Thursday, 22 February 2018

Kak Rika

PengakuanKu

Assalamualaikum haii bertemu aku lagi Izaa . ini dah kali ke 3 kot aku hantar confession ke sini. Alhamdulillah, semua confession di publish oleh Admin dan penulisan aku di terima baik. Aku dah tulis sebaik mungkin untuk menyampaikan cerita sebenar. Harap penulisan kali ini korang boleh faham juga.

Bagi reader yang dah baca confession,

cerita 1 : http://iiumc.com/buat-baik-berpada-pada/

cerita 2: http://iiumc.com/berbuat-baik-berpada-pada/ ,

mungkin dah tahu sedikit demi sedikit pasal Kak Rika. Huhu ini bukan cerita part by part tau. Ini 3 kisah berlainan pasal Kak Rika tapi ada berkait sedikit juga. Jadi nak baca dari cerita 1 & 2 pun boleh, tak nak baca pun boleh.

Aku tulis cerita ke 3 pasal Kak Rika ni bukanlah nak meraih simpati ke, perhatian ke, tapi cuma sekadar hendak berkongsi cerita kehidupannya. For sure, lagi ramai yang teruk nasibnya berbanding Kak Rika. Tapi apa yang pasti, apa-apa pengajaran dalam kisah Kak Rika kita belajar. Mungkin hari ni dia di uji, esok lusa kita pula di uji. Mampu kah kita sekuat dia? Hee don’t take serious ya.

Ok mari kita mulakan cerita ke 3.
Aku cerita sikit ya latar belakang Kak Rika. Nama sebenar Kak Rika sudah tentulah bukan Rika, semua nama dalam watak ni segaja aku tukarkan. Sebab kenapa, faham-faham sajalah kan hehe. Kak Rika berumur 34 tahun, belum berkahwin dan tengah struggle habiskan PHD. Dia ada 4 orang adik beradik, dia anak ke 3 sekaligus dia jadi anak bongsu selepas adik bongsunya meninggal 10 tahun lalu di sebabkan kanser. Aku rapat dengan dia pun gara-gara aku ni sangat similar perangai dengan arwah adik bongsu dia. Mungkin sebab itu Kak Rika sangat baik dengan aku. Kak Rika beza umur dalam 9 tahun dari aku. Apa-apa masalah, aku lebih suka berkongsi dengan dia. Kak Rika kan lebih makan ‘garam’ kehidupan.

Dalam cerita 1 dan 2, aku lebih banyak cerita dugaan rezeki Kak Rika. Kali ni aku akan cerita dugaan kerjaya,study dan dugaan jodoh dia pulak. Jangan risau, cerita ni takdelah panjang sangat. Kalau panjang, aku minta maaf ya..huhu sebab ni cerita on-going. Ending pun belum ada. Entah happy ending ke,sad ending. Aku cerita je lah takat mana yang aku tahu yer..

Beberapa minggu lalu, lepas je aku submit cerita 2, malam tu Kak Rika balik dengan mata bengkak. Aih Kak Rika ni jarang sekali menangis sampai bengkak-bengkak. Lepas tu dia cerita lah, pagi tu dia kena presentation progress PHD dia depan supervisor dan prof kat University. Habis lah kena hentam oleh orang-orang atasan sebab dia punya progress tidak memuaskan hati mereka. Dan apa yang lebih teruk, supervisor dan professor membuat keputusan untuk terminate kan PHD Kak Rika atas alasan Kak Rika dah melebihi masa yang sepatutnya dia habiskan pengajian PHD. Sekaligus kerjaya Kak Rika sebagai lecture terpaksa di lucutkan. Gilaaaa..its kill her two times sekaligus. Kak Rika di terima sebagai lecture kat situ sebab dia ambik PHD dan pengajiannya ditanggung oleh biasiswa. So bila Kak Rika tak dapat menamatkan masa yang ditetapkan oleh pihak University, sekaligus dia akan di terminate kan lah kedua-dua sekali.

