Assalamualaikum. Pertamanya aku ucapkan terima kasih pada admin jika sudi menyiarkan luahan ni. Sebenarnya aku berfikir panjang untuk menghantar tulisan ini. Mungkin takut dengan reaksi pembaca. Aku seorang gadis. Semuanya bermula dalam 4 tahun yang lepas. Aku start menulis. Aku ada satu buku rahsia yang bila aku tiada aku nak orang baca buku tu. Sepanjang 4 tahun aku guna buku sama untuk menulis apa yang aku rasa. Semua perasaan aku luahkan di dalam buku tu. Aku suka kerana no judgemental. Aku bebas menulis.
Sekarang aku nak cerita apa yang aku lalui. Tak kira apa aku buat, aku tak happy. Even bila aku berada dalam crowd yang sepatutnya kami bergembira, aku tak rasa gembira. Mungkin aku senyum. Sangat awkward. Semua orang gembira, jadi pelik bila aku tak turut senyum bersama. Tapi aku cakap dalam diri aku, aku mungkin boleh tipu orang lain tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. Kenapa aku tak gembira seperti mereka. Terkadang aku fikir betulkah mereka yang tersenyum tu benar2 gembira? Sebenarnya ada kisah di sebalik gembira ni. Aku dulu (sebelum fasa ini) gembira, ceria. Tapi disebabkan ade suatu keadaan yg menyebabkan aku jadi takut nak berasa gembira depan seseorang. Aku takut offended seseorang tu. Ada berlaku sesuatu antara aku dengan seseorang tu. Aku konfius, bagaimana kegembiraanku boleh buatkan orang lain terluka. Kenapa tidak orang lain? Aku seorang simple. Jadi kegembiraanku pada something yang simple. Lepas pada itu aku tidak menunjukkan kegembiraan aku di depan siapa-siapa kecuali pada orang yang betul-betul aku percaya.
Aku tak ingat bila tapi aku mula tak lalu makan. Bila nampak makanan aku rasa tak nak makan. Rasa macam nak muntah. Berat aku mula turun. Aku dah sedia kurus sebenarnya. Aku mula isolated diri daripada aktiviti outdoor. Jauh daripada kawan-kawan. Aku rasa kehadiran aku akan membuatkan suatu event tu jadi moody. Jadi aku ambik keputusan untuk elak join apa2 aktiviti. Tapi jauh dari sudut hati aku harap ada orang pujuk aku. Datang kat aku cakap pada aku kehadiran aku ni penting. Macam attention seeker pula (maaf ianya perasaan yang aku tak boleh nak kawal). Honestly, dalam hidup aku tak pernah aku rasa aku ni penting dalam hidup siapa-siapa. Aku dah biasa bersendirian.
Banyak kali aku cuba untuk join sesuatu tetapi last minute aku akan tarik diri. Aku tiba2 buat keputusan tak nak ikut serta. Aku tak tahu kenapa. Tapi masa tu satu je benda yang ada dalam fikiran “aku tak nak keluar”. Dan semua orang okay dengan ketidakhadiran aku. Aku seorang yang susah nak cerita apa yang aku lalui kepada orang lain. Tapi bila sampai aku tak tahan aku try buka cerita. Tetapi.. aku tak tahu kenapa aku rasa kawan aku tak berminat nak dengar cerita aku. Sebab cerita aku tu bagai angin lalu. Banyak aku bagi hint bila aku nak pergi pada deep conversation. Tapi bila orang layan acuh tak acuh aku terdiam (mereka cerita topik lain in the middle chat). Dan tak ada sapa pun kisah bila cerita aku tergantung. Lepas pada tu aku decide tak nak cerita pada orang sebab aku fikir siapa suka dengan kisah sedih kita. Aku tak salahkan dieorang. Mungkin aku terlebih sensitif.
Ada suatu masa aku tegur kawan di media sosial. Aku try to get along. Even aku sebenarnya susah nak tegur orang dulu sebab aku agak pendiam. Tapi aku cuba untuk tegur orang yang aku kenal di media sosial even simple thing yang dieorang post aku komen. Mungkin ini cara orang seperti aku beramah mesra. Sebab di depan aku ni agak pemalu. Tapi tiada balasan. Kenapa tidak berbalas sedangkan komen orang lain berbalas. Aku mungkin tak sepopular orang yang komen di ruangan tu (sebab in real life aku pendiam). Tapi.. sekurang-kurangnya jangan abaikan kewujudanku. Mesti korang cakap perkara ni kecik. Aku tak boleh nak anggap kecik sebab banyak kali terjadi padaku. Berulang kali. Kenapa?Adakah aku invicible? Tapi pada sapa yang sapa aku dulu aku memang gembira. Aku akan bagi attention pada dia. Dan aku tak kan stop selagi dia masih untuk chatting even aku ada kerja. Sebab aku terlalu appreciates benda yang nampak kecik ini.
Aku mula perasan aku tak dapat tidur. Setiap malam (sampai sekarang). Mungkinkah aku dah terkena insomnia. Setiap malam air mata aku keluar. Tetapi aku tak pasti kenapa. Aku nak tidur tapi tak dapat. Kadang bila berseorangan air mata aku keluar juga. Tak terkira. Aku suka baca cerita2 sedih. Mostly english story. Sebab aku rasa hanya cerita tu boleh deliver perasaan hatiku. Apa yang aku rasa diekspresikan dengan betul dalam cerita fiksyen tersebut. Bila aku baca quotes2 sedih, lonely aku rasa quotes tu adalah isi hati aku. Aku mula dengar lagu yang depressed. Aku rasa lagu tu masuk dengan apa yang aku lalui.
Sebenarnya aku pernah menyakiti diri sendiri. Aku kira sebagai denda kerana aku tak cukup bagus sebagai seorang kawan, anak.. tapi tidak sampai berdarah. Aku masih punya akal dan aku masih ada Allah (alhamdulillah, aku sangat2 bersyukur). Aku tak pernah fikir apa yang aku buat ni sebenarnya salah satu self-harm. Baru-baru ini gempar dengan kes suicide yang disebabkan depression (isunya da lama. Aku je yang baru tahu pasal ni). Sebelum ni aku memang tak familiar dengan perkataan ni. Yang wujud dalam kamus hidup aku hanya stress saja. Aku cuba bercakap dengan orang sekeliling berkenaan dengan depression. Aku tanya secara general. Aku takut jika aku tergolong dalam depression. Semua orang cakap pada aku semua orang rase diri dia depression. Sebenarnya tak pun. Mereka cakap kalau kita rasa kita ni depressed maknanya kita ni tak depressed sebenarnya. Okay aku tak faham. Tapi tak apa. Mungkin aku la tu. Aku rasa macam ada depressed tapi mungkin tu perasaan aku je.
Aku pernah terdetik supaya biar allah hilangkan ingatan. Sebab aku nak mulakan hidup baru. Aku tak nak hidup yang lama. Aku nak lupakan apa yang terjadi. Aku tak dapat nak contengkan semua yang berlaku dalam hidupku kat sini. Tapi apa yang boleh aku katakan aku tidak gembira. Dan aku sangat disgusted bila tengok muka aku gembira depan orang. Padahal sesaat aku berpaling muka dari crowd, ekspresi aku terus berubah. Aku tak suka bila mereka bercerita sesuatu yang sepatutnya aku ketawa, tapi aku tak boleh. At last aku ketawa palsu. Awkward! Sangat awkward!
Adakah ini normal? Aku tak pernah cerita hal ni pada sesiapa dan adanya confession ni dapatlah aku luah apa yang selama ini aku pendam tanpa memberitahu siapa aku. Haa.. aku ada tengok satu cerita suicide yang famous. Aku tak tahu kenapa kadang aku rasa apa yang diluahkan dia adalah ape yang aku ingin dunia tahu. Tapi aku rasa dia (si suicide) beruntung sebab sebenarnya ada seorang yang betul2 sayangkan dia. Cuma sayang.. orang tu tak bagitau dia dengan betul yang orang tu betul-betul sayangkan dia hinggalah dia pilih untuk menamatkan hidup dia. Jangan risau aku tak ada fikir sampai tahap ni. Sebagai orang islam aku masih sedar yang suicide adalah haram. Aku solat cukup dan awal waktu. Al quran aku baca setiap hari. Aku rase this is what keeps me from going insane. Aku hanya harap suatu masa nanti i’ll be genuinely happy.
“One of the most sincere forms of respect is actually listening to what another has to say”
p/s : coretan ni dah lama aku tulis. Sangat lama. Tapi aku simpan. Sebab ianya kepuasan yang aku rasa bila aku dapat luahkan sesuatu. Lately, aku agak down. Aku decide untuk hantar confession ni. Aku just perlu seorang untuk baca luahan aku ni. At least aku tahu ada orang sudi baca isi hati aku. Aku harap reader jangan salahkan aku sebab aku tahu most part of it memang salah aku and i have blamed myself enough.
– Cosmos
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment