Salam pembaca semua,
Ingin berkongsi tentang JAGA IKHTILAT melalui pengalaman bekerja di sektor korporat juga pengalaman berumahtangga. Harap Admin siarkan artikel ini untuk manfaat bersama.
Apakah makaud ikhtilat? Definisi ikhtilat : Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka. (di petik dari sebuah entri blog).
Tidak dapat dinafikan keperluan untuk berinteraksi berlainan jantina, bukan muhrim di tempat belajar lebih lebih lagi di tempat bekerja. Tidak boleh bercakaplah sesama bukan muhrim? Bukan, malah menjadi harus untuk bergaul beriteraksi,berbincang bersama ‘officemate’ untuk melaksanakan tugas/KPI yang telah dipersetujui namun ada batasa batas yang perlu kita jaga!
Kenapa pentingnya menjaga ikhtilat? Bukan sedikit kisah berantakannya rumah tangga, berantakan kehidupan keluarga dan impaknya untuk anak anak kita. Berapa banyaknya perkahwinan musnah gara gara teknologi fb/ig/whatsapp etc, dan betapa banyaknya juga ‘hubungan tidak halal’terbina di sebalik kesannya.
Sedikit saranan, untuk kita sama sama fikirkan,
1) Usah hubungi rakan sekerja ie officemate anda (lebih lebih berlainan jantina bukan muhrim) di luar waktu kerja untuk bertanyakan hal kerja yang masih boleh dibincangkan esok hari, bukannya urgent ataupun due submission utk pihak atasan.
2) Usah luah perasaan ketidak puashatian atau kepenatan minda fizikan emosi anda kpd officemate anda yang bukan muhrim anda lebih2 lagi suami atau isteri orang. Jika anda sudah bersuami, luahkan terlebih dahulu kpd suami, ibu anda, ibu mertua, bff anda, kawan baik di tempat kerja dan ramai lagi sebelum anda whatsApp suami orang.. Just untuk share perasaan, bos memberikan extra work, emailing at midnight etc etc dan paling teruk di luar waktu kerja, di malam hari di tengah malam..
3) Usah hubungi officemate anda yang bukan muhrim untuk bertanyakan hal semasa, hal terkini lebih lebih lagi di luar waktu kerja. WhatsApp just untuk tanya ” Boleh share senarai area affected shortage air/elektrik “. ” Esok kena bawak laptop tak”
Hal hal yang anda boleh je tanyakan kpd keluarga, kawan shabat handai. Usah nafikan setiap orang mempunyai minimum 4-5 group whatsApp malah lebih kan! (keluarga sendiri, keluarga mentua, sek rendah,sek men, jiran, bff). malah GROUP WHATSAPP kerja sahaja ada 3/4 mengikut section/department.
4) Jaga diri di majlis sosial dihadiri. Zaman sekarang, setiap company mesti menganjurkan annual dinner, teambuilding, aware session, networking session dan pelbagai lagi. Ye ada diselitkan agenda kerja seperti kata kata dari pihak management, selalunya kpi sharing /updates, sharing dari setiap section /department namun tidak dinafikan akan terselit agenda seperti menyanyi, berhibur, karaoke, dan sebagainya. Malah terkini setiap majlis ada tema perlu pakai kostum! Selalunya kita terlupa pandang akan halal haram, mula berhias make up berlebihan, berpakaian mengikut tema tannpa sedar menjolok mata, tanpa kita sedar kita sudah bertabarruj selain kpd suami kita. Allahuakbar. Dan bukan mudah untuk kita melarikan diri dari terbabit sekali.. Pengalaman suami, di tempat kerja ada networking session di tempat karaoke, beliau tidak senang duduk dan berdoa sngt untuk menjauhkan diri dari situasi sebegini. Syukur, kebetulan ada perjumpaan dgn guru anak kami, Suami selamat kali ini, tapi akan datang? Dan akibatnya beliau diperli oleh pihak atasan dgn alasan hendak melarikan diri. Bukan ini shj, seorang Manager yg saya kenali pernah luahkan tidak ingin kembali (sebolehnya) ke line department (office lama) kerana bos atasan suka sangat berkaraoke. Jika tidak hadir, di tegur dan di beri jelingan tajam! .
Allahuakbar, mencabar bukan berada di akhir zaman. Nawaitu kita ingin mencari rezeki halal kan namun inilah cabaran terpaksa di tempuhi. Beringatlah jika kita adalah ‘management atasan’ ,please kurangkan melibatkan aktiviti sosial begini di dalam agenda rasmi kerja. Fikirkan bagaimana anda perlu bertanggungjawab menjawab di hadapan Allah di akhirat nanti.
Dan, contoh contoh di atas adalah berdasarkan pengalaman suami. Sehinggakan kami selalu shj argue. Bayangkan tengah bersama keluarga di ruang tamu, meluangkan masa dgn anak²di waktu malam.,waktu hampir tidur malah tengah tidur. Datang whatsApp bertanyakan hal remeh temeh hal yang boleh shj ditanyakan esok, ditanyakan sesama officemate sama jantina. Banyak kali saya berhujjah dgn suami,
“Logikkah Abg, perlu xxx mesej Abg waktu begini? Tak boleh tanya suami dia kah or family dia? Tak boleh tanya officemate lainkah? (sedangkan suami dan a few shj lelaki, selebihnya wanita).
Tak boleh tunggu esokkah? Kenapa perlu mesej waktu malam? ” Yes, saya memang berani berhujjah sebab pengalaman saya bekerja di lapangan operasi, tak pernah saya buat seperti mereka buat. Hairan jugak, group whatsApp office shj hampir empat lima, tak boleh communicate di situkah? Belum cerita lagi, BERGURAU SENDA di dalam group whatsApp di luar waktu kerja. Group aktif tak kira malam weekday mahupun weekend.
Alhamdulillah, lama kelamaan suami dapat terima dan kini beliau just ignore shj mesej yang tidak penting dan hanya menjawab bila masuk ke office. Syukur. Saya mmg percayakan suami, namun Fitnah Wanita dan Fitnah Akhir Zaman begitu hebat. Syaitan memang licik! Dinampakkan berhubungan semacam halal atas dasar kerja.,walhal di luar waktu kerja! Sungguh perisai iman dan benteng nafsu perlu kuat. Dan perlu kita ingat janji syaitan kpd Allah untuk menyesatkan manusia sehingga Hari Qiyamat.
Cerita di atas sebagai perkongsian dan semoga sama sama dapat ambil manfaat. Jika ingin berkongsi dan menambah cadangan yang baik boleh komen. Sama sama kita bina keluarga bahagia, bekerja dgn bahagia dan menjaga batasan agama.
Sekian,
Isteri Akhir Zaman.
– Mrs I
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment