Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menikmati pembangunan sosioekonomi yang memberangsangkan dan kejayaan ini telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Arus pembangunan fizikal yang berkembang dengan pesat telah memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap negara. Pembangunan tersebut dan sikap masyarakat yang kurang bertanggungjawab telah membawa beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar kita. Pendek kata, pembangunan yang pesat telah menimbulkan masalah alam sekitar terhadap fenomena-fenomena alam sekitar.
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme”. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia (Bullock & Stallybrass, 1997). Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal (Razana, 2005).
Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1997) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Isu alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencamaran tanah dan sebagainya adalah isu yang sudah terkenal oleh manusia. Kendatipun manusia tidak mengambil isu-isu tersebut dengan serius dan akibatnya menimbulkan pelbagai masalah terhadap fenomena alam sekitar. Melalui Jabatan Perangkaan Malaysia 2016, melaporkan bahan pencemar adalah sebanyak 3 juta tan metrik adalah lebih banyak daripada tahun 2015 iaitu 2.5 juta tan metrik. Analisis ini telah menunjukkan pencemaran alam sekitar yang lebih serius di Malaysia. Walaubagaimanapun, Pihak yang sewajarnya mengambil berat dalam pemelihara dan pemulihara alam sekitar telah mencadangkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar terhadap fenomena alam sekitar.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air adalah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. Sumber air merupakan keperluan asas kepada manusia tetapi pencemaran air selalu menjadi salah satu isu yang penting dan dibincangkan oleh manusia. Pencemaran air telah membawa beberapa masalah terhadap fenomena-fenoma alam sekitar.
Pencemaran air membawa masalah yang secara langsung kepada hidupan akuatik. Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien yang tidak berorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium (Meifang & Kaiming, 2011). Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung ke dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi dan akibat pengurangan oksigen di dalam air. Dengan ini, keadaan eutrofikasi menyebabkan kematian haiwan akuatik berlaku. Di Malaysia, pembangunan ekonomi yang pesat menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak dan pencemaran organik dan memusnahkan kehidupan akuatik.
Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, dan beberapa sungai mengalirkan pelbagai racun seperti keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Dengan ini, pencemaran air menyebabkan hidupan akuatik gagal dalam pembiakan mengakibatkan kejadian punah spesies. Tambahan pula, penurunan kualiti air juga disebabkan oleh kejadian banjir. Kajian mendapati kejadian banjir di Malaysia pada tahun 2006 dan 2007 mengakibatkan pencemaran air (Ching, Lee, Toriman, Abdullah, & Yatim, 2015). Oleh itu, ia juga menyebabkan penurunan kuantiti spesies hidupan akuatik di laut.
Selain itu, pencemaran air juga merupakan salah satu masalah alam sekitar yang menyebabkan fenomena alam sekitar seperti banjir kilat berlaku. Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan tersumbatnya sampah yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir kilat mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir kilat tersebut berlaku. Menurut kajian mengatakan 20% daripada punca kejadian banjir kilat adalah faktor pencemaran air (G.D/iya, BarzaniGasim, EkhwanToriman, & G.Abdullahi, 2014). Sinar Harian melaporkan banjir kilat yang selalu berlaku di Cheras dan Balakong disebabkan oleh sisa sampah (Manan, 2018) (Rujuk Lampiran 1). Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.
Seterusnya, pencemaran sistem air bawah tanah juga merupakan salah satu fenomena alam sekitar yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran air. Kebanyakkan kilang akan membuang sisa-sisa kilang ke tempat yang diperuntukkan. Sisa-sisa akan dikeluarkan apabila berlaku loji pecah atau hujan lebat dan mengakibatkan sisa ini akan mengalir di permukaan tanah, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran sungai. Tambahan pula, sisa ini juga akan mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang mengakibatkan sistem air bawah tanah tercemar. Dengan ini, pencemaran system air bawah tanah akan merosakkan dan mencemarkan tumbuhan-tumbuhan tanah dan keadaan air itu sendiri serta menjejaskan kesuburan tanah.
