Assalamualaikum semua. Aku mahu berkongsi kisah keluarga aku, dan harap ada yg dpt beri sokongan, nasihat dan sebagainya..dan komen-komen yg tidak murni tidak dialu-alukan kerana aku memerlukan bantuan untuk mencari semangat baru, bukannya membantu menenggelamkan lagi semangatku yg mmg sudah sedia tenggelam ini..
Mungkin kisah ini biasa, dan aku selalu juga mendengar dan membaca kisah seperti ini di FB, even iklan raya hari tu pun, yg Shuk jadi ‘Angah’ tu. Cuma bezanya aku bukan Angah, tapi seorang adik yg agak bongsu, yg tidak bekerja dan tinggal di rumah dengan ibu bapa sedang adik-beradik yg lain sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri.
Aku bukan cemburu dengan adik-beradik aku kerana mereka sudah berjaya, sudah berkeluarga sedangkan aku semakin meningkat usia, tetapi masih belum bertemu jodoh. Kadangkala aku harap sangat aku bertemu dengan jodoh aku secepat mungkin sebab aku dah tak tahan hidup dalam keadaan sebegini. Bukannya mahu lari dari tanggungjawab, tetapi kerana usaha dan bantuanku tidak dihargai walaupun byk yg perlu aku korbankan selama menjaga ibu bapa aku yg kurang sihat.
Walaupun aku yg sering ada dengan ibu bapa aku, menemani mereka ke hospital, memasak setiap hari, melayan keperluan mereka tetapi semua itu seolah-olah tidak dihargai. Apabila aku cuba mengatakan ketidakpuasan hati aku dengan sikap adik-beradikku yg lain yang melebih-lebihkan pasangan dan keluarga mertua daripada keluarga ini, ibu bapaku katakan, “tak apa lah”, “biarlah” sedangkan aku yg terpaksa mengorbankan pelbagai benda untuk sentiasa ada dengan ibu bapa aku, sedangkan adik-beradik yg lain sedang bergembira dan tidak mengambil tahu ttg ibu bapa, sekadar menghulur duit setiap bulan. Tp bagi ibuku, anak yang menghulur wang seratus dua sebulan itu jauh lebih berjasa daripada anak yang menggunakan seluruh waktu dan tenaga menjaga urusan makan minum dan kesihatan mereka.
Ibu bapaku suka menceritakan ttg keburukan aku kepada anak-anaknya yg lain, dan akhirnya aku juga yg nampak buruk. Sedangkan mereka hanya tahu komen, memberi nasihat itu ini, dan apabila pulang ke rumah ibu bapaku jarang-jarang sekali, bukannya lekat di rumah pun. Asyik keluar dan pulang lewat malam, bila pula mahu berkhidmat dan meluangkan masa dengan ibu bapa?
Ibu bapaku bercakap dengan adik-beradik lain, ya Allah macam anak-anak mereka tu tuan, nak tegur pun takut, takut anak-anak itu kecil hati, tp bila giliran aku, bercakap kasar, marah-marah memang biasa. Aku dah puas menangis memohon dengan Allah supaya nasib aku berubah, dan aku tidak lagi ditakdirkan berada di rumah, dan sekali lagi aku tegaskan, aku bukan mahu lari dari tanggungjawab, tetapi aku mahu adik-beradikku yg lain, yg jauh lagi tua dari aku, sedar bahawa mereka masih punya tanggungjawab kepada ibu bapa mereka, bukannya melepaskan semuanya kepada adik perempuan mereka ini, yg jauh lebih muda, dan tidak bekerja.
Apabila berkahwin, semuanya melebihkan pasangan, mertua dan saudara-mara sebelah pasangan. Hari raya, hari cuti, ada sekejap saja di rumah ibu bapaku. Dan aku, kena selalu ada di rumah, ke mana-mana saja ibu bapaku pergi, aku kena ikut, sebab mereka kena ada peneman disebabkan keuzuran. Bila aku nak pergi bercuti untuk meredakan penat dan tekanan pula, tidak diberi keizinan.
Sekarang, aku tiada tempat mengadu, ibu bapa yg aku biasa jadikan tempat mengadu langsung tidak menyebelahi aku, malah dituduh cemburu, jahat, kerana cuba memperjuangkan nasib mereka sendiri yg diabaikan anak-anak. Dan adik-beradik pula, bila sudah bersuami dan beristeri, jarang punyai masa bercerita seperti dulu. Dan silap pasangan mereka langsung tidak boleh disentuh.
Mungkin mereka menyumbang dari segi wang, tapi adakah jasa-jasa ibu bapa boleh dibalas dengan wang semata-mata? Walaupun ibu bapa aku sendiri tetap juga mengganggap wang yg dikirim setiap bulan oleh anak-anak mereka yg bekerjaya itu sebagai tanda membalas jasa, dan tenaga yg diberikan oleh anak yg sentiasa ada di depan mata itu langsung tiada nilainya.
Aku sedar, aku bukan anak yg baik, aku ada juga membuatkan mereka kecil hati, tetapi sekurang-kurangnya aku tak sanggup keluar rumah tanpa ada makanan di rumah utk ibu bapaku makan ketika mereka lapar, kerana aku tahu mereka tidak mampu menyediakannya sendiri. Kalau ada kawan-kawan mengajak berbuka puasa, keluar makan, semua aku tolak kerana kasihankan ibu bapaku yg tiada peneman di rumah. Tetapi adik-beradikku yg lain, boleh keluar sesuka hati, dan menyerahkan segala tugasan kepada aku. Seolah-olah aku orang gaji. Dan ibu bapaku menyokong, setiap rungutan aku dibalas dengan kata-kata pembelaan utk anak-anak mereka yg lain itu, dan silap mereka langsung tidak akan ditegur dan dibiarkan sahaja. Tapi bila tiba giliran aku, dihamburkan semua amarah dan kata-kata seperti aku tidak punyai perasaan. Apabila aku memberontak kerana selalu dimarahi, aku dikatakan anak derhaka, dan sering disindir apabila ada babak2 atau ceramah berkaitan keibubapaan.
Salahkah aku kalau aku memohon kepada Tuhan agar diubah kehidupanku agar aku tidak lagi perlu memberikan khidmat sepenuh jiwa kepada ibu bapaku, yg langsung tidak dihargai?
Tolong doakan aku supaya tabah dan sabar, ibu bapa dan adik-beradikku sedar dengan apa yg mereka telah lakukan, dan doakan aku segera bertemu jodoh yg baik agar adik-beradik dan ibu bapaku sedar yg aku tidak akan selamanya ada di depan mata mereka, dan aku juga punyai masa depan dan kehidupan sendiri. Aamiin.
– Melukut di tepi gantang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment