Assalamualaikum korang, apa khabar? sihat? Alhamdulilah
Aku sakit, bukan sakit demam…sakit hati, aku tak tau nak buat macam mana lagi dengan hidup kat Uni ni, ada macam2 biawak kat sini yang buat aku sakit hati.
Aku ada habit yang memang orang lain tak akan faham punya, unless korang macam aku lah kan…AKU ADA HABIT NAK SIAPKAN ESAIMEN AWAL. Aku dari dulu suka sangat nak habiskan assignment awal, kalau lecturer tu release assignment awal, akulah orang yang pertama membuat segala structure report. Aku dulu2 suka jugak nak buat assignment dengan team, kononnya boleh meringankan beban sesama insan lah kan. Tapi itu dulu, zaman sekolah menengah yang ko punya tugasan pun tulis pakai manila card/powerpoint. Sekarang aku kat zaman uni ni, rindu pula nak buat individual assignment, sebab kami sini banyak membela biawak hidup dengan pelbagai saiz dan warna.
Korang bayangkan ek…kalau ko buat awal assignment, ko ada masa nak jumpa lecturer,ko boleh mintak guide mcmana nak buat assignment, apa yang diperlukan…tapi yang aku tak tahan, sampai ada team aku tu boleh pula cakap kat aku “Ohh…kacang je ni, boleh buat sehari sebelum submission date” Aku punya tahap nak meraung masatu macam nak mengilai on the spot macam mak lampir. Ini bukan lagi biawak, ini namanya Biapir, biawak n tapir. Eishh…tapir & biawak pun pandai lah nak berdikari!! Terus aku jumpa lecturer nak tukar team. Aku boleh buat sorang, tapi kalau marks pun sharing, takde maknanya aku nak buat sorang2. Boleh tahap makan hati jantung limpa dan usus.
Ada juga biawak yang sanggup nak tengok kawan2nya struggle dan tak ada effort nak tolong langsung. Ni bukan jadi kat aku, ni jadi kat member group sebelah…dia punya team member tu, fuh…steady bro…Dia boleh tengok member2 yang lain buat kerja, dia boleh siap main game depan2 mata diorang, aishh….kalau jadi kat aku, memang..Aku bagi syarahan, debat perdana + ceramah manisnya kurma sekali! Kawan aku boleh migraine on the spot tengok perangai team biawak belaan diorang ni!
Oh yes, kawan aku selalu jugak sakat2 cakap yang aku ni “no life”, i need to chill once a while…eh bro..ko rasa aku nak ke hadap assignment 24 hours? Aku pun ada jugak kluar movie date dengan kawan aku kat kampung tu, takkan aku nak inform korang aku keluar ngan makwe aku :P
Aku selalu kena judge, as someone yang “no life”, Aku memang proud dengan gelaran itu, sebab apa? showing that aku bukan someone yang korang boleh main2 kan, kalau ko team dengan aku, u can do whatever sh** you’re doing right now, once ko tak siapkan apa yang aku suruh, i won’t put your name on my report. Teknik aku ni cruel tapi effective, sebab rata2 sapa2 yang team dengan aku, diorang mesti buat awal..sebab takut…hahahaha
To be labelled as no life is normal for me, banyak sangat yang aku korbankan untuk dapat masuk uni ni, keluarga aku jauh aku tinggalkan, aku sanggup kerja demi menampung hidup kat sini, korang maybe paham, maybe tak faham dengan struggle aku tapi aku tak kisah…Aku niat kat diri nak belajar tinggi2 supaya boleh senangkan abah aku. arwah mak aku pernah pesan, dia tak nak tengok hidup kami sekeluarga selamanya susah, dengan pelajaran mampu untuk ubah hidup seseorang, belajar selagi mampu…thus i choose utk belajar
Plus no life is better than ko jadi “biawak peliharaan yang menunggu hendak disuap makanan, dan rata2 team mate ko akan benci ko seumur hidup lalu ko kana pulaukan jauh2 dri kawan2 mu yang lain”
Aku tak cakap yang aku ni perfect, aku pun ada kelemahan sendiri, tapi aku cuba untuk improve kan diri sendiri from time to time, tapi instead of nak majukan diri aku sendiri ke hadapan, aku nak kita sama2 maju, jangan sorang2 jadi biawak
Sorilah korang kalau boring, im not trying to be funny or whatever, aku mau rant out je kat sini..Kepada cikgu bahasa melayu/english yang terasa triggered sebab aku mix2 kan bahasa aku, sorry eh…ni memang cara aku becakap, kalau tak nak tengok tekan butang dislike
*buruknya conclusion aku* HAHAHAHA
– Lelaki “No LIFE”
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Wednesday, 21 February 2018
Biawak dan Assignment

About the Author
PengakuanKu / Author & Editor
Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment