Assalamualaikum semua.Aku Qamar dan aku perempuan. Aku bukan asal Malaysia dan bukan menetap di Malaysia. Cukuplah aku katakan aku rakyat negara yang sekular.Aku ada depression. Diagnosed oleh pakar. Bukan diagnose diri sendiri. Dan akh perlu makan ubat setiap hari. Aku suspect aku ada depression tp aku nafikan berkali-kali. Sampailah benda ni mengganggu konsentrasi aku waktu bekerja dan memberi kesan pada aku dalam mendidik anak-anak.
Aku ada anak. Aku taknak keadaan aku mengganggu kehidupan mereka. Aku sayangkan dorang dan tak sanggup sakitkan dorang. Jadi, aku sudahnya sakitkan diri sendiri. Tak, aku tak kelar tangan aku macam korang nampak dalam banyak cerita. Tapi aku pernah cuba membunuh diri.
Akhirnya, aku serah diri di klinik. Aku nak dengar sendiri dari doktor yang aku tak ada anxiety atau depression. Tapi sewaktu doktor tanya, adakah aku rasa aku tak berguna dan taknak hidup lagi, aku terus nangis teresak-esak. Aku bagitau ada. Bila ditanya adakah aku ada rancangan macam mana nak tamatkan hidup aku sekarang. Aku mengaku ada.
Jadi aku terus dibawa ke hospital pakar sakit jiwa. Sakit mental. Berkali-kali doktor ingatkan bahawa aku bukan gila. Dan aku jugak set otak aku, yang orang-orang sini bukan gila.
Aku tak dapat jumpa anak-anak aku selama hampir seminggu. Aku tunggu suami aku datang lawat sampai aku termenung dan nangis bila dia sampai.
Hari kedua aku di hospital, aku rasa kosong yang amat sampaikan aku rasa lebih baik mati dari rasa kosong macam ni.
Orang-orang sekeliling aku sangat istimewa. Ada yang mandi dua kali, sebab katanya suara yang dia dengar suruh dia mandi kali kedua. Ada yang menghalau udara, benda yang mungkin cuma dia nampak. Ramai orang-orang tua yang nampak tak ada masalah pun tapi campak dulang makanan tanpa sebab.
Aku cuma perhati. Sikit pun aku tak takut. Malahan aku rasa itu tempat aku walaupun dalam hati, aku nak balik tengok anak-anak aku.
Hospital sakit ni, bukan macam hospital biasa. Kami ada waktu bangun tidur, waktu mandi, waktu ke bilik rehat, waktu balik ke bilik tidur, waktu makan dan waktu tidur. Bukan macam hospital biasa yang pengunjung boleh ziarah pesakit ramai-ramai.
Anak-anak aku masih kecil dan tak dibenarkan masuk. Alat-alat komunikasi dilarang sama sekali. Tapi, dalam tu, kau sibuk berperang dengan diri sendiri. Tak sedar masa berlalu. Tak apa pun tak ada telefon atau facebook atau instagram atau twitter atau apa-apa media sosial yang sewaktu dengannya.
Alhamdulillah nurse semua baik. Cuma aku ada masalah untuk solat. Tak semua nurse yang faham aku muslim dan perlu solat 5 waktu sehari. Sampaikan aku perlu jamak asar dengan zohor setiap hari.
Aku masih di sini. Berlawan dengan emosi. Aku masih trauma. Tiap malam waktu tidur aku akan rasa aku masih atas katil hospital tersebut. Aku rasa masih perlu ikut jadual makan dan aku selalu tengok jam untuk tengok sekarang apa aku perlu buat.
Aku masih tak stabil. Dan aku masih fikirkan tentang kematian. Cuma aku sangat bersyukur, suami aku sangat memahami. Walaupun aku masih lagi berlawan dengan diri sendiri, sampai kini.
– Hamba yang tersangat hina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sunday, 18 February 2018
Pengalaman di Hospital Istimewa

About the Author
PengakuanKu / Author & Editor
Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment