Assalamualaikum dan hai,
Aku baru terbaca ttg post kisah “Langit Biru”. to her, jgn bersedih, Allah sdg melindungi mu. dan aku juga terbaca ada satu komen lebih kurang katanya “kebanyakan Lelaki mempergunakan agama”. yup, sorry to say , but I’m agree with that. Sbb aku pernah mengalami.
Ex boyfriend aku dulu slalu ingatkan tentang solat, kalau aku pakai tudung dia suruh pakai labuh² *aku bukan jenis pakai tudung pendek ,cuma tutup dada*, lepastu marah kalau aku selfie² kt laman sosial, tak suka kalau aku berkawan dgn lelaki even hal study dgn alasan “kwn perempuan takde ke?” .. tapi bila jumpa dah mula cubaan pegang tangan and of course, aku terus tinggalkan dia sbb aku rasa dia “Penipu besar”…
ok lah, girls … TOLONG MAHALKAN DIRI ANDA !! kalau ada lelaki suruh kejut subuh la , apa la kau tak payah percaya. islamik konon ! kalau islamik yg tahu hukum Allah, dia tak layan kau cara mcm tu. Dia akn jumpa mak ayah kau . TOLONG LAH SEDAR DIRI WAHAI WANITA JGN MUDAH DITIPU ! jadi, tak payah bangga sangat kalau ada pakwe yg rajin kejut kau solat subuh, rajin remind kau ttg solat kalau dia tak usaha nak halalkan kau. sbb ramai zaman sekarang perempuan bangga ada pakwe yg ingtkn ttg solat, yg keluar dating pon solat. heh ..yg mana hat bila tanya nak kawin tak dia kata tengoklah kalau ada jodoh kau angkat kaki lah.. caya la cakap aku, dia takde usaha pon nak halalkan kau.
aku juga pernah ada housemate yg freehair, and tak solat but ttibe jadi rajin solat. setiap subuh baca yassin. ok lah, aku bahagia la tengok dia berubah. Tiba², aku dengar dia on the phone dgn pakwe dia , aku terdengar dia cakap “kalau biy tak beli (#_(*+- untuk ayang, ayang tak nak solat nnt”… aku macam , what the hell kau solat untuk pakwe.
Sejak aku jumpa lelaki yg islamik konon, yg mempergunakan agama ni, aku berazam aku tak nak bercinta. Aku doa ditemukan jodoh yg tepat. Alhamdulillah, first time jumpa , aku istikharah, lepastu terus kahwin . indahnya cinta dgn islam. Suami aku umur jarak jauh dari aku. dan dia agk matang.
Selepas tu, aku perati je kawan² aku yg masih hanyut di alam percintaan monyet. ye lah, da tegur aku balik kene marah . Ada yg terus terang pada aku dorang couple nk enjoy , tak nak kawin dulu. Ada yg berubah sbb pakwe. Ada yg nak kawin sbb romantik sdgkn perkahwinan tu bukan mcm drama.
girls … tanya diri.. untuk apa kita bercinta kalau tidak mendapat redha Allah ? untuk apa bercinta kalau setiap kali dating setiap kali tulah kita tempah neraka untuk ayah kita ? Untuk apa bercinta kalau menjaga jodoh org lain? Untuk apa bercinta kalau kau letakkan diri kau murah ,bagi pakwe tengok body, pegang sana sini. percayalah bila kau jumpa jodoh yg betul nanti, masa tu kau menyesal gila bila ingatkan diri kau dah kotor kene pegang dgn lelaki lain dulu..
– Mama Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Wednesday, 21 February 2018
Islamic Konon

About the Author
PengakuanKu / Author & Editor
Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment