Tuesday, 21 August 2018

Jangan Simpati

PengakuanKu

Assalamualaikum, hi readers. Terima kasih admin jika confession aku disiarkan. Nama aku Sarah. Umur 28 tahun. Belum berkahwin. Sebab sekarang ni musim kawin dah nak bermula maka aku tergerak hati utk buat confession nie. Sebab dah tak tahan. Haha

Bagi perempuan umur 28 tahun ni secara generalnya sudah agak tua jika masih belum berkahwin. Rata2 kawan sebaya aku semua dah berkahwin dan mempunyai anak 1-2 orang. Saja nak share pengalaman aku sebagai minoriti yang masih single. Sejujurnya aku rimas bila kawan2 dan org yg terdekat dgn aku asyik cakap kesian dan simpati kat aku sbb aku belum kawin dan hidup as single, tak ada orang nak, belum ada calon suami dan sebagainya.

Sebenarnya, aku dah ada someone yg betul2 nak jadikan aku isteri dia dan aku pon sayang dia. Insyallah akan berkahwin tak lama lagi. Dia lah lelaki pertama dalam hidup aku. Aku tak pernah ada org lain sebelum dia. Alhamdulillah baik orangnya. Hasil dari usaha kawan baik aku pertemukan kitorang. Tapi relationship kami ni hanya beberapa org yg rapat dan family je yg tahu sbb kami lebih prefer to stay low rather than declares everything in social media.

Yes aku mengaku sebelum nie aku tak pernah ada boyfriend, pakwe dan sewaktu dengan nya. Sebab aku x reti macamana nak tackel lelaki. Tambah pulak aku dulu sekolah perempuan, menyebabkan aku tak reti sgt bergaul dgn lelaki. Cuma aku slowly adapt bila masuk U dan bekerja. Aku boleh berkawan, even aku ramai je kawan lelaki yg agak rapat dan lepak sekali tapi hanya sekadar kawan. Tak lebih dari tu. Bila ada lelaki yg sukakan aku, aku tak tahu nak buat camana. Hahaha. So akhirnya diorg hilang sbb bosan agaknya.

Disebabkan tiada siapa yg tahu tentang relationship aku nie, dan kwn2 aku pon tahu aku ni mmg jenis stay single, enjoy life, jenis yang ceria2 suka bergurau, so diorang nampak aku ni kesian sangat. hahahaha. Aku ni jenis yg suka benda2 kelakar so kalau ada lawak pasal single person atau forever alone mmg aku akan like atau share sbb bg aku benda tu klakar. Thats all. And then kalau ada kwn2 yg kawin aku akan ambil gambar sambil buat muka/caption sedih dgn niat nak bergurau, tapi yg aku geram kawan2 aku especially perempuan yg dah kawin anggap benda tu serious. Siap PM aku lagii weh suruh aku sabar. Bagi aku kata2 semangat. And I was like, what?? but why??

Ok, bila aku post gambar happy2 contoh gambar travel dan sebagainya, diorang mcm tak puas hati and cakap kitorang travel dgn suami dan anak kat kampung jee.. Bila aku post gambar makanan, suruh aku belajar masak utk suami, cepat2 kawin dan sebagainya. Apa masalah korang sebenarnya? Tu belum masuk lagi bila aku share pasal baby, cara besarkan anak, pendidikan awal bayi, peh semua nak tunjuk pandai sbb masing2 kan da ada anak. Boleh pulak gaduh2 dekat komen pasal yg aku share tu. Chill boleh tak? So kalau aku single aku xleh share ke pasal baby, pasal cara bina keluarga bahagia, keluarga sunnah?

Kalau sorang dua takpe, ni hampir semua coursemates aku dulu pm atau komen dekat benda2 yg aku share atau gambar yg aku amik. Istigfar panjang dlm hati bila aku baca atau dengar kata2 diorang. Aku tahu la korang semua dah kawin dah ada anak, tapi kenapa layan aku mcm nie? Kesian sgt ke aku dimata korang. Aku yg kesian kat korang sebab lepas kawin terpaksa berhenti kerja utk jaga anak dan dunia kau terbatas kat rumah je. Bukan aku nak hina surirumah sbb aku tahu pengorbanan korang terpaksa lupakan impian dan kerjaya demi suami dan anak, but please don’t look down pada org yg single dan bekerja sebab takde orang tanggung sebab takde orang nak kat kitorang nie. Takde la sangat. haha. Look, aku tak pernah rasa kesian dgn diri aku. In fact, aku bersyukur aku belum berkahwin dan aku percaya Allah temukan aku dgn calon suami aku di waktu yg tepat.

Alhamdulillah kerjaya aku paling terkehadapan berbanding coursemate aku yg lain even compare with coursemate lelaki. Alhamdulillah gaji yg aku dapat melebihi purata org yg sama bidang dgn aku. Even Uni aku selalu panggil aku bila ada alumni sharing program. Bukan aku nak berbangga, tapi bagi aku semua benda dalam hidup ni termasuk la kerjaya, jodoh, anak, kejayaan semua akan datang di waktu yg tepat. Tak perlu la nak kesiankan org yg “single” mcm aku nie. Apa kata korang ganti je dgn doa moga dimurahkan rezeki rather than suruh aku sabar, jgn layan perasaan sedih tu, belajar masak dan sebagainya. Lebih kepada menghina pulak aku rasa. Ke aku yg sensitif? hehe

Diorang punya komen dan simpati melimpah ruah kat aku hanya disebabkan aku tak kawin dan “takde” org nak kat aku. Tu yg aku nampak dan baca.Yang cakap belakang pasal aku? Yg pandang aku dgn pandangan “rahmah” dan simpati tiap kali jumpa di kenduri? Kadang2 aku rasa mcm nak expose je pasal relationship aku tu. Tapi aku sabar je sbb ingat nak surprise kan semua dgn kad kawin aku nanti. Biar tahu erti penyesalan. haha.

Ok la.. minta maaf jika confession aku ni ntah apa2. Cuma kpd kwn2 yg dah kawin, tak perlu over sgt dlm bersimpati pada kwn2 yg single. Kau tak tahu mungkin hidup dia jauh lg bahagia dari kau sangka. kalau kau betul2 ikhlas, doakan jodoh dia diam2 sebab doa seorang mukmin utk saudaranya secara rahsia adalah doa yg dimakbulkan Allah. ok? maaf jika terkasar bahasa. Assalamualaikum. bye!

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.