Saturday, 17 February 2018

Aku Budak Kemahiran

PengakuanKu

Pejam celik pejam celik teringat 3 tahun lepas. Habis aku menamatkan pengajian di Pusat Kemahiran Tinggi Shah Alam (ADTEC) . Maka bermula lah kehidupan memasuki alam pekerjaan.

Aku asal jauh dekat Sarawak. Kawan-kawan semua dah balik kampung bercuti meluangkan masa bersama family. Masa tu bulan 12. Aku masih gagah menumpang rumah sahabatku kerana nak balik cuti pun tak lama. Aku nak pastikan aku dapat kerja dalam tempoh yang terdekat tu.

Mula-mula aku dah merancang dengan kawan-kawan lepas cuti nak kerja sama-sama di Selangor dan menyewa sebumbung demi nak meringankan beban menyewa. Almaklumlah baru start kerja. Mana ada duit dengan nak mengadap tol nya lagi, minyak nya lagi. Ingat senang?

Tapi betapa kecewa aku, bila semua yang dirancang tak jadi. Selepas tamat tu umpama kau kau, aku aku. Masing-masing bawa kepala masing-masing.

Teringat lagi masa tu aku tak tahu nak bergantung dengan sesiapa dah dekat semenanjung ni sebab abang dah lama tamat pengajian dan bekerja di Sarawak. Dengan muka tak malu lah aku menumpang la hampir 3 minggu di rumah orang.

Aku dah la dari kecik memang hidup good good. Tiba-tiba kena menumpang rumah orang. Kau pun tau kan awkward dia macam mana?

Dari 3 adik beradik, aku lah yang paling tak dipandang. Sebab aku tak pandai macam abang-abang aku. Aku tak dapat sokongan, aku tak dapat apa yang aku nak, apa yang aku nak buat mesti kena bantah.
Aku yakin ramai dikalangan korang yang berada di situasi seperti aku ni.

Ok sambung cerita,

Masa tu hanya berbekalkan Kereta Wira, dan wang ringgit RM6++ aku gigih mencari kerja. Cari-cari last last memohon tempat praktikal yang dulu. Alhamdulillah diterima dan terus dihantar ke Tempat Projek.

Sampai tempat projek, makin la aku risau sama-ada aku boleh survive ataupun tak hidup di tempat orang. Aku rasa macam stranger habis sebab tak kenal sesiapa langsung.

Mula-mula sumpah rasa takut dan rasa macam nak balik ja, tapi dah bermula suku jalan, tak kan la aku nak lepaa peluang. Orang berebut nak dapat kerja, aku pulak nak berenti? Aku pun gagahkan diri untuk terus bekerja.

Hampir setiap minggu balik ke rumah sahabat di Jalan Kebun, Shah Alam. Yela hujung minggu bosan kot. Perjalanan ke rumah member tu dalam 1 jam setengah nak sampai. Tapi lama kelamaan aku makin menyesuaikan diri dan selesa di tempat orang.

2 tahun bekerja seorangan menjaga projek yang rasa macam mustahil dapat untuk aku seorang sahaja menjaga. Alhamdulillah juga dikurniakan projek manager yang banyak mengajar, membimbing dan membantu aku susah dan senang dan sehingga aku pandai.

Selama 2 tahun itu juga aku hadap macam-macam dugaan. Dengan duit tak cukup, kereta buat hal, rosak sana rosak sini. Kau orang cuba la bayangkan korang ada disituasi tiba-tiba perlu duit? Bukan senang toq. Dengan apa yang dipikul, aku tetap sabar dan sambil-sambil itu aku mencari pendapatan lebihan dengan berniaga.

Aku juga berusaha dan memberi komitmen yang tinggi untuk menyumbang ilmu dan kemahiran demi bersama-sama membangunkan Syarikat walaupun sekadar staff biasa.

Masuk tahun ketiga, baru merasa bahawa kesabaran 2 tahun yang sukar itu kian pudar dan kesenangan semakin melimpah.

Pengalaman dan pengetahuan pun semakin banyak ditimba sepanjang menempuh liku-liku kehidupan.

Masa mula-mula aku struggle dulu nak buktikan kepada orang sekelililing yang aku boleh berjaya. Mula-mula dulu orang tak pandang pun aku siapa. Kau orang mesti tau apa rasanya bila tak dipandang?

Sampaikan ada yang anggap aku ni kerja tak bagus and kerja macam kuli. Tak kan la aku nak bagitau pula kerja aku macam mana kan?

Aku sabar ja dengan cakap-cakap belakang orang. Yang penting aku tau dimana haluan aku nak pergi

Kau orang kena tahu, bukan senang nak senang dan tak semua orang akan terus senang. Kebanyakkan semua bermula dengan kesusahan dan kerumitan.

Yang penting harus berani tempuhi cabaran yang mendatang. InshaAllah pasti akan ada kemanisan.

Kau nak dapat lebih, kau kena cabar diri untuk pergi jauh dari tempat asal usul. Jauh daripada rakan dan keluarga.

Jangan memilih pekerjaan, jangan terlalu bergantung harap dengan orang lain. Semuanya atas diri sendiri. Jangan jadikan alasan sebagai penghalang.

Jangan serahkan pensil kehidupan kita kepada orang lain. Hidup kita, kita yang tentukan.

Kau jangan risau kau pandai ke kau tak pandai ke, kau pandai masuk universiti. Kau tak pandai kau masuk aliran kemahiran.

Orang kemahiran pun boleh berjaya. Kau pedulikan apa orang kata dengan budak kemahiran.

Apa yang penting, kau usaha je sebaik yang mungkin. Kau mesti dapat hasil.

Terima kasih ayah, mak, keluarga-keluarga, rakan-rakan, Cikgu-cikgu, tenaga-tenaga pengajar semua yang dah membentuk aku jadi manusia.

Terima kasih Lukman, meminjamkan tempat berteduh di awal permulaan memasuki alam pekerjaan. Kalau tiada tempat teduhan, mungkin aku tidak berdiri di tempat aku sekarang.

-Turnku

#TrueStory

– Turnku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.