Monday, 27 August 2018

Tergantung Sepi

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Aku tak pasti nak mula dari mana tapi aku rasa hidup aku macam kosong tak bermakna. Walaupun luarannya nampak seperti ok, tapi dalaman aku sebenarnya rapuh. Selepas apa yang aku lalui sampai buat masa ni aku sebenarnya rasa lemas.

Seingat aku, aku membesar seperti seorang lone ranger, walaupun kawan ada juga di sisi tapi aku sentiasa rasa keseorangan. Aku rasa macam aku tak ngam dengan sesiapa pun, rasa macam ada sesuatu yang hilang bila dengan orang lain. Aku ingat banyak part kata-kata negatif orang pasal aku sepanjang aku membesar.

Pencapaian aku dalam bidang akademik boleh juga dibanggakan, dan kerjaya aku adalah professional. Tapi hakikatnya apa yang aku rasa, aku tak enjoy pun dengan kerjaya aku sekarang sebab aku rasa aku tak cukup bagus.

Aku selalu dikritik dah lali dah, apa je yang orang tak mengata aku. Kena kutuk & kecam tu dah banyak kali. Aku penat sangat kadang-kadang nak hadap benda ni. Rasa loser sangat.

Aku tak tau apa yang perlu aku buat supaya hidup aku ni happening dan lebih bermakna. Aku rasa macam stuck dalam dunia sendiri. Ada juga terfikir nak buat kerja volunteer tapi macam tak menjadi. Aku pernah daftar dengan badan yang buat kerja volunteer ni tapi tak ada satu pun yang panggil huhu. Ok mungkin aku tak bersungguh.

One more thing, aku ni agak pendiam jugak lah. Berapa kerat je kawan rapat yang aku ada yang boleh aku harapkan. Selebihnya aku lebih banyak bersendirian. Sikap pendiam aku ni kadang-kadang banyak menyusahkan aku. Nak minta tolong pun susah, terutamanya bila ada masalah memang aku pendam je sebab aku selalu rasa yang masalah aku ni remeh.

Mungkin ada pergoakan dalaman yang betul-betul mengganggu aku. Keceleruan identiti mungkin. Aku juga kecewa dengan diri sebab beberapa perkara dalam hidup aku. Am i sick? I am not sure….

Aku menulis di sini sebab nak minta pandangan apa yang aku patut buat dengan hidup supaya aku tak selalu fikir negatif? Moga ada sinar yang cerah untuk hari yang mendatang. Mohon doa kalian supaya aku lebih tenang dan bersyukur dalam kehidupan yang Allah kurniakan untuk aku ni.

Adios~

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.