Assalammualaikum/salam sejahtera kepada admin and readers sekalian.
Tujuan cofession saya pada kali ini adalah sebagai reply kepada confessor ujian gay. Thank you admin atas kesudian reviewing confession saya and doubled thanks kalau sudi siarkan, hehe.
Dear bro (x ingat nama dia, haha),
Let me tell you a bit about myself. I am a wife for insyaallah towards 3 years of marriage. On our second year of marriage, i found out my husband was a gay. Macamana? sebab i investigate, and after all the proves, i confronted him, dan die mengaku. Lepas dapat tau tu, i was crying non-stop for a week with lots of emotions. Marah, rasa tertipu, rasa kenapa aku diuji, rasa macam demotivated, and sampai rasa nak bercerai! Sekarang dah 4 bulan aku after dia terus terang, and alhamdulillah after all the dramas, i’m still by his side as a wife. Lebih terbuka dalam menerima dan lebih kuat untuk cuba membantu beliau. Doakan aku terus kuat ya! insyaallah.
Hari demi hari, aku makin lebih terbuka untuk lebih banyak bertanya dan cuba untuk memahami situasi beliau. He’s just like you, bro. Sampaikan aku ingat beliau yang tulis confession tu. haha! Beliau juga seorang yang cuba buang sifat itu dan menjadi lelaki yang berfitrah lebih baik, lurus. Sebelum beliau kawin dengan aku, beliau tak berani nak beritahu sebab takut aku tak boleh terima beliau dan sehinggalah lepas kawin, beliau masih lagi takut untuk beritahu sebab takut aku tinggalkan beliau, sebaliknya cuba fix sendiri berseorangan. Sehinggalah aku found out mengenai itu.
Last week, kami ada pillow talk mengenai perkara ini. Pillow talk bagaikan! haha. Apa yang aku katakan pada beliau ingin aku kongsikan ngan kau, bro. Semoga bermanfaat tuk suami aku dan juga kau ya bro. InsyaAllah. Here’s apa yang aku beritahu beliau:
” Abang,
Hidup kita ni sekiranya kita lihat secara keseluruhan adalah seperti satu timeline. Abang pernah lihat timeline fb kan? haa, camtulah. Dari zaman Allah memasukkan roh ke dalam jasad kita, jadi baby, remaja, dewasa, tua dan kita kembali jua kepada Allah semula. Setiap peringkat ini akan berlalu satu persatu. Dan di setiap peringkat ini, akan banyak perhentian iaitu ujian. Ujian juga akan kita lalui dan akan berlalu, Dan bagaimana Allah menilai kita? Adalah dengan bagaimana kita hadapi, dan bereaksi dengan perhentian2 ujian itu. Pada hari ini, abg diuji dengan ujian nafsu songsang abg. Dan ketahuilah abg, Insyaallah ujian abg ini akan berakhir. Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah. Dan bagaimana Allah menilai abg adalh dengan bagaimana abg menghadapi dan reaksi abg dengan ujian ini. Adakah abg bersabar, bermuhasabah dan abg kuat melawan nafsu tersebut dengan tingkatkan iman abg, jauhi menda2 yang tidak baik, atau adakah abg menyerah dan lemah sehingga bergelumang buruk dengan nafsu tersebut? Mungkin Allah dah kata, kalau kau terus berdoa, sabar, dan kuat, insyaallah lagi 2 tahun aku cabut nafsu ni daripada kau. Dan Allah mungkin berikan ganjaran dan hikmah atas kesabaran abg. Mungkin kehidupan abg lebih baik, dikurniakan anak2 yang soleh solehah, insyaallah. Mashaallah kan abg! Tapi kalau abg kalah dengan ujian Allah ni, Abg menyerah dan terus mengikut nafsu abg, mungkin keluarga kita porak peranda, mungkin anak2 menjadi ujian buat abg. Nauzubillah. Ujian ni, kalau kita kuat, kita akan dekat dengan Allah tapi kalau kita rapuh, kita akan lebih jauh drpd Allah dan rahmatNya. Jadi, Teruskan menjadi kuat dan lawan abg, Insyaallah kita doa sama2 supaya Allah cabutkan nafsu jahat tu drpd abg. Sebab hati kita, jiwa kita ni Allah yang pegang. insyaallah, ujian ini akan berakhir and that time will come soon, insyaallah.
He hugs me and say, “insyaallah. Moga Allah jua beri kekuatan pada sayang untuk terus stay dengan abang. Insyaallah, teruskan doakan abang ya.”
Ya, bak kata suami aku. Nafsu songsang ni trend dia macam iman juga. ada naik turun. Yes, which is nafsu is inversely proportional dengan iman. Eh, merepek ape ni! haha. Betul la kan. Jadi, kena sentiasa dampingi dan selalu ingatkan beliau tentang Allah, hikmah dan ujian, pahala dan dosa. Biar syaitonn lari tercirit2 bila baru nak usik2 nafsu dia tu. Amboi!
Same goes to you confessor. Jangan bersedih, teruskan berdoa dengan yakin, kuat dan teruskan lawan nafsu kau ya. Insyaallah, ujian kau juga akan berlalu dan berakhir. Sentiasa berdoa dan aku doakan kau dipertemukan jodoh yang baik2 dan cukup kuat untuk bersama membantu kau ya. Insyaallah. Beritahulah beliau sebelum kau akad dengannya agar perkahwinan itu lebih ikhlas, tenang dan barokah ya. Insyaallah jodoh itu Allah telah tulis siap2 dan Allah pasti akan menghadirkan jodoh setimpal dengan ujian yang kita lalui.
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah does not burden a soul beyond that it can bear.
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ – 2:286
It will have the consequence of what (good) it has gained, and it will bear the consequence of what (evil) it has earned.
– khaulah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment