Wednesday, 21 February 2018

Peluang Terakhir

PengakuanKu

Assalamualaikum..Sedikit intro tentang aku..seorang wanita berusia awal 30an, sudah berumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata..anak keempat dari lima adik beradik..sekarang menetap di selatan tanahair..
Mak dan adik beradik aku yg lain semua tinggal berdekatan di pantai timur, cuma aku seorang yg duduk jauh di selatan..jadi bila mak rasa nak jalan2 jauh, dia suka dtg rumah aku..aku pon mmg happy sgt kalau ada family aku nak dtg, dptlah lepaskan rindu..nak tunggu aku blk kg ntah bila sbb suami kerja tak tentu masa dan aku pulak seorang isteri yg tak biasa blk kg sendiri tanpa suami..masa tahun 2016, dari bulan 11 mak cakap nak datang rumah aku..tapi aku suruh tangguh dulu sbb aku nak pindah..taknakla dia dtg dgn keadaan rumah yang bersepah, atau ape2 tak cukup sbb da dikemas..aku nak dia dtg rumah ktorg yg akan pindah nnt tu terus..setidaknya dapatla dia merasa bertandang kerumah baru kami duduki..walaupun itu cuma rumah kuarters je, bukannya rumah kami sendiri pon..kami terpaksa berpindah disebabkan suami aku ditukarkan ke station lain..tapi masih didalam daerah yg sama..
Tangguh punya tangguh, smpai dah nak masuk ke bulan 1, 2017 (tahun lepas) kami masih tak pindah2 jugak..oleh sbb dah berapa kali mak sebut nak dtg, kali itu aku tak halang dia nak dtg..tak sedap juga asyik menolak tetamu ni..mak aku pulak tu..jadi masa mak nak dtg tu, hanya family abg aku yg free utk bwk mak dtg ke selatan ni..kebiasaannya kalau mak nak ke sini, adik aku yg akan bwkkan..hubungan aku dgn abg agak rapat, arwah bapak meninggal waktu aku form 2..jadi dialah tempat aku tumpang bermanja selama ni..lama juga dia satu family tak dtg rumah aku ni..abg kerja biasa2 aje, jadi kalau nak bjalan jauh2 tu tak bolehla selalu..biasa setahun sekali adalah rezeki die ke rumah aku ni..abg dah berkahwin dan ada 4 org anak..berumur early 40s..
Bila family aku dtg, aku happy sgt..rumah tunggang terbalik pun takpelah..bukan selalu..masa diorg kat sini, aku dan suami cuba entertain sebaiknye..kita bwk ke kacang pool sbb abg ckp tak pernah mkn..dapatla dia merasa buat pertama kali dan masa tu siapa tahu itulah juga yg terakhirnya..kebetulan tarikh diorg nak bertolak pulang, sekali dgn hari ktorg nak angkut barang ke rumah baru..jadi masa tu abg yg byk tolong aku packing barang dan tolong suami angkut barang ke lori..aku syukur sgt sbb waktu tu aku tgh sarat mengandung, syukur ada org tlg permudahkan urusan kami..sblm balik, sempatla bersalam dengan dia terasa sangat nak peluk cium dia cuma ntahla segan pulak time tu perot tgh boncit sarat..lagi pulak dah lama tak buat jadi segan sendiri..sungguh tak aku sangka itulah hari terakhir aku jumpa dia..dia pergi 2 minggu selepas tu..syukurlah aku tak halang mak nak dtg masa tu kalau tak, tak dptla aku merasa nak layan dia utk kali terakhir..
Abg pergi mengejut disebabkan heart attack..untuk menghadapi kehilangan yg tiba2 ni, mmg sgt sukar..aku tak tunggu lama di kg..hanya sehari aku disana sekadar menghantar abg bersemadi dan esoknya aku terus balik..tahlil arwah pon aku tak hadir..aku tak dpt duduk lama di rumah mak..bayangan kami membesar bersama memenuhi segenap ruang..dgn emosi ibu hamil yg tak stabil, aku asyik menangis tak berhenti..jadi bimbang takut terbawa2 emosi dan bimbang tentang anak yg dikandung, aku terpaksa cepat balik..syukur mak dan keluarga amat memahami..aku redha yg pergi tetap pergi..
Balik dari kg, aku berfikir nak tangguhkan plan nak balik ke utara ke rumah mertua..sebenarnya kami plan nak balik bulan 12, tapi tak jadi dan tangguh ke akhir bulan 1..dan bila tiba2 arwah abg dah takde ni aku rasa kesedihan dan takde keinginan nak travel jauh, jadi aku fikir nak tangguh pulak ke bln 2..tapi bila aku mengadu dgn mak, mak cakap jgn tangguh2..lagi pulak ktorg dah pernah bgtau mertua nak balik dalam masa terdekat, mesti diorg tertunggu2..kita tak tahu ape nak jadi, tgk saja ape yg baru berlaku ni..
Masa mak cakap tu aku baru lepas solat magerib..puas fikir, aku ajak suami bertolak mlm tu jugak kebetulan esoknya dia dah off kerja..jadi mlm tu kami bertolak, suami ajak sekali adik ipar yg dah lama sgt tak balik rumah mertua (dia tinggal berdekatan rumah kami)..adelah dekat setahun lebih adik ipar tak balik tu..merajuk agaknya..raya yg lepas pon dia tak balik..jadi bila balik kg tu adik ipar dapatlah bersalam dgn mertua, layan permintaan mertua utk repair itu ini kat rumah tu..dan sepanjang perjalanan, dptlah kami meluangkan masa dgn dia, bawak dia jalan2..who knows 2 weeks after that, adik ipar pulak yg dijemput illahi..Allahuakbar..Allah beri juga peluang utk kami layan dia utk kali terakhir..adik ipar juga pergi mengejut disebabkan kemalangan jalanraya..umurnya baru di awal 20an..
Baru2 ni genap setahun keduanya pergi meninggalkan kami..sejak hal itu, aku selalu terfikir bila pulak waktu aku..sudah sediakah? bekalan dah bykkah? Ke syurga atau ke neraka..Allahh..takut..
Dan satu lagi, janganlah kita suka menangguh2 atau menolak permintaan sesiapa..kita tak tau apa yg akan jadi..kalau ada yg nak berjumpa, tunaikanlah hajatnya..lebih2 lagi jika itu permintaan orang tua kita..kita taktau hikmah disebaliknya..jgn sampai ada yg rasa terkilan di kemudian hari..
– Madam D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.