Kesimpulannya, pencemaran air telah menimbulkan pelbagai masalah terhadap fenomena alam sekitar. Masalah-masalah ini telah menjejaskan hidupan akuatik dan berlakunya kejiadian banjir kilat serta mencermakan system bawah tanah.
Pencemaran uadara adalah bahan yang diracun di atmosfera yang dalam konsentrasi telah menyebabkan ketidakseimbang dinamik atmosfera dan membawa kesan kepada dunia. (Sumber: Kumar De, A. 1987. Environmental Chemistry. New Delhi: Wiley Eastern Limited.) Pencemaran udara juga dikenali sebagai sejenis pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat tidak sihat sepanjang tahun tersebut. Justeru, pencemaran udara telah menimbulkan beberapa masalah terhadap fenomena-fenomena alam sekitar.
Pencemaran udara telah menimbulkan masalah hujan asid pada masa ini. Hal ini kerana, penggabungan gas-gas seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan wap air di atmosfera telah membentuk asid sulfurik dan asid nitirik. Seterusnya, asid itu akan turut bersama dengan hujan dan dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid akan dapat menjejaskan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan hidupan air serta juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan (Sedlak, 2016). Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Kajian menepati Kawasan pertanian di tanah tinggi seperti Cameron Highlands tidak terkecuali daripada mengalami hujan asid (Nasbah, 2015).
Di samping itu, masalah yang paling ketara kepada dunia pada masa ini adalah masalah pemanasan global. Pemanasan global disebabkan oleh penyusutan lapisan ozon dan masalah rumah hijau. Hal ini dapat mengumpul dan membebeaskan gas-gas karbon dioksida yang mengakibatkan kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon. Penduduk bumi juga dapat berasa peningkatan suhu bumi dan pemanasan global ini juga telah membawa masalah kepada Malaysia. Menurut Tangang, Juneng, Salimun, Sei, Le and Muhamad (2012), mendapati suku permukaan Malaysia akan meningkat sebanyak 3 hingga 5 darjah Celsius pada akhir abab ke-21. Kajian mendapati pemanasan global membawa peningkatan karbon dioksida di atmosfera telah mengakibatkan pengurangan jumlah besi, zink, protein, dan vitamin ada dalam beras dan menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti beras di Malaysia (AFP, 2014).
Dalam pada itu, masalah terhadap fenomena yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah masalah jerebu. Contoh yang paling jelas ialah berlakunya kebakaran terbuka yang besar di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan Malaysia mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk. Jerebu yang sangat teruk telah mengurangkan jarak penglihatan dan menyebabkan kejadian kemalangan seperti kemalangan kereta serta mempengaruhi kehidupan dan kesihatan rakyat Malaysia. Jerebu yang sangat teruk akan menganggu kehidupan harian rakyat di Malaysia. Pada tahun 2015, kejadian jerebu yang teruk di Malaysia memaksa 2 juta pelajar berhenti bersekolah dan aktiviti luaran hendaklah dikurangkan (Heng, 2015). Jerebu juga dapat membawa masalah terhadap kesihatan kepada penduduknya terutamanya kardiovaskular serta alahan kulit (Sahani, et al., 2014). Dengan ini, kejadian jerebu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi termasuk kos kesihatan ditanggung, mengurangkan pendapatan dari aktiviti pelancongan dan kehilangan pendapatan kerana mengurangkan produktiviti.
Sebagai konklusinya, pelbagai masalah telah ditimbulkan oleh pencemaran udara seperti mempengaruhi kejadian hujan asid, pemanasan global, dan kejadian jerebu. Masalah-masalah tersebut telah mempengaruhi hidupan bumi dari aspek fizikal dan mental.
Langkah yang perlu diambil untuk memelihara alam sekitar adalah mengadakan kempen kesedaran melalui media massa. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan melalui radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan pengguna akan lebih mudah memahami peranan mereka sendiri terhadap kesan yang dapat menimbulkan pelbagai masalah terhadap fenomena-fenomena alam sekitar dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah Kempen Cintai Sungai Kita dan Program Advokasi Ilmuwan. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Program Advokasi Ilmuwan dapat memberi pandangan berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar yang sedang dihadapi seperti pencemaran air. (Rujuk Lampiran 1) Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum. Di samping itu, langkah untuk memelihara alam sekitar adalah dengan menambahkan tong sampah di sekeliling kawasan perumahan. Hal ini kerana, penambahan tong sampah di sekeliling kawasan perumahan dapat memberi kebaikan kepada penduduk supaya mempunyai tempat pembuangan sampah sarap yang mencukupi. Pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat termasuk sungai dan longkang (Rujuk lampiran 2). Oleh itu, tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
Langkah seterusnya yang perlu diambil adalah memupuk rakyat agar menggunakan pengangkutan awam untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, semakin tinggi pengguna pengangkutan awam, semakin kurang penghasilan gas-gas seperti karbon monoksida dan karbon dioksida. Dengan ini, pencemaran udara dapat dikurangkan. Pengangkutan awam di Malaysia seperti bas, teksi dan pengangkutan rel seperti MRT dan LRT. Grab yang selalu digunakan oleh rakyat juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Terdapat kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi Grab ini kerana applikasi ini sentiasa memberikan harga promosi kepada penggunanya agar mendapat menjimatkan kos. Tambahan pula, kita juga boleh berkongsi pengangkutan seperti Grab dengan jiran jika tempat yang hendak pergi adalah sama atau di satu kawasan tersebut. Dengan ini, kita dapat mengeratkan hubungan dengan jiran dan juga memberi kesan secara tidak langsung kepada pengurangan pencemaran.
Langkah-langkah yang dapat memelihara alam sekitar adalah mengadakan kempen kesedaran melalui media massa, menambahkan tong sampah di sekeliling kawasan perumahan, dan memupuk rakyat menggunakan pengangkutan awam. Dengan ini, pencemaran air dan pencemaran udara dapat dikurangkan pada tahap yang minima.
Langkah-langkah untuk memulihara alam sekitar ialah penghutanan semula. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesisi pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti pokok jenis pokok pain, batai dan sesenduk yang ditanam di bukit tinggi, Pahang. Pihak yang bertanggungjawab dalam urusan ini ialah Jabatan Perhutanan Malaysia untuk menjalankan kaedah ini dengan sistematik dan terancang. Tujuan utama perhutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat terus dibekalkan. Kaedah ini menyebabkan lebih banyak pokok dapat menyerapkan karbon dioksida dan memberikan lebih banyak oksigen melalui proses fotosintesis. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikurangan dan akibat pencemaran udara dapat dikurangkan dengan paling minima melalui kegiatan penghutanan semula. Di samping itu, langkah untuk memulihara alam sekitar adalah melalui penubuhan Stesen Pengawasan Udara dengan lebih banyak di kawasan perindustrian atau kawasan bandar yang dipenuhi oleh kenderaan. Hal ini kerana, stesen pengawasan udara yang ditubuhkan oleh Jabatan Alam Sekitar dapat mengesan kualiti udara di sekeliling kawasan yang ditubuhkan dan dapat memberi analisi yang tepat terhadap tahap pencemaran udara. Apabila Jabatan Alam Sekitar mendapati kualiti air sampai ke tahap yang sederhana, Jabatan Alam Sekitar akan memberi amaran kepada pihak perindustrian dan pengguna di kawasan tersebut. Oleh itu, pengguna dan pihak perkilangan di sekeliling kawasan dapat memberi perhatian kepada isu pencemaran udara dan meningkat kesedaran terhadap pengurangan pencemaran udara pada tahap yang paling minima. Seterusnya, proses rawatan loji kumbahan air perlu