one who is also having a stressful life. I once live in a hectic and stressful day. Yes I stressed at that moment. I feel so tired. But i still able to live my life. Still can woke up early in the morning. Having to-do-list in my mind. Work for it. Not afraid of anything.

Until one point in my life, i started to feel obsessive fear towards few specific things. I thought it is just a hormone changing matter. So i just ignore it. I just avoid things that i’m afraid of. Until it affects my daily life. I cant even do things that im supposed to do. I cant drive. I’m afraid of speed, height, bugs, injuries, blood and other things. Fyi, during that time i was living in 10th floor in an apartment. I feel sophisticated.. I’m too afraid of my own house since it is located up high in the sky. At that time as well, I had to enter a new group of colleague. I started to develop fear towards my own colleague. The term fear in this content is not a regular fear. The fear here means as if death is better rather than to face the things we fear of. It is not that we took it as if death is an easy solution. Of course we are also fear of death. But our mind cant control it. Our fear is something big. Too heavy. Maybe for a healthy person like you would think that I just lying or overly claimed of small matters. But, for a person who is mentally ill like me, i just lost my rationale thinking. Maybe for you is something small, but for me it is something too big.

I tried to fight. Yes i did. I did it for almost 2 years. Everyday i had to woke up in fear. Sleep in fear. Until one point, my mind my body and my soul couldnt handle it anymore. I fell into depression. This is the hardest part. Imagine that whenever your meals cant makes your tummy full, your sleep cant recharge your energy, your rest cant even help you to get rest. Endless tiredness. It is just like you are working without off day and you cant go home for years. Even that example cannot explain the situation well. I feel as if im useless. I totally loss interest to live. I felt as if i am still breathing while my soul is not alive anymore. My mind has lost everything. I cant even remember most of things that happen in my life. I cant come out with decisions anymore. Even someone ask me either to drink coffee or tea. I just cant make a decision . There are voices in my mind that keep saying that im stupid. Im useless. Up to a point i wanted to give up living my life. I just cant think which one is good and which one is bad. As if i am no longer so called mukallaf.

Most of our people would think like if youre close to Allah you wont feel distressed. Yes I agree with that. Definetly you’ll calm after you zikr. Feel good after reciting Quran. But anxiety and depression is a disease. Just like hypertension, stroke, cancer. Allah is Great, subhanAllah. Allah creates us as a very complex creature. Our eyes can see head, legs, hand and so forth. But you know what is inside of this organ? There are lots and lots of unseen things such as enzyme, hormone and etc. And you know what, these tiny and unseen things can greatly affect our large and seen things. Like insulin can control the level of sugar thus can affect leg whether it is healthy or fall into gangrene for example.

Allah is Great. He gives us a tiny amount of knowledge so that we can live as servant to Allah and Khalifah on this earth. He gives us knowledge how to cook, how to sew a cloth, also to stich human’s skin. Everything in this universe is Allah’s knowledge. And we as a human being must help each other. One group is professional in making buildings. One is professional in repairing cars. The other group is professional in catching fish and etc. That is why we need to seek the one who is professional in the group. Of course when it deals with health, the professional would be medical doctors. And yet everything in our life is inseparable with religion (Islam).

As a muslim, i need to be fit and healthy. But when a muslim fall sick, Islam teach us to seek for help. Yes, I fall sick and i seek help. Help from the knowledge that Allah has bless us with it. But everything is Allah’s will.

What i wanted to say is that:
1. Anxiety disorder and depression is not totally because of lack of Iman. It is a disease. Do you get gout because you are not fasting? The same concept is apply here. Everything happen for reasons. May be Allah tests someone with illness to see whether he/she can be patient and thus Allah wanted to increase his/her level. Remember, Rasulullah saw (pbuh) is a human who has the most difficult test in the history of human beings. But Rasulullah saw (pbuh) is the one who has the highest level of iman and the nearest to Allah swt.

2. Anxiety and stress is normal until it affects your daily life such as you cant do your job anymore. Please seek profesional help.

3. Never compare patient’s condition with yours or other people. For example, “aku dulu gaji kecik gak tp tkde pun kemurungan, kau ni baru hidup susah sikit dh kemurungan”. Remember, everyone’s story is different. Yours is not the same as his or her.

4. My people, if you can’t lend your hand to help them, then just remain silent. Have you ever hear about what goes around comes around? Today you might be mocking those suffering from mental illness, but you never if later on you might suffer from it as well. So please, remain silent if you got nothing good to say.

5. Please pray for all our sisters and brothers who are now battling with their own mind.

6. Never discriminate between physical and mental illness. They are both hurting.

-The Mind Fighter-

– The Mind Fighter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 26 February 2018

Education Tinggi Moral Di Tapak Kaki

PengakuanKu

“EDUCATION TINGGI, MORAL DI TAPAK KAKI”

Hi! Admin, terima kasih ya kalau confession ini di siarkan. Nama aku Gembira. Harini Gembira nak cerita tentang perangai TUAN RUMAH yang pengotor. Jarang-jarang kita nak dengar perihal tuan rumah kan? Biasa semua nak salahkan penyewa saja. Berbeza dengan nasib Gembira dan kawan kawan yang lain. Kami di hantui oleh kakak pengotor yang bukan calang calang kotor dia. Kalau Gembira cerita detail, kemungkinan ramai yang tekad untuk berpuasa selama sebulan.

Okay berbalik kepada cerita kakak aneh tadi tu. Gembira nama kan dia kakak aneh. Orangnya sangat terpelajar, berkelulusan Universiti Oversea ye anak anak semuanya. Mempunyai Ijazah Kedoktoran, atau pun bahasa kampong nya PhD. Selain sifatnya yang pengotor tahap dewa dewi, beliau juga sering menghabiskan masa bersama social media. Bayangkan sehari ada 24 jam. Dan secelikknya beliau dari tidurnya yang indah, kakak aneh terus membuka laptop dan menatap social media sepuas puasnya dan begitu lah hari hari seterusnya.Okay, mesti ramai tertanya, kata ada PhD, dia tak kerja ka? Kakak aneh belum konvo jadi dia bertekad untuk berada di hadapan laptop selama 24 jam sehari, instead of mencari kerja atau part time di mana mana. Buat pengetahuan korang jugak, kakak aneh ni anak orang senang, jadi setakat mengadap social media 24 jam bukan lah sesuatu hal yang besar.

Gembira pun pelik juga, kalau setiap hari mengadap social media sampai ke tengah malam seolah olah tak ada benda lain yang boleh dilakukan. Yang lebih memilukan ialah kakak aneh itu bukan lah muda lagi. Umur beliau hampir memasuki angka 40 an. Sungguh asik bukan? Okay pasti ramai tertanya, kenapa kakak aneh masih belum berkahwin? Okay reason pertama, kerana kakak aneh mahu kan lelaki yang bijak bestari. Kalau kau bukan lelaki yang pintar dan tak dapat 4 flat di dalam akademik, maka kau bukan lah calon suami idaman beliau, keduanya pula, lelaki tersebut harus lah ada rupa, sekiranya kau berwajah lutong, maka jangan lah kau cuba memikat hati kakak aneh okay? Dan yang ketiga calon suami beliau harus lah mempunyai pangkat doctor juga. Tak kisah lah Doctor in Philosophy, doctor haiwan atau doctor urat saraf sekali pun. Janji kau doctor. Baru sekufu katanya. Jadi jika kau hanya lelaki biasa, bekerja sebagai pegawai bank, buka bakeri sendiri atau pekerja zoo, kau sudah jauh dari sasaran kakak aneh.

Okay berbalik semula kepada sifat pengotor kakak aneh tadi, cuba kalian bayangkan TUALA WANITA yang masih ada baki baki gumpalan rindu, terbuka elok sahaja di dalam tong sampah miliknya. Bah kan, bukan itu sahaja , malah terdapat beberapa PANTY LINER, dan TUALA wanita yang dh dipakai, tapi di biarkan terbuka menjadi tatapan setiap insan yang melihatnya. Sungguh shahdu bukan? Haa itu baru introduction ye bak kata orang kampong. Banyak lagi perihal kakak aneh yang bakal di ceritakan di bawah ini. Seterusnya, habuk habuk, gumpalan rambut, daki bersawang dan minyak di lantai memang di biarkan begitu sahaja. Tunggu malakikat maut bersihkan barang kali? Bukan itu sahaja, kalau ada habuk dari kipas yang 18 tahun berdaki jatuh ke lantai , kakak aneh juga tidak peduli, dan teruskan bermain media social semahunya.

Gembira dan teman teman penyewa, yang letih pulang dari kerja, mesti lah inginkan suasana yang damai , tenang dan bersih. Tetapi bila balik rumah keadaan tak terurus. MasshaaAllah. Nak di tegur tuan rumah, kang kena halau pulak. Jadi kami tekad mendiamkan diri. Okay mesti ramai yang tertanya, kenapa tak pindah rumah dah tahu tuan rumah perangai macam ungka? Okay sebabnya ialah, rumah sewa sekarang mahal, deposit saja mencecah beribu. Jadi kami terpaksa bertahan dan hidup dengan tenang bersama kakak aneh.

Okay, kemudian kita teruskan lagi perangai kakak aneh yang kedua, kalian bayangkan jenis masak, makan kemudian di biarkan berhari hari di atas meja kemudian letak di atas singki dan tak basuh? Bila orang lain nak guna, dia buat tak tahu saja, seolah, eh awak nak guna ye, tolong basuhkan boleh? Astaga! Gembira kenangkan kakak ni tuan rumah saja, kalau dia penyewa jugak, dah lama Gembira kepit tangan dia dekat peti ais. Haa bukan itu sahaja, kalian bayangkan keadaan dapur yang berkecah, berselirat rambut dan bulu kaki menjadi tatapan kami para penyewa yang berhemah. Buat pengetahuan semua, kami jarang masak atas faktor kesibukkan bekerja dan selalu pulang lambat , jadi bila hari minggu nak masak tu terkejut kambing la di buatnya.

Gembira, ni sampai tertanya la kan, akak ni tak bersyukur ke dapat penyewa yang selalu bersihkan rumah ni, bukan macam penyewa penngotor yang selalu di viral kan. Yang lawaknya terbalik pulak, tuan rumah yang pengotor. Dah pengotor satu, tak pernah menyapu satu, bulu kaki merata satu, menyanyi kuat kuat smabil tepuk tangan satu, tetiba gelak sensorang satu, tetiba tak ada ribut taufan, hujan batu kakak aneh menangis tetiba satu, kemudian lepas nangis sambung gelak sambil tepuk tangan satu. Allah dugan apakah ini.

Sungguh aneh bin ajaib. Bagaimanakah emosi sesorang boleh berubah dengan begitu cepat? Humm..lantas Gembira berfikir, mungkin sebab kakak aneh ni orang bijak pandai barangkali. Yang lebih menarik, nasi yang masih jelatah, belum masak dan masih bayi sudah di cedoknya lalu makan dengan rakus. Apakah semua ini? Haih! Yang paling memilukan ialah kakak aneh seorang yang sangat suka hempas barang. Cawan kaca, pinggan, tin biskut boleh diletak kan elok elok, selepas makan/minum, tapi kakak aneh lebih gemar untuk menghempas sekuat hati . Bayangkan kami penyewa berhemah tengah makan, tetiba dihempas begitu di atas meja. Terkejut paru paru kite!

Okay, seterusnya perbuatan kakak aneh yang paling sukar ditafsirkan ialah, kakak aneh menggunakan mangkuk lauk yang biasa kita letak makanan , di buat letak wax bulu ketiak dan senduk bulu itu. Wahh! Patut selama ini sedap saja bila makan. Rupa rupanya bulu ketiak menjadi rahsia kesedapan itueww! Bukan itu sahaja, malahan kakak aneh dengan selamba sahaja menarik bulu ketiak itu dan di letak kan atas meja makan dengan penuh bergaya. Persis model antarabangsa gitu, meskipun tubuh kakak aneh persis labu labi. Kalian bayangkan wax bulu ketiak dil letakkan dalam mangkuk lauk? Dan bulu ketiak tersebut di letakkan atas meja makan? Gembira tertanya lagi sekali, apakah perbuatan ini di lakukan oleh manusia normal?

Sungguh perit kalau Gembira ceritakan setiap hal yang terjadi, jadi Gembira ceritakan yang mana perlu sahaja, supaya semua orang ambik iktibar dan tak alami apa yang Gembira rasa. Jangan jadi macam Gembira dan kawan kawan. Kami tak tahu pun sebenarnya kakak aneh duduk rumah sewa sekali dengan kami. Bila dah bayar semua duit, hari kejadian nak masuk rumah, baru lah tahu rupanya dia duduk sekali. Masa bincang sebelum tu, dia just tunjuk keadaan rumah dalam gambar sahaja dan gambar bilik. Bila datang nak move in tu, realiti dan gambar berbeza. Dalam gambar rumah bersih cantik, bila datang nak masuk, rumah sangat berselerak. Mungkin kakak aneh menggunakan gambar yang cantik untuk umpan penyewa yang naif seperti kami. Sudah lah jauh berkelana di tempat orang, di tipu pula.

Yang paling perit duduk dengan kakak aneh yang sangat pengotor ialah beliau sering menghina orang yang ada degree, yang ada diploma,dan yang tak ada perkerjaan yang hebat. Contohnya, kau cikgu, kau tetap di anggap bodoh. Melainkan kau ada Phd baru dianggap bijak. Bagi kakak aneh, semua orang bodoh di dunia ini, melainkan seseorang itu graduates dari Universiti bertaraf 5 bintang dan mempunyai akademik background level Professor.Jika kalian dari Universiti Swasta, lagi lah kalian akan di hina. Sadis!

Okay lah sekian, cerita dari Gembira. Rakan-rakan pembaca yang sedang mencari rumah sewa berhati hati ya. Dan sentiasa beringat tak semstinya kita pandai bijaksana, kita berhak untuk mengatakan orang lain bodoh, dan menghina orang sesuka hati. Setiap orang ada struggle masing masing dan tak semua orang di lahirkan dalam keluarga senang. Moga cerita ini di jadikan iktibar dan kita di jauhkan dari manusia manusia yang tidak menghormati hak dan privasi orang lain. Terima kasih.

Yang benar,
Naagin Gembira

– Naagin Gembira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.