Aku lelaki. Aku cemburu dengan lelaki lain ada ramai kawan atau geng2 besar. Aku ada kawan, tapi semenjak cuti sem ni, aku mula sedar insan yang aku anggap kawan tak kawan aku dengan ikhlas. Hurmm..
By the way, aku ni lelaki lembut. Lembut tapi tak sampai memakai pakaian wanita malah di sudut hatiku tak ada niat untuk perpakaian wanita/ubah mana-mana anggota badanku. Alhamdulillah semoga aku dijuahkan sifat begitu sampai Allah tarik nyawaku.
Disebabkan aku lembut, waktu sekolah rendah ramai orang mengejek atau membuli aku dengan panggilan pondan. Malah. cikgu pj aku pun pernah memanggil dan memarahi aku sebab aku lari dengan lembut macam pondan. Beliau tenking aku ” lari macam pondan” depan kawan-kawan sekelas ku…. Aku malu. Walaupun aku lembut, tapi aku mempunyai ego seseorang lelaki. Korang lelaki, bila orang kata kau lemah, pondan mesti panaskan. Begitu la aku. Yang paling menyedihkan, orang2 yang aku anggap bff, mengetawakan aku dan tidak support aku. Jika aku flashback masa ni, aku kagum sebab semangat aku masih kuat masa tu.
Masuk ke sekolah menenggah, aku ditempatkan sekolah harian biasa di kawasan bandar. Sekolah aku 80% berbangsa cina dan aku tak pandai berbahasa cina. Aku nak ubah hidup aku untu menjadi lelaki macho. Lelaki yang berwatakan lelaki. So, apa yang aku buat, aku cuba kawan dengan lelaki. Mostly classmate aku lelaki cina. Dorang mostly nak cakap cina je. So dorang layan x layan aku. Lelaki melayu? Mostly lelaki melayu sekolah menengah aku dari sekolah rendah. Dorang tu sampah, merokok, ponteng kelas etc.. and dorang masih mengejek aku pondan juga. Masa sekolah menengah juga, ada seorang cikgu sejarah aku ni tiba2 je mengejek aku pondan di depan kelas. Waktu tu, aku duduk belakang kelas. Waktu cikgu aku mengejek aku begitu, semua mata classmate aku tertumpu kat aku dan ketawakan aku. Peristiwa waktu tu masih segar dalam ingatan aku walaupun benda tu terjadi 8 tahun lalu. Paling yang menyedihkan? Kawan2 aku tak support aku pun. Dorang sama gelakkan aku.
Bila aku masuk ke university, aku ingat mungkin nasib aku akan berubah. Aku akan jumpa kawan sama sekepala. Keluar sama2, buat aktivit sama2. Aku cuba cari kawan laki. Aku nak buat aktivit2 lelaki macam main futsal, lepak kat kedai2 mamak atau buat aktivit sama2 dengan lelaki. Aku taknak dah ada gelaran “pondan” atau “lelaki lembut”. Aku taknak jadi lembut, aku nak jadi lelaki sejati, macho. Sem 1, aku ingat nasib aku da berubah sbab waktu tu aku ada 4-5 kawan lelaki. Waktu ni kami agak rapat. Aku happy, aku bahagia sebab aku dah ada kawan lelaki. Aku ingat aku tak lembut tak lama lagi. Aku akan jadi lelaki normal tak lama lagi. Tapi semua itu hanya anggan2.
Masuk ke sem seterusnya sampai la sem 4. Sekarang cuti sem. Waktu sem ni aku mula sedar, orang2 yang aku anggap kawan selama ni tidak kawan dengan aku secara ikhlas. Dorang hanya cari aku kalau memerlukan sesuatu/ memerlukan pertolongan je. Makan dan lepak dengan orang lain. Aku? Hanya dicari bila time susah ja. Kalau nak keluar pergi tengok wayang/lepak aku memang takda dalam fikiran dorang. Aku dipinggirkan.
Aku masih ingat lagi, dulu kawan aku pernah minta pinjam rm10. Malah dia ada ramai lagi kawan-kawan lain untuk dipinjam. Tapi aku juga yang diminta. Kalau kawan2 lain sudah makan, mesti aku disuruh temankan dia beli makanan/ teman dia makan kat cafe. Pernah sekali, aku belajar kat luar bilik, dia surh aku balik ke bilik sebab dia mahu aku menemani dia beli jajan kat kedai runcit. Tapi dia ada banyak kawan2 boleh minta tolong. Tapi aku juga dia cari. Masalah aku juga sekarang ni ialah, aku sukar nak kata “no” kat orang yang minta bantuan/pertolongan aku. Aku rasa bersalah bila dorang minta tolong and aku tak tolong
Bila aku tengok sekeliling, kat kedai makan, orang lepak dengan kawan2 dorang. Dorang menpunyai geng2 besar. Aku cemburu. Aku ingin mempunyai sahabat begitu. Mempunyai geng2 besar. Satu pun aku tiada. Aku cemburu ya, Allah orang2 yang mempunyai nikmat SAHABAT. Aku tiada ya Allah.
Aku mungkin tiada kawan sebab aku ni lembut, tak mepunyai rupa yang elok. tak cool etc.. Disebabkan aku mempunyai fikiran begini, aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Ampunkan aku Ya, Allah sebab tidak bersyukur dengan nikmat Mu.
Aku taknak selamanya dipanggil lembut atau pondan. Aku nak jadi lelaki.. Aku nak jadi seorang lelaki yang macho.
Sekiranya, kau lelaki dan tak lembut/pondan/gay/sonsang pergilah sujud syukur kepada PENCIPTA YANG MAHA ESA sebab kau takkan mengalami ujian seberat ini…
So kepada orang2 di luar sana, especially lelaki, kalau korang xnak kawan dengan orang2 lembut tak payah la mempergunakan/ambil kesempatan kebaikan dia dengan menyusahkan dia padahal korang tak da niat pun nak kawan dengan dia.
Korang semua, doakan aku untuk kekuatan ye. :’)
– Seorang Insan Yang Perlukan Kasihan Sayang Manusia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment