Salam,Aku ringkaskan aje lah cerita aku ye. Untuk luah kejap apa yang berat kat dada ni. Mak abah aku dah pisah lama. Tapi layanan abah aku pada adik beradik ni agak pilih bulu. Haritu aku plan nak keluar cari barang. Aku harap adik aku Aisya dapat teman aku. Tapi dia melengah2kan dan lastnya tak jadi ikut. Aku mula rasa marah sebab dah janji nak pergi. Lepastu aku ajak adik aku Hazim teman. Tapi dia dengan satu request, nak ke rumah abah dulu.
Aku dah start rasa berat bila kena ke rumah abah. Sebab abah aku treat aku agak berbeza. Semua tentang aku tak kena kat mata dia. Bila tiba rumah abah, aku kesal betul abah asyik compare aku yang kerja sendiri dengan kakak aku. Ya aku kerja sendiri, tapi perlu ke aku bagitau seberapa gaji aku dapat?
Dan sejak 2 menjak ni, abah dah mula bebankan aku dengan bil-bil yang tertunggak. Ya abah sebelum ni bayarkan bil rumah ni, tapi tak semua. Yang lain aku bayar. Aku taknak mak terbeban. Tapi kalini aku rasa agak keterlaluan sebab abah tinggalkan bil yang tak bayar rm 500. Dan komitmen bulanan aku pada bil selalunya rm200. Aku rasa cukup berat untuk tanggung. Bila dah jumpa abah, aku suarakan hal ni, tapi cakap dengan nada tenang. Aku tak sangka abah terus marah aku, seolah-olah aku yang guna tapi kenapa nak menekan2 dia. Bukan tu maksud aku, maksud aku, kalau abah tak boleh bayar, what if abah inform aku lebih awal. Aku boleh bayar sikit2. Sepanjang perbualan tu, abah tak jemput aku masuk ke rumah banglonya. Aku dan hazim hanya duduk di luar. Aku terus menepuk-nepuk nyamuk.
Bila pulang rumah, aku hanya berdiam. Sebab masih sesak dada aku dengan cara abah. Pertama, bandingkan aku yang kerja sendiri dengan kakak aku . Kedua, mengherdik aku soal bil. Ketiga ,layanan abah yang buat kami pula macam anak tiri. Bila balik, Aisya try nak bercakap dengan aku, tapi kerana tertekan, aku diam. Ditambah pulak aku jadi marah sebab dia tak jadi ikut. Dan hentaman dari abah aku hadam sorang. Tak lama , kakak pun kebetulan datang rumah abah. Tak plan pun. Dan bila nampak kakak, abah lebihkan untuk berbual dengan dia. Aku terkapai-kapai sorang diri sampai aku decide untuk balik.
Oh ya, aku selitkan sikit-sikit cara aku dapatkan pendapatan dulu:1. Ambik upah menaip dari aku form42. Part time kerja di pasar masa form43. Kerja di stesen minyakNi pakej cuci tandas pun aku buat. Sampaikan ada sekali tu ada budak kecik menangis sebab taknak sekolah. Waktu tu aku sedang cuci toilet. Dan mak budak tu kata ” jangan nangis, nanti jadi pencuci toilet macam kakak ni”.Masetu aku part time je waktu study kat satu U tempatan.4. Buat part time dobi masa kat U. Aku basuh lah telekung surau di fakulti.
Tapi sekarang tak perlu lah aku beritahu kerja apa yang aku buat. :)
Bila malam dah sampai rumah, aku cuba ajak mak berbual. Aku try nak luah pada mak macam mana abah treat kami tadi. Tapi mak pilih berdiam. So aku takde option selain bangun dan masuk ke bilik. Aku hilang mood.
Bila pagi, aku nak mulakan kerja aku, macam biasa aku inform mak dulu harini kerja di mana. Takde masalah apa rasanya. Masa otw nak ke kerja, Aisya mesej aku. Kata perangai aku itu ini. Ego dan macam-macam. Mungkin dia terasa aku diamkan diri. Aku marah, aku pun silap juga. Tapi aku marah sebab aku tak tahu nak luah pada siapa tentang kata-kata abah.
Aisya antara adik paling aku rapat. So bila dia dah cakap macam2. Aku takde option selain marah semula. Silap aku. Sebenarnya Aisya cuma ingat, takkan sebab dia tak jadi ikut, aku terus marah dan tak bercakap. Bukan tu maksud aku. Aku just perlukan teman. Lagi2 bila balik dengan hati aku macam dirobek2. Ya Allah.
So hari aku agak tertekan. Aku mula decide untuk pergi satu pantai sorang diri. Dalam perjalanan balik, tengkuk aku kejang. Kaki aku menggeletar ,kenapa tu aku pun tak pasti. Dada aku berat. Tekak aku rasa tertelan sesuatu yang besar. Kebetulan, waktu drive tu aku memang berhampiran satu hospital. Aku terus singgah ke hospital tu dengan muka pucat. Aku masuk bahagian kecemasan. Aku sampai di hospital pukul 6 petang. Balik 10.30 malam. Ni pun aku risau juga mak dan adik-adik ingat aku pulang lewat sebab nak tunjuk marah. Aku sorang duduk di tepi longkang sambil tengok langit sepanjang proses menunggu keputusan. Semua yang ada disitu datang dengan parents masing2. Dalam gelap tu mata aku masuk habuk.
Sebaik settle semua urusan, dengan result ECG , Doktor kata jantung aku tak cantik. Bacaan tak macam kebiasaan. Mungkin tekanan yang tiba-tiba datang. Dan dari situ juga aku di diagnos thyroid cumanya belum tahu detailnya. Sebenarnya dah 3 tahun lebih ada bonjolan kat leher aku ni. Jadi 2 minggu lagi akan tahu result darah dan selanjutnya tentang jantung aku. Doktor kata thyroid ni punca senang rasa marah, senang sensitif, senang menangis. Mungkin ada betulnya.
Andai mak ,abah dan adik-adik aku baca, aku cuma perlukan sikit perhatian. Tak lain dari tu. Aku cuba terbaik nak bantu family sikit-sikit. Sedangkan abah tak tau kakak lah yang buat loan dengan stranger guna nama mak. Terima kasih untuk tunang yang selalu ada. Aku selalu fikirkan, lepas berkeluarga nanti, aku akan buat sehabis baiknya untuk anak-anak aku.
Aku harap sangat family aku dapat baca dan hadamkan semua since aku takde daya untuk explain semua satu persatu.
– Survivor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sunday, 18 February 2018
Surat Untuk Abah, Mak, Adik-adik

About the Author
PengakuanKu / Author & Editor
Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment