Monday, 20 August 2018

Memujuk Diri

PengakuanKu

Salam dan hai readers sekalian.Aku Nor.Lama sudah aku tak buat coretan di sini.Rasa rindu nak meluah dekat sini hadir menyapa.Confession kali ni aku nak berkongsi sedikit cara aku memujuk hati.Aku juga seperti kalian.Tak sempurna segala segi waima hubunganku dengan Tuhanku atau makhlukNya kerana aku manusia yang ada hati dan perasaan serta nafsuku yang terkadang naik terkadang menurun tanpa mampu ku kawal.Aku kongsikan dengan semua readers cara aku berdasarkan situasi ye.

Situasi 1: Kehilangan

Pada yang pernah kehilangan orang tersayang mesti tahu kan rasa rindu tu macam mana.Sebelum ni aku tak pernah kehilangan.Namun,bulan ni aku merasa kehilangan pertama kali dalam hidupku hampir 2 minggu yang lepas.K.iparku meninggal diasbabkan perutnya tiba2 sakit dan membusung.Doktor sahkan arwah gastrik.Terkilan,sedih,rindu bercampur.Namun,aku pujuk diriku.Katakan,”bahagian dia sudah lepas.Relakan dia ke sana.Kau yg hidup kena go on dengan life kau.Buat persediaan untuk kau sendiri.”Dia yg Esa berkata setiap yg hidup akan merasai mati.Saat rindu sedekahkan saja Ummul Kitab kepadanya.

Situasi 2:Pilih kasih

Ramai kan yang rasa parent memilih kasih dalam kalangan adik beradik sendiri.Aku jua sering merasa begitu bila mana aku sering dibandingkan dengan adikku.Sedari kecil aku selalu dimarah dan dipukul tapi adikku tidak pernah merasa langsung hatta cubitan.Benar,dia lagi cantik fizikalnya dan disayangi semua berbanding aku.Mungkin saja kerana dia bongsu.Namun,perkataan benci dan hodoh yg diungkapkan adik beradikku yg lain secara langsung membuat hatiku menangis.Mudah saja aku hadapi.Katakan,”setiap yg Dia cipta tu cantik.Manusia saja suka membezakan.Segala pukulan hanya untuk membentukku.Marah2 sayang bukan benci.Jangan terlalu berharap kasih makhluk sedangkan kau ada Dia.”Hanya kata2 sebegitu saja mampu merawat lukaku.

Situasi 3: Sempit rezeki

Gajiku memang sedikit,hanya betul2 cukup makan saja.Terkadang aku ingin seperti kalian juga.Mahu penuhi keinginan hati sendiri.Ingin bercuti seperti kawan yg lain,mempunyai aset sendiri untuk jaminan masa depan serta ingin memanjakan diri.Namun aku sedar aku kurang mampu lagi.Ku pejamkan mata ku sambil kata,”itu rezki masing2.Setiap org lain rezkinya.Usaha saja dan panjatkan doa padaNya agar dibukakan pintu rezki.Syukur apa yg ada”.Yg lebih dikongsi yg kurang disyukuri.

Tu antara cara aku pujuk diri berdasarkan situasi-situasi yg aku alami.Ada lagi sebenarnya namun kukira sampai di sini saja coretan kali ni.Sentiasa positif dan muhasabah diri.Baiki hubungan yg mana tidak elok.Tambah ilmu dan amal.Jangan simpan dendam dihati.Hidup hanya sekali walau ujian datang bertubi dari Illahi.Nikmati saja jalannya.Singkap segala hikmah disebaliknya.Banyak lagi nikmat yg Dia beri untuk disyukuri.Surah Ar-Rahman disebut berkali-kali,”maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi kau yg kau dustakan?”

Berjumpa dilain confession.Chao!

– NOR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.