Saturday, 17 February 2018

Mak Cik Halimah

PengakuanKu

Pagi itu saya tidak kemana-mana. Letih memandu balik kampung ke Johor masih bersisa. Jadi saya cuma duduk-duduk di ambang pintu sambil menikmati suasana pagi yang segar.

Ketika sedang leka ambil angin, saya disapa oleh Pak cik Mokhtar. Jiran sebelah rumah. ” Lama tak nampak kamu Li. Berapa hari balik kampung ni?” soal Pak cik Mokhtar yang sedang menolak isterinya , Makcik Halimah berkerusi roda.

Saya tersengih-sengih macam kerang busuk. Memang saya akui sejak dinaikkan pangkat, jarang-jarang saya dapat pulang ke kampung.

Saya menghampiri Pakcik Mokhtar lalu bersalam dengannya. Saya pandang Makcik Halimah di atas kerusi roda. Matanya berkelip-kelip memandang saya. Air liur berjejeran keluar dari mulutnya. Wajahnya cengkung dengan tulang temulang timbul di tubuhnya yang kurus kerinng.

“Ginilah Makcik Limah kamu sekarang. Hari-hari aku kena menolak kerusi roda ni. Dia ni bukannya tak boleh jalan. Saje mengada- nagda je lebih”, bebel Pakcik Mokhtar.

Serentak itu, saya lihat air mata mengalir di pipi Makcik Halimah. Saya tahu Pakcik Mokhtar sekadar bergurau. Adatlah menjaga orang sakit. Sensitif tak bertempat. Begitulah keadaan Makcik Halimah sejak dua tahun yang lalu apabila penyakit tiga serangkainya menyerang menyebabkan Makcik Halimah terlantar.

Dahulu di kampung kami, Makcik Halimah memang dikenali. Orangnya garang, lantang bersuara. Tambahan pula Makcik Halimah memegang jawatan penting dalam sebuah parti politik di daerah itu. Disebabkan itu, beliau disanjung dan dihormati oleh penduduk kampung. Jangan sesekali ada orang cuba menyampaikab cerita buruk tentang Makcik Halimah. Silap -silap keluarga mereka akan dipulaukan oleh penduduk kampung.

Orang kenal Makcik Halimah bukan sebab itu sahaja, sebaliknya kekayaannya juga. Tanahnya berhektar-hektar. Rumahnya pun besar. Boleh dikatakan dia salah seorang orang kaya di kampung kami.

Pun begitu, bukan semua orang suka dengan Makcik Halimah. Walaupun giat menolong penduduk kampung, tapi bagi saya caranya agak angkuh. Tutur katanya agak menyakitkan hati. Sikap sombongnya terserlah melalui kata-katanya.

Macam keluarga saya sendiri. Dijerkah- jerkahnya saja bila meminta pertolongan. Al maklumlah keluarga kami pada ketika itu hidup susah. Ikat perut jugalah.

Seringkali saya menelan air liur melihat buah-buah rambutan berguguran di halaman rumah Makcik Halimah. Namun tak pernah dipelawanya. Cuma ada sekali dua, Pakcik Mokhtar menghulur sedikit buah- buahan itu pada kami tanpa pengetahuan isterinya.

Saya kasihan juga melihat Pakcik Mokhtar. Seringkali saya terdengar suara Makcik Halimah meninggi memarahi Pakcik Mokhtar. Namun Pakcik Mokhtar tidak melawan. Diam tak berkutik.

Namun, MakCik Halimah mempunyai suami yang baik dan penyabar. Sanggup menjaganya dan memaafkan dirinya yang kini tidak lagi berupaya bergerak tanpa bantuan sesiapa.

“Hmmm gitulah nasib Makcik Limah tu sekarang. Kesihatannya makin merosot. Harapkan lakinya jelah uruskan kencing beraknya. Itulah dulu dia dengan orang keliling sombong. Cakapnya meninggi saja. Bila dah terlantar macam tu barulah tahu tinggi rendah langit ni. Kita ni hidup jangan menongkat langit. Ujar mak separuh berbisik. Entah bila mak muncul dibelakang saya. Saya hanya diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.

“Hah !Mengumpat je kerjanye” , jerkah ayah saya. Ada riak kurang senang dengan kata-kata mak tadi. Saya tahu ayah mencebikkan bibirnya disebalik misainya yang tebal menutup separuh bibir atasnya.

Diam-diam saya akui juga kebenaran kata mak. Memang benar. Harta dan wang ringgit setinggi bukit sekalipun tidak bermakna lagi jika nikmat yang dipinjamkan olehNya ditarik satu persatu.

Sebagai seorang isteri, usahlah menderhaka, meninggi suara apatah lagi menengking suami. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Wang ringgit dan kesihatan kita hanya pinjaman semata mata. Gunakanlah sebaik mungkin dan jangan sesekali kita bermegah dengan nikmat pinjaman Tuhan. Boleh jadi nikmat itu lah yang membawa kita ke syurga. Boleh jadi, nikmat itu jugalah yang menarik kita ke nerakaNya.

Saya berdoa semoga dosa Makcik Halimah diampunkan Allah. Sekian.

– Abang Jem

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.