Kadang, seseorang itu datang, hanya sebagai pengajaran dan kenangan, bukan sebagai teman sepanjang perjalanan.
Siapa sangka, Allah pernah makbulkan doa aku suatu ketika dahulu . Doa supaya Allah hadirkan rasa hati yang sama . Dan sehingga kini, rasa hati aku masih sama , cuma tidak pada dia .
Dulu, aku pernah berdoa , mohon supaya aku tahu rasa hati dia , supaya aku bisah tahu , apakah penantian aku ini bakal sia-sia , atau penantian ini bakal bermakna? Tuhan tunjukkan bahawa rasa hati ini turut ada pada dia .
Aku berdoa lagi, benar-benar di hadapan rumah Allah yang mulia, jangan hilangkan rasa hati ini, kerana aku ingin belajar setia . Mohon untuk didik diri ini, Setia kepada pencipta , sebelum setia kepada dirinya .
Bertahun aku simpan rasa hati ini dulu, hanya Allah dan warkah istimewa menjadi tempat aku coretkan segalanya . Saat diri ini dilamar dia, insan yang aku letakkan dia di tempat istimewa, istikharah itu menjadi rujukan utama . Ibu ayah juga gembira , puteri kesayangan bakal menjadi pemaisuri sang putera. Cumanya , janji dan amanah perlu aku tunaikan dahulu untuk bersama berjuang di medan ilmu .
Seorang yang tidak pernah bercinta, cuba untuk bertanya khabar sang putera , sihatkah dia ? Itu juga setelah beberapa bulan tidak bertegur sapa . Sang putera membalas perkhabaran dengan sihat-sihat saja . Sekali lagi, diam tanpa bicara. Aku tidak tahu mahu bicara apa . Tiada keperluan untuk aku bertanya lebih perihal dirinya.
Aku masih berusaha untuk menggenggam segulung ijazah , di bumi gersang, aku berkelana . Setiap malam, dalam sujud dan doa , selain doa buat kedua ibu bapa, doa untuk dirinya , tak pernah aku lupa . Moga dia setia dalam penantian penuh bermakna . Tika rindu menyapa , warkah istimewa selalu aku baca , menyedari bahawa Tuhan sangat baik memakbulkan doa , aku yang selalu berdosa.
Aku kira pengakhirannya bakal baik-baik saja , tapi ternyata , dia telah menoktahkan segalanya . Seorang yang mulanya berkata , mampu untuk menunggu kau menggenggam segulung ijazah, tiba-tiba berkata, maaf , mungkin tiada jodoh antara kita . Ternyata , ibu bapanya juga punya pilihan yang berbeza . Dia cuba, cuba untuk menjadi anak yang taat buat mereka, lantas dia memaksa aku lupakan segalanya . Lupakan segala rasa yang aku cuba untuk belajar setia . Bagaimana bisah?
Kamu, aku semakin membaik, walaupun sering tersenyum di hadapan teman lain, aku menangis mencari sedikit kekuatan untuk bekalan keesokan hari . Aku sedang sibuk , sibuk kerana ingin melupakan segalanya . Tetapi tiada lagi warkah istimewa , kerana tujuan asal ingin beri kepada kamu warkah itu saat lafaz akad diucapkan, akhirnya warkah itu menjadi sampah yang perlu dikitar semula .
Kamu, terima kasih membawa aku sekuat ini . Aku kuat kerana Allah , juga kerana aku juga perlu taat kepada kedua ibu bapaku . Walaupun masih punya sisa air mata di malam hari . Tapi aku yakin, dengan air mata itu, aku bakal bangkit , sehingga nanti, aku mahu kamu tahu, aku kuat begini kerana kamu .
Moga kamu baik-baik saja dengan pilihan kedua orang tua mu . Siiru ‘ala barakatillah
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment