Saturday, 25 August 2018

Mencari Bahagia

PengakuanKu

Assalammualaikum. Tujuan aku hanyalah untuk meluah rasa. Aku Wawa, pertengahan 20-an dan anak sulung.

Bahagia. Entahlah… tak tahu bagaimana nak gambarkan erti bahagia… sejak kecil aku di didik berdikari memandangkan ibu aku bekerja sambil buat pjj. Aku hanya ada 3 adik, jadi setiap hujung minggu hanya kami 4 beradik kat rumah. Mak aku pergi lecture dan Ayah aku kerja shif, jadi kadang-kadang ada kadang-kadang tak… akulah yang jaga adik, akulah yang cuci pinggan, akulah yang kena jemur baju… tapi tulah, budak- budakkan… kadang lupa apa yang mak aku pesan… mak aku sampai je rumah dah kena marah.. balik je kena marah.. dari darjah satu sampailah darjah 6…

Itu belum lagi bab baju sekolah asyik kena basuh sendiri.. aku ingat lagi pagi-pagi nak pergi sekolah, baju sekolah semua kena berus sendiri then keringkan guna mesin pastu iron nak bagi cepat kering. Takda orang yang nak kutipkan baju sekolah aku untuk dicuci macam orang lain . Dahlah sekolah 2 sesi pagi dan petang. Kalau tak cuci memang masam lah baunya… bila mak aku pergi lecture, akulah kena siapkan adik aku… aku ingat lagi masa umur 12 tahun, masa tu ada event apa tah.

Jadi ayah aku nak bawak adik aku pergi event tu, aku ni mana lah tahu macam mana nak ikat rambut bagi kemas, dah tak pasal-pasal aku digelar l*mb*. Kau rasa apa perasaan aku? Kau akan lupa ke kalau bapak kau sendiri gelar kau macamtu.. sampai sekarang mak aku bukak semula cerita tu kat ayah aku, nak tahu apa ayah aku jawab? Dia kata kat mak aku “Anak awak tu yang lebih-lebih.. aku kalau marah, marah situ habis situ… takde nak dendam-dendam”. Dalam hati aku, aku kata “Ya Allah, tak mungkin aku lupa benda macam tu”. Aku bukan dendam, tapi aku ingat benda tu.

Masuk sekolah menengah, mak aku dah habis belajar… aku pindah ke tempat baru… kawasan perumahan aku jauh dari rakan sekolah. So aku habiskan masa terperap kat rumah.. takde aktivi bersosial, takde aktiviti jumpa kawan petang-petang, takde aktiviti tarawikh sama-sama time puasa n takde aktiviti belajar motor ke dengan kawan-kawan. Kalau tak kat sekolah, aku kat rumah. Kalau tak kat rumah, aku kat sekolah… itulah rutin harian aku. Memang tak macam rakan sebaya lain. That why aku memang takde kawan sangat…

Lepas SPM, aku pindah lagi. Kali ni aku menetap di kawasan baru. Aku minta izin bekerja, tapi ayah aku minta aku tolong kat rumah je.. lepas 2 bulan, aku masuk satu program dan tak sempat aku nak habiskan 3bulan aku sambung belajar. Jadi aku memang tak kenal sesiapa di kawasan baru ni. Aku tak da kawan, asyik terperuk kat rumah time cuti sem sampai lah sekarang. Memang tak da aktiviti beraya rumah kawan or pergi bandar dengan kawan….

Aku dapat sambung belajar buat degree. Di saat semua orang dah tau drive or bawak motor, aku tak pernah ada peluang atau dibenarkan untuk try bawak motor or kereta. Time aku nak try mak ayah aku tak bagi.. kawan aku sampai tak percaya aku tak reti bawak motor…sampailah aku dah practical baru lah belajar kereta. Tu pun auto. Kali ke 4 baru lulus dapat lesen sebab aku memang jenis penakut plus baru first time bawak kereta time mula daftar kat pusat latihan memandu. Tapi tulah, kereta pun tak de, sebab adik aku pakai n kalau ada pun aku tak ada hala tuju. Kalau nak pergi bandar pun takkan nak pergi seorang, nak pergi mana dan nak buat apa… jadi hujungnya aku masih terperuk kat rumah sampai hari ni. Kerja pun tak ada lagi.

Rezeki aku bab kerja pun belum ada lagi. Dah banyak aku apply, tapi disebabkan masalah pengangkutan aku jadi pening. Walaupun dah hampir nak tamat lesen P, aku masih tak mahir sebab takda kereta untuk praktis. Nak belajar bawak motor memang parent aku tak bagi. Nak apply luar dari negeri, mak aku kata susah kalau nak pergi interview jauh-jauh. Ko bukan ada kawan or adik beradik yang boleh hantar. FYI, parents aku tak pernah lepas aku kluar sorang. Pengangkutan awam pun takde sangat kat kampung aku ni.

Aku nak sangat kerja, tak kisah kerja apa pun. Aku pun teringin nak ada kawan yang aku boleh ajak keluar, nak tengok wayang ke, jalan-jalan. Selalu jelous tgk orang lain jalan-jalan dengan family or kawan-kawan. Family aku bukan kaki jalan. Kalau pergi mana-mana pun mesti bersebab sama ada kenduri, reunion atau urusan lain..memang takda istilah holiday dalam family aku. Pergi mall satu family pon tak pernah. That why aku nak kerja, kumpul duit, pergi travel. Aku nak bebas. Aku nak bahagia macam orang lain..

Kalau boleh aku nak atur hidup aku sendiri. Tapi aku takda kemampuan tu.. Aku selalu doa agar Allah tunjukkan jalan terbaik untuk aku… Tapi masih belum bertemu jawapannya lagi.. mungkin inilah yang paling terbaik buat aku sekarang….

– Wawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.