Sunday, 19 August 2018

Gila Tapi Convo

PengakuanKu

Aku pilih tajuk itu kerana ini based pada apa yang aku baca dan apa yang terjadi.

Ok, aku terbaca 1 luahan hati pesakit mental ini. Konon semua orang kata dia gila dan dia Berjaya menamantkan proses pembelajaran dia di salah satu IPTS terkemuka Shah Alam.

So, sebagai pesakit jangka panjang untuk penyakit yang sama. Kita mestilah support each other. Beri galakan dan cara yang sesuai untuk atasi kemurungan ni. You know what? Mamat ni triggered teruk. dan dia pertahankan dan beri alasan dia rasa marah dengan cara dan method yang aku shared pada dia dan juga dia tak mahu menerima cabang solusi yang aku berikan. Akhirnya aku di-block. Hei! Aku ni beri engkau option berbeza supaya engkau fikir. Bukan salahkan semuanya salahkan sikap engkau mudah marah itu kerana kemurungan.

Dan mmg patut orang kata engkau gila. Jangan gunakan alasan “aku pesakit mental” sebagai satu jalan untuk engkau bertindak kurang matang. Sebab aku juga pesakit mental. dan aku Berjaya kawal diri aku lebih baik berbanding manusia biasa. So, kenapa engkau sebagai pesakit nak menyalahkan penyakit itu? Sangatlah childish.

Aku bukan kutuk pesakit. Tapi, jangan jadikan alasan penyakit sebagai alasan. Bagi aku, selama 4 tahun aku sakit, pakar hanya layankan saja kehendak kamu. dan jujur aku cakap, sebenarnya dia ada fikiran yang lain tapi dia enggan beritahu pesakit kerana kuatir pesakit akan mudah marah.

Marah itu sikap syaitan. Tak kisahlah pesakit mental atau manusia biasa. kita perlu kawal perasaan marah itu kerana itu diajar dalam agama. Memang benar kita manusia biasa. Tapi semua benda itu, kita boleh kawal. Pokok pangkal, diri sendiri. tepuk dada Tanya selera. berhenti tipu diri sendiri dan pertahankan benda yang terang2 salah.

Lagi 1, mostly pesakit yang aku kenal. terlampau obsess dengan penyakit itu. come on dude! bila engkau demam, kau canang sekampung ke yang engkau itu sakit? take a chill laaa duh. Ok, engkau sakit, perlu ulang alik hospital. So? Engkau fikir dengan canang sekampung penyakit itu, manusia lain akan terus sertai awareness mengenai penyakit ini ke? Hell Not duh. Pokok pangkal diri sendiri. Engkau tak boleh harapkan orang lain untuk tenangkan engkau. you need to do by your own. Nobody will help you. Dan jangan sesekali bergantung harap pada manusia. kerana manusia tetap manusia, hanya manusia. Bergantung pada yang maha Esa.

Please, for me, awareness dah banyak sangat pakar buat. sangat banyak. Tapi manusia ada pilihan. samada dia nak dengar, atau tidak. Kita tak boleh paksa orang ikut cakap kita. So, kalau manusia lain tak nak terima semua kempen awareness mengenai mental health ni, apa engkau boleh buat? Nothing.

Sebab itu kita perlu sayangkan diri kita sendiri. Selfish itu perlu untuk sesetengah perkara. Aku tulis ini semua bertujuan untuk semua pesakit yang asyik tak henti-henti updated konon itu ini. Berhenti. Ia hanya merosakkan lagi keadaan kamu. Stop luahkan derita kamu di laman social kerana ia hanya memudaratkan kamu dan tiada faedah pun untuk sesiapa. Luahan yang terbaik adalah luahan ke maha Esa.

So para pesakit, trust me. Kalau setakat depression ni, kita boleh kawal. sangatlah boleh kawal diri kita. Kalau untuk yang kronik2 seperti Schizophrenia atau bipolar tu, mungkinlah agak sukar untuk dikawal kerana ia diluar kawalan. Tapi kalau major depressive disorder, kamu boleh kawal. Jangan biarkan ia telan kamu. Jangan hanyut. kerana diri sendiri saja yang mampu selamatkan diri sendiri. bukan ibu bapa bukan kawan bukan sedara mara. Tapi diri sendiri disertakan dengan Doa bagi muslimin muslimat.

Lagi satu, bila kita terlampau bergantung pada hamba Allah yang lain, trust me. Tiada rasa lega pun. Jangan tipu diri sendiri wahai pesakit kemurungan. Legakah anda? Tanya diri sendiri. Puas hati ke anda? Lega itu hanya sementara, betul?
SO?

Tepuk dada Tanya selera, Tanya hati, Tanya otak.

– Lily Johar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.