dilaksanakan dan ditambahan untuk memulihara alam sekitar. Kumbahan air akan melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah sisa toksik, zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan menggunakan penapis. Dengan menggunakan penapis biologi dan proses yang secara semula jadi dan menurunkan bahan buangan organik. Dalam usaha memerangi pencemaran sungai, Pejabat Kawasan Parlimen Pasir Gudang melancarkan program ‘Sungaiku Hartaku’ untuk menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat supaya menjaga sungai dan alam sekitar (Rujuk Lampiran 3). Dengan ini, sungai dan sumber air dapat dipelihara dan dipulihara melalui proses loji kumbahan air serta mengurangkan pencemaran air. Pembangunan yang pesat di Malaysia telah membawa implikasi yang besar kepada alam sekitar. Pencemaran alam sekitar juga menjadi isu yang besar kepada manusia. Pencemaran alam sekitar telah membawa pelbagai masalah terhadap fenomena sekitar. Usaha pelbagai pihak telah mendapati beberapa langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pencemaran air telah membawa masalah kepada kehidupan akuatik, masalah kejadian banjir kilat dan masalah pencemaran sistem air bawah tanah. Kehidupan akuatik terjejas disebabkan oleh penurunan kualiti air dan kekurangan oksigen di air. Inilah juga mengakibatkan kuantiti spesies hidupan akuatik menurun. Kelemahan pengurusan sampah-sarap dan membuang ke sungai atau longkang juga menjadi punca pencemaran air dan akibatnya kejadian banjir kilat. Masalah sistem air bawah tanah yang tercemar telah merosakkan dan mencemarkan tumbuh-tumbuhan tanah dan kualiti air serta merosakkan kesuburan tanah.
Pencemaran udara juga telah menimbulkkan pelbagai masalah terhadap fenomena alam sekitar termasuk masalah kejadian hujan asid, masalah pemanasan global dan masalah kejadian jerebu. Masalah kejadian hujan asid menjejaskan kualiti tanah dan akibatnya kesuburan tanah termusnah. Masalah pemanasan global menyebabkan peningkatan karbon dioksida di atmosfera telah menyebabkan pengurangan jumlah vitamin dalam beras dan kesannya penurunan kualiti dan kuantiti beras di Malaysia. Kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia menyebabkan kejadian jerebu dan menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi negara kita.
Langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar adalah mengadakan kempen kesedaran melalui media massa, menambahkan tong sampah di sekeliling kawasan perumahan, dan memupuk rakyat menggunakan pengangkutan awam. Kempen yang diadakan melalui media massa dapat meningkatan kesedaran rakyat dalam menjaga alam sekitar. Penduduk dapat menyelesaikan masalah sampah-sarap bertaburan merata tempat dengan menambahkan tong sampah di sekeliling kawasan. Peningkatan penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan penghasilan gas-gas seperti karbon monoksida dan menyebabkan pencemaran udara dapat dikurangkan pada tahap yang minima. Dengan ini, pencemaran air dan pencemaran udara dapat dikurangkan pada tahap yang minima.
Langkah-langkah untuk memulihara alam sekitar ialah penghutanan semula, menubuhkan Stesen Pengawasan Udara, dan pelaksanaan dan pertambahan proses rawatan loji kumbahan air. Kebanyakkan pokok akan ditanam balik melalui penghutanan semula dan akibatnya penambahan oksigen kepada manusia. Penubuhan Stesen Pengawasan Udara dengan lebih banyak di kawasan perkilangan dan kawasan bandar dapat mengesan kualiti udara terhadap tahap pencemaran udara dengan tepat dan cepat. Pencemaran air dapat dielakkan dan dikurangkan melalui pelaksanaan proses rawatan loji kumbahan air. Pendek kata, pencemaran air dan pencemaran udara dapat dikurangkan melalui langkah-langkah yang dicadangkan.
Keseimpulannya, selagi permikiran masyarakat tidak berubah, selagi masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu, kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan untuk mengelakkan diri sendiri mencemar alam sekitar dan memberi masalah terhadap fenomena alam sekitar. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama. Saya berharap kita hendaklah berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.
– YI BIN LO
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment