Sunday, 18 February 2018

Ubahlah Melayu, Dah 2018

PengakuanKu

Aku cuma nak luahkan dan tanya pendapat pembaca dekat iium mengenai perangai orang melayu apabila berniaga dan bekerja. Memandangkan bagi aku iium ni satu platform yang sesuai untuk meluahkan semua jenis genre tapi kali ni genre aku berkisarkan “Melayu ubah lah dah 2018”.
Situasi ni berlaku petang tadi antara Abah aku , Cashier Pam Minyak dan Aku. Selalunya Abah aku akan isi minyak mengikut liter dan bukan RM. Contohnya Abah aku akan isi 30liter bersamaan berapa RM. Abah akan gunakan liter sahaja dan bukan isi guna konsep RM macam yang selalu orang isi minyak. Sebab apa ? Sebab bajet untuk Abah isi dua atau tiga buah kereta sebab Abah ada bisnes perniagaan kereta, jadi dia akan ada dua atau tiga buah kereta untuk isi dan Abah lagi selesa guna konsep liter memandangkan selalu ada perubahan pada harga minyak yang tak menentu (AKU TAK FAHAM KENAPA MINYAK TURUN NAIK SANGAT DEKAT MALAYSIA NI) tu pendapat aku je sebagai rakyat Malaysia HEHE.
Nak diikutkan macam biasa Abah minta untuk berapa liter aku lupa tapi harga RM46 tak silap. Tapi sebagai pekerja biasalah nak recommend itu ini suruh Abah isi RM56. Abah aku pun macam biasa tolak secara baik sebab dia tahu tujuan dia kenapa nak isi ikut liter. Cashier Pam Minyak tu pun mungkin dia mengalami hari yang tak baik dekat rumah atau tempat kerja dia. Cara dia respond pada penolakkan Abah aku biadap dekat mata aku (Cashier Pam Minyak tu tak tahu aku anak Pak cik yang dia layan biadap ada dekat kaunter dalam kedai). Cashier Pam Minyak respond (IYALAH PAK CIK ANNOYING BETUL). Aku cuma perhatikan lagat dia dekat depan kaunter dan tak sangka masih ada lagi Melayu yang layan pelanggan tidak mengikut etika proffesional. Nasib kena dekat aku, sebab apa ? sebab aku tak akan jadi biadap macam dia. Aku lebih suka perhatikan dan biarkan , hati memang sakit dan geram sebab siapa je yang suka orang luar layan emak atau abah kita sebegitu rupa ?
Memandangkan aku harap ramai yang akan baca dan aku pun harap admin akan siarkan. Aku sebagai pengguna cuma menyampah dengan segelintir masyarakat Melayu yang tak reti nak ubah perangai tu jadi elok sikit terutamanya dekat tempat kerja. Aku percaya kita bekerja dekat syarikat mana pun walaupun warung tepi jalan pengurus/bos mesti akan ‘BRIEFING’ setiap pagi sebelum buka pagar kedai untuk jaga pelanggan tak kisah seburuk mana dia pakai, serabak mana kereta dia bawa dan etika pelanggan tu sendiri bila berurusan. Kau tahu ke dia bawa kereta buruk pergi kedai kau padahal dekat rumah dia ada HUMMER atau jet peribadi cuma dia lebih selesa hidup bersederhana dan tak menunjuk nujuk. Ini realiti sebab yang aku tengok pengalaman aku bekerja dekat industri perniagaan yang banyak melibatkan berurusan dengan pelanggan seperti di Shopping Mall pekerja confirm punya lah akan layan pelanggan serong. sebab apa ? sebab pekerja dah ada mind set pelanggan akan beli dekat kedai tu. Bagi dia disebabkan satu pelanggan hilang itu tidak akan merugikan dia.
Ni lagi satu aku tak faham kalau kau kerja dekat kedai berjenama sekalipun perlu ke layan pelanggan macam hina sangat. Reaksi dan perangai tu penting untuk mencerminkan diri sebagai pekerja. Cuma nak ingatkan pengguna yang datang kedai FOUNDER tu sendiri sedikit sebanyak menyumbang pada gaji yang kau dapat daripada pihak atasan. Isu ni terlampau banyak terjadi dekat MELAYU sebab biasalah melayu. Tapi aku cuma harap 2018 dan tahun seterusnya dah tak ramai budaya macam ni melekat lagi. Ni paling penting masalah dekat rumah tolong jangan bawa sampai ke tempat kerja, jadi professional kalau dah dekat tempat kerja fokus macam mana nak hilangkan perangai Melayu tu bukan sibuk tunjuk kau sorang je ada masalah dalam dunia ni.
– Pengguna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.