Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamuallaikum.Kata orang tak kenal maka tak cinta.Maka,aku perkenalkan diri aku dulu.
Nama aku Amirah.Boleh panggil Mira.Aku seorang pelajar sekolah rendah tahap 2.Dulu aku seorang pendebat cilik.Ya,dulu keluarga aku selalu panggil aku pendebat cilik kerana kelantangan dan betapa cerianya aku dulu.
Tapi,sekarang semua tak sama.
Abang aku asyik sibuk dengan komputer yang mak baru beli bulan lepas.Adik aku pulak selalu je kacau aku.Hidup aku yang dulunya teratur,kini tidak.Aku rindu arwah abah aku.
Arwah abah aku meninggal bulan Disember tahun 2013 semasa baru pindah ke rumah sewa yang baru.Lalu perancangan untuk bercuti ke Langkawi terus terbatal.
Aku digelar kera sumbang kerana tidak mempunyai ramai kawan.Masa aku darjah 1 dulu,aku selalu menangis dan berborak dengan Izzati dan Hani (Bukan nama sebenar).Tapi waktu darjah 2,banyak perubahan yang berlaku.Kami kurang berbual sesama sendiri .
Semasa berada di darjah 3 pula,banyak perubahan seperti di darjah 2.Tapi lebih kepada kebaikan.Kami menubuhkan sebuah kumpulan bernama DIAMONX.Aku berkenalan dengan Syifa,Aisyah dan Sofea pada mulanya.Ery,Ainnur,Uzma,Aleya dan yang aku kenal masa darjah 1 dulu aku kenal.
Kami selalu makan bersama sama pada waktu rehat di tepi dewan.Selalu je kitorang gaduh dengan budak lelaki kelas aku.
Tapi sekarang,keamanan kami tergugat.Sewaktu awal tahun bulan lepas,segelintir daripada ahli kitorang makan di kantin.Beberapa hari kemudian,mereka kembali makan di tempat biasa.Iqbal pulak jarang kitorang nampak.Dulu bukan main bising lagi cakap kitorang lemah la,lembik la,mengada ngada la,dan macam macam lagilah.
Kemudian,awal bulan ni diorang dah tunjukkan diri dah.Tempat makan kitorang selalu je diorang ambil.Jadi kalau waktu rehat tu sekurang kurangnya 3 orang dari kitorang kena awal dan ‘cop’ tempat tu dulu.
Dalam kelas pula,meja sebelah aku,waktu tu cikgu tengah ajar simpulan bahasa.Tiba tiba muncul pula perkataan kera sumbang yang mana bermaksud orang yang tidak pandai bergaul.Lepastu, si meja sebelah pun tiba tiba kata: “Macam dia ni,cikgu!” sambil pegang bahu aku.
Aku apa lagi,aku rasa marah sangat kat dia.Nasib baik hati aku ni lembut lagi.Kalau dia bukan kawan aku,dah lama aku tumbuk muka dia tu.Sejak itu,aku selalu menyumpah seranah dan kutuk pada orang meremeh temehkan dan yang hanya nenilai luaran sahaja.
Kemudian,sebelum Chinese New Year Holiday,rasanya hari Isnin kot,dia minta aku jahitkan dia penselcase macam yang mak aku buat kat aku.Aku terasa berat hati nak tolak permintaan tu,tapi nak buat macam mana,aku terpaksa.
Aku jual dengan harga RM1 sebab itu benda pertama aku jual dan dia adalah pelanggan pertama.Kini, aku dah tetapkan harga sebanyak RM2 untuk harga tetap.Maaf kalau Confession aku terlalu panjang.
-Amirah
– AMIRAH
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment