Bila dah makin membesar, segala isu yg terjadi dekat dunia makin berleluasa termasuklah isu LGBT. From this issue, aku rasa tertarik nak tahu, mcm mana seorang lelaki boleh suka lelaki dan mcm mana seorang perempuan boleh terpikat dgn perempuan yg lain. Bukanlah Allah jadikan manusia berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan)?
Aku search internet, aku tgk facebook, aku tgk twitter. Mcm² ilmu yang aku dapat sehinggalah tertanya, what kind of sex yg mereka buat? Sebab aku rasa naif gila and rasa nak tahu makin membuak². Tambah² remaja seperti aku yang berkumpul dengan orang yang baik² dan tidak tahu perihal sex. I never watched porn before and tak rasa nak tengok pon sebab rasa berdosa.
Disebabkan isu ni, aku stalk ramai lelaki² gay di Twitter yang kebanyakannya mesti (wajib) retweet benda² yang tidak patut di twitter mereka. Kenapa majoriti yang aku stalk adalah lelaki islam, suka main gym, dan terlalu banyak benda video lucah yg dikongsikan. Melihat gambar sahaja aku istighfar..”Ya Allah, berdosakah aku tertengok bendalah ni?”
Lama² aku rasa nak stalk yg lain, dan sama juga semuanya. Kebanyakannya buat account lain hanya untuk tengok porn.
Disebabkan aktiviti stalk aku ni, aku rasa aku yg makin tidak suci. Daripada tidak tahu sesuatu, aku dapat tahu dengan visual. I feel bad. Aku stop buat benda ni.
Adakah aku terlibat dengan aktiviti porno juga?
Aku rasa berdosa yang teramat. Aku tinggalkan benda ni untuk beberapa waktu. Betullah orang kata, once kita dah tengok, kita rasa nak tengok lagi lagi dan lagi. Bila berbulan² kau dah stop, mesti akan ada godaan untuk paksa tengok .
Aku bersyukur sbb aku belum sampai tahap obses. Tapi bila keseorangan, cepat sahaja internet tunjuk yang bukan². Inilah bahayanya internet kan? Hmm.
From now on, aku deactivate twitter yang mnjadi medium utama untuk aku stalk drpd terlihat yang bukan². Doakan aku supaya tak trjebak dengan aktiviti porno ni sebab aku takut, aku rasa jijik dengan diri sendri. Untuk sama2 yg tgh struggle perbaiki diri, saya harap kita sama² kuat ok.
Thanks admin kalau publish. Semoga ada komen yang murni² dan boleh suggest sesuatu utk perbaiki habit buruk ni. Jzkk :)
– Remaja 21
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment