Sunday, 18 February 2018

Usah Tertipu Hanya Kerana Biasiswa

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya bukan lah ex UIA, saya hanyalah seorang manusia yang sentiasa mengikuti IIUM Confession yang sentiasa dengan confessnya.

Confessions ini saya tuju kepada penunggu keputusan SPM 2017. Kerana saya juga dulu pernah menjadi penunggu keputusan SPM pada tahun 2009 beberapa tahun yang lalu. Dan sebelum itu, confessions ini adalah tidak memburukkan mana- mana pihak.

Baiklah! ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman saya seorang remaja yang tak menyabar nak masuk ke IPT sampai mengadai wang kerja saya hanya kerana tertipu dengan perkataan BIASISWA dan PENGAJIAN PERCUMA!

Lumrah sebagai seorang manusia kan yang excited nak banggakan mak ayah masuk ke IPT sehingga menjadi mangsa penipuan kolej2 berbayar yang hanya mahukan keuntungan semata.

Sebagai seorang manusia, perkataan PERCUMA adalah perkara subjektif yang amat digemari tak kira muda atau tua. Yelah PERCUMA adalah perkara yang akan menjimatkan perbelanjaan manusia. Tapi adakah PERCUMA akan menjamin kejayaan seseorang?

Baiklah itu baru mukhadimah!

Ceritanya bermula ketika selepas SPM, masa zaman saya encik Google dah banyak membantu untuk mengoogle segala maklumat hala tuju selepas SPM, nak cari universiti mana yang best, biasiswa apa yang mudah nak lulus, nak mohon UPU, kira zaman saya masa tu dah mula menggunakan kaedah sistem perkomputeran. Result SPM masih lagi belum keluar, berbekalkan trial yang agak cemerlang, saya mulalah mencari mana2 biasiswa yang boleh menggunakan trial SPM, dan secara kebetulan Petronas antara yang boleh lepas kalau guna trial. Malangnya saya antara yang gagal mohon disebabkan English saya tak sepower King Coco. maka, saya cuba yang lain. Entah macam mana suatu hari saya dihubungi oleh hamba Allah ini, yang memperkenalkan saya dengan satu biasiswa ini. Sebagai seorang manusia yang sentiasa suka benda berjimat, maka saya menerima tawaran tersebut dengan gembira. Tapi sebelum tu, saya mengoogle segala maklumat yang diberikan oleh pihak berkenaan. Ya saya jumpa, dan rupanya orang yang menghubungi saya ni adalah agent kepada Kolej X ni, dan kolej ni pun terletak di tengah bandar Metropolitan. Maka, berbekal dengan result trial saya menyambung foundation di kolej tersebut. Dan sebelum menyambung ke kolej tersebut haruslah membayar sebanyak RM 500 sebagai wang pendaftaran, dan juga RM 2000 untuk wang pengajian. Tapi sebelum itu lah, saya menjalani juga interview di sebuah hotel di negeri saya. Ketika interview berbagai janji manis dari pihak kolej, sekiranya saya cemerlang.

Selama 2 bulan sahaja saya bertahan di kolej tersebut. Kolej tersebut adalah seperti rumah kedai yang disewa, para pelajar nya adalah foreigners yang berkulit gelap, kemudian subject yang diambil antaranya bahasa Melayu, subject kewarganegaraan, basic mathematics. Dan biasiswa yang ditawarkan itu adalah sekadar helah untuk menarik minat pelajar yang lurus dan mudah ditipu. Penawaran biasiswa tiada seperti yang dijanjikan. Dan paling rasa betapa penipunya kolej ini adalah tiada langsung kelulusan MQA (Malaysian Qualifications Agency). Apa itu MQA? MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara
(LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

Kira kalau IPTS ini takde kelulusan MQA maka takde kualiti lah sijil diploma atau degree yang diambil. Waima kalau PhD ambil dekat IPTS yang takde MQA ni takdelah kualiti nya, tu yang nanti ada majlis konvo berbelon belon. Tup tup dapat title Dr.

Setelah 2 bulan memisang di kolej tersebut, saya menerima panggilan ke salah sebuah kolej foundation yang dibiayai oleh MARA, (mungkin dah famous dah kolej ini), setelah tamat pengajian foundation saya ke IPTS yang dibiayai oleh MARA juga . Alhamdulillah setelah grad dengan cemerlang, terus dijadikan biasiswa oleh pihak MARA.

Nasihat saya kepada adik-adik lepasan SPM 2017, mohon anda janganlah tertipu dengan agent2 pentipu yang mengambil kesempatan kepada anda. Bersabarlah dengan keputusan UPU dan belajar di mana pun sama je, yang berbeza hanyalah persekitaran tempat belajar.

– Budak SPM yang pernah tertipu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.