Aku tumpang sedih wei..dia punya dugaan ni teruk juga. Actually,dia tak hadap pun nak title Dr dengan PHD dia ambik ni. Tapi tuntutan kerja dia memerlukan PHD ni. Sekarang ni dia kena buat rayuan kat Dekan. Samada dia tukar title project, and teruskan under same supervisor atau dia kena cari new supervisor dan teruskan title project tu. Siapa-siapa pernah sambung belajar, mesti tahu kan bab-bab ni. Nak tukar tajuk bukan lah senang kalau dah buat lebih separuh jalan kerja. Dah tentu-tentu nangis banjir, bila diberhentikan. Rasa apa yang dia korbankan selama ni, jadi sia-sia . kalau tak silap aku, dia buat PHD ni nak dekat 4 tahun. Ambik part time kan..itulah lama sangat.

Haa, kan aku ada cakap ada 2 solution. First solution, dia perlu tukar title project dan teruskan under same supervisor. Kak Rika susah nak tukar tajuk projek memandangkan dah jauh dia buat research pasal tajuk ni. Dan dah ada bahan-bahan untuk tajuk ni. Dah tentu supervisor lama tak nak handle dia. Sebab Kak Rika dah sedia maklum yang supervisor memang tak suka dia, Atau dengan kata kasar, sebab Kak Rika ni lembab dan bodoh . Kak Rika slowly progress tapi kerja tetap siap. Kak Rika malas nak tegakkan apa-apa statement. Dia pun tahu dia bukan pangkat besar nak lawan orang yang bijak pandai. Jadi dia terima je la apa akibatnya.

Solution ke 2,teruskan tajuk sekarang tapi tukar supervisor. Macam mudah je kan nak tukar supervisor? Takde supervisor lain nak terima Kak Rika dah. Sebab supervisor lama jaja cerita pasal Kak Rika diberhentikan atas progressnya lambat dan lain-lain. Kes Kak Rika di terminatekan kerja & PHD dah heboh satu university, lecture-lecture lain turut mengucapkan takziah. Kak Rika buat muka tebal je,tahan malu. Tak sangka supervisor dia ni macam orang bawang, at least jaga lah sikit air muka dia. Kak Rika dah sakit kepala nak cari supervisor baru, mujurlah kawan dia rekomenkan sorang professor ni untuk jadi supervisor baru dia. Mudah-mudahan orang tu terimalah Kak Rika.

Setakat ni, itu sajalah cerita aku boleh sampaikan. Cerita lebih-lebih aku pun tak tahu nak explain macamana huhu. Nanti korang bingung, aku lagi bingung haha. Tapi satu ja aku salute Kak Rika ni, lepas dia dah habis meluah. Dia tenang, dia boleh senyum dan ajak pergi makan. Rileks ketawa-ketawa story dengan aku. Dia cakap, tenang ja. Dia pasti boleh habiskan PHD tu juga..confident dia lebih dari aku. Kalau aku, dah sah nangis guling-guling. Aku nak siapkan final project diploma pun stress nak mampus, inikan lagi dia nak siapkan PHD. Kak Rika buat PHD pasal sistem kalau tak silap. Dia orang IT. Buat coding entah apa tu. Jadi paham-paham lah penyeksaan nak siapkan macamana.

Ok stop cerita pasal ni. Next aku nak cerita pasal dugaan jodoh Kak Rika pulak. Entah kategori dugaan ke apa. Aku just cerita je la.. Oleh sebab Kak Rika dah pertengahan umur 30-an. Makcik-makcik bawang kat kampung dah sibuk tanya bila nak kahwin. Tak terkecuali parents Kak Rika yang sibuk carikan calon untuk dia. Kak Rika pernah mencuba untuk menamatkan zaman bujang. Tapi semua calon yang dia pilih di tentang hebat oleh keluarga.

Dulu Kak Rika pernah bercinta dengan officemate dia. Sama-sama mengajar di kolej. Lelaki tu la insan pertama yang dia very falling in love. Lelaki tu sangat penyayang sampaikan hingga kini Kak Rika ingat sisa-sisa kasih sayang yang lelaki tu curahkan. Masa tu, sebelum Kak Rika umur 30 tahun,dia bawak la boifren dia balik kampung. Kenalkan pada parents. Tapi bila sebut saja bangsa lelaki tu, ibu Kak Rika automatic tidak bersetuju Kak Rika melangsungkan perkahwinan dengan pilihannya. Maaf ya, kat Sabah memang pelbagai bangsa. Boleh cakap, ibu Kak Rika ni ada racist sikit dengan satu bangsa tu. Tambahan lagi, boifren Kak Rika berasal dari keluarga yang sederhana dan keluarga Kak Rika kategori orang yang berada.

Tahap ketidaksukaan Ibu Rika terhadap pilihan Kak Rika sampai tengok muka lelaki tu pun Ibu Kak Rika tak sudi. Dia cuma siapkan minuman,lepas tu dia duduk kat dapur ja tanpa melayani tetamu. Siap warning Kak Rika pada ketika itu.. “Kalau Rika nak juga kahwin dengan lelaki tu,kahwin saja..Ibu takkan jejak pelamin Rika. Dan ibu takkan restu perkahwinan Rika..”

Hati siapalah yang tak hancur wei bila perkahwinan ni di tentang keluarga sendiri, cuma atas alasan bangsa dan tidak berkedudukan. Kak Rika dah tersepit di antara orang tua dan orang dia sayang masa tu. Dan dia buat keputusan tinggalkan boifren dia dan pilih keluarga. Dia tak sanggup jadi anak derhaka. Jadilah macam lagu ‘putus kerna terpaksa’ . Percintaan mereka putus di tengah jalan, dan mujur lelaki tu faham kehendak keluarga Kak Rika bagaimana. Dan mereka cuba jadi sahabat baik sehingga kini.

Setelah itu, ada juga Kak Rika cuba buat perhubungan dengan orang lain. Tetapi tetap juga di tolak oleh keluarga Kak Rika atas sebab boifren Kak Rika tiada kelulusan tinggi seperti Kak Rika. Kalau tak silap, masa tu bf Kak Rika cuma kerja kontraktor. Kak Rika tak kisah pasangannya ada kelulusan ke tak, asal tahu cari rezeki untuk keluarga. Sekali lagi, Kak Rika kecundang sampai lah dia sendiri pun malas nak cari pasangan. Sehinggalah, parents Kak Rika sendiri carikan calon untuk Kak Rika. Kak Rika turutkan saja.

Abang Adi aku gelarkan calon suami untuk Kak Rika ni. Dia pilihan keluarga Kak Rika, dan merupakan kenalan kakak kandung Kak Rika. Abang Adi ni umur dah 40 something, tak ingat berapa exactly umur dia. Dia duda anak dua. Dah bercerai denga ex wife atas tiada keserasian antara mereka. Abang Adi ni sangat opposite perangai dengan Kak Rika. Abg Adi jenis yang dingin, muka ketat, dia kurang mesra dengan orang lain, dan takkan keluar minum dengan orang bukan setaraf dia. Berbeza sangat dengan Kak Rika, Kak Rika sangat peramah orangnya, senang masuk cerita kalau duduk semeja dengan dia. Dan tak kisah taraf seseorang. Orang cakap kalau berbeza perangai ni,inshaAllah saling melengkapi. Tapi aku kurang pasti lah, keserasian mereka ni macamana huhu..

Ok kat atas korang baca kan macamana demandnya ibu Kak Rika nak calon menantu untuk anaknya. Kita tengok pulak macamana demand ibu Abg Adi. Aku cerita sikitlah latar belakang keluarga Abg Adi takat mana aku tahu dari Kak Rika. Ibu dan Ayah Abg Adi dah lama berpisah. Jadi Ibu Abg Adi lah control hidup Abg Adi keseluruhannya. Abang Adi dengan ex wife sebelum ni pun di satukan atas pilihan keluarga masing-masing, dan berpisah bila tidak serasi. Seterusnya ibu Abg Adi bersetuju anaknya di jodohkan dengan Kak Rika tapi dengan syarat, Kak Rika mesti memiliki segulung PHD dahulu baru mereka boleh berkahwin. Aku rasa aku tahu perangai Abg Adi di turunkan dari siapa..haha

Semua menantu keluarga Abg Adi mempunyai pekerjaan yang bagus-bagus. Ada yg kerja polis, peguam dan doctor. Mestilah Ibu Abg adi nak menantunya mempunyai taraf yang sama dengan anaknya. Oleh sebab itu, Kak Rika menurutkan saja permintaan bakal ibu mertuanya. Mereka bercinta almost 4years jugalah. Banyak jugalah dugaan mereka. Progress dalam menyelami hati-hati masing pun ambil masa yang lama sebab berbeza perangai.

Abg Adi ni aku boleh kategorikan orang yang cerewet, dia ada sifat yang orang mesti ikut cara dia. Mesti ikut tune dia macamana. Dia try hard sangat nak bentuk Kak Rika ni seperti macamana dia mahukan. Mesti ikut rentak dia macamana. Mula-mula Kak Rika susah nak biasakan diri dengan pasangan macam dia, tapi dia cuba usaha yang terbaik lah untuk Abg Adi. Demi keluarga katanya. Dan biarpun Abg Adi bukan pilihan hati Kak Rika, Kak Rika bersyukur dapat berkenalan dengannya kerana Abg Adi banyak ajar pasal life.

Abg Adi ni kira sudah berumur dan dia memang ada sakit. Dia pernah hampir sakit strok, hampir lumpuh separuh badan. Kak Rika lah yang selalu menemani tiap dia sakit dan lemah. Abg Adi pernah pengsan kat Airport, Kak Rika lah yang susah payah papah Abg Adi dan hantar ke hospital.
Kak Rika pernah cakap dengan Abg Adi, “ Segerakan lah halalkan diriku agar aku dapat menjaga mu tiap kali kau susah dan sakit. Supaya aku pegang atau papah badan mu dengan halal..” Abg Adi pulak balas “Better kau carilah orang muda, yang masih sihat. Kau sanggup ka menjaga ku yang tua dan sakit-sakit ni..Kau still ada peluang, dan aku tak menghalangmu..”

Macam drama cerita dorang ni. Tapi ini kisah real. Dan aku lagi salute cerita cinta orang tua macam dorang ni. Sebab susah senang mereka bersama. Dann aku geram dengan Ibu Abg Adi ni, dah elok-elok ada perempuan nak kan Abg Adi, yg sanggup jaga Abg Adi bila sakit. Dia tetap pegang prinsip yang menantu dia mesti ada PHD. Mesti setaraf katanya. Sandik bak kata orang sabah bilang.hmm

Ok aku nak cerita konflik perhubungan Kak Rika dengan Abg Adi pulak. Sorry ya kalau panjang sangat cerita aku ni. Aku main taip ja, tup tap aku taip dah 6 pages kat Ms Word huhu .

Kalau tak silap, tahun lalu. Abg Adi mengalami depression . Sebab ex wife dia dah nak kahwin baru. Aku dengar cerita serba sedikit pasal Abg Adi ni. Dan aku dapat kenalpasti sedikit perangai Abg Adi. Abg Adi mengalami depression bukan lah sebab dia masih sayangkan ex wife dia, tapi dia rasa loser bila ex wife dia kahwin dulu berbanding dia. Daripada apa yang aku tahu dari Kak Rika, Abg Adi ada sifat ingin menang berbanding orang lain. Jadi bila dia dapat tahu ex wife bakal berkahwin, dia juga terburu-buru nak kahwin. Dia taknak kalah dengan ex wife sendiri. Korang tahu macamana kemurungan Abg Adi tu? Dia menangis merengek nak kahwin. Sepanjang masa, asyik cakap nak kahwin je. Dia suka bersendiri dan cepat beremosi. Kak Rika pernah cerita dengan aku, yang masa dorang tengah makan kat restoran, tiba-tiba ja Abg Adi tekup muka dan nangis. Tengah makan wei, tiba-tiba dia nangis. Kak Rika pun seriau lah. Aku pun tak terbayang macamana abg Adi merengek nangis . Sebab aku dah terbiasa tengok muka Abg Adi yang serius dan berbadan tegap.

Kalau aku berada dalam situasi Kak Rika, aku tak bersetuju kahwin dengan dia pada saat ini. Sebab apa? Sebab first,Abang Adi boleh dikatakan ‘mempergunakan’ Kak Rika pada ketika ini, atas sebab dia taknak kalah dengan ex wife. Dan aku taknak Kak Rika perjudikan masa depan dia dengan sikap Abg Adi yang tak mahu kalah sebegini. Kalau masalah begini Abg Adi handle dengan cara dia, bagaimana dengan hal lain? Aku bukan lah org berpengalaman dalam hal relationship, apatah lagi perihal orang jauh lebih matang dari aku. Tapi aku rasa Abg Adi pentingkan diri, dan ego dia tinggi. Cukup Kak Rika akui boifren dia ego tinggi, aku tahu apa yang Kak Rika rasa. Abang Adi sendiri yang mendorong diri dia ke arah kemurungan. Dia keep rasa dia loser bila ex wife kahwin baru. Kak Rika dah cuba puas memujuk Abg Adi, dia bawak Abg Adi jalan dan makan supaya Abg Adi tak rasa lonely. Tapi Abg Adi tetap mogok nak kahwin. Nak cakap kahwin senang lah, tapi duit untuk kahwin pun tiada. Duit Abg Adi banyak habis untuk rumah,kereta, dan duit untuk dua anak dia.

Kak Rika bukan tak nak kahwin. Dia juga berimpikan hidup berkeluarga dengan suami. Tapi bukan dengan cara begini,dia harus melangsungkan perkahwinan. At least, pinang dia dengan rasa terhormat. Bukan atas alasan ingin menang dengan ex-wife. Korang kat luar mesti pernah buat macam ni kan? Bila ex dah ada pengganti, korang pun taknak kalah. Mesti nak ada bf/gf untuk tunjuk kat ex kan..haha . Aku faham benda ni, tak semua berbuat demikian. Ada certain orang macam tu. Why not kita move on saja, dan tunjukkan saja bila kita bersendiri pun, kita bahagia. Kesendirian atau kesepian ni bukanlah duka yang harus di tangisi sebab ada saat di mana kesendirian akan jauh lebih bererti dari kebersamaan. Betul tak aku cakap? Huhu tapi siapalah aku nak nasihat Abg Adi yang jauh lebih tua dari aku. Cukup Kak Rika nasihat Abg Adi dan pandai-pandailah dia nak dengar ke tak.

Boleh dikatakan sekarang ni Kak Rika dua hati, nak kahwin atau tak. Boleh jadi dia terima Abg Adi, boleh jadi dia nak Abg Adi keep jadi kawan baik dia saja. Parents Kak Rika mendesak Kak Rika terima saja Abg Adi biarpun keadaan begitu. Lebih-lebih kakak kandung Kak Rika, sebab Abg adi merupakan kenalannya. Dan dia pun meminta Kak Rika tahan saja perangai Abg Adi, sebab dorang berkenan sangat nak mereka kahwin. Aku tengok Kak Rika tersepit lagi. Dia pernah mengadu dengan aku, apa salahnya jadi anak dara tua ni, bukan dia jadi andartu sampai menyusahkan keluarga. Bukannya dia tak bekerja dan menyusahkan mereka dengan meminta duit belanja. Selama dia masih bujang ni, dia sendiri yang banyak menghulur duit kat parents. Tak pernah sekalipun dia membelakang family dalam apa-apa urusan. Dia dah umur 34 tahun pun masih tak boleh buat keputusan sendiri. kadang-kadang aku kesian dengan Kak Rika. Dia selalu tersepit oleh family.

Tentang Kak Rika dan Abg Adi, aku keep tengok je la setakat mana jauh progress perhubungan mereka ni. Aku sebagai insan terdekat Kak Rika mendoakan kebahagiaan Kak Rika meskipun bukan dengan Abg Adi. Aku nak tengok Kak Rika bahagia je, ada orang sayang dia. Ada orang support dia tanpa mendesak buat keputusan bukan dari kehendaknya. To Kak Rika, you are the best daughters. Aku tahu Kak Rika dah banyak sakit dan menderita oleh keputusan keluarga sendiri. Tapi ganjaran anak solehah yang selalu nak bahagiakan hati mak bapak dulu inshaAllah besar. To Abg Adi, you’re very good man for Kak Rika. Kak Rika keep cakap kat aku, bila korang tiada jodoh..dia akan kenang kebaikan Abg Adi dan segala apa yang Abg Adi dah pernah ajar Kak Rika soal kehidupan. Jika Abg Adi tetap mahukan Kak Rika duduk di pelaminan bersama, ubah lah sikap Abg Adi yang panas baran, ego tinggi yg boleh memudaratkan perhubungan, ubahlah sikap-sikap buruk agar nanti boleh mendirikan mahligai yang mendamaikan hingga ke jannah. To keluarga Kak Rika, pakcik makcik memang orang yang baik-baik aku kenal. Acuhan yang baik kepada Kak Rika yang ku kenali. Tapi sikap overprotective kamu kadang-kadang boleh buat Kak Rika terluka, ibu bapa manalah yang tidak mahukan terbaik untuk anak-anak kan tapi janganlah memegang prinsip bahawa pangkat or kelulusan orang saja boleh membahagiakan seseorang. To Keluarga Abg Adi, from the first time..Kak Rika actually perfect woman for your son. Dialah wanita yang hadir menjaga Abg Adi waktu sakit, org yang willing memenuhi syarat untuk menjadi menantu mu. Org yang berbeza sifat tapi cuba berikan terbaik untuk Abg Adi.

And to myself pulak, Izaa (bukan nama sebenar) perjalanan hidup mu masih jauh. Belajar kehidupan dari orang berpengalaman. Jadilah seseorang yang memberi manfaat yang baik kepada orang-orang sekitarmu. Asal aku taip ni feeling sedih eh? Haha mungkin sebab tengah pasang lagu sedih sambil taip. Haha.. To all readers pulak, selalulah mensyukuri apa yang ada dalam hidup. Tak semestinya kita belajar dari pengalaman sendiri, belajar dari pengalaman orang pun seronok juga. Dalam page ni, macam-macam cerita kita boleh baca dan hadam pengajarannya. Dan janganlah kita merendah-rendahkan dugaan atau cerita seseorang itu, kerna kita bukan dalam situasinya. Again aku minta maaf sangat aku taip terlalu panjang. Penyampaian cerita aku kali ni entah sampai ke tak, aku tak tahu. Rasanya ini last confession aku cerita pasal Kak Rika. Itu je yang boleh aku cerita, kalau cerita pasal aku memang takde menariknya. Jika kalian baca hingga ke akhirnya, aku ucap ribuan terima kasih. Terimakasih juga jikalau admin publish cerita ni, semoga kita dalam Rahmat-Nya. Assalamualaikum saya akhiri .

– Izaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.