Salam.terima kasih ya admin seandainya memilih untuk menyiarkan coretan aku ini.Pernah tak korang rasa bersyukur sangat bila akhirnya kau faham segala hilmah yang Allah berikan di sebalik ujian yang kau lalui?
Pernah tak bila kau toleh belakang,kau bersyukur dan mampu tersenyum sebab kai dah lepas zaman-zaman perit kau dulu dan kau menjadi seorang yang lebih kuat dan redha?
Alhamdulillah aku dah merasai semua tu.aku menulis dengan niat untuk share pengalaman hidup aku dan pada masa yang sama ingin menasihati golongan gadis di luar sana yang tengah hangat bercinta sampai terleka.Sedarlah kalian dari janji manis yang ditabur sang adam tu and please don’t allow yourself to be too attached to someone especially your loved ones!(be it boyfriend or anything)
The first rule in any relationship is kau kena ingat yang belum tentu si dia tu jodoh kau.
Ok berbalik kepada pengalaman aku dahulu,aku seorang yang naif dan tiada kawan lelaki ketika itu sehingga lah muncul si polan itu.polan tu punyalah tackle aku sampai aku tangkap cintan dengan dia.sehinggakan aku bukan lagi aku yang dulu.aku utamakan dia lebih dari family aku dan kawan-kawan aku. Ya aku sedar akan kesilapan aku tapi maklumlah cinta tu kan buta.kalau polan tu suruh makan taik,aku rasa aku makan jugak la kot time tu.
Sepanjang berkawan dengan polan,aku pernah beberapa kali minta putus (by means taknak kawan dah girlpren boipreng pegi jahanam) tapi macam biasa dia mesti akan gunakan taktik kotor dia.dia akan ugut aku macam-macam sehinggakan sampai satu tahap aku rasa polan tu sebenarnya terlampau obsess & possess aku jugak.dia banyak mengubah aku menjadi lebih teruk,daripada lembut menjadi kasar.tanpa aku sedari,orang sekeliling aku perasan akan perubahan aku.ya aku tahu aku tak boleh salahkan orang lain akan perubahan sikap aku.
itu sebab dalam agama disarankan even nak berkawan pun kau kena cari kawan yang baik.sedikit sebanyak kegiatan atau sikap orang sekeliling mampu mengubah kita.begitu jugak aku.aku jadi kasar kerana aku perlu bersikap defensive bila berdepan dengan dia.apa sahaja aku tak pernah kena dengan dia?pukul?maki hamun?diperlakukan macam hamba?ya semua aku dah lalui dan aku sedar betapa bodohnya aku masa tu.jujur aku katakan sepanjang perkenalan aku dengan dia,hidup aku tak pernah aman,jiwa aku kacau,kadang-kadang aku rasakan aku macam orang gila sebab cinta maksiat tu.banyak kali aku menangis minta Allah petunjuk dan jalan keluar dari permasalahan aku.pada masa yang sama hati aku kuat mengatakan dia memang bukan jodoh aku.jiwa aku berperang sesama sendiri.aku taknak dia tapi pada masa yang sama aku rasa aku tak boleh kehilangan dia.nak tahu kenapa?sebab dah TOO ATTACHED.bayangkan bila dia sentiasa menemani kau dan menjadi rutin kau dari bangun pagi call la apa la tapi tiba-tiba hilang macam tu je.mau kau tak meroyan nanti?
Namun dengan izin Allah,aku berjaya melepaskan diri dari kemelut percintaan maksiat itu.dengan izin Allah aku jadi kuat untuk mengharungi semua itu.aku akui bukan mudah,sakit perit semua ada.namun aku tidak menyesal akan tindakan aku masa tu sebab lepas tu kehidupan aku kembali tenang.alhamdulillah.aku punya masa untuk diri sendiri,untuk family dan juga kawan-kawan.tapi tipu lah tiada yang cuba mendekat namun aku berjaya tepis jauh-jauh sebab trauma dah.
Setelah apa yang aku lalui,aku sering persoalkan adakah insan yang mampu menerima aku seadanya?yang mamu menerima adanya aku tanpa peduli akan masa lalu ku?aku mohon pada Allah banyak-banyak jika ada insan bergelar suami untukku suatu hari nanti moga Allah berikan yang mampu menerima aku seadanya pun dah cukup.alhamdulillah.ada tu haa tengah tidur berdengkur
walaupun aku tahu kehidupan polan tu jauh lebih baik dari aku,aku tumpang gembira(ok ni korang jangan fikir pelik-pelik ingat aku stalker bagai ok.makwe dia pernah datang cari aku ceritakan isu dorang tapi apa-apa pun aku doakan dorang bahagia.aku pernah tanya jugak layanan polan tu terhadap makwe dia kini.makwe dia cakap polan tu tak ada pun treat dia sebagaimana dia treat aku dulu.aku bersyukur sekurang-kurangnya makwe dia tu tak jadi mangsa panas baran dia dan mungkin dia pun dah berubah alhamdulillah).
betul lah orang cakap jodoh ni Allah bagi memang yang terbaik untuk kita,yang sesuai dan serasi dengan kita.mungkin polan tu layan aku teruk dulu dan akhirnya terbukti dia bukan jodoh aku.dan mungkin jodoh dia dengan awek dia sebab tu dia tak layan awek dia sepertimana dia layan aku dulu.alhamdulillah kalau dia dah betul-betul insaf.aku bukan nak buruk-burukkan dia seolah-olah aku ni tiada salah langsung.tapi ini lah hakikat pengalaman aku yang derita dulu.
So to all ladies out there,berhati-hati dalam berkawan dan memilih pasangan.perbaiki diri in shaa Allah Dia akan bagi jodoh yang terbaik untuk kita.perbanyakkan doa dan istikharah moga Allah beri petunjuk.andaikata pernah terlanjur dan sebagainya istighfar banyak-banyak dan solat taubat sungguh-sungguh.berhentilah dari perbuatan keji tu.satu hari nanti bila korang kahwin baru korang faham kenapa Allah suruh nikah dan jauhi zina.sila bawak-bawak bersabar ya.
Tentang suami aku?alhamdulillah suami aku sangat lah penyabar orangnya.baik dengan ibu & family dia,santun family aku alhamdulillah.walaupun kami hidup sederhana,aku nampak kegigihan suami aku untuk memenuhi segala kehendak aku.dan yang paling best sekali dia lah insan yang terima aku seadanya tanpa mempersoalkan kisah lalu ku.i love u husband!doakan rumahtangga kami kekal bahagia selamanya dan dilimpahi mawaddah warahmah ya!:)
– Ck
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment