alam kepada reader2 confession IIUM. hihihi seperti di tajuk, confession saya ini menceritakan pasal community LGBT. Ramai yang straight/normal tidak memahami golongan2 sonsang ni semuanya nak maki hamun atau mengatakan akhir zaman. So, saya disini memperbetulkan “misconception” pasal LGBT.
1. ” Akhir zaman. Dunia dah nak kiamat sebab golongan-golongan LGBT semakin banyak.”
Pembetulan : Percaya atau tidak golongan-golongan sonsang ni dah lama pun wujud. Golongan-golongan ni semakin ramai berani menonjolkan diri berbanding dengan zaman2 dulu yang conservative. Zaman sekarang orang semakin menerima dan liberal so golongan2 ni berasa selamat apabila menunjukkan diri di tempat awam. Selain itu, golongan2 ni juga kebanyakkanya sekarang berpendidikan dan berkerjaya sebab tu mereka ni muncul di kaca tv, di media sosial dan diviralkan lebih2 lagi kalau orang itu jutawan dan seorang maknyah.
Conclusion : Golongan2 ni tak semakin meningkat tetapi semakin berani menonjolkan diri. Golongan2 ini mampu berjaya/kaya raya seperti orang2 normal sebab itu nama2 dorang dinaikkan dan kita selalu mendengar si polan2 itu berjaya tapi pondan/gay. Jangan hairan la tak lama lagi atau tahun2 akan dtg kita akan dengar seorang bedah pakar terhandal di Malaysia tetapi seorang pondan.
2. “Kalau dunia mengiktirafkan/menerima LGBT, manusia akan pupus sebab laki dengan laki dan pompuan dengan pompuan tak dapat memberi zuriat.”
Pembetulan : Ya, betul hubungan kelamin sesama jenis takkan memberikan zuriat atau melahirkan manusia. Persoalannya, mana lelaki2 dan pompuan2 yang straight? Yang straight tetiba jadi gay/lesbian. Yang lelaki macho tetiba menjadi pondan dan perempuan yang ayu tetiba menjadi pengkid? Percayalah kata saya, penyakit naluri2 sonsang ini bukan penyakit berjangkit. Kalau kau dibesarkan dalam keluarga mempunyai mak ayah dan kau masih juga sonsang, tak mustahil kau juga masih straight walaupun dibesarkan dalam keluarga mempunyai ayah ayah atau ibu ibu. Orientasi seksual bukan untuk dipilih. Kau takkan banggun hari ni pastu kau kata kau nak jadi gay.
Esoknya kau nak jadi straight pula. No no.
Conclusion : Walaupun kau dibesarkan dalam environment yang homoseksual sekali pun, kalau kau straight kau straight la. Menjadi gay bukannya pilihan begitu juga menjadi seorang straight. Percayalah setiap orang pasti mahu jadi normal. Tak ade yang taknak jadi normal atau mahu mempunyai naluri yang cacat tetapi malangnya orientasi seksual bukan di pilih seperti kita memilih flavour aiskrim di supermarket.
3. “Kau tu gay/pondan sebab ada masa silam yang gelap”
Pembetulan : Ya ada sesetengah yang menjadi gay/pondan mungkin disebabkan pernah mengalami sexual abuse, terlalu ramai perempuan dalam keluarga atau putus cinta yang teruk. Tau ka anda, tak semua yang mempunyai pengalaman di atas akan menjadi pondan/gay. Saya kenali seorang kawan saya yang mempunyai ayah yang abusive dulu dan sekarang dia lelaki yang tulen. Saya kenali seorang kawan saya, dalam keluarga dia, dia seorang je yang lelaki dan anak bongsu pula tu tetapi dia tak gay/lembut/pondan pun.
Ramai juga saya kenal orang2 gay/pondan yang memang tidak mempunyai pengalaman2 pahit. Dilahirkan dalam kelurga yang baik, bilangan ratio laki dan perempuan dlm kelurga pun tak besar, mak ayah mendidikan anak2 tentang agama tetapi dorang tetap gay/maknyah.
Conclusion : Naluri seseorang bukan berdasarakan environment dia atau pengalaman pahit yang dia alami 100%. Jadi apa yang menjadikan seseorang itu menpunyai naluri sonsang? Kita semua tak tau dan tak pasti.
Jadi apa yang saya dapat conclude kan semua ni atau puzzle2 yang saya cantumkan dekat sini ialah menjadi seorang gay/maknya/lesbian/pengkid bukanlah satu pilihan seseorang. Mungkin ini satu ujian Allah bagi kat dorang dan ujian bagi orang2 yang normal macam mana nak handle/membantu mereka.
Ya menukar jantina adalah haram. Menyukai kaum sejenis adalah haram. Tapi apa dorang patut buat untuk membuang naluri tersebut. Saya percaya bahwa Muhammad Sajjad dan Muhammad Safuddin (Safiey xtau nak eja nama dia sebenar hahaha) dulu pernah nak buang naluri sosang dorang tapi dorang tak tau bagaimana. Hati mereka tetap nak berpakaian wanita. Suka memakai pakaian kemas seperti wanita tetapi mereka tak dapat nak buang naluri tersebut dan akhirnya mereka give up dan meletakkan dalam mindset dorang “I am born this way”
So. kita yang normal ni, jangan la memperkelehkan orang2 macam ni. Dugaan korang dengan orang macam ni berbeza. Jangan sesekali membuli atau memukul pondan seperti dalam berita baru2 ni dan ajarlah anak2 tu especially anak lelaki jangan buat jahat kat orang2 lembut di sekolah. Takda siapa pun yang memintak menjadi sonsang.
Kepada ahli2 agama, PU, DAI’ dan mufti tolonglah mencari pendekatan yang terbaik bagi golongan2 sonsang. Dekatkan diri dengan golongan seperti ini. Janganlah asyik kata itu haram ini haram tanpa mendekati orang yang dalam kesusahan. Dorang yang sonsang ni dorang tau kot apa dorang buat tu haram. Tapi masalahnya bagaimana nak hentikan. Sama la juga kepada pengamal2 perubatan tolonglah cari ubat2 untuk golongan ni. yang masih sekolah tu, belajar la rajin2 mana tau kau dapat jumpai/menemui yang mempunyai naluri sonsang ni.
Ayuh, kita cuba mendekati diri dengan golongan2 ni untuk bantu mereka ke jalan Allah sementara ubat dorang belum ditemui!
– Insan Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment