Sunday, 19 August 2018

Kelantan?

PengakuanKu

Salam kepada semua pembaca dan kepada admin IIUM confess kalau siarkan posting ni, sebab apa yang aku nak tulis ni benda yang sering jadi kontroversi dan merupakan isu sensitif, apa yang kontroversi dan sensitif tu? iaitu perihal pasal Kelantan, tujuan aku tulis ni bukannya nak kecam kelantan, tapi sekadar untuk membuka minda2 orang kelantan dan juga non kelantan.

Pertamanya, aku rasa semua orang perasan, andai kata ada posting pasal kelantan yang negatif, mesti korang perasan komentar2 negatif dari netizen akan mengecam kelantan, seperti contoh driver rapid yang khayal dadah tu, mesti ada yang komen ” kelantan rupanya, patutla “. yang aku pelik adalah biasanya kecaman2 ni adalah benda yang sama duk berulang2, iaitu orang kelantan berpuak2 dan asobiyah, time jumpa geng2 dia akan tinggal member dia yg non kelantan sorang2 dia, aku yakin 100percent komen ni memang wajib akan ada di setiap posting yang mengutuk kelantan, selain tu benda yg typical kecaman ialah orang kelantan pengotor, tak kira lelaki ke perempuan, kemudian lelaki kelantan pemalas, yang perempuan cantik tapi pengotor ya amat, ( yang ni kita tak dapat nafi bahawasanya memang kebanyakan perempuan2 kelantan ni cantik berbanding dengan negeri2 lain ), lelaki kelantan bnyk isap dadah dan main perempuan dan banyak lagi lah komen2 tipikal yang aku rasa korang dapat tangkap sendiri,

korang rasa tak rasa aneh kenapa boleh dikatakan sebahagian besar rakyat malaysia tak suka kat kelantan? adakah sebab dorang dengki kat kelantan? aku rasa tak, sebab aku yakin masing2 yang suka kecam kelantan ni ada pengalaman buruk dengan geng2 kelantan ni, dan pengalaman buruk yang dorang alami tu majoriti benda yang sama berlaku kat orang lain yang tak suka kelantan, dan merupakan pengalaman yang dorang hadapi sendiri, perkara yang menyebabkan dorang pukul rata semua orang kelantan mcm tu. pelik kan? nak kata tu semua propa memang sangat mustahil, sebab masing2 tak kenal masing2, macam mana dorang boleh dapat pengalaman yang sama dari orang2 kelantan yang berbeza2? aneh kan? kenapa selalu kelantan je jadi target kecaman bukan dari negeri2 lain?

Okay aku pulak nak cerita pengalaman dan cerita2 tipikal yang aku selalu dengar, sebab yang anti kelantan ni boleh katakan sangat ramai dan x mengira tua atau muda, dan penyebab mindset2 orang kita cop orang kelantan ni bermasalah, sampai tahap taknak menantu kelantan, ya benda ni jadi kat beberapa orang kawan aku sendiri, mak bapak depa kata kalau boleh takmau la orang kelantan, sebab apa? sebab dorang adalah benda yang hampir sama, kalau dh kawen dgn orang kelantan, seolah2 tak kira lelaki atau perempuan akan terikat terus dengan kelantan, maksud aku anak2 dorang akan lebih kan mertua kelantan dari depa, menantu dari kelantan bnyk yg bermasalah, dan blah2 yang aku kata kat atas tadi, sampai satu tahap yang menyakin kan depa, ada mak member aku kata, pekerja dia orang kelantan, dan pekerja dia yang kelantan tu sendiri suggest jangan la cari menantu dari kelantan, payah katanya, dia kata dia orang kelantan, dia tau la sebab apa, dan macam2 lagi momok2kan lain.

Dan tu jugak berbalik kepada orang kelantan yang aku pasti masih ada ada mentaliti suruh cari orang kelantan jugak, mudah katanya sebab dekat, sep kito dll, sampai ada yang tak jadi kahwin sebab yang org kelantan taknak orang menantu luar, dan orang luar taknak menantu kelantan, so yg jadi mangsa meroyan anak2 la, ya, apa yang aku cakap ni tidaklah bermakna aku pukul rata semua orang kelantan macam tu, mindset disebabkan segilintir orang kelantan yang bermasalah habis disalahkan satu negeri, tapi tu lah kan, balik2 yang bermasalah ni mesti dari kelantan, mmg dari negeri lain ada buat onar, tapi kalau tengok balik tak sekerap kelantan. aku secara pribadi takde masalah pun dengan orang kelantan, sebab aku dulu prejudis jugak dengan orang2 kelantan ni, tapi disebabkan tempat belajar aku majoriti orang kelantan, so aku terpaksa jugak blend in dengan depa,

dan bila aku dah hampir 5 tahun duduk dengan depa, baru aku tahu kenapa yang tak suka kelantan ni cakap mcm tu, dan memang ya, benda yang sama terjadi kat aku jugak, dorang ni berpuak2, sesama depa pun dorang puak2, dan aku perhati memang kesedaran dorang tentang kebersihan ni kurang, tapi tak semua la, dalam 10 orang ada la 4 orang yang pengotor dan betul apa yg netizen kata yang pemalas dll tu, walaupun bukan sampai tahap semua, tapi nisbah ni kira kategori besar la, benda ni menjawab persoalan aku knp netizen anti kelantan cakap mcm tu, tapi.. korang yang anti kelantan jangan bersorak dulu, aku tetap tak bersetuju yang kata pukul rata semua orang kelantan mcm tu, mcm aku ckp tdi 4/10 sahaja,

so konklusinya, kelantan selalu jadi sasaran adalah sebab majoriti orang kelantan ni perantau, pergilah kat mana2 pelusuk dunia ni mesti ad yang dari kelantan, tu sikap yg patut kita contohi dan kita tak boleh
tutup sebelah mata, seolah2 orang kelantan ni bermasalah semua, sebenarnya kalau kita tengok balik dengan mata hati kita, banyak yang kita boleh amik pengajaran dari majoriti sikap orang kelantan, yang mana dorang ni memang pandai bisnes, negeri depa yang paling ramai celik agama, dan orang kata kelantan ni miskin, ya mungkin, tapi aku tengok majoriti dorang ni miskin duit je, tapi harta banyak, pastu kena kira atas faktor pemerintah dulu yang sekat dana royalti dan seangkatan dengannya, sebab tu negeri depa miskin, negeri ja miskin, tapi rakyat depa masing bnyk harta dan ada tanah sendiri tau?

kenapa sampai non melayu kat kelantan pun bangga dorang kelantan? tu korang anti kelantan tak nak contohi pulak? bandingkan dengan non malays kat negeri2 lain? cakap melayu pun bnyk berterabur, ni cina kelantan kecek kelantan boh, satu pencapaian yang sukar dan boleh kata mustahil terjadi kat negeri2 lain, aside from terengganu yg mana non malays dari negeri ni pun fasih berbahasa melayu berloghatkan tempatan, mana nak dapat kt negeri2 lain, sebenarnya majoriti anti kelantan ni jenis yang tak pandai cara macam mana nk masuk kepala dengan dorang, aku mula2 pun payah jugak nak blend in, tapi dari kita menjumudkan diri kita, cubalah selami budaya dorang, aku jamin boleh hilangkan sifat anti kelantan korang tu, ramai je orang kelantan yang baik2 , malahan banyak yang baik dari yang tak baik,

Dan untuk kepada kelantanese pulak, rasanya tak perlulah korang mengecam balik dan menafikan apa yang dorang kata, apa kata korang check and balance balik, korang sebagai duta kecil kepada negeri korang, so atas korang la nk bersihkan balik nama baik negeri korang, prove to them that they are wrong, bukannya sama naik buat benda yang sama, muhasabah diri lah bila dah ramai kata benda yang sama, aku tak fully salahkn korang, sebab aku tahu benda tu kadang2 korang buat tak sedar, maklumlah manusia ni akan nampak salah kita je, dan jangan risau, aku tengok ramai je orang luar bekap korang balik, kalau korang balas balik kecaman anti kelantan dengan kejian, memang bertmbh2 la kebencian depa kat korang, ni sikit2 komen “ni mesti kene rijek dgn orang kelantan ni tu la meroyan” pastu anggap dorang tak suka sebab dorang dengki, dorang takde sebab pun nak dengki, tapi dorang just cakap pengalaman dorang dengan orang kelantan..

tu jelah aku nak cakap kot, maaf andai salah silap dalam penulisan, aku tulis ni nak bagi masing2 open minded, muhasabah la diri masing2 ok, sekian terima kaseyy

– Jon Snow

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.