Friday, 31 August 2018

Having Masters in School

PengakuanKu

Being a teacher from teachers college ; I had dreams to become a lecturer . So I worked so that I could study in future but at the same time help my family . By god grace after. 5 years I entered IIUM through GOVERNMENT SCHOLARSHIP with half pay to do my degree and I did it and made my parents proud .

I didn’t stop here . I pursued my MASTERS 5 years later part time in UKM. I would drive from Temerloh , Pahang to UKM every week for my class . This was the period I realized how sad it was for a teacher in a secondary school to pursue a Masters . Why ? Discrimination started from the top .. daily pressure from principal complaining and making my life HELL . There was point I wanted to quit ; thanks to mom (RIP) was my drive and support . Sarcastic comments from colleagues on the waste of pursuing ; eventually there are right ; NO RECOGNITION TILL DATE !

I’ve graduated 3 years now … NOTHING ! No upgrades in pay in fact not even entitled to teach MUET even though with a M.ED IN TESL. BUT A TEACHER WITH A DEGREE IS ? than I realized ok I’m an INDIAN . They other who made it were MALAYS ! not being racist or prejudice but a victim of it . School politics ! Disappointment after disappointments ; I’m just 1 % out of millions of teachers in secondary .

Ultimatum came when my principal and heads can call me to their office and say I’m not entitled for APC ; I don’t believe in it as it is purely based on school politics and racism ! Why? Cause I wasn’t entitled Because I failed as I did MASTERS and didn’t contribute ? Hahhaha. Joke .! Why ? First time in history my school debate team represented the state of Pahang to the Nationals and I managed to produced the highest A ‘s for PMR and they even came me a certificate to signify this ; All these while I was doing my Thesis for Master ? I’m not entitled ? But a MALAY teacher that was on Materity LEAVE got the APC In my place ! Racism to the peak ! The real reason was because I’m an INDIAN ! Infact there are many Nons like me ! The ultimate joke was my principals gives me APC this year and tells that it is as a motivation for me to work better ? Like really? I told them THAT THEY CAN keep THEIR APC !

So at the moment I teach and continuously receive sarcasm and racism and prejudice ; Heartbroken ; why ? I could be overqualified but still can’t go any where but being passed and rote in the. Corner ; continued to be used to the husk but given zero In return .

I will finish my PHD ! Cause it’s my mother’s last wish ; nothing else matters .

– Tina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ke Mana Lepas Ni?

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tujuan aku tulis confession ni untuk warga pembaca menjawab kekeliruan aku. Aku baru di awal 20-an. Masih belajar di tahun akhir diploma dalam bidang kejuruteraan. Alhamdulillah sudah selesai latihan industri di utara tanah air.

Aku keliru sebenarnya sama ada perlu ke aku sambung ijazah atau bekerja dahulu? Sejujurnya aku tak terlalu beriya untuk sambung ijazah. Aku biasa-biasa saja. Tak terlolong kalau tak dapat. Tak melonjak kalau diberi. Tapi aku tahu jauh di sudut orang tua aku , mereka fikir hanya belajar mampu memberi aku senang dunia bahkan mereka boleh berteduh dengan aku. Aku faham dan aku cakna.

Cumanya aku takut dengan momokkan ketandusan kerja dalam golongan penuntut ilmu walaupun sijil ijazah mahupun sarjana sudah berdebu pada dada rumah. Aku takut bila aku berlelah menuntut ijazah , nanti aku sekadar tanam anggur. Lagi satu , aku tak mampu dalam bidang aku. Aku rasa seksa dengan pengiraannya. Aku rasa sakit dengan rumusnya. Tapi mana ada belajar mudah. Aku tahu itu.

Kilang tempat aku berlatihan industri buat aku celik mata. Buat aku terfikir untuk sambung bekerja kerana mereka memang mengambil pelajar praktikal sebagai staff di sana. Ku fikir tak perlu aku bersusah untuk mencari sebab ini peluang dari Yang Esa. Untuk aku renung dalam-dalam. Moga tiap keputusan memuliakan diri ini.

Cukup setahun dua , aku dah ada pengalaman kerja. Bukan itu yang ditilik para interviewer? Maka , satu bonus untuk aku. Aku yakin lain orang lain takdirnya. Ada yang mencangkul untuk dapat duit, ada yang bermaster phd baru berjawatan tinggi. Aku tak tahu nasib aku.

Ataupun aku ada idea lain. Mungkin lebih bernas, atau sekadar cakap tak google dulu. Aku cadang aku mahu bekerja sambil ber-PJJ. PJJ? Yang sabtu ahadnya pergi mengaji di universiti. Maka, kalau ia terjadi , aku dapat dua bonus. Satu pengalaman kerja , dua segulung ijazah. Tapi aku dengar ada yang sesak kepalanya bila buat begitu. Kau pernah rasa? Wajar kau cerita kan pada aku, apa yang perlu ditempuhi semasa PJJ?

Aduh, ini bukan luahan puitis, ini luahan mencari saranan daripada kamu , pembaca celik yang meluang masa untuk aku. Cuba kau cerita pada aku , solusi apa yang aku harus ikut?

– BBNU Sejati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Adik

PengakuanKu

Sempena dengan merdeka, aku rasa terpanggil untuk share kisah adik aku. Pengorbanan dan jasa dia memang aku tak boleh lupa sampai mati. Sejahat mana aku, senakal mana aku adik tetap layan aku baik. Adik aku dilahirkan 31 Ogos 1990.

Sayup2 pagi, jam 6.50 pagi mak aku selamat melahirkan seorang anak perempuan. Aku tunggu dengan abah berdebar2 depan pintu bilik. Bila aku dengar je adik menangis, aku terus rasa teruja. Rasa tak sabar nak tengok. Rasa bangga sebab aku dah jadi abang besar. Bila mak bidan dah bagi kami masuk, aku pun terus melulu masuk. Bila nampak adik aku perempuan, terus senyuman aku hilang. Damn! Aku nak adik lelaki. Aku nak ajak adik main basikal, panjat pokok, mandi sungai. Perempuan? Takkan aku nak ajak dia buat semua tu. Aku terus keluar bilik. Lari pergi sungai. Dekat sungai aku marah2 salahkan tuhan. Astagfirullah.

Hari demi hari, adik makin membesar. Aku tak mengaku dia adik aku. Kalau kawan2 aku tanya aku jawab dia adik angkat. Aku tahu adik sedih tapi aku ego. Setiap kali balik sekolah, aku selalu buli adik. Adik mesti akan simpan duit belanja sekolah dia paling kurang 20 sen untuk dimasukkan ke dalam tabung tapi aku jahat. Aku ambil 20 sen duit dia hari2 singgah kedai beli gula-gula. Adik tak pernah nangis, tak pernah marah. Aku tanya dia kenapa tak menangis. Adik jawab sebab dia suka tengok aku bahagia dapat gula-gula. Fuhh, goyang juga ego masa tu.

Masuk sekolah menengah, aku dah berubah sikit. Aku mula rasa tanggungjawab untuk jaga adik aku. Satu hari aku balik sekolah lambat sebab ada kelas tambahan. Adik balik dlu. Selalunya kami balik berenpat dengan kawan2 tapi hari tu entah macam mana tiba2 ada kelas. Perasaan tak sedap kat hati aku buang jauh2. Berdoa agar adik tak ada apa2. Tapi aku silap. Balik je aku ke rumah, tengok adik dah menangis dekat kerusi sambil mak ubatkan luka dia. Aku terus naik darah. Aku lari pergi dekat adik tanya dia apa yang jadi. Adik cakap dia kena langgar lari dengan kutu rayau kampung. Aku terus naik angin. Aku pergi sergah rumah budak tu sampaikan abah aku turut aku bawak balik. Kena sedas jugalah budak tu dengan aku.

Malam tu aku pergi bilik adik. Mak suruh hantar makanan. Aku bukak je pintu tengok adik tengah sedu tahan nangis sambil tengok luka dia. Aku terus terjah adik dan peluk dia. Aku cakap janganlah nangis along kan ada. Terus adik aku lagi kuat nangis. Aku tanya kenapa. Dia jawab dah lma teringin nak panggil along. Fuhh, sebak beb. Malam tu kami jadi rapat. Mak masuk cuci luka adik, aku suap dia makan. Abah pulak sibuk bebelkan kutu rayau yg langgar adik. Aku tergelak jugalah bila abah kata kalau ikutkan marah dia sudak berdebik2 budak itu kena. Eleh abah, tebuan hinggap pun dah jerit sekampung. Haha.

Start hari tu aku cuba buang semua ego aku. Best rupanya ada adik perempuan. Kalau lapar aku jerit je, kejap lagi sampai maggi yg dah siap masak. Kalau malas basuh baju, longgok je dlm bakul pastu ketuk pintu bilik dia. Kalau pergi bandar nak acah2 tak single, buat je sweet dengan adik. Kalau duit tak ada, mintak je dengan adik confirm dapat. Kami makin rapat sampai mak aku kata macam dia lahirkan ank kembar tak seiras pulak.

Tapi tu dlu. Tahun 2015, adik didiagnos kanser tulang tahap 4. Patutlah adik selalu tak sihat. Aku yang berkerja di perantauan ni dah tak senang duduk bila mak kata adik masuk hospital. Kalau kapal terbang tu aku punya, masa tu juga aku balik. Mak pula tak cakap adik sakit apa. Bila aku tanya, mak diam. Lagilah aku serba tak kena. Patutlah adik dah lama tak skype dengan aku. Lepas urus cuti dan tiket, lebih kurang 2 minggu lepas tu, aku pun terbang balik. Tak sabar nak jumpa adik. Sampai je hospital, berlari aku nak jumpa adik. Adik, abangmu dah sampai!

Bila mata aku pandang adik, terus luluh hati aku. Lemah lutut aku nak langkah jumpa adik. Goyang jiwa aku tahan nangis. Adik! Adik dah kurus! Adik macam mayat hidup! Kulit bertemu tulang. Aku nangis sambil peluk adik. Adik sambut aku dengan senyuman, meskipun senyuman dia cuma tinggal kulit yang semakin bertemu tulang. Aku belai rambut adik. Aku usap muka adik. Rindu.

Aku ambik keputusan untuk jaga adik. Petang tu aku emel company untuk ambik cuti tanpa gaji. Walaupun aku tahu aku berkemungkinan hilang kerjaya tapi aku nekad. Aku nak jaga adik. Banyak masa yang aku rugi. Kalaulah dari kecil aku rapat dengan dia. Mesti sekarang aku tak rasa menyesal sangat. Hari2 aku teman adik di hospital. Makan minum dia semua aku yg suap. Mana yang aku tahu masak, aku masakkan untuk dia. Adik sengih. Gembira dia. Mak kata mak tak pernah tengok adik sengih macam tu sejak dia sakit. Rupanya dah lma dorang simpang rahsia adik sakit dari aku. Kesian adik sakit seorang.

30/8/2015 jam 11.20 malam, nafas adik terasa sesak. Aku yg tidur sebelah adik terus bangun tenyeh mata. Mak pun bangun tengok apa yang tak kena dengan adik. Adik semakin parah. Mak suruh aku bawak dia pergi hospital. Baru je aq nak ambik kunci kereta, dengar suara adik menghalang. Long, tak payah pergi hospital. Adik nak mati dekat rumah. Susah payah adik bercakap. Air mata jantan aku mengalir.

Abah ajar adik mengucap. Mak usap rambut adik suruh ingat allah. Aku? Aku nangis peluk adik. Adik cakap lagi dengan susah payahnya. Long, maafkan adik. Ampunkan salah silap adik. Adik sayang along. Aku dah tak tentu arah menangis. Aku dukung adik bawak masuk kereta. Tak kira, aku kena selamatkan dia. Adik minta maaf mak dan abah sambil dia dalam dukungan aku. Bukak je pintu kereta baru nak nak letakkan adik, adik dah pejam mata rapat. Ya tuhan, lemah longlai lutut aku. Aku jatuh ke bumi sambil dukung jasad adik. Adik…

Hari ni genap usia adik 28 tahun. Semoga adik sentiasa di bawah rahmat Allah. Kepada semua yang ada adik, hargailah. Sedegil mana pun dia, senakal mana pun. Sabar. Itu adik kita, darah daging kita. Keturunan kita. Kepada adik2, kalau kakak dengan abang anda layan anda macam2 gaya. Terima sajalah. Esok2 momen itu yg anda rindukan. Al fatihah Nur Humaira. Along rindu Mai.

– Abang yang rindu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Thursday, 30 August 2018

Bapakku Bukan Bapakmu

PengakuanKu

Hi, salam korang. Terima kasih admin siarkan certa ni. Maaflah, ayat aku ni kurang gramatis hehe.

Aku ada sesuatu nak luahkan kat korang. Please, judge laa aku. sebab aku nak tahu kejam ke hati aku bila hati aku berkata aku benci bapak aku. Hmm, begini ceritanya. Aku seorang anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku perempuan dan ada sorang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Bapak aku seorang pesara tentera kini. Masa kecil ku adalah kenangan yang paling aku taknak ingat. Sebab aku selalu diterajang, disepak, dihamun, dimaki, ditumbuk hanya kerana hal yang kecil. Ya Allah… Kadang² aku tengok hubungan kawan kawan aku begitu erat dengan bapak mereka. Kadang kadang aku berasa malang dapat hidup dalam keluarga ni. Bukan aku tak pernah nak fikir positif.

Dah banyak kali dah aku cuba tapi yelah, still sama je perangai dia. Pernah satu hari, aku balik sekolah terjumpa anak. Kucing dalam longkang. Nampak kesian sgt lalu aku pun bawa balik anak kucing tu sebab nak mandikan dia pastu nak bagi makan. Tapi sampai je rumah, bila bapak aku nampak aku bawak balik kucing tu dia terus sepak dan terajang aku sampai aku terduduk. Hmm aku pun tak faham apa salah aku sampai dia buat aku macam tu. Pernah juga mak aku cerita kat aku masa aku kecil dulu aku penah kena terajang dengan bapak aku sampai aku tak boleh bangun dan pengsan hanya sebab aku tertumpahkan air tebu yang dia beli kat pasar malam.

Dan aku ingat masa aku baru pulih dari eksiden motor masa nak pegi sekolah dulu bapak aku ni teringin nak makan bubur kacang hijau. Pastu dia suruh la aku gi beli kacang hijau, santan dan lain². Dah abes beli barang kat pasar aku pun balik lah rumah .sampai rumah dia tanya kat aku, aku beli santan kotak atau santan yang perah. Aku pun tunjuklah santan kotak kat dia. Dia mengamuk lalu baling kulit durian kat kaki aku yang ada luka eksiden. Hmm sebenarnya banyak lagi aku nak luahkan kat sini pasal bapak aku tu. Ye banyakkk. Tapi tak terluah.

Aku rasa free bila aku dapat sambung belajar jauh dari family aku sebab aku tak suka bapak aku. Hmm bapak aku pun pernah pukul mak aku sampai lebam lebam tapi mak aku ni jenis sabar. Aku tengok pun sedih. Ye, bapak aku ni jenis panas baran.. Kengkadang aku rimas dengan dia. Cakap je apa lagi yang aku tak pernah kena? Sepak terajang tampar maki hamun semua aku dah rasa. Pernah jugak dulu dia kata dia benci aku sebab aku bodoh lepas dia tengok result UPSR aku dulu. Padahal aku ni takde gagal pun. Orang lain ada lagi yang bawah aku. Aku sedih min. Aku sedih. Kenapa hidup aku malang. Pernah jugak min bapak aku maki maki aku,terajang aku, tumbuk perut aku, Baling beg sekolah aku depankengkawan aku kat sekolah.

Terkebil kebil kawan aku min tengok bapak aku macam tu. Pernah jugak min masa pergi pasar malam dia sepak perut aku pastu bagi penumbuk kat perut aku sebab aku sebok nak tengok ikan masa dia tengah pilih ikan. Pitam aku tengah ramai ramai orang aku terduduk takleh bangun. Orang yang nampak tu pun tengok je bukan nak tolong. Aku malu dia buat aku macam tu.dah la ramai orang tengok time tu, min.

Sampai sekarang aku dah besar ni pun dia duk maki2 akuu. Ya Allah apa salah aku dapat bapak macam ni. Aku tengok orang lain boleh rapat dengan bapak dia. Tapi aku tak. Aku tak boleh. Sampai sekarang aku rasa aku benci dia. Yang gilanya, aku ada simpan cita2 nak balas dendam balik kat bapak aku nanti dia tua*ish jahat gila aku. Hm dia pun pernah intai aku mandi min masa aku sekolah menengah dulu. Nasib baik aku nampak dia terus aku menjerit dan rak jadi dia nak intai aku. Aku bagitahu mak aku dan mak aku marah dia. Padam muka dia.

Walau bapak aku perangai macam tu tapi sejujurnya aku tahu dia tak abaikan pelajaran aku ngan adik adik aku. Aku tahu walau dia macam tu ada juga kebaikan dia buat kat aku ngan adik adik aku. Tapi aku susah nak Maafkan dia dengan apa yang dia dah buat kat aku min. Bapak aku dia tak macam bapak orang lain. Ada sesiapa ada bapak macam aku? Hmm aku harap lelaki² yang baca cerita aku ni, please jangan pukul perempuan sesuka hati. Tinggikan kesabaran walau nak marah sekalipun. Cakap je elok2 tak perlu nak maki maki. Nanti dah ada anak buat macam bapak aku buat tu, jangan marahlah kalau anak kau buat balik macam tu kat kau. Karma tu ada. Hmmmm

– Syaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Confession of a Boss

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia.

Mengisi waktu lapang hari ni, saya sekadar berkongsi cerita sebagai seorang bos. Selalu kita dengar luahan, rintihan dari pekerja yang rasa mereka dibuli, kudrat mereka diperah, jasa mereka tak dihargai. Jarang sekali kita dengar luahan hati seorang bos. Maaf, confession ni santai sahaja dan dalam dwibahasa a.k.a rojak sebab saya lebih selesa bercerita begini.

I am not really a boss. Seorang pegawai kerajaan bergred 48. Saya ada staf dalam 40 orang dan saya juga ada bos. Best ke jadi bos? Tak langsung. I was given task to manage when i was only 25 years old with 2 years of working experience but none of them involve management. It was a very stressful time for me, at that time my staff were only around 20-30 but many of them are more senior and older than me. Masa tu saya ketua unit dan tak da bos di atas saya kecuali di HQ. Jujurnya sangat sakit kepala. Many of them are very comfortable doing things their way, very complacent doing things slowly. Previously i worked in headquarter in city in which everything needs to be done fast. And it’s really opposite here.

Staff pulak, ada yang asyik MIA, yang suka menghilang diri beramai-ramai (jujurnya saya tak marah kalau time tak busy nak keluar makan tapi bergilirlah), suka punch card untuk orang lain. Punch card sebelum pukul 7 pukul 8.30 tak nampak batang hidung lagi. Ada yang time presentation menangguh lama disebabkan banyak sebab, bila dah sebulan, saya terpaksa tegas. Ada alasan lagi, bos di HQ minta dia ke sana siapkan video program. I was like, “okay.” Muka saya dah berubah.

I asked another staff to present that day alhamdulillah she said okay eventhough she was not in the office in the morning doing some stuff. Balik tengahari dia prepare and petang masuk kerja dia present. Isunya tiba-tiba staff yang tak boleh present tadi datang. Dan muka saya berubah lagi. Tengah orang present, dia bising bercakap, tunjuk video pada kawan sebelah dia. How rude! Saya mengamuk dan menjerit pada waktu itu. Pengalaman yang tak dapat saya lupakan. After 2-3 years, both of us are still here, working together. Harapnya dah berubahlah.

It’s affecting my personal life. Saya belum kahwin lagi pada waktu itu (dan masih belum ketika ini). Disebabkan yang bermasalah tu ramainya dari golongan adam. Saya rasa lebih baik bujang dari berkahwin dengan orang sebegini. Buat kerja acuh tak acuh, tak melaksanakan tanggungjawab mereka. Orang selalu bising kata bos dibayar lebih. Memang betul tapi tanggungjawab kami banyak dan banyak benda kami terpaksa lakukan di luar waktu kerja tanpa tuntutan tambahan.

Saya ada tugas wajib saya. 8 to 5 biasanya sibuk tak sempat nak sentuh tugas-tugas sampingan. Habis waktu kerja tu lah nak buat laporan staf yang tak datang bertugas, nak approve cuti staf lain, bagi SKT. Ada satu ketika saya terpaksa ‘berkhemah’ di office siapkan laporan. Almost everyday and even weekend selama seminggu lebih tak silap saya, saya siapkan laporan tebal berkenaan seorang staf yang bermasalah. Mengumpul bukti dan sebagainya. Claim memang tak dapatlah, sebab bukan arahan pun cuma kalau tak dibuat masalah takkan selesai.

Staf ni mempunyai masalah kesihatan, badan cengkung ada skin lesion tapi tak nak seek treatment. Bukan HIV ye guys! Kerja semuanya salah. Simply cakap mesin rosak. It was a really tough time for me and other staff. Sangat caca merba waktu itu, kami sangat malu terutama bila berdepan dengan pihak luar. Alhamdulillah sekarang dah tahu penyakit dia, under treatement, ada good self reflection, dapat kaunseling dan pemantauan dari state level lagi. Alhamdulillah.

Again, best ke jadi boss? Tak! Staff nak kena isytihar bankrap pun bank negara call kita. Program nak buat tapi duit tak da, haruslah kami ketua unit ni brainstorm nak buat macam mana, kalau semua program nak kutip duit staff memanglah staff mengamuk nanti. Tulah tak senang jadi bos sebenarnya. Tu belum masuk culture kat tempat saya yang suka minum arak.

Jamuan waktu kerja pun minum arak, nak tegur sangat susah sebab it’s part of their culture. Akhir tahun lepas saya dapat bos baru. Jadi saya bukan lagi ketua unit di jabatan saya. Leganya. Saya dah tak da episod marah-marah, emotional. Tenang dan happy je. Tapi bos saya lah pula yang stress, sampai malam insomnia tak dapat tidur fikir pasal staff. Saya gelak tapi pada masa yang sama kesianlah. Alhamdulillah tak lama fasa tu and she can cope well. Tapi Allah pinjamkan dia tak sampai setahun then dipindahkan atas arahan. I got another boss and still adapting with new boss.

Haha especially boss baru, saya harap saya tak memeningkan kepala dia sangat. Sebab saya jenis yang outspoken, bukan jenis yes person to everything. Plus, waktu dia datang he’s not really welcomed sebab kami sangat terkejut bos kami dapat pindah. Kesian bos baru.

Itu sahajalah sedikit sebanyak dari saya. Pengajarannya:

1. Bekerjalah bersungguh-sungguh tak kira kita muslim atau non muslim. It’s a reflection of ourself. I have meet both muslim and non muslim who are very passionate and dedicated to their job and i have seen both muslim and non muslim yang buat kerja cincai. If we cannot deliver our task at least by minimum standard, berhentilah dan buatlah kerja yang kita suka dan kita boleh tunaikan tanggungjawab itu. I am quite happy junior doctor aka HO yang bekerja dengan kerajaan sekarang adalah kontrak sebab ia merupakan satu sistem tapisan yang bagus. Hanya yang layak sahaja akan diserap sebagai penjawat awam tetap.

2. Kurangkanlah EL, MC, unplanned leave. Kesian pada rakan sekerja anda. Tapi kalau memang perlu contoh anak sakit, nak buat macam mana. Keluarga perlu duitamakan. Yang diuji dengan penyakit kronik macam kanser, sakit buah pinggang, SLE, mental problem, pastikan maklumkan pada ketua unit dan rakan-rakan keberadaan anda waktu rawatan dan follow up.

3. Work hard and play hard. Ambillah masa, cuti luangkan masa dengan keluarga, rakan-rakan kurangkan stres. Otak, jantung dan badan kita lama lagi nak guna.

4. Never stop improving yourself. Belajar, belajar dan belajar. Banyak cara nak belajar, bertanya, pergi kursus, attachment dsbg. Bagus kalau nak sambung belajar, tapi pastikan tanggungjawab hakiki kita tak terjejas.

5. Hargailah staf anda. Kalau staf saya yang bagus, yang mampu tunaikan tanggungjawab dengan baik, memang saya bagi markah skt > 90%. Staf yang bagus, dia berhenti/pindah ke ramai orang akan sedih dan terasa kehilangan dia. Tapi kalau yang bermasalah, huh leganya dia berhenti/pindah.

6. Hargailah bos anda. Haha

– Miss Boss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Perlukan Sokongan Kalian

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Saya inginkan pandangan dan kata2 yang positif dari kawan2. Rasa sekarang ni dah hampir rebah dan hilang hala tujuan.

Tiga tahun yang lepas saya berkahwin dengan seorang ustaz hafaz alQuran yang diperkenalkan melalui kawan. Saya pada waktu itu bekerja di luar dari semenanjung Malaysia dan dia mengikut saya berhijrah ke tempat saya bekerja kerana pada waktu itu dia belum ada kerja tetap.

Sepanjang perkahwinan kami, dia seorang yang rajin membantu kerja rumah dan membantu memasak seperti siang ikan, potong bawang. Banyak kerja rumah kami buat bersama. Dan saya sebagai isteri cuba jadi yang terbaik untuk membantu dia mencari kerja dan plan untuk memulakan perniagaan di semenanjung kerana kami ingin pulang bekerja di semenanjung.

Sehingga la pada suatu hari, selepas 6 bulan kami berkahwin dan pada waktu tersebut saya mengandung sebulan, kami dapat offer untuk mengajar alQuran dari rumah ke rumah. Bermula dari situ dia kenal dengan seorang anak angkat polis saya nama kan dia sebagai A di rumah dia mengajar. A merupakan ‘drug pusher’ dan dia offer kepada suami untuk beli syabu melalui dia. Tapi rasa hati saya dia ada juga ‘approach’ si A untuk mendapatkan bekalan.

Apabila dia menjadi ‘addicted’ kepada syabu semula baru saya tahu yang suami merupakan penagih dadah sebelum berkahwin dan dia cuba untuk berhenti daripada mengambil syabu dan ahli keluarga mereka tidak bagitahu kepada pihak saya sebab mereka juga yakin yang semua itu akan hilang selepas berkahwin.

Rentetan dari kejadian berjumpa dengan si A, bermula lah mimpi ngeri dan cerita sedih dalam hidup saya. Saya yakin ramai yang mendambakan perkahwinan yang seronok sehingga ke akhir hayat. Sepanjang 6bulan pertama perkahwinan saya, saya sangat bersyukur dan gembira sangat kerana Allah berikan peluang untuk saya punyai keluarga dan suami kerana saya ni agak pemalu untuk bergaul dengan lelaki dan saya pernah terfikir adakah saya tidak akan kahwin kerana sifat tersebut. Sewaktu remaja saya tidak bercinta kerana mengharapkan cinta selepas kahwin. Tetapi panas tidak sampai ke petang.

Sepanjang 2tahun lebih saya mencari tempat berubat, ada yang sampai mencecah rm10k untuk rawatan selama 2 minggu dan pelbagai jenis cara dan jalan digunakan untuk membantu suami. Namun, hanya seminggu sahaja suami dapat kawal dan bertahan selepas itu dia akan mencari bekalan semula. Apabila dia mendapat bekalan, perangainya akan berubah menjadi ‘violence’ dan akan menyebakan ‘harmfull’ terutama kepada anak yang masih bayi.

Akhir sekali dengan bantuan keluarga, dia melepaskan saya dan dia ada bagitahu nak usaha dan berazam untuk elakkan diri untuk tidak mengambil syabu. Semasa kami suami isteri berjuta kali dia bersumpah dan berjanji tetapi dia masih ambil barang tersebut. Saya faham benda ni melibatkan bahan kimia di otak, tidak mudah bagi dia. Dia pernah bagitahu di luar sana, mereka nak kenalkan dadah kepada orang dengan cara bagi cuba secara percuma, selepas tu mereka akan jadi regular customer dengan mereka.

Sekarang kami sudah berpisah. Jauh disudut hati bermacam2 perasaan bercampur aduk. Kadang sedih, marah, kecewa, malu, ‘lost hope’. Bermacam2 persoalan di fikiran saya untuk berjalan menempuh jalan kehidupan seorang diri u tuk membesarkan anak dan tambahan anak saya perlukan ‘follow up’ di hospital kerana ‘congenital’ issue.

1- Kawan2 saya masih ramai yang belum tahu kami berpisah. Ini untuk kurangkan gosip dan fitnah timbul dan mudahkan untuk saya fokus pada kerja. Adakah perlu saya bagitahu pada mereka?

2- Adakah perlu saya berterus terang pda saudara mara jika mereka bertanya, sebab saudara mara juga tidak mengetahui. Saya rasa sangat malu dan rendah diri, sebab saya boleh dikatakan budak baik dan pendiam dari kecil dan scorer dalam pelajaran. Tidak sangka ujian kehidupan terjadi kepada saya seperti ini. Namun saya yakin, sesuatu terjadi tidak sia2 dan Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.

3- Adakah ada ‘support group’ untuk ‘single mother’ untuk saya join?, kadang2 perasaan sedih, rendah diri, sunyi, dperession, takut, nervous macam2 timbul dalam diri saya. Ada hari yang saya rasa kuat dan happy dengan kehidupan sekarang tetapi nama apabila berhadapan dengan ‘triggered issues’, saya akan jadi down semula.

4- Saya sedih juga anak saya membesar tanpa mendapat kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah.

Tolong, saya perlukan input dan komen yang positif dan membina.

– -sumayyah-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buntu dan Keliru

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jikalau kisah saya ini disiarkan.

Tujuan saya hantar confession ini kerana saya sudah buntu tak tau nak buat bagaimana lagi. Sudah beberapa malam saya tak dapat lelapkan mata kerana memikirkan masalah yang terjadi secara tiba2 ini. Baru2 ini saya dimaklumkan bahawa biasiswa PTPTN saya sudah ditarik gara2 saya mendapat pointer rendah sebelum ini pada semester lepas.

Saya buntu tak tau nak buat apa dan bagaimana memikirkan bahawa bagaimana mahu bayar yuran pengajian saya yang hampir dua ribu lebih dan termasuk perbelanjaan harian saya nanti. Saya tau salah saya tak belajar dengan baik. Saya dah buat semampu saya. Tiap2 hari saya buat solat hajat dan solat taubat tapi entahlah rezeki seperti tidak berpihak kepada saya. Saya tak sanggup nak beritahu pada ibu ayah saya. Saya dah hancurkan harapan mereka. Harapan yang mahu melihat saya berjaya. Saya tak sanggup lihat kekecewaan pada wajah mereka. Saya tertekan.

Tak lama lagi semester baru bakal dibuka. Dan saya seperti tiada semangat untuk meneruskan lagi. Tapi saya tau saya kena buat dengan baik supaya saya dapat banggakan ibu bapa saya. Tapi semangat saya bagaikan hilang lenyap. Dengan memikirkan masalah kewangan saya. Dan saya tak mau bebankan ibu bapa dengan masalah kewangan saya.

Kerana saya tau semuanya salah saya.. Saya bukan hendak meminta belas kasihan kalian yang membaca, cuma apa yang saya mau doa kalian supaya saya terus kuat dan semangat untuk belajar dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang dan moga ada jalan keluar untuk masalah saya.

Dan tolong berikan kata2 semangat supaya saya terus bertahan. Doa kalian amat saya harapkan di pagi jumaat ini. Cuma Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya tak ada sesiapa untuk luahkan perasaan saya ini. Ini merupakan kali pertama saya mengambil langkah drastik untuk hantar ke sini. Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya. Doa dan harapan saya moga Allah SWT mudahkan urusan kalian dan semoga sentiasa di bawah rahmat Allah SWT selalu. Inshaa- Allah aamiin.

-gadis tertekan-

– gadis tertekan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Berdosakan Mak Aku II

PengakuanKu

Assalamualaikum. Admin, terima kasih dah siarkan confession aku yang first. Semoga admin dirahmati Allah. Aku bersyukur sebab rasa lega bila selama ni yang aku pendam dapat terluah jugak walaupun hanya dalam bentuk penulisan.

Terima kasih jugak dekat pembaca dan semua yang bagi komen nasihat dan pendapat. Tuhan je yang dapat balas jasa kalian. Korang nampak kata kata korang macam takde nilai kan? Hakikatnya kata kata korang tu dah gembirakan hati makhluk Allah yang lain.

Sebenarnya aku dah prepare diri aku untuk kena hentam bila decide untuk tulis confession sebelum ni. Aku tunggu je ada yang nak komen aku cucu yang derhaka, tak reti hormat nenek. Tapi setakat yang aku baca, alhamdulillah takde lagi. Terima kasih. Korang kalau ada dekat tempat aku, korang akan faham jadi aku tak marah kalau ada yg kutuk sebab korang tak ada dalam situasi aku.

Untuk yg tanya ayah aku ada lagi tak. Alhamdulillah, ayah aku masih hidup. Doakan dia panjang umur ye. Cuma ayah tak pernah halang mak berbakti dekat nenek. Mak aku selalu kena marah, kena halau tu dah biasa dah, depan ayah pun nenek pernah marah tapi ayah tak halang lepastu kalau pun mak nak balik jenguk nenek lagi. And yes, mak kena marah macam mana pun still lagi balik jenguk, jaga nenek. Sebab tu mak dia.

Pasal hutang, bukan nak ajar bayarkan hutang nenek tapi dia dah tua kerja kuat sebab nak langsaikan hutang dia sampai jatuh sakit. Anak mana yg sanggup nak tengok mak dia sakit lagi. Tambahan lagi nenek baru keluar hospital, tempat dia berhutang pun call tiap2 hari mintak nenek bayar. Mak taknak dia sakit lagi.

Kami adik beradik sedih tau bila tiap kali jadi macam ni. Macam mana mak berkorban pun macam sia2 je. Time sakit tu dia puji mak sebab jaga dia bila sihat terus lupa. Sape yang tak sedih tengok mak dia kena layan macam ni?

Aku memang bukan cucu yg baik, aku tak mintak kena puji pun sebab selama ni apa aku buat semua sebab mak aku. Aku jaga nenek dekat hospital pun sebab kesian dekat mak. Mak tak sihat sangat, dia pun bukan muda lagi.

Tapi, aku harap korang doakan nenek aku berubah. Dan doakan lah dia sihat. Aku tak mintak lebih, aku cuma harap nenek dapat syg mak aku n hargai mak sebab aku dapat rasa yg mak masih lagi berharap dan menagih rasa syg nenek untuk dia. Dari kecik dia tak dapat rasa kasih ibu yg sebenar, aku harap mak dapat rasa lepas ni, walaupun sikit.

Terima kasih. Doakan yg baik2. Assalamualaikum.

– Cucu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Korban untuk Dia II

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, Airis Syifaa lagi ni. Sy tak sangka confession haritu jd agak “meletop” sbb sy cuma anggap tu luahan hati yg terpendam je lepas terdengar khutbah raya. Skrg sy baca semua komen guna fb adik sy je, sbb dah delete fb sendiri. Hehehe. Thank you dear readers yg sudi komen, semua komen sy baca dgn hati yg terbuka and insyaAllah sy anggap semuanya sbg nasihat yg boleh bangkitkan semula “Airis” yg dah jatuh tersungkur.. Confession kali ni sy cuma nk clarify beberapa benda yg agak kelirukan readers. Sbb confession haritu agak tergantung and ada yg salah faham. Bismillah..

Sebelum tu, sy nk ucapkan ribuan terima kasih pd yg mendoakan sy lebih kuat untuk move on. Alhamdulillah “Airis” dalam dunia reality dah move on dah sikit-sikit. Alhamdulillah dah tak meratap, dah tak menangis lagi sbb ditinggalkan sorg lelaki. Dah boleh gelakkan diri sendiri dah bila fikir balik apa yg “dikorbankan” waktu dulu-dulu. Awal-awal haritu je mcm ngek sikit sbb takleh terima kenyataan. Tp skrg okay dah. Cuma bila masa hormone tak stabil je gila tu dtg balik, tp insyaAllah semuanya under control. Hahah. Ada jugak yg doakan sy jumpa lelaki yg lebih baik dari Ali. Terima kasih banyakkk, doakan ya. Moga si dia dtg tepat pd masanya and tak main-main lg. Penat dah nak main-main. Ada yg kata confession haritu rekaan. Tak dear readers, semua tu bebetul, bukan cobaan. Hahah.

Okay first, ada yg komen kata kenapalah confessor sampai sanggup buat semua tu untuk lelaki camtu, kenapalah sanggup rendahkan maruah & rendahkan diri utk lelaki. Kenapa itu kenapa ini. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Sy anggap semua ni ujian. Dari kecik, the real “Airis Syifaa” membesar dalam broken family, parents bercerai masa umur sy 6 tahun. Sy tak salahkan ibu ayah yg buat sy mcm ni, tp bukan senang utk membesar dalam family yg broken. Cukuplah sy tgk ibu sy menangis sbb lelaki, cukuplah sy tgk ibu menangis setiap kali usaha utk besarkan kami sendirian, cukuplah sy tgk ibu nangis sbb lelaki yg ambik kesempatan atas title ‘janda’ masa ibu usaha cari ayah baru untuk kami. Sy jd trauma dgn ‘perpisahan’, and sy jd terlalu takut nk berpisah dgn someone yg dh jd part of my life. Salah sy sbb terlalu percaya, salah sy sbb terlalu berharap. Tp sy takkan terlalu berharap kalau Ali sendiri tak tabur mcm-mcm janji. Sbb tu sy cuba bertahan and try to do anything for him for the previous 7 years walau apa pun jd. Sbb sy takut nk hadapi perpisahan lg… tp, manusia takkan lari dari kesilapan & semua manusia buat silap. Bagi sy, sy mengaku semua tu kesilapan sy masa sy meningkat usia dari remaja ke dewasa (umur sy skrg pun belum cecah 25 a.k.a belum matang). And sy akui tu kesilapan paling besar dalam hidup sy sbb letakkan pengharapan tinggi pd yg selain dari Allah & terlalu berkorban untuk lelaki yg belum pun jd suami sy. Moga Allah ampunkan dosa-dosa sy..

Yg kedua, ada yg kata sy study sbb niat cuma nk kawin dgn Ali, bukan untuk mak ayah. Dear readers, sy dari awal masuk university sampailah dah tahun akhir ni insyaAllah tiap kali sy masuk je pintu pagar uni, insyaAllah sy akan tetapkan semula niat untuk sy belajar kerana Allah & untuk parents sy. Cuma dalam confession haritu, yg sy cerita tu untuk that one particular semester je. Sbb sy terlalu percaya dgn janji lelaki tu, so sungguh-sungguhnya tu lebih la dari biasa. Hahah. Ada yg kata sy terlalu berusaha untuk Ali sampai sanggup bermusafir sbb nk jaga Ali and lebihkan Ali dari parents, ya itu kesilapan sy dan sy mengaku semua tu. Tp sy sbg anak, sy juga sedaya upaya utk jaga & lengkapkan semuanya utk parents. Sbb sebulan sebelum Ali warded, ibu sy pun warded. Seminggu sy tidur kt hospital jaga ibu. Kalau parents call kata demam pun sy terus rush balik jenguk dorg. 2 pasang parents sy kena jaga sbb lepas bercerai, ibu dgn ayah kawin lain. Satu badan nk kena bahagi 4. Hahah. Tp, sepanjang sy dgn Ali, sy still lg letakkan parents sy number satu. Ali tetap jd tangga bawah sikit dari parents. Moga Allah ampunkan dosa sy, moga Allah panjangkan umur parents sy and beri sy kesempatan utk jaga dorang kelak.

Ada yg tanya apa la kelebihan Hana sampai Ali sanggup buat camni. Sy tak dapat jawab soalan tu sbb Ali je yg tahu. Tp pd tekaan sy, Hana ada segalanya. Cantik, putih, kaya, ada kerjaya. Lainlah kalau nk dibandingkan dgn sy yg Ali selalu panggil sy hidung badut, bibir hitam, gigi senget and cuma ada sekeping hati yg ikhlas terima dia, takde harta, tak reti makan tempat mahal-mahal mcm Hana. Dan mungkin juga Ali nk orang yg ada depan mata dia je, kami jauh selama ni. Dan kalau apa-apa jd pun sy taktahu.. Tp takpe, sy sedar diri. This is me, and sy terima kalau org cuma judge sy dari luaran je. Tu hak orang kan, pilih yg lg cantik, lg sempurna. Siapalah sy kat mata dia :’)

Ada yg kata juga, takde effect pun sy bgtahu semua tu. Sbb Ali takkan baca and kalau baca pun, Ali dgn Hana cuma ketawakan sy je. Actually, sy dah terlalu bnyk memperbodohkan diri, sy anggap je lah confession haritu sbg benda bodoh yg terakhir sy buat sbb lelaki bernama Ali (bukan nama sebenar tu), hahaha. Mungkin kalau Ali baca skrg ni and takde rasa apa-apa, it’s okay. Dia maybe akan rasa something bila dia baca semula confession tu masa dia rasa apa yg sy rasa skrg ni, satu hari nnt. And sy harap that moment sy mmg dah tak toleh dah kebelakang. Sbb dia dah terlalu sia-siakan sy and buang sy camtu je :D

Sy tahu kat luar sana ramaaaaai lagi yg lalui ujian yg sama dgn sy and even ada yg lg teruk dari apa yg “Airis” lalui. Selain dari luahan hati yg paling dalam yg dah lama terpendam, sebenarnya confession haritu pun sy anggap sbg satu platform utk sy and orang-orang yg tengah lalui ujian yg sama utk dapatkan semangat semula dari komen-komen yg diberi dari readers. Terima kasih banyak kerana sudi baca secebis dari kisah hidup sy & sudi beri buah fikiran masing-masing & nasihat yg insyaAllah berguna buat kami. Semoga Allah balas semuanya dgn kebaikan yg berpanjangan sepanjang kami gunakan nasihat kalian di jalan yg betul, insyaAllah. Sy sedar kesilapan sy, terlalu berkorban utk org yg langsung tak hargai, sy terlalu rendahkan maruah and harga diri sy utk sorg lelaki sampai hati sendiri terkorban and I’ve learnt my lesson. Duit ‘tabung kawin kita’ tu dah habis separuh dah buat pergi travel & makan, alhamdulillah kenyang dah perut. Hahah. Ada juga sy sedekahkan pd org yg memerlukan, and bukan dgn niat utk Ali lg :)

Dear women out there, stop terlalu sacrifice diri sendiri sampai diperbodohkan sbb lelaki. Just stop okay. Sy dah belajar dari kesilapan paling besar dalam hidup ni. Tapi sy anggaplah semua tu ujian utk sy jd sorang yg lg kuat berdiri untuk hari yg akan dtg. Doakan sy, ada berbaki lg 2 semester utk grad. Doakan sy boleh tebus segala kekurangan sy pd ibu abah sy. Untuk yg sama-sama struggle dgn sy, learn to accept and redha. Sy pun tgh usahaaaaa untuk redha dgn ujian ni. Percaya, Allah akan tunjukkan sikit-sikit hikmahnya lepas kita redha, and believe that Allah akan beri yg terbaik utk kita kelak. Kalau tak kt dunia ni, kt akhirat kelak insyaAllah.. Doakan saya, doakan semua yg sama-sama struggle utk teruskan hidup lepas tersungkur dgn ujian Allah. Doakan kami :)

Ali & Hana, Allah maha mengetahui setiap sesuatu yg terjadi dan takde satu pun yg tersembunyi dari pengetahuan Dia. Semoga Allah adili setiap satunya dgn seadil-adilnya. Ali, ingatlah. Awak dah lukakan banyakkk sgt hati. Hati org yg ikhlas terima awk, hati ibu ayah yg ikhlas sygkn awk, hati orang yg doakan kita dari dulu lg.. Nikmatilah bahagia kalian atas tangisan saya. Nikmatilah semuanya.. Wallahu’alam :)

Ikhlas,

– Airis Syifaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Misconception About LGBT II

PengakuanKu

Salam readers confession page IIUM. First, aku nak minta maaf sangat-sangat kepada semua orang sekiranya penulisan aku yang dulu berunsur seakan-akan “pro-LGBT” atau menyokong perbuatan sonsang. Second, aku nak minta maaf kat admin juga sebab kena marah atau dituduh support LGBT kerana siarkan confession aku. Mula-mula bila aku tulis confession sebelum ni, aku ingat aku akan dapat komen macam ” haah la betul la dia ckp tu gais” or “yes. setuju tu kita tak patut buat begitu” tapi sangkaan aku meleset. Hahahaha

Aku tak tau la, either korang tak nak menerima pendapat aku, korang tak nak memahami, bila ada perkataan LGBT je korang terus cop atau label aku sebagai pejuang LBGT atau memang penulisan aku mengelirukan. Aku tulis confession sebelum ni bukan mahu memperjuangkan/meyokong perbuatan LGBT tetapi mahu mengajak korang semua membanteraskan isu-isu ini dengan lebih berhemah dan berperikemanusian tetapi bagaimana mahu membanteraskan isu tersebut sekiranya kita tidak memahami atau mengenali golongan ini atau tidak tau bagaimana tercetusnya golongan ni menjadi2?

Point confession aku sebelum ini ialah ;

1. golongan2 ini tidak semakin banyak/ramai seperti yang didakwakan tetapi golongan2 ni semakin ramai yang famous atau diviralkan di media sosial. (tidak juga mendakwa golongan ini semakin berkurang)

2. golongan seperti ini akan mempupuskan manusia : aku menafikan sbab yg gay tetap gay dan straight tetap straight.

3. mempunyai naluri sonsang/normal bukanlah pilihan

Ramai yang tidak menyetujui point2 aku yang atas mungkin kerana korang memang tak nak ambil tau pasal golongan2 ni dan tidak mempunyai kawan/kenalan yang bernaluri sonsang.

Ada yang komen apa yang aku tulis tu hanyalah pendapat tanpa berasas atau imaginasi aku. lol Yang korang kata manusia tak lama lagi pupus atau golongan ni semakin meningkat tu berasas ka? Ad fakta ke? Dpt tengok masa depan yang manusia akan pupus sbab semua org akan tiba2 jadi gay?

Aku mempunyai 2-3 kenalan atau kawan yang sonsang. Aku cuba tolong dorang. Aku suruh dorang jaga solat. Aku cari bahan2 kat internet utk tolong dorang. Rata2 testimony-testimony aku baca baik dari orang malaysia mahupun negara luar menpunyai faktor berbeza kenapa dorang sonsang. Ad yang kata keluarga yang abusive/pernah kena diliwat etc.. Tapi ada yang juga dorang takde pun pengalaman pahit. Chilhood dorang ok je dan contoh yang paling dekat kawan2 aku yang sonsang ni, dorang xde masa silam yang melampau.

Seperti orang penyakit depression, it is a no no for us bagitau dorang yang perasaan dorang tu hanyalah mainan perasaan atau mendakwa bahwa dorang tu hanyalah attention seekers. Samalah la juga kepada golongan ni yang mengatakan dorang buat tu atas pilihan dorang sendiri. Benda ni tak terjadi kat kita, memang kita tak faham weh… tapi Ya Allah dorang mempunyai perasaan yang pelik tu dorang pun tak nak wehh

Kalau lelaki normal, mesti tak nak pakai dress/ makeup kan. Kau paksa macam mana sekali pun, dorang memang takkan pakai. Sebab apa? sebab taknak Sebab apa taknak? Tak tau kann . Tapi yang pondan/maknyah mereka pula suka guna2 makeup, suka memakai dress sebab apa? Sebab mereka suka. Kenapa mereka suka? Mereka pun tak tau. Haaa nampak tak point aku kat situ. Kau suka benda tu kadang2 tak bersebab.

Sama juga dengan orang yang bernaluri gay. Mereka tak tau wehhh kenapa dorang boleh suka kat lelaki/ teransang tengok lelaki hensem. Yang normal cuba kau tengok lelaki hensem dan paksa diri tu jatuh cinta mesti tak dapat kan… MEREKA TAK TAU KENAPA/BAGAIMANA/APA/MENGAPA

boleh terjadi begitu kat dorang. So tanyalah pilihan sendiri ke tu?

Ok aku terangkan pasal menonjolkan diri tu pula. Korang ingat tak atau tau tak macam mana golongan2 Muhammad Sajjad tu boleh famous? Dia tu biasa2 je dulu. Disebabkan dia tu cantik mempunyai badan lawa tapi PONDAN orang viralkan dia media2 sosial. Sama gak dengan Riz Ulala tu. Dorang tak mintak pun diviralka tapi korang tu yang viralkan dan buat dorang famous.

Semua la rotikaya, rotituna, lawakgampang, lawakkampung, emmamaebong kat fb, ig semua cerita pasal dorang. Pastu dok pakat follow dorang, likes semua gambar. Pastu bila dorang dah famous, banyak followers then buat banyak paid review, market dorang punya produk pastu dorang dah kaya senang and then tada korang muncul lagi kata dorang ni ada dah kaya tapi tak ingat akhirat. Pastu kata dorang promosi LGBT. haihh padahal korang yang buat dorang famous. Selepas ni, kalau siapa2 la puak2 ni buat benda lucah ke, buat video tak senonoh ke jangan viral!

Semakin dorang viral, semakin famous, semakin kaya, semakin la keras kepala dan ingat TUHAN masih bagi dorang rezeki walaupun dorang tu sonsang. Ok let say, one day dua pakar bedah termasyur kat negara kita. Satu lelaki pastu satu lagi pondan. Aku pasti yang pondan tu la yang korang viralkan. Semua berita lah cerita pasal pondan tu. Yang lelaki tulen tu korang tak cerita pon. See.. sebenarnya korang yang viralkan golongan2 ni di media sosial la, membuka peluang dorang menonjolkan diri di tempat awam dan SAD BUT THE TRUTH IS KORANG LA PROMOSI LGBT SELAMA INI. Allahuakhbar!

Part yang seterusnya, ada orang komen “kalau aku fikir aku ni tapak sulaiman tapi aku ni manusia, then kau kena terima aku ni tapak sulaiman la kan” atau komen pasal diri dia tu monyet etc. Sebelum tu aku nak klarifikasikan bahawa aku pun tak sokong lelaki ingat dia tu perempuan and vice versa. Cuba bayangkan, tiba2 kawan baik kau kata dia gay. Apa reaksi kau? tiba2 anak kau kata dia mempunyai naluri sonsang. Ap reaksi kau?

Yang sudah pasti dan rata2 testimony aku dengar ialah, putus kawan, tetiba kawan jauh diri, mak ayah tak mengaku anak, halau anak etc.. Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kita perlu kesian. Tengok golongan2 ni kita patut kesian. Serious aku cakap naluri kau yang normal tu satu nikmat yang indah wehh… So, bila ada kawan atau kenalan yang sonsang yang ingat dorang tu tapak sulaiman tu, kita kesian tapi memang taklah sokong perbuatan dorang. bukan maki herdik, sepak sana sini utk kembali dia normal. sebab dari sekolah rendah sampai sekarang la aku masih dengar kes pondan/gay/lelaki lembut dibuli di sekolah asrama mahupun harian.

Hmmm, semua orang kata berubah. Semua orang nak berubah tapi masalahnya HOW? BAGAIMANA? Korang tau tak? Kalau tau sila tulis kat ruangan yang komen. Kalau korang kata solat, puasa, zikir etc.. semua tu hanya dapat membuang nafsu tapi tak tak dapat membuang naluri secara total. Cerita2 pasal nabi Luth tu jangan cerita. Dorang semua tau. Bukan taknak ambil iktibar tapi masih juga terperangkap naluri sonsang.

Lastly, tujuan aku tulis confession ini dan sebelumnya ialah supaya kita mengenali dorang memahami secara total perasaan dorang yang sememangnya dorang tak mahu pun begitu dan menerima dorang sebagai masyarakat tapi bukan perbuatannya. Tolong dorang. Jangan sisihkan dorang. Semakin disisihkan, dorang cari yang sama2 pondan yang sama2 gay pastu dorang dah jatuh ke dalam lembah yang semakin dalam semakin tersesat pastu korang pula sibuk marah2 itu ini. padahal diri sendir tak nak cuba memahami. Tak nak tolong. Ada juga komen yang menulis medical line takde masa nak cari ubat utk golongan ni. See… korang sendiri tak nak tolong. Mana tau golongan ni perlu makan ubat mental ke, makan ubat hormone ke tapi mentali kau yang takde masa membuat benda semakin menjadi.

Pendekatan Ustaz Ebitlew tu adalah pendekatan yang terbaik. Kita semua patut contohi beliau dan penulisan aku ni sebenarnya nak korang samada kau tu ustaz, medical health doc, cikgu or suri rumah kita patut kaji isu ini secara mendalam. Bukannya hanya lempar “haram tetap haram” kat muka golongan ni. Kita patut tolong or adakan platform utk dorang. Mungkin tak semua yangt nak ditolong, tapi aku pasti dan percaya banyak yang nak ditolong cuma mereka tak tau bagaimana. Aku search kat internet and check2 kat negara lain mungkin dorang ada rehab utk golongan ini and aku jumpa satu.

https://couragerc.org/about/ Ini adalah satu ministry christian catholic untuk menolong orang2 yang memnpunyai naluri sonsang. Dalam ministry ni ada dua bahagian iaitu : Courage (utk memberi semangat kepada golongan sonsang dan membantu mereka supaya mereka tak terus jatuh ke lembah dosa ) dan Encourage ( utk memberi semangat dan menolong memahami kepada ibu bapa/adik beradik/kawan2 si penaluri sonsang ni).

Mereka akan adakan perjumpaan satu/dua kali seminggu. Mereka berjumpa pastu berkumpul cerita pasal masing2 pastu mereka juga akan memberi semangat dan membantu antara satu sama lain. So aku harap kita bukanya hanya tau lemparkan cerita pasal nabi luth, lemparkan perkataan haram tetap haram pastu belah. Pastu kata golongan ni sampah then belah… haihh

Apa aku tulis ni memang bukan paid review utk promosi LGBT ke apa dan kalau admin post confession ini pun dia tak menerima apa2 bentuk wang sekali pun. Aku nak tolong golongan ni tapi kalau aku seorang je memang tak jadi. So aku ajak ramai2. Jom2. Kalau boleh clik link aku bagi tu pastu baca sebab pendekatan dorang sangat dan teramat la bagus dah harap Islam punya ada buat gitu juga.

– Insan Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kehidupan Seorang Pekerja Kontrak

PengakuanKu

Assalamulaikum Hai, saya umur 25tahun, mempunyai degree dalam jurusan Elektrik & Elektronik Engineering. currently masih bekerja selama 11 months di sebuah company medical dan akan berakhir contract pada bulan 10. Sekarang zaman payah nak cari kerja, saya dah hantar beratus ratus resume dekat jobstreet, mudah, linkedin tapi still xde apa-apa jawapan.

Pernah minta tolong dengan kawan, tapi kawan kan, time kita susah mana nak nampak sebab masing2 dah senang. hari-hari fikir tentang masa depan, apa akan jadi bila contract habis?? sampai satu tahap, saya terfikir nak je kerja sebagai operator jika xdapat kerja lain. mungkin itu jalan terakhir saya. Hari-hari saya give-up bila nak cari kerja, sampai kekadang menangis sorang diri kenapa terlalu banyak sngt dugaan dekat saya.

selalu motivasikan diri sendiri” SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI REZEKI YANG BERBEZA, SETIAP PUNYA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SENDIRI, SEBAB TUHAN TENTUKAN REZEKI ITU KERANA DIA TAHU BAGAIMANA HAMBANYA”. Tapi tetap hati xpernah tenang.

Hidup jadi serabut sangat bila fikir pasal kerja yang xpernah ada kesudahan, dengan orang sekeliling tanya pasal kahwin. Sebab dah 25 tahun no boyfriend, tapi kalw still xde jodoh nak buat mcm mana. Boleh pecah otak, termenung sorang-sorang why this happen to me?? Pasal jodoh pulak, 2 tahun lepas,pernah berkawan dengan seorang laki nih tapi sebab dari awal kenal dia menipu dalam diam sampai tunang pon dalam diam,

Sakit tu still ada lagi, orang cakap biar lupakan apa dia buat. Tapi payah saya nak lupakan sampai satu tahap saya rasa saya tak akan maafkan laki tu sampai bila-bila. And awal tahun nih tiba-tiba muncul balik ajak berkawan, korang rasa?

first saya fikir okay berkawan utk nk ambil advantage dekat dia, minta dia carikan kerja sampai sekarang xde pun kerja yg dapat melalui dia then yang saya dapat sakit hati dari dia. Menyesal pulak saya berkawan balik, kekdang fikir sebab aku berkawan dengan laki tu balik, hati aku jdi hitam sebab benci dekat dia, tu sebab Allah tak mudahkan rezeki aku. Saya selalu terfikir Karma atau Kifarah tu wujud x bila seseorang tu kianati kita?

Doakan saya supaya saya dapat kerja sebelum habis contract bulan 10 ni. Doakan saya dapat jodoh yang terbaik.

Waalaikumsalam.

– Neyyd

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Wednesday, 29 August 2018

Kisah Aku Menjadi Isteri Selama 3 Bulan

PengakuanKu

27 OKTOBER 2016
Aku mengenalinya di salah sebuah IPT saat kami mula-mula mendaftar di tahun yang pertama. Dia dilantik sebagai ketua kelas dan kami berdua sahaja dalam kelas tersebut dari negeri yang sama. Dari situlah aku mula berurusan dan berhubung dengannya. Dia 4 tahun muda dari aku.
Dia seorang yang lemah lembut dalam bicara dan perwatakan tetapi sangat berkepimpinan dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. Dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan manakala aku masih fobia dengan kata sebuah ‘cinta’ kerana telah putus cinta empat tahun yang lalu apabila penantianku bertahun-tahun telah disia-siakan.

Suatu hari dia mula meluahkan rasa cintanya terhadapku, sejak itu dia selalu mengambil berat tentangku,menghantar aku pulang,membantu ku membaiki keretaku yang rosak dan macam-macam lagi. Dan sejak itu juga kami mulai rapat walaupun kami jarang berhubung dengan panggilan talifon dan pesanan ringkas kerana dia sangat sibuk dengan kerjayanya dan dia juga sering meminta aku untuk menjaga batas pergaulan kerana ingin merasakan kemanisan dalam ikatan perkahwinan nanti. Kadang-kadang dia tidak menghubungi aku sekian lama dan selalunya aku yang memulakan dulu dan aku juga pernah bergaduh kerana dia sering tidak menghubungi aku, membalas pesanan ringkas juga agak susah, apatah lagi menghubungi aku melalui panggilan talifon, kecuali jika ada perkara yang penting sahaja. Dan mulai saat itu,kami merancang untuk bertunang dan berkahwin. Aku mulai rapat dengan rakan-rakan dan keluarganya dan dari merekalah aku lebih mengenalinya dan semakin jatuh cinta dengannya.

24 disember 2016
Keluarga dan rakan-rakannya datang ke rumahku,kami mengikat tali pertunangan hampir setahun lebih. Dia semakin sibuk mengumpul duit untuk berkahwin. Kami juga jarang berhubung, namun ikatan pertunangan ini lebih mencabar, kami diuji dengan orang-orang sekeliling yang tidak suka hubungan kami sehingga menfitnahnya macam-macam perkara. Namun kami terus bertahan mempertahankan hubungan itu walau dalam tangisan dan kesakitan. Kami juga pernah bergaduh hanya kerana kesibukannya dan dia sering berjanji denganku, “nanti kalau dah kawin,saya mesti akan pandai bahagikan masa dengan kerja dan keluarga…” .

Dan seperti biasa, aku sering berhubung dengan ibunya sepanjang pertunangan dan saat aku merindukannya aku akan call ibunya dan berbual panjang, ibu sangat suka bercerita tentangnya kepadaku dan mengubat segala rindu dan cintaku kepadanya semakin mendalam walaupun dia jarang sekali memberi perhatian terhadapku. Dalam tempoh pertunangan ini juga dia sangat jarang menghubungi keluargaku dan aku cuba memahami kesibukannya.

31 mac 2018
Dengan sekali lafaz,dia menjadi suamiku. Betapa kuatnya degupan jantungku ketika itu saat lisannya menyebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci. Dan tidak pernah aku lalui setiap hari setiap jam dan detik, kecuali ku laluinya hanya dengan jatuh cinta kepadanya. Tiada kata indah yang mampu aku ungkapkan selain bahagianya aku menjadi pendamping hidupnya saat itu tetapi aku masih malu mengungkapkan cintaku saat itu, malah aku merasa malu untuk memegang tangan dan menatap matanya, mungkin kerana sebelum ini kami tidak pernah keluar dan berbual berdua sebelum kawin. Selepas berkahwin kami juga duduk berjauhan kerana tempat kerja aku jauh dari rumah sewanya lebih kurang hampir satu jam perjalanan. Oleh itu setiap minggu aku akan pulang ke rumahnya kerana dia duduk seorang diri,manakala aku duduk menyewa bersama rakan. Setiap hari aku tak sabar menunggu hari minggu untuk pulang bertemu dengannya. Dan setiap hari aku fikirkan apa yang ingin aku lakukan untuk menghilangkan rasa maluku terhadapnya.

Minggu yang PERTAMA selepas perkahwinan kami, aku membawa dia pergi ke rumah saudara mara aku di kampung dan selepas itu kami merancang untuk tengok wayang bersama-sama. Itulah kali pertama aku keluar berdua-duaan dengannya sepanjang perkenalan kami. Malam itu aku balik ke rumahnya dan esoknya dia bawa aku berjalan dengan keluarganya pula.

Minggu KEDUA juga seperti biasa aku akan pulang ke rumahnya dan aku masih malu saat berhadapan dengannya. Segala yang ingin aku lakukan saat bertemu dengannya hilang. Dia pernah meminta mencium pipiku dan mengungkapkan bahawa dia menyayangiku tetapi aku masih malu untuk membalasnya. Kami makan dan tidur bersama dalam minggu itu tetapi kami tidak pernah lagi menjalinkan hubungan normal seperti suami isteri yang lain. Kami hanya bertukar cerita dan menjalani kehidupan harian seperti makan dan masak bersama dalam tempoh dua hari minggu itu. Selepas pulang dari rumahnya,dia seperti biasa,jarang menghubungiku dan dia masih dalam kesibukannya. Aku pernah bertanya tentang hubungan suami isteri kepadanya kerana apabila di pejabat kami, semua orang membicarakan tentang itu,mungkin kerana kami masih dalam fasa pengantin baru. Tetapi dia kata kepadaku, “mungkin makan masa sebab kita tak pernah bercinta sangat dulu”. Dia juga selalu menasihati aku untuk menjadi isteri yang baik, contohnya aku perlu menjaga hatinya dan menemaninya makan bersama. Dia tidak menyatakan saat itu tetapi dia akan menasihatiku ketika kami berjauhan. Aku juga selalu membuka you tube dan belajar banyak perkara tentang rumah tangga. Dulu aku fikirkan bila sudah berkahwin,secara semula jadi kita akan mampu melakukan tanggungjawab kita sebagai isteri.

Minggu ini juga aku mengikutinya pulang ke kampungnya dan aku sangat gembira bersama keluarganya yang sangat baik terhadapku. Dia bawa aku berjalan jalan dan aku sangat bahagia bersamanya walaupun aku masih malu-malu lagi dengannya.

Minggu KETIGA perkahwinan kami,jumaat sebelum aku balik ke rumahnya kami bertengkar kerana saya tidak memberitahunya terlebih dahulu untuk melabur wang dan saya hanya mengadu kepadanya yang saya telah ditipu. Ketika itu dia sangat marah dan itu adalah kali pertama dia mengherdik ku dan tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya esok. Malam itu aku menangis sepuasnya dan aku sangat merindukannya. Aku memohon maaf berkali-kali tetapi dia tidak melayan pesanan ringkas dan tidak mengangkat panggilan talifonku. Aku tidak tahu untuk pergi kemana waktu itu kerana kunci rumah ku berada pada rakan serumahku dan dia telah pulang ke kampung, jika aku pulang ke rumah keluargaku dalam keadaan ini,sudah pasti keluargaku bimbang dan mensyaki sesuatu. Aku tidur disebuah hotel yang agak jauh dan dalam masa yang sama aku ingin menenangkan fikiran. Aku tidak memberitahu dan meminta izinya kerana dia juga sedang marah kepadaku. Pada esoknya keluargaku menalifon aku yang sedang tidur di hotel,mereka menyangka aku berada di rumah suamiku dan ingin makan tengah hari di rumah kami. Aku menghubungi suamiku dan bergegas untuk pulang ke rumahnya dan kami mula berbaik ketika itu. Aku sempat menunjukkan seutas rantai yang aku pakai tertulis namanya yang telah aku beli di sana,dia lalu tersenyum kepadaku. Aku meminta maaf kepadanya dan dia memaafkan aku.

Minggu yang KEEMPAT ,aku bercuti awal kerana kami akan menyambut kenduri perkahwinan kami di rumah keluarganya yang agak jauh di selatan. Ketika waktu itu dia sedang sakit dan terkena demam pelentong, semasa 5 hari aku dikampungnya dia meminta untuk tidak tidur bersamaku kerana bimbang aku terkena jangkitan demamnya walaupun aku tidak kisah dengan jangkitan itu. Tetapi dia sangat marah jika aku tidak mendengar cakapnya. Aku merasa sangat sunyi dan merasa keseorangan di kampungnya,hanya saudara mara dan suasana kenduri yang membuat aku rasa gembira. Dia seperti menjauhkan diri dari aku, tidak seperti saat mula2 kami balik ke kampungnya. Ke mana dia pergi aku akan mengikutinya dulu,tetapi tidak kali ini.

Pada hari kenduri,waktu kami bergambar, dia sangat gembira, aku menyuap nasi kepadanya dan dia sangat rapat denganku tetapi pada keesokan harinya sewaktu berjalan dengan kawan-kawan sekampungnya dia lebih gembira bersama mereka daripada bersama aku. Aku pula Seolah kaku dan kekok. Suatu malam di kampung aku minta dia tidur bersamaku,aku memberi alasan aku sangat takut kerana aku baru sahaja menonton cerita hantu di talifon tadi. Aku duduk di tepi katil yang terletak dekat dengan dapur rumah kampung itu. Tapi mungkin dia terlalu penat,dia tidak mengindahkan aku. Aku naik di bilik atas namun aku tak boleh melelapkan mata. Saat ini aku sangat-sangat merindukannya. Waktu semua keluarganya sedang tidur,aku turun di bawah,aku duduk lagi disebelahnya yang sedang nyenyak tidur. Aku mencium pipinya lalu aku berlari ke atas sebelum dia sedar dari tidurnya.

Keesokannya kami pulang ke utara, dia seperti biasa hanya diam sahaja dengan aku di dalam kereta, tak seperti dulu,banyak sahaja ceritanya. Sekarang jika aku bercerita dia hanya menganngguk dan tersenyum. Lama kelamaan aku bosan dan turut berdiam. Dalam perjalanan balik aku dimarahi olehnya kerana kesilapanku yang tidak tunduk dihadapan ibunya sedangkan waktu itu aku tidak sengaja kerana aku baru keluar dari dalam tandas dan pakaianku tidak sempurna . Di dalam kereta dia meninggikn suara dan aku menangis sekuat hati kerana aku juga sekian lama memendam rasa dengan layanannya kepadaku dikampung. Dia memujuk aku dan memelukku dan walau ia hanya beberapa minit tapi mengubah segala emosi dan menghilangkan marahku padanya saat itu.

Minggu KELIMA aku pergi kerumahnya, Dia terlantar sakit di atas katil, badannya demam panas,hampir seminggu yang lepas demamnya masih tidak kebah. Aku meminta untuk menjaganya ketika sakit dan ingin mengambil cuti tetapi dia tidak mengizinkan. Malam itu aku memeluk tubuhnya yang nampak lemah tetapi dia menolak dan menepis tanganku. Kemuadian dia bangun dan tidur di bawah. “kenapa awak tidur di bawah?”. Soalku saat aku terjaga dan dia tidak ada di sebelahku. “saya tak selesa”. Balasnya ringkas. Pagi itu aku bangun awal untuk masak sarapan buatnya. Aku buatkan dia susu kurma kalau-kalau dia tak lalu makan,sekurangnya mampu memberi tenaga kepadanya. Sebelum aku hidang di atas meja kecil kami, aku kejutkan dia untuk mandi. Dia bangun dan terus bersiap untuk keluar,ada kerja katanya. Aku cepat-cepat isi sarapan dalam bekas dan beri pada dia. “awak larat ke pergi kerja?” soal ku. Dia hanya mengangguk dengan wajah yang serius. Sekian lama aku tidak melihat senyuman manis di wajahnya.

“Hari ini aku mahu masak makanan yang sedap-sedap untuk dia. Selepas dia keluar dari rumah aku minta izin dan bersiap ke pekan yang berhampiran untuk membeli peralatan rumah dan lauk pauk untuk di masak. Aku mengemas rumahnya,mencuci toilet,mencuci cadar dan lantai rumahnya. Aku bakar ikan dalam oven yang kami dapat sempena perkahwinan kami. Aku tidak merasakan kepenatan dan tidak sabar menunggu ia pulang dan makan bersama. Jam menunjukkan pukul 5 petang,aku memberanikan diri menghantar pesanan ringkas wassup kepadanya kerana aku bimbang mengganggunya yang sedang bekerja. “Assalamualaikum,awak tidak balik makan tengah hari ke?. Dia balas ringkas, “tidak”. “Takpe la, boleh simpan untuk makan malam nanti”. Bisik hatiku. Aku tidak tahu apa yang ingin aku lakukan lagi. Perutku terasa sangat lapar tapi aku tidak punya selera untuk makan. Badan aku sangat penat tetapi aku tidak berdaya melelapkan mata di atas katil.

Aku sambung kerjaku mencuci tandas di rumah itu. Aku melihat lumut-lumut pekat di tepi kolam. “mungkin sekotor ini hati aku hingga suamiku tidak menginginkan aku’. Aku menggosoknya dengan sekuat hati dan tanpa aku sedar air mataku mengalir dengan laju. Aku menangis seesaknya sambil tanganku menyental kotoran2 yang ada di tandas itu, aku tidak sedar luka pada jariku. Sangat pedih waktu aku membasuh tanganku,mungkin tergesel batu-batu kecil marmar di kolam tadi.

Jam menunjukkan jam 7 petang. Aku menghidang makanan tadi di atas meja selepas aku panaskannya sekali lag. “lepasni kalau dia balik,aku ingin memeluknya sekuat hati supaya dia tidak marahkan aku lagi.”bisik hatiku. “aku ingin bertanya kepadnya,adakah aku bukan isteri yang menyenangkan hatinya”. Bermacam-macam perkara yang ingin aku lakukan dan katakan saat aku dihadapnya. Aku tidak sabar bertemu dengannya dan aku akan melayaninya dengan baik nanti.

Satu pesanan wassup darinya masuk,aku membukanya. “awak balik lah rumah sewa awak malam ni,saya mungkin akan balik lewat”.
Aku membalas, “takpe, saya nak balik esok pagi, saya nak jumpa awak dan nak peluk awak”.
Dia membalas lagi, “balik la, saya tak nak,jangan sentuh saya apa-apa,saya rimas,saya tak sihat kan”.
Aku membalasnya dengan air mata yang bercucuran di pipiku, “ok,baik…saya akan balik tapi awak kena balik dulu,saya nak jumpa awak sekejap je sebelum saya balik,saya janji saya nak salam je”.
Dia membalasnya lagi, “ok saya dalam perjalanan balik,awak boleh siap sekarang dan terus balik ipoh.

Aku mengemas pakaianku dan bersiap untuk balik ke rumah sewa ku malam itu. Setengah jam kemudian dia pulang, aku menunggunya di hadapan pintu, aku salam tangannya dan mencium tangan itu, tangannya masih terasa panas,wajahnya juga seperti tak bermaya, aku ingin memeluknya tapi aku tidak berani. “awak, maafkan saya ya sebab tak jadi isteri yang menyenangkan untuk awak. Kataku kepadanya sambil tertunduk. Dia merenung wajahku tanpa berkata apa-apa. Aku keluar dari rumah itu dan air mataku deras mengalir. Aku memecut keretaku sambil tangisan yang tak mampu aku tahan. Aku berhenti di sebuah shell di tepi jalan. Aku parking di suatu sudut yang jauh dari orang. Aku nangis dengan kuat,aku menangis sepuas-puasnya hingga aku terasa sangat penat dan mengantuk. Aku terlena tanpa aku sedar. Jam 12.00 malam aku terjaga dan aku mencari seven e yang berdekatan, membeli kopi mencari tenaga untuk aku meneruskan perjalananku.

Minggu yang KEENAM, aku tidak sabar untuk balik ke rumahnya, dia minta aku pulang ke rumahnya hari ahad kerana hari sabtu dia ada urusan kerja. Aku berasa sangat tertekan kerana aku sangat merindukannya. Sekian lama juga dia tidak membalas mesej ku semasa aku di rumah sewa. Pada hari jumaat itu,aku kerja malam dan habis kerja jam 12 malam,selepas habis kerja,aku pulang juga kerumahnya. Aku telah sampai dihadapan rumahnya dan kelihatan ada rakan-rakannya di dalam rumah itu,aku manalifonnya dari dalam kereta dan memberitahunya bahawa aku ingin masuk ke dalam rumah. Dia tidak membenarkan aku masuk kerana ada rakan-rakannya. Dia memarahi aku kerana tidak mengikut seperti apa yang dirancang,dimana aku akan balik ke rumahnya pada hari ahad. Aku pulang ke rumah ibu bapaku malam itu.Tidak tahu apa nilaiku sebagai isterinya berbanding rakannya itu.

Pada malam hari sabtu itu, aku minta izin untuk mengikuti rakan ku berjalan-jalan. Itu pun sebab aku sangat tertekan. Dia mengizinkan dan aku dan rakanku membuat video live di instagram. Malam itu aku sangat gembira. Aku melepaskan semua tekanan ku. Kami berjalan di tepi laut dan makan bersama mereka. Keesokan paginya dia memarahiku kerana membuat video live itu, dia tidak suka jika orang lihat aku tidak bersamanya seolah dia sering meninggalkan aku. Mungkin baginya aku telah membuka aib rumah tangga kami. Aku memohon maaf dan dia tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya malam itu. Aku rasa sangat tertekan. Sekian lama aku pendamkan segalanya. Aku tidak mahukan apa-apa darinya. Aku hanya ingin dia ada di sisiku namun dia mula menjauhkan dirinya dariku dari minggu ketiga perkahwinan kami lagi. Mengapa aku perlu meminta izin dan mengemis hanya untuk pulang ke rumah suamiku?

Aku sangat tertekan. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya rindu yang tidak terucap ini kepadanya. Perasaan marah dan tertekan menguasai diriku. Aku menghantar mesej kepadanya. “kenapa awak buat saya macam ini? Kalau awak tak suka saya lagi,awak boleh pulangkan saya pada keluarga saya dengan cara baik.” Dia tidak membalas mesej ku dan hanya membacanya sahaja. Aku jadi lagi marah. Aku menaip mesej lagi. Kali ini aku tidak tahu apa yang menguasai diriku. Aku rasa sangat tertekan. Aku manaip mesej sambil aku menangis teresak-esak. Panggilan talifonku juga tidak diendahkannya.aku manaip mesej keapadanya dengan bahasa yang agak kasar, “Lantak kau lahhh nak jadi apa pun”.

Beberapa jam selepas itu ibunya menalifon aku dan meminta aku balik ke rumah suamiku. Ibu menasihati aku dengan baik. Aku berasa sangat bersalah atas apa yang aku lakukan. Aku seolah lupa aku tidak sepatutnya melakukan seperti itu. Aku start enjin kereta dan bergegas balik ke rumahnya. Dalam perjalanan,dia menalifonku,aku mengangkat talifon dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan. “awak tak payah balik rumah, saya nak jam 2 petang nanti ,saya jumpa awak dan ayah awak di rest hause”, katanya kepadaku. Aku bertanya, “kenapa nak jumpa ayah? Kita kan nak selesaikannya sendiri? Saya balik rumah awak ye? Saya nak minta maaf,saya buat salah tadi.”balasku dengan nada memujuk. “tak payah,ada kawan saya di rumah ni, awak dengar je dengan baik nanti,apa yang saya nak cakap pada ayah awak, awak cakap apa tadi? Lantak kau la kan? “ balasnya dengan nada yang marah. “saya minta maaf,tadi saya tidak sengaja… “ talian dimatikan,belum habis aku merayu. Aku berasa takut. Aku menangis sekuat hati di dalam kereta sementara menunggu jam 2 petang.

Aku sampai di rest hause tersebut. Aku lihat ayah dan ibu ku serta suamiku di sebuah meja. Air sudah siap terhidang. Ayah aku menyatakan bahawa dia yang ingin berjumpa kami kerana keluarganya menalifon ayahku dan memberi tahu bahawa hubungan kami mempunyai masalah. Dia tidak menafikannya, dia menyatakan kepada ayahku bahwa dia sudah tidak ada hati terhadapku. Muka ibuku berubah. Seperti halilintar terkena jantungku. Aku menggigil dan aku terkaku tidak mampu berkata apa-apa. Dia memberi tahu ayahku bahawa aku tidak pandai melayaninya,tidak pernah bersamanya dan menyakiti hatinya. Aku memegang tangannya dan memohon maaf tapi ia menariknya lantas berkata. “Dah,saya dah tak nak,ini yang awak mahukan kan? Soalnya kepada ku. Aku tergamam melihat mukanya yang penuh benci terhadapku. Ayahku penuh tenang berkata kepadaku, sekarang kakak dah dengarkan apa yang suami kakak cakap? Kakak kena terima yang dia dah tidak ada hati lagi dengan kakak. “aku hanya berdiam dan lidahku kelu menyatakan apa pun. Dia berkata kepada ayahku bahawa dia akan menguruskan proses ke mahkamah dua minggu lagi.

Hanya Allah yang mengatahui bagaimana perasaanku ketika ini. Tidak apa yang aku perjuangkan dalam rumah tangga ini hanya untuk bersamamu dan berada disisimu. Aku akui saat mula-mula aku menjadi isterinya aku tidak pandai melayaninya kerana perasaan maluku sebagai seorang wanita. Aku bukan tidak mengerti bahawa hubungan ini sudah halal tetapi tidak mudah bagi seorang wanita yang mempertahankan maruah dan dirinya berpuluh tahun,lalu perlu diserahkan pada seorang lelaki yang masih terasa asing. Layani aku dengan baik agar aku tidak merasakan asing dalam hidupmu.
aku akui terkadang aku emosi tetapi pintaku hanya untuk berada disisinya. Sekuat apa pun aku,aku tetap seorang wanita yang penuh dengan emosi. andai aku berada disisimu aku merasa sangat tenang dan hilang segala emosiku.

Aku seorang perempuan yang tidak mampu berjalan sendiri dalam malayari bahtera rumah tangga ini. Pegang tanganku dan bawa aku bersama-sama. Tidak ada seorang perempuan pun di dunia ini tidak mahu bersama suaminya. Berterus terang seperti apa yang kamu mahukan dan bantu aku melakukan. Aku ini menjadi isterimu yang ingin dipimpin bukan datang dengan seribu kesempurnaan. Aku seperti manusia lain yang tidak lari dari kesilapan dan aku juga punya sifat marah ,janganlah terus menghukumku dengan kejam. Kisah ini kisah benar yang berlaku terhadapku. Perkahwinan yang dibina tidak sampai tiga bulan akhirnya hancur berkecai. Seolah tiada lagi kasih dan sayang. Cinta yang hampir dua tahun lebih terbina kini berubah arahnya. Aku yang sangat merindui dan mencintainya kini terpaksa melupakanya dengan sangat dasyat. Aku sendiri terasa seperti ia satu mimpi ngeri yang menghantuiku sehingga kini.

– ASRAR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Timezone

PengakuanKu

Assalamualaikum. Taknak meleret panjang lebar. Straight to my story. Bukan nak meratap nasib. Cuma nak meluah rasa sedih yang terpendam since 6 tahun yang lalu. Kisah sedih yang berulang-ulang sehingga kini..

Selepas SPM..
Aku seronok selepas penat lelah usaha dapat keputusan yang baik untuk SPM. Walaupun bukan straight A macam bebudak genius tu, tapi cukup bagi aku untuk turut sama terima anugerah pelajar cemerlang dekat sekolah. Lepastu confirm excited nak mohon UPU, dah target dalam otak mana nak mintak. Dah terbayang dah pun life dekat universiti, dah bayang masa depan punya cerah. Lepas mohon setiap hari berharap akan dipilih ke tempat yang baik. Mudah-mudahan.. Sambil itu aku buat part-time kerja tukang cuci pinggan. Jadilah dari takde kerja.

Keputusan keluar selepas beberapa bulan..
Jantung berdebar nak buka keputusan UPU. Loading pulak tu, lagilah nervous. Aku tekup tangan dekat screen. Sikit demi sikit aku alihkan tangan nak tengok result. Hampa…

Aku tak diterima oleh mana-mana universiti. Mata jadi berkaca. Sebak yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Usaha penat lelah aku jadi sia-sia. Mana silapnya aku? Kenapa aku tak layak? Aku cuba redha
and mohon rayuan pula. Lepas rayuan aku cuma diterima di Politeknik Metro. Masa tu baru lagi poli ni so aku tak boleh terima langsung. Kawan-kawan semua share diorang dapat Matrik (aku tak apply sebab tau tak pandai sangat) and Asasi and universiti yang best. Tapi aku? Course yang aku nak jauh sekali dapat apatah lagi cita-cita aku. Slowly aku nampak future hidup aku yang aku selalu bayangkan tu hilang.. jauh.. Aku give up! Kecewa!

Few weeks after..
Entah kenapa hati aku tiba-tiba tergerak nak call Jabatan Pengajian Tinggi time aku tengah sibuk kerja. Mungkin hati hari-hari membuak nak sambung belajar. Taknak kerja dah. Plus kawan-kawan pun semua dah sambung study. Aku dapat Form 6 tapi kena lempar aliran science. Subjek aku paling tak pandai. Datang rezeki dapat cakap dengan pegawai jabatan. Aku cakap terus aku nak mohon tukar. Aku taknak poli metro tu. Dahla course aku tak suka. Jauh pulak tu dari family. Aku bukan demand tapi aku fikir kesian makpak aku kena hantar jejauh masuk tempat yang aku tak rela langsung nak pergi. Family aku bukan orang senang. Nak pergi sana makan belanja besar.

Pegawai tu check result SPM aku. Dia tanya “Kenapa kamu tak dapat masuk U?” On spot dia tanya nak course apa tapi politeknik biasa jela dia dapat bagi tukar. Suara dia aku dengar macam tersekat-sekat. Macam orang bersalah. Aku pun tak plan apa main mintak je course yang senang dapat kerja and tempat yang tak jauh dari family. Tak sangka time tu jugak dia suruh decide. Adakah aku calon yang dilepas pandang? Sebak sangat time tu..

After Diploma..
3 tahun aku study hard untuk dapatkan result yang baik. Alhamdulillah every sem dapat pointer tinggi, dapat anugerah dekan. Allah permudahkan.. Lepas grad aku dapat kerja taraf sambilan sampai sekarang. Tiada EPF or SOCSO. 2 tahun lebih aku dekat sini. Macam-macam kerja aku apply tapi semua tak lepas. Ada few interviews aku pergi tapi aku takde transport nak hidup sendiri. Aku tanggung family. Bukan kekwat tak terima offer job apatah lagi memilih job. Cuma gaji tak setimpal. Mana aku nak bagi family lagi mana aku nak bayar rumah sewa lagi. 3 tahun aku masih takde kerja stabil, sedangkan kawan-kawan aku semua dah happy dengan life masing-masing.

Ada yang tak sambung study pun tapi rezeki dia sekarang siap mampu pakai kereta mahal. Aku ni nak mintak loan kereta pun taktau nak start dari mana. Orang takde slip gaji la katakan.. 3 tahun aku struggle study untuk dapat kerja yang bagus tapi semua tak pandang aku. Kawan-kawan aku yang enjoy time study and tak kisah sangat dengan result diorang banyak yang aku tengok kerja bagus. Mungkin ada kebaikan diorang yang Allah pandang tinggi tu sebab diorang berhak dapat nikmat tu. Aku ajar diri untuk tak buruk sangka dengan orang, tak iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin belum rezeki. Aku taktahu bila Allah nak bagi perfect time untuk aku dapat rasa nikmatnya hasil kejayaan aku struggle dari dulu. Ada yang kata aku malas, tak berani merantau. Diorang takde dalam situasi aku so they never know. Aku masih tak ada apa-apa yang berbaloi untuk aku banggakan untuk diri sendiri. Usia aku hampir 24 tahun tapi aku rasa beberapa tahun yang aku lalui ni sia-sia. Aku tak happy dengan kerja aku sekarang. Tapi aku bersyukur Allah masih beri nikmat kesihatan dan cukupkan keperluan aku. Cuma kadang kadang aku tertekan dengan cakap orang sampai aku tersedar aku persoalkan nikmat yang Dia dah banyak sangat bagi dekat aku.

Timezone semua orang tak sama. Mungkin Allah nak aku bagi effort lebih untuk rasa nikmatnya berjaya dalam hidup. Aku selalu doa untuk dapatkan kerja and life yang better dari sekarang. Doakan aku okay gais.

– Kuntum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Budak Jagung

PengakuanKu

Salam,

Aku kongsi sebab mungkin kita sama situasi?? atau korang boleh bagi pendapat dan menasihati.

Jagung. Itu panggilan yang sesuai untuk aku sebab pengalaman baru setahun jagung. Aku ada pengalaman sejagung dua di sebuah syarikat kecil beberapa tahun lalu. Suatu hari aku buat keputusan untuk memajukan diri dengan mendaftar laman cari kerja dengan harapan dapat berpindah ke syarikat yang lebih stabil dan mestilah untuk naik gaji. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. Aku dapat interview atas jawatan yang aku pohon. Pendek cerita, aku berjaya interview tu tapi pada saat akhir bila aku dapat surat tawaran, aku dapat jawatan lain jauh dari yang aku pohon.

Jadi, aku telefon HR dan pastikan, sebab aku tak tahu dan tak pernah dengar jawatan yang dorang bagi. Jawapan dorang ya, memang jawatan tu baru dan dorang nak offer sebab pengalaman dan kelayakan aku sesuai untuk jawatan yang lebih tinggi dari jawatan yang aku pohon. Serius aku keliru, aku buat research pasal jawatan tu dan memang jauh dari bidang aku, so aku hantar email untuk tolak. Bukannya aku tak nak cuba benda baru tapi ada benda dalam dunia kerja ni tak boleh dapat dari google tapi hanya boleh dilakukan dengan ‘pengalaman’. Aku tak nak menyusahkan syarikat baru tu dan sudah tentu tak nak runsingkan kepala otak aku.

Tapi mungkin rezeki, manager bahagian yang interview tu call aku guna telefon peribadi dia. Dia nak yakinkan aku jawatan yang ditawarkan ni berkaitan dengan bidang cuma nama je panggil lain sikit sebab ada tambahan sedikit dari segi tugasan. Dia siap hantar email tentang skop tugasan aku dan harap aku dapat masuk syarikat dia. Korang boleh bayangkan? aku dah tolak tapi manager sendiri call. Waktu tu syarikat lama aku pulak tengah bergolak, jadi aku anggap ini rezeki Allah nak bagi dan aku pun terima je kerja tu. Kat situlah aku berdepan dengan situasi.. aku bagi dua bahagian ye.

1) Manusia HSD.

Syarikat aku masuk memang besar, tapi orang yang sama jawatan dengan aku ada beberapa orang je. Awalnya semua okay dan aku memang naif. Aku senyum dan berbual kosong dengan sesiapa pun yang tegur aku. Tapi makin lama aku perasan hampir semua yang tegur, tertanya-tanya kenapa aku boleh dapat posisi yang aku ada sekarang, sedangkan ikut pendapat dorang, aku ni jagung je, ada antara mereka durian, epal dan sebagainya. Biasanya aku memang takda jawapan pun untuk tu. Sebab bila fikir balik, ye memang aku jagung, tapi aku tak masuk guna cara kotor.

Aku daftar laman cari kerja bukan guna orang dalam atau sebagainya. Pastu, nak cakap manager tu bapak aku, bangsa pun dah lain. Jadinya aku malas nak layan soalan dorang tu dan aku sangka semua habis begitu je. Tapi aku silap. Betullah orang cakap manusia ni macam ragam, talam dua muka pun ramai. Rupanya dari sebelum aku masuk, jawatan aku ni dah jadi isu sebab sebahagian orang je dapat naik pangkat jadi korang boleh agak yang x dapat rasa apa? tiba-tiba aku yang jagung ni pulak masuk. Memang panaslah. dan masalah bermula bila dorang ni tak boleh tengok orang senang. Depan aku baik je bual-bual macam biasa pasal kerja tapi actually apa yang aku cakap jadi bahan untuk mereka ni komplen pada HR sebab tak puas hati. Sebab mereka-mereka ni dah kerja lama level durian, ada antara aduan mereka tu didengari dan benefit aku dibatalkan.

Awalnya aku tak syak wasangka langsung, tapi bila orang sejawatan aku dah bagitahu perkara sebenar barula aku faham. kenapalah tak cakap awal-awal. Aku rasa kena tikam. Dan kalau ada yang sama spesis dengan dorang kat sini tolonglah jawabkan soalan aku ni. Dapat apa ye dari semua ni? dapat naik gaji ye? atau kepuasan? Serius aku tak faham sebab nak cakap kami satu bahagian, bukan. Nak cakap aku masuk, gaji dorang kena potong, tak. Apa masalah aku tak tau. Yang tak tahan, mereka sampai ke hari ni masih gigih nak korek rahsia dari aku lepas dah tikam sampai berdarah hari tu. Mungkin dorang nak aku berhenti agaknya. Jangan harap. Dorang ingat aku ni betul-betul naif sampai tak tahu siapa yang komplen. Takpalah buat masa ni aku anggap jelah mereka ni tengah bosan sampai tak tahu nak buat apa. Aku tak sangka watak jahat sinetron dalam tv tu wujud dalam dunia realiti.

Perangai dorang ni jujur buat aku rasa tak semangat nak kerja dan sampai sekarang aku tak kawan rapat dengan sesiapa pun sebagai langkah berjaga-jaga, Yelah aku taktau siapa lagi nak tikam aku. Aku ada pesanan pada mereka ni. ” Bawa bertaubatlah ye dan mohon jangan jaga tepi kain orang sangat. Dunia ni berputar, anak-anak korang semua bakal besar dan bekerja juga nanti, waktu tu kalau anak korang kena macam aku ni, tolonglah ingat balik apa korang tengah buat ni. Doa orang teraniaya makbul dan ingat rezeki tu milik Allah bukan korang yang tentukan.

2)Hormat

Aku boleh dikategori jagung juga kalau dari segi pergaulan dengan lelaki. Sebab aku tak bergaul sangat kalau bukan urusan kerja. Kawan rapat lelaki boleh cakap takda.Tapi tak sangka kat syarikat nilah aku dapat banyak gangguan yang pelik-pelik. Macam ceroboh privasi aku tanpa izin, suruh duduk atas riba, suami orang menggatal. Nasiblah aku bukan kategori Husna, Nauzubillah. Ye, Aku mengaku aku memang bujang tapi aku x desperate kot. Aku datang lillahitaala nak kerja je dan duit of course. Dan aku tahu kadang-kadang nak bergurau je tapi agak-agaklah kan.

Aku taklah minta dihormati tapi ada sebab aku pakai tudung tutup dada, stokin tangan dan kaki. Selain daripada kewajipan, aku harap dapatlah lindungi diri, yelah orang cakapkan perempuan kena ganggu sebab pakaian menjolok mata. Tapi tak semuanya orang cakap betulkan. Buktinya jadi pada aku, dah tutup dan tak gaul sangat tapi still kena ganggu. So, aku nak cakap, bila perempuan dah berusaha menutupi diri, x salahkan lelaki berusaha untuk menghormati??

Pengalaman aku ni just nak sharing je, mungkin biasa je tapi nilah realiti yang selalu terjadi. Aku doakan Manusia HSD diberkati dan dikurniakan Rezeki sampai berhenti tutup periuk nasi orang. Dan yang kedua tu aku tak tujukan pada semua lelaki. ada je yang baik.. Tapi yang rasa-rasa macam kena pada batang hidung tu, tolong ye..tolong sangat bantu juga perempuan untuk jaga diri. Nanti rosak korang juga yang tak nak..kan??

Okaylah doakan aku bertahan menghadap cabaran hidup ni sampai mampu jadi jagung bakar atau jagung susu ke..Baru mahal sikit, boleh jadi bos..

– Budak jagung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kekuatan Seorang Insan

PengakuanKu

Kekuatan seorang umat.Macam selalu aku selepas solat sahaja pasti akan membaca doa.Dan antara doa aku yang selalu aku baca adalah “Ya Allah kau tolonglah kuatkan hatiku dan tabahkan hati aku untuk mengharungi segala ujian yang mendatang kepada diriku ini.”Mula-mula jarang jugaklah doa macam tu tapi lama-kelamaan dah jadi rutin hidup aku.

Tanpa sedar tak sedar pelbagai ujian menimpa aku.Seperti beberapa bulan yang lalu aku kehilangan sahabat aku.Aku dihina dan diejek oleh orang sekeliling aku.Semua ini bermula pada aku di sekolah rendah dulu,aku jarang mendapat kawan kerana sikap aku yang begitu lembut dan mudah menangis apabila dihina dan diejek.Kadang-kadang cara nak buat aku “happy”ialah dengan cara bila ada orang puji jee aku ni cepat perasan dan mudah berpusing-pusing macam kanak-kanak ribena.Sebenarnya aku membuat sedemikian adalah kerana ingin membuat orang sekeliling aku “happy”.Lama-kelamaan menjadi rutin harian aku.

Sebilangan mereka tidak menyukai aku seperti ketika aku pagi-pagi pergi sekolah,mejaku dipenuhi dengan sampah-sarap dan sebagainya.Aku hanya kaku dan mendiamkan diri kerana ibuku pernah bercerita tentang kisah Nabi Muhammad Saw iaitu ketika baginda sedang melakukan solat seorang musyrikin mekah telah meletakkan najis unta dibelakang Nabi Muhammad Saw.

Berdasarkan daripada cerita tersebut,aku terpegun akan sikap baginda yang tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.Lalu,aku menayakan kepada diriku,”Mengapakah aku mahu berasa sedih sedangkan baginda tidak pernah bersedih dalam situasi tersebut.”Sehingga kini hidupku seperti dalam keadaan yang lain dan lebih sempurna.Pada mulanya aku beranggapan demikian namun,hidupku lebih teruk daripada sebelumya.Seperi pada mulanya aku masuk tingkatan 1 aku sudah memulakan hidupku yang baru.Makin lama aku mempuyai ramai kawan.

Meskipun demikian,ketika aku tingkatan 4,aku kehiangan dua sahabatku,aku paling menyayangi mereka berdua kerana aku beranggapan bahawa mereka menyayangi aku juga.Namun firasatku adalah salah.Ketika mereka dapat pindah kelas.Aku hanya mengucapkan tahniah dan aku berlalu pergi dalam keadaan menahan air mataku.Ramai bertanya kepadaku” Mengapa kau tidak mengikut mereka sekali.”aku hanya mendiamkan diriku tanpa menjawab soalan tersebut.Aku berbuat demikian kerana ingin belajar bersungguh-sungguh.

Sudah beberapa bulan kami tidak bertegur sapa.Aku merasakan bahawa dalam dunia ni aku seorang sahaja yang merasakan perasaan ini.Tetapi Allah itu maha kaya.Antara sebab mereka menghilangkan sahabatku adalah ingin aku menyayangi seseorang lebih daripada sahabatku.Yang sentiasa ada di sebelahku.Tak lain tak bukan keluarga.Aku tertanya-tanya apa salah aku selama ini sehingga aku kehilangan dua sahabatku.Antarnya adalah aku tidak pernah menyayangi keluargaku seperti aku menyayangi kawan-kawanku.Ketika pergi di sebuah kedai buku,aku bertemu dengan satu buku ini.Seolah-olah buku itu dengan aku adalah satu takdir mengapa buku itu ditemui.

Tanpa membuang masa,aku pun membeli buku tersebut dan membacanya.Aku mengalirkan air mataku kerana selama ini segala soalan yang aku berikan kepada Allah telah terjawab.”Ya Allah sungguh besar nikmat yang kau berikan kepada hamba-haba kau”.Akhir kata aripada saya adalah sebanyak mana ujian yang diberikan kepada Allah bukanlah dia mahu melihat kamu terseksa,malah dia ingin melihat sejauh manakah kuat dan tabahnya kamu mengharungi ujian-Nya.

– Adlin Nazifa Bt Mohd Azmi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Malas Dan Kurang Sabar

PengakuanKu

Hi assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada admin kerana menyiarkan post ini. Post ini adalah untuk diri saya sendiri juga para pembaca khusunya para wanita. Semoga kita dapat ambil yang baik, yang tidak baik kita tinggalkan.

Betulkan tempat duduk, tarik nafas dalam-dalam, hembus..

Dewasa ini, isu yang hangat dan sentiasa hangat diperkatakan adalah produk sampah. Krim kilo ke supplemen ke ubat kurus ke jus kesihatan ke dan yang sewaktu dengannya.

Saya juga pernah menggunapakai produk supplemen ini. Dalam pemikiran saya masa tu, saya nak sihat dan nak cantik.

Tapi

Saya nak cepat berkesan.

Produk-produk sebegini dijanjikan berkesan paling cepat 3 hari.

Kenapa produk-produk ni dipasarkan begitu? Sebab kebanyakan daripada kita:

Malas dan kurang sabar.

Padahal, kunci utama penjagaan diri dan kesihatan adalah makanan yang seimbang dan senaman.

Makanan yang seimbang itu; suku suku separuh, minum air yang secukupnya (memadai untuk badan, bukannya sampai 10 litre sehari. 1 litre untuk setiap 25kg berat badan), elakkan makanan rapu, minuman berwarna, buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran secukupnya. Cara masakkan juga perlu diambil kira. Masalahnya, kita mudah nak dapatkan makanan rapu berbanding makanan yang seimbang. Fast food lah contohnya.

Begitu juga senaman. Bagi saya, masyarakat kita sudah semakin cakna pentingnya bersenam. Alhamdulillah, taman-taman dah ramai orang datang berjoging, briskwalk dan sebagainya. Cuma, kita masih rasa bersenam lambat berkesan. Kita pun pilihlah makan supplemen dan produk kurus. Sebab, produk sebegini, dimomokkan dengan kesan awal. Ye, benar. Kesan kurus yang lebih awal tetapi kesan negatif berpanjangan. Sedangkan bersenam itu murah. Kalau malas sangat, buat je lompat bintang atau 7-minutes-workout tu.

Dari segi penjagaan wajah tidak terkecuali, produk di farmasi atau pakar memang lambat kesannya. Kuncinya; SELAMAT DAN BERKESAN. Berkesan tapi tak selamat buat apa. Perasan tak, kebanyakan produk di farmasi atau kedai pakar dipakejkan dalam kuantiti yang banyak, yang boleh tahan sehingga 3-6 bulan. Sebab, keberkesanan sesuatu produk ambil masa yang lama. Sabar.
Ketika saya berada di Korea, saya perasan orang Korea 99% slim. Mereka sangat mementingkan penjagaan diri. Di restoran, tiada minuman berwarna/manis disediakan, yang ada air kosong atau kopi. Mereka juga rajin berjalan dan bersenam. Orang Korea menjaga wajah mereka sejak remaja. And we all know about their rigid 10 steps skincare. (Sila jangan komen äla-itu-semua-pembedahan-plastik je)

Tidak lupa juga pada kebersihan kediaman kita. Adakah rumah kita betul-betul bersih. Sampah dibuang dalam tong sampah dan jangan sampai berulat baru nak buang, sapu sampah setiap hari, lap habuk pada kipas dan tingkap, pengudaraan yang cukup, pakaian kita basuh dengan cermat atau tak, habuk kat kipas dan tingkap lap tak dan sebagainya.

Mari.

Kita usahakan menjadi rakyat Malaysia ubah cara hidup, sihat dan cerdas. Cakna pada pengatahuan semasa, kurangkan membawang, kurangkan membawang. hormati perbezaan dan raikan persamaan,

Selamat Hari Merdeka. Sekian, terima kasih

Atashinchi

– Atashinchi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Sebab Mahasiswa Belum Merdeka

PengakuanKu

Aku rasa sekali-sekala IIUM Confession perlu juga kongsikan pengisian ilmiah untuk pemerkasaan mahasiswa.

Kita sememangnya bersyukur atas nikmat udara kemerdekaan yang telah kita hirup selama 61 tahun lamanya. Jika kita kembali menyoroti sejarah perjuangan kemerdekaan negara, kita dapat menyedari bahawa sesebuah negara bangsa tidak akan dapat mencapai kemerdekaan sebelum rakyatnya memerdekakan diri mereka terlebih dahulu. Kunci kemerdekaan kita ialah kesepakatan rakyat Tanah Melayu pada masa itu untuk membebaskan diri mereka dari penjara penjajahan- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Mahasiswa hari ini ialah pemimpin masa hadapan. Sebagai mahasiswa, kita menggendong tanggungjawab yang begitu besar sekali untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan negara ini. Kita belum lagi boleh menghela nafas lega kerana tugas mengisi kemerdekaan itu ternyata jauh lebih sengsara. Seluruh rakyat -yang muda dan yang tua, yang miskin dan yang kaya- akan menyandarkan harapan dan untung nasib anak cucu mereka kepada pemimpin masa hadapan. Kerisauan yang sewajibnya kita ambil serius pada masa kini ialah adakah mahasiswa kita benar-benar berupaya untuk memimpin negara pada masa akan datang? Adakah mahasiswa Malaysia telah merdeka semerdeka negaranya?

1. Belum merdeka dari tempurung kemalasan

Kemalasan yang saya akan fokuskan ialah kemalasan untuk beraktiviti dalam kalangan mahasiswa. Ingin saya tegaskan di sini, universiti bukanlah sekadar tempat untuk menuntut ilmu, tetapi juga medan untuk menimba lebih banyak pengalaman hidup. Jika kita masih mempunyai mentaliti bahawa tujuan memasuki universiti hanyalah untuk menggenggam segulung ijazah, maka kita masih belum merdeka dan belum layak untuk memimpin. Mahasiswa yang cemerlang dan mampu berdaya saing merupakan mereka yang mampu mencapai kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik dan penglibatan aktiviti luar kampus. Mahasiswa sudah boleh mula membebaskan diri dari budaya 3K di universiti, iaitu kelas, katil dan kafe. Kehidupan di universiti lebih daripada hanya datang ke kelas, makan dan tidur.

Kita mestilah melihat dunia luar dengan kaca mata yang lebih luas. Usia muda ini selayaknya dimanfaatkan untuk mengaktifkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial seperti aktiviti kesukarelawanan, warisan dan sukan. Sekurang-kurangnya penglibatan dalam satu kelab atau aktiviti sahaja sudah cukup untuk menyeimbangkan kehidupan di universiti. Semasa dalam pengajian Ijazah Perubatan di Singapura, Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu aktif dalam aktiviti penulisan di ruangan akhbar yang bertujuan untuk menyedarkan bangsa Melayu. Kegiatan beliau sama sekali tidak membataskan pencapaian akademik beliau. Dunia masa hadapan akan sangat rencam dan mencabar. Berbekalkan ilmu dan pengalaman, kita mampu memimpin dengan baik.

2. Belum merdeka dari penjara kejahilan

Apabila kita tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kita terpaksa menanggung betapa peritnya kebodohan-Imam Syafie.

Jumlah kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi semakin meningkat saban tahun. Kita semestinya berbangga apabila ramai anak watan yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ketiga. Namun begitu, kuantiti tidak mencerminkan kualiti dan realiti sebenar. Tepuk dada, ketuk hati dan tanyakan pada diri kita sendiri: sudah cukupkah ilmu yang aku ada? Sudahkah aku mengamalkan ilmu yang aku pelajari? Dan adakah aku benar-benar berilmu? Jika tidak, maka kita masih lagi jahil dan belum merdeka dari penjara kejahilan.

Penuntutan ilmu merupakan proses sepanjang hayat. Sepanjang umur, kita memerlukan ilmu pengetahuan. Mahasiswa seharusnya tidak membataskan ilmu sekadar belajar secara formal di dalam kelas sahaja. Ilmu Allah itu maha luas dan dapat dituntut melalui pelbagai cara, terutamanya membaca dan berbahas. Bangsa membaca, bangsa berjaya- ya, kedengaran sudah lapuk tetapi itulah hakikatnya. Mahasiswa kita sedang sakit. Sakit untuk membaca dan berfikir dengan lebih kritikal. Sebagai contoh, kita terlalu bergantung dan menerima sesuatu maklumat dari internet tanpa menyelidikinya terlebih dahulu semasa menyiapkan tugasan- dan ini bukanlah ciri orang yang berilmu. Ilmu yang dituntut dengan cara tersebut tidak akan bertahan lama.

Sebagai cadangan dan permulaan, didik diri kita untuk menghabiskan sebuah buku dalam masa sebulan. Apa yang saya amalkan ialah, saya akan meluangkan satu jam sehari khusus untuk membaca buku. Minda orang muda mempunyai kapasiti berfikir dan mengingat yang baik. Jadi gunakanlah nikmat itu dengan sebaiknya.

3. Belum merdeka dari rantaian ketaksuban, fanatism dan minda yang tertutup

Kita semua mempunyai prinsip hidup yang tersendiri. Malah kita memerlukan prinsip hidup untuk mengarah diri kita bagi mencapai sesuatu objektif. Walaupun begitu, dalam memegang prinsip itu, janganlah sampai bersikap ego dan tidak dapat menerima pendapat yang tidak sehaluan dengan prinsip kita. Hal ini termasuk juga dalam hal ehwal politik negara atau politik kampus. Kita acap kali ‘panas punggung’ dan ‘cepat melenting’ apabila orang lain memberikan idea yang berbeza. Situasi ini sangat tidak sihat dan boleh memudaratkan.

Kita berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dalam sesuatu perkara, namun lakukanlah dengan penuh hormat. Sebagai mahasiswa, kita perlu sentiasa bersedia untuk menerima teguran dan menilai satu-satu hal melalui pelbagai perkspektif. Salah satu caranya adalah dengan membudayakan diri untuk berbahas dan menghadiri majlis-majlis intelektual bagi bertukar-tukar pendapat. Melalui perbahasan, kita dapat membebaskan diri daripada ketaksuban dan minda yang tertutup, sekali gus membuka minda dengan lebih luas untuk mencerna pendapat yang berlainan.

4. Belum merdeka dari belenggu dosa dan kesalahan yang berulang

“Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama”

Tidak dapat tidak, kehidupan di universiti mempunyai pelbagai dugaan yang tidak dijangka. Mahasiswa mudah terdedah kepada pengaruh rakan sebaya, hiburan dan sebagainya kerana tiadanya pengawasan ibu bapa. Kita dapat menyaksikan pelbagai masalah sosial yang bercambah di universiti seperti seks bebas, kelahiran anak luar nikah, penyalahgunaan dadah, ketagihan gam, pengambilan pil khayal dan arak. Masih banyak lagi yang tidak dapat disebutkan di sini. Bagi sesiapa yang membaca dan merupakan salah satu daripada golongan tersebut, maka jangan cepat berputus asa. Manusia tidak pernah terlepas daripada membuat kesalahan tetapi kita mempunyai pilihan untuk terus berada dalam kesilapan tersebut atau memerdekakan diri daripadanya. Tuhan memang sentiasa membuka pintu keampunan dan taubat buat hamba-Nya tetapi pintu untuk berubah, kuncinya ada pada diri kita.

Sebagai penutup, aku nak tinnggalkan satu persoalan: MERDEKAKAH KITA?

– Danial Hamka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hikmah Mengapa Dia Bukan Jodohku II

PengakuanKu

Assalamualaikum sahabat IIUM. Sabrina kembali lagi, hehehe. Sebenarnya tak sangka yang coretan hidup aku akan disiarkan. Terima kasih banyak-banyak Admin. Dan yang paling aku tak sangka, confession aku mendapat beribu likes, beratus komen dan share. Aku baca semua komen, satu persatu. Allahu, terharu dengan kebaikan hati korang semua. Terima kasih kerana sudi mengambil masa dari kesibukan masing-masing untuk membaca kisah hidup aku. Tak lupa kepada yang mendoakan arwah Reezwan, dan yang mendoakan kebahagiaan aku, terima kasih banyak-banyak. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di dalam rahmat Allah.

Ada juga yang kata kisah hidup aku ini macam novel dan drama. Hehe. Ya, tidak aku nafikan. Hidup kita semua memang satu drama. Sama ada drama itu santai, sadis, penuh kebahagian, penuh kesedihan, penuh kekeliruan dan bermacam permasalahan lagi, itulah apa yang ditakdirkan untuk kita. Bagaimana kita menghadapinya itu lah yang menunjukkan siapa diri kita, yang menentukan bagaimana plot dan klimaks drama itu. Hidup didunia ini hanyalah satu ujian.

Ya, lama aku pendam cerita ini. Hanya Azila yang tahu tentang siapa lelaki bernama Reezwan dalam hidup aku. Aku ceritakan di page IIUM sebab sejak akhir ini aku selalu teringatkan arwah Reezwan selepas bermimpikan dia minggu lepas. Mimpi hanya mainan tidur, tapi mimpi itu membuatkan aku merindui arwah. Terasa sesak dada aku. Sesak penyesalan kerana menolak untuk berjumpa dengan arwah buat kali terakhir. Selepas menulis di sini, dan selepas membaca komen korang semua, aku lega. Ketika berwhatsapp dengan Azila, dia cakap kat aku, “sudah-sudahlah teringatkan arwah tu sab, ingat kau tu dah bersuami”. Aku hanya diam saja. Salah ke untuk aku mengingati dia? Sekadar mengingati dan merindui sahaja. Aku tetap sayang dan cintakan suami aku.

Beberapa komen yang aku baca, ada yang seperti senasib dengan aku (walaupun berlainan cerita) dan nampak seperti masih menunggu hikmahnya. Kadang-kadang kita tidak sedar pun akan hikmah sesuatu kejadian itu kerana ia boleh datang dalam pelbagai cara. Dan tidak semestinya kita akan terus nampak didunia ini. Mungkin hikmahnya menunggu di akhirat. Bersabarlah. Cuba. Sesungguhnya sabar bukan perkara mudah. Sebab itu besar ganjaran nya untuk mereka yang bersabar.

Sebelum arwah Reezwan meninggal dunia, aku selalu bersangka buruk dengannya. Mana tidaknya, sekejap ada sekejap lagi hilang, kemudian muncul semula. Aku merasakan dia seperti mahu mempermainkan aku, atau sekadar tempat melepaskan kebosanan. Azila bermati-matian mengatakan arwah bukan jenis lelaki seperti yang aku fikirkan. Aku tidak percaya. Bagiku, bidang kerja dia yang sangat glamour itu lah yang membuat dia jadi begitu. Ye lah, dikelilingi gadis-gadis pramugari yang cantik. Mana mungkin aku ada tempat dihatinya. Lagipun orang selalu cakap, lelaki kalau nakkan kita, tiada apa yang boleh menghalangnya. Kalau lah aku tahu dia sakit….

Kuatnya dia kerana mampu menyembunyikan penyakitnya. Kuatnya dia kerana mampu menjauhkan diri dari aku kerana tidak mahu aku bersedih. Itulah kasih sayang yang ikhlas. Pada hari ke-7 arwah meninggal dunia, Azila memberitahuku yang dia akan menghadiri kenduri tahlil. Aku meminta pertolongan Azila untuk menunggu di rumah arwah sehingga majlis selesai kerana aku mahu menelefon dan bercakap dengan ibu arwah Reezwan. Setelah selesai majlis, Azila menghubungi ku. Waktu itu aku agak terkejut dan tidak bersedia kerana aku bagitahu Azila untuk whatsapp aku bila majlis selesai dan aku yang akan hubungi dia. Berdebar-debar hati aku bila Azila berikan telefon kepada ibu arwah. Aku tidak berapa ingat isi perbualan tetapi aku tidak akan melupakan apa yang ibu arwah katakan padu aku. “Wan selalu cerita kat aunty pasal awak. Takpelah, bukan jodoh korang kat dunia ni. Redha ye nak” Selepas perbualan dengan ibunya, aku menangis semalaman dan tidak tidur. Pergi kerja dengan mata merah dan bengkak.

Korang boleh bayangkan tak? Kalau lah doaku untuk dijodohkan dengan arwah Reezwan Allah makbulkan, dan kami berkahwin, dan tak lama kemudian Reezwan pergi menemui Penciptanya, bagaimana kah keadaan aku menghadapi pemergiaannya? Adakah aku akan kuat? Adakah mampu untuk aku meneruskan hidup tanpa insan yang kalau menjadi jodohku, semestinya banyak kenangan manis diciptakan ketika hidup bersama? Tidak. Aku tidak dapat bayangkan. Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan. Ya, mungkin Allah tahu aku tidak akan mampu menghadapi kehilangan arwah sebagai kekasih/tunang/isteri arwah ketika itu. Hikmah itulah yang tersembunyi, dan hanya terjawab sehinggalah hari aku mengetahui Reezwan telah dijemput Allah. Inilah sebab doaku yang bersungguh itu tidak dimakbulkan. Sedangkan iblis yang dilaknat itu apabila dia meminta sesuatu dari Allah pun di makbulkan.

Apatah lagi doa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dari kita hamba-Nya yang amat Dia kasihi. Allah amat mengasihi kita wahai sahabat sekalian. Bagaimana aku begitu yakin Allah amat mengasihi kita? Kerana aku manusia, hamba Allah, dan aku mengasihi kedua orang tuaku, suamiku, anakku, adik-beradikku, sahabat baikku dengan kasih yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata. Ya, kita MANUSIA BIASA pun sudah merasa perasaan mengasihi sebegitu rupa. Walaupun disakiti, dikecewakan, dilukai, kita TETAP memaafkan dan MASIH menyayangi. Dan Allah? Allah adalah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ya, MAHA. Tak tercapai dek akal kita setinggi mana kasih sayang dan sudinya Allah mengampunkan kita, asalkan kita bertaubat.

Kepada yang masih belum nampak hikmah dari apa yang ditakdirkan untuk hidup korang, cubalah untuk bersangka baik dengan Allah. Ingatlah akan kasih sayang Nya. Apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan mungkin apa yang kita tidak mahukan itulah yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, Allah sudah beri aku kebahagiaan. Allah hadirkan suami yang baik dan seorang anak lelaki berusia 1 tahun yang sangat comel dan bijak, Muhammad Reezwan namanya :).

Semoga kalian juga akan menemui kebahagiaan. Salam sayang untuk semua.

– Sabrina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.