assalamualaikum admin iium dan semua pembaca halaman iium confession ini. Hari ni tiba-tiba terlintas nak berkongsi dan meluahkan segala yang dipendam dalam hati aku ini.Hanya satu sebabnya,sebab “depression” aku makin teruk dan aku rasa aku perlukan satu medium untuk meluahkan dan berkongsi rasa ini secara “anonymous”.
Aku takde kawan,takde pekerjaan tetap,pengajian yang hampir terhenti separuh jalan namun aku teruskan jua dengan hati yang berat, belum berkahwin dan masih menunggu masanya tiba,pendek kata aku serbi kekurangan dan yang ada hanyalah hati yang masih lagi teguh dan kuat menahan semua onak duri dan cabaran yang mendatang hari ni dan seterusnya.
Tahun lepas adalah tahun dimana aku hampir hilang kepercayaan pada agama aku sendiri bilamana aku tak solat,tak puasa dengan sempurna dan buat ibadah sunat lain pun entah apa-apa. Untuk pengetahuan pembaca,aku dah hilang salah seorang ibu bapa aku,dan depression aku ni makin teruk lepas salah seorang dari mereka meninggal dunia dek kerana merasakan hilang tempat untuk bergantung dan meluah rasa.Tapi aku tetap redah dan harungi semua dugaan tu walaupun masa tu perit sangat rasanya.
Aku cuba untuk berubah,banyak kali cuba untuk berubah namun gagal.Aku cuba buka hati aku untuk melihat sudut yang positif dalam hidup.Keinginan untuk membunuh diri itu selalu datang menjengah. Banyak perkara buruk yang berlaku sampai aku rasa allah dah tk pandang aku dan aku kerap rasa diri ni tak guna.Orang pandang sinis sebab aku tak pandai,ahli keluarga mencerca sebab aku serba kekurangan, dan pandangan sinis mereka tu seperti tertusuk dalam hati.
Namun,itu kisah lama.Aku mula berubah secara perlahan2 dan mula berpaling semula kepada Allah lepas aku terdengar satu tarbiah sentap dari seorang ustaz mualaf ni berkenaan dengan rezeki dan solat.Aku cuba untuk tinggalkan semua perkara negatif dan aku cuba untuk bangkit semula walaupun kerap kali juga hati aku ni luka parah dek kerana bila nk berubah,orang masih berkata2.
Bila aku dah dekatkan diri dengan Allah,aku rasa tenang.Namun,”depression” masih lagi datang membelenggu.Terasa susah sangat nak hilang rasa diri ini tak guna dan rasa macam diri ni tak diperlukan langsung.Aku yakin hati aku ini kuat,namun aku tak dapat nak tahan diri dari memikirkan persepsi orang terhadap aku.Aku cuba untuk dekatkan diri dengan ALLAH..aku cuba untuk selalu berzikir namun aku sedar rohani aku dah rosak teruk..aku perlukan masa.Tapi..di kala aku memerlukan masa,orang terdekat dan sekeliling langsung tak mengerti.
Bila aku terbaca tentang ada yang mengaitkan depression dengan agama,bilamana depression boleh hilang bila kau dekatkan diri dengan sang pencipta,aku rasa lelah..marah.Aku cuba untuk berjumpa pakar kaunseling,namun nasihatnya sama,dekatkan diri dengan allah,depression ni penyakit dr syaitan.aku termangu,tak sangka sebegitu hina tahap depression itu sehingga dikaitkan dengan syaitan.
Aku cuba untuk bangkit semula walaupun berbagai cabaran datang.Aku cuba untuk kuat walaupun kadang2 aku rasa lemah dan tak mampu nak hadapi hidup ni.Aku cuba untuk tak menyusahkan orang namun apakan daya aku sangat memerlukan tangan untuk membantu menarik aku dari kemelut rasa ini.Bila aku sesat,aku cuba mencari cahaya namun kadang2 ia menjadi malap kerana ada tangan yang menolak dan mulut yang menilai.Doakan aku kuat.
– itachi uchiha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Assalamu'alaikum. Saya orang baru singgah blog ni untuk membaca tentang postgraduate dan juga tips untuk fresh graduate. Tapi terdetik pula nak baca post yang lain. Ternampak pula post ni. Selepas membaca, saya ada terasa sedikit persamaan. Seperti penulis, awal awal saya juga rasa saya patut dekatkan diri dengan Allah untuk hilangkan rasa depresi. Mula-mula ya, saya rasa saya merasa lebih baik. Seperti mempunyai tujuan hidup yang bererti. Tujuan apakah yang lebih bererti daripada mendekatkan diri dengan Allah? Antara salah satu sebab utama saya hilangkan rasa hendak bunuh diri adalah dengan mengingatkan diri saya bahawa adakah saya bersedia untuk menghadapi kehidupan seterusnya? Alam kubur dan juga akhirat? Tapi saya jua manusia biasa. Lama-kelamaan semangat saya juga pudar dengan segala ujian yang di beri. Tapikan dunia memang sementara, memang tak perlu indah sangat pun, yang penting kehidupan di akhirat nanti. "Dengan setiap kesusahan ada kesenangan" - surah Insyirah. Saya rasa sudah bagus saudara berasa demikian, bahawa saudara tahu saudara merasa depresi dan saudara berusaha untuk meneruskan hidup. Saya ingin mengucapkan, usaha yang bagus, dan tingkatkan usaha. Saudara seorang yang kuat untuk masih menghadapinya. Dan orang yang berada di sekeliling saudara sekarang mungkin selalu menguji saudara, berbuatlah baik kepada mereka, mungkin mereka tidak menghargainya tetapi benda baik itu digalakkan dalam Islam, dan yang saudara inginkan itu adalah keredhaan Allah bukan pujian mereka. Bersabarlah, banyakkan bersyukur dengan apa yang saudara ada, dan banyakkan istighfar. Ini adalah ujian bagi saudara dan mungkin banyak yang menghadapinya juga di saat ini. Saudara tidak perlu mencari 100% persamaan dan membuat perbandingan. Cukuplah mengetahui bahawa kehidupan saudara adalah kehidupan saudara sendiri dan hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui dengan apa yang saudara lalui. Maafkanlah jika ada orang yang terlalu cepat menghukum saudara bahawa orang yang depresi ini seperti syaitan atau tidak dekat dengan tuhan, kerana mereka tidak merasa apa yang saudara rasa. Tapi lagi sekali, Allah Maha Mengetahui. Dan Allah juga dekat dengan orang yang mencarinya. Saya bukanlah orang yang alim sangat tentang ugama Islam. Saya hanya beritahu dan nasihat apa yang saya tahu sahaja. Allah tidak akan membebankan apa yang hambanya tidak berdaya untuk menghadapi. Semoga Allah tabahkan hati saudara dan mempermudahkan urusan saudara ke jalan yang lebih baik. Kalau nak, mungkin boleh Google atau YouTube ceramah tentang depresi, mungkin di situ lebih membantu. Maaf kerana memberi komen yang panjang dan menggunakan bahasa standard (bukan rakyat Malaysia). Semoga bermanfaat, bukan untuk saudara seorang sahaja, untuk saya juga dan orang lain Insha Allah.
ReplyDelete