Thursday, 23 August 2018

Kerana Aku Bangsa Johor

PengakuanKu

Assalamualaikum.. Terima kasih admin sebab publish confession ni. Saya Inara(bukan nama sebenar).

Dilahirkan di Terengganu (keluarga sebelah ibu) dan dibesarkan di Johor (keluarga sebelah ayah). Sudah hampir 23 tahun sy menjadi warga Johor.

Saya tak pasti sama ada saya akan dikecam atau pun tidak. Tapi bila bercakap pasal ‘bangsa Johor’ ni, mugkin ada yang panas punggung. I don’t know why. Adakah disebabkan pencapaian kelab bola sepak JDT yang memang cemerlang? Atau disebabkan kemajuan negeri Johor itu sendiri.

Tapi bukan itu isu yg saya nak ketengahkan. Isu yang sebenar-benarnya adalah saya pernah merancang untuk bernikah beberapa tahun lepas. Sudah setahun kami berkenalan. Saya gelarkan beliau Z. Beliau berasal dari negeri Kelantan.

Setelah setahun kami berkawan, hubungan kami tidak mendapat restu daripada pihak keluarga Z yang pada asalnya tiada halangan. Kedua-dua belah keluarga tahu tentang hubungan kami. Dan sebab utama mengapa mereka tidak merestui adalah kerana saya BANGSA JOHOR. Yes. Itu sebab utama yang dinyatakan kepada saya. Kerana saya orang Johor.

Ramai yang tidak bersetuju dengan alasan itu terutama sahabat rapat saya, kerana saya juga berasal dari pantai timur. Tetapi alasan itu tetap tidak berguna untuk mendapat restu mereka. Saya tidak menyalahkan mereka atas keputusan yang dibuat. Tetapi saya agak terkilan, salahkah saya menjadi sebahagian daripada bangsa Johor?

Mungkin itu sudah menjadi prinsip mereka, tiada siapa yang boleh berkahwin dengan orang berlainan negeri. Z pernah memberitahu bahawa keluarga beliau tidak ada yang pernah berkahwin dengan selain daripada orang Kelantan.

Saya bukan ingin mencetuskan isu perkauman ataupun kenegerian. Tetapi saya hanya ingin meluahkan rasa hati yang saya pendam. (Dah nama pun confession kan) Andai ada yang terguris hati, saya mohon beribu kemaafan.

Saya tidak memusuhi mereka bahkan saya bersyukur dengan jalan ini. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Dan setelah mendapat keputusan yang seperti itu, saya sudah tidak ada sebarang hubungan lagi dengan Z. Demi menghormati keputusan keluarga, dan menjaga nama baik kedua-duanya.

Move on? Alhamdulillah. Tiada masalah untuk move on jika kita tahu apa keutamaan kita yang sebenarnya. Tetapi disebabkan hal ini, saya jadi lebih berhati-hati apabila berkawan dengan mereka yang berasal dari sana. Saya tidak bermaksud untuk menyisihkan atau membuang mereka, tetapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk menjaga hati daripada terbelah kembali.

Wassalam.

– Inara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.