Thursday, 16 August 2018

Peninggalan Keturunan V

PengakuanKu

Salam. Finally keluar juga episod Peninggalan Keturunan yang ke-V. Sorry buat korang menunggu (Dan sorry juga untuk perkataan ‘bersetongkol’ tu. Hahahaaa). Untuk episod2 yang lepas, korang boleh baca kat sini.

Bahagian I : https://iiumc.com/peninggalan-keturunan/

Bahagian II : https://iiumc.com/peninggalan-keturunan-ii/

Bahagian III : http://iiumc.com/peninggalan-keturunan-iii/

Bahagian IV : https://iiumc.com/peninggalan-keturunan-iv/

Mula2 aku akan cerita dulu apa yang jadi dekat family aku lepas adik aku berubat hari tu. Actually, lepas ktorang pegi berubat yang lepas, aku tunjuk video yang aku rakam masa adik aku dirawat kat ayah aku. Dan apa reaksi ayah aku? Ayah aku marah dengan Tok Nang. Dia tak sangka pulak yang Tok Nang ada ambil saka untuk jaga keturunan dia. Dan kami terus terang je cakap kat dia yang Ustaz tu expect ketua jin tu ada kat ayah aku. Dan bila ayah aku imbas kembali, ada beberapa perkara yang terjadi pada ayah aku yang buat ayah aku rasa memang ada benda yang jaga dia. Salah satunya, ayah aku pernah eksiden teruk, kereta hampir total lost tapi ayah aku hanya cedera ringan. Ye, aku tak nafikan ini juga kuasa Allah yang selamatkan ayah aku.

Untuk saka nenek kat badan kakak aku, firasat aku kuat mengatakan yang ketua dia ada kat Mak N, adik perempuan ayah aku. Sebab dia waris perempuan paling kuat. And unexpectedly, tiba2 malam tu Mak N hantar whatsapp kat kakak aku untuk tanya pasal hasil adik aku berubat tu. Dan kakak aku tanya dia, dia tak rasa apa2 ke petang tu. Dia cakap petang tu dia tidur dan mimpi ada seseorang datang kat dia dan ajak dia ikut orang tu. Tapi dia tak ikut. Something fishy right?

Yang adik aku, dia cakap dia rasa panas bila dekat dengan ayah aku kat rumah. Dan lepas balik berubat hari tu, gangguan yang dia kena kat rumah lagi extreme. Kadang2 dia tengah tidur dalam bilik, dengar ada benda tolak2 perabot dalam toilet sebelah bilik. Padahal dalam toilet mana ada perabot. Tapi aku boleh nampak, sejak dia kena gangguan ni, dia makin dekat dengan Allah. Bila dia tak boleh tidur tengah malam, dia akan buat solat sunat dan mengaji untuk lawan benda2 tu. Mungkin ada hikmah dari semua benda yang berlaku ni.

Kan mula2 ayah aku ok je nak ikut kan? Tapi bila kakak aku dah bagitau tarikh nak pergi tu, tiba2 dia macam tak nak pergi sebab banyak kerja katanya. Kitorang semua dah bersedia dengan pelbagai alasan dan ugutan untuk bagi ayah aku pergi juga. Mak aku siap sound lagi, kalau sayang kat anak, ayah aku kena pergi. Dan akhirnya ayah aku ikut juga. So untuk rawatan kali ni, semua keturunan ayah aku ikut sekali kecuali anak kedua Pak L yang duduk asrama. Nasib baik adik beradik ayah aku 3 orang dan cucu arwah Tok Wan aku 7 orang je. Senang nak kumpulkan. Kalau berpuluh orang, jenuh nak panggil semua balik.

Masa rawatan yang lepas, Ustaz Azman dan bagitau apa yang perlu kami bawa untuk rawatan buang saka Tok Nang. Antaranya macam biasa, garam kasar, lada hitam, botol kaca, kain buruk untuk balut botol dan untuk ketua saka ni, ktorg kena buat kotak kayu. Kotak kayu ni saiz lebih kurang besar kotak kasut untuk letak botol kaca.

Sampai rumah Ustaz Azman, bila semua barang dah ready. Ustaz Azman minta semua keturunan Tok Nang duduk dalam satu line sebelah menyebelah dengan kaki diluruskan mengadap ke depan. Pembantu Ustaz Azman akan pegang kepala dan Ruqyahkan sorang2 dan Ustaz Azman akan scan guna tongkat dia. Bila selesai Ruqyah, siapa yang jawab salam Ustaz Azman maknanya dia tak ada jin atau saka kat dalam badan dia, so boleh duduk belakang. Bermula dari kanan, adik aku start di Ruqyah, dan macam biasa, keluar silat dia. Dan kali ni dia terus bangun dan menari. Nak tahu macam mana dia menari, korang boleh google Tarian Menora Thailand. Sebijik macam tu.

Sebelah adik aku, kakak aku pula. Dan macam biasa, dia start mengunyah macam makan sireh dan senyum2.

Lepas kakak aku, cousin aku pulak, anak sulung Pak L. Ok, ni lagi dasyat. Baru baca bismillah dia dah macam sesak nafas. Dan suara terus bertukar. Dah tak macam suara perempuan dah. Memang garau giler.

Dan sampai la ke giliran yang ditunggu2, ayah aku. Bila pembantu Ustaz Azman start Ruqyah, tangan ayah aku menggeletar. Ustaz Azman scan ayah aku dan Ayah aku senyap je. Ustaz Azman bagi salam. Ayah aku jawab ‘Waalaikumsalam’. Ayah aku jawab salam. Maknanya kat ayah aku tak ada jin weh!! TAK ADA!! YILLEK!! Hampeh punya Acai Cincai Boncai. Punya la ktorang risau sampai duk kepung ayah aku suruh ikut balik kampung jugak sebab ingat ketua jin tu kat ayah aku. Rupanya dia menipu!!

Lepas tu turn Mak L pulak. Kan aku syak ketua jin nenek tu kat dia. Rupanya dia pun takde. Lepas tu Pak L, adik aku lagi sorang, aku dan last sekali anak bongsu Pak L, semua takde. 3 orang je yang ada. Nasib baik 3 orang je yang ada, kalau ramai lagi tak tahu la macam mana nak kepung.

Sementara Ustaz Azman Ruqyah kan kami2 ni, pembantu dia yang lain tabur garam kasar dan lada hitam kat 3 orang yang dah kena rasuk ni. Kalau focus sebelum ni kat adik aku, kali ni focus lebih kepada cousin aku. Dia punya meronta dasyat giler. Kalau adik aku dengan gaya silat dan kakak aku gaya nenek, cousin aku ni pulak gaya macam ular. Cara dia melentuk badan dan mengelak garam kasar tu, macam takde tulang. Sebijik macam ular.

Ustaz Azman suruh pembantu dia bagi adik dan kakak aku pengsan dulu dengan cara bagi diorang hidu bau rambut bunian. Tapi diorang pun pandai, dua2 tahan nafas. Hahahaa. Last2 Ustaz Azman biar je diorang duduk tepi dinding dulu.

Ustaz Azman tanya2 jin yang kat badan cousin aku tapi dia tak jawab. Dia mengerang je tapi bukan suara cousin aku. Bila Ustaz Azman tanya lagi, dia gelak pulak. Diorang bagi dia hidu rambut bunian, dia bergolek2 atas lantai. Dan bila dia menjerit, serious seram. Dah macam cerita munafik.

Bila dia taknak cakap, Ustaz Azman berusaha bagi dia keluar dari badan cousin aku. Ustaz Azman baca ayat kursi dan pembantu dia laungkan azan sampai la benda tu keluar melalui mulut dia dan masuk dalam botol. Then cousin aku pun pengsan dan Pak L angkat dia bawak ke bahagian tengah rumah (rumah Ustaz Azman ni ada 3 bahagian, ruang tamu tempat ktorang berubat, ruang tengah dan ruang dapur).

Settle first part untuk cousin aku, turn adik aku pulak. Adik aku tak habis2 dengan tarian dia. Dah macam ahli gymnastic pun ada. Kejap menari sambil duduk, kejap berdiri. Dan pembantu Ustaz Azman start azan kat telinga adik aku sambil pembantu2 dia yang lain pegang adik aku. Lepas je dia azan, Ustaz Azman mula belah tangan adik aku guna pedang tembaga miniature. Adik aku buat dek je dengan gaya ego giler sambil senyum2.

Ustaz Azman suruh pembantu dia lepaskan adik aku dan biar Ustaz Azman sorang je berlawan dengan adik aku. Dia pegang tangan adik aku dan dia suruh adik aku lawan dia. Adik aku melawan sampai naik atas badan Ustaz Azman. Bila Ustaz Azman tekap rambut bunian kat hidung adik aku pun, dia buat dek je sambil tahan nafas.

‘Kau saka keturunan? Betul?

BETUL

‘Kau yang ganggu keturunan dia semua? Betul?

BETUL

‘Dulu tuan kau ambil kau macam mana? Kat mana dia ambil kau?

LAUT

‘Nama kau apa? Acai?’

ACAI DAH MAMPUS!

‘Habis tu kau nama apa?’

AKU TAKDE NAMA. AKU KETUA

‘Oo. Hat ni la yang nak duduk dalam kotak ni?’

Adik aku senyum sinis je. Mengejek.

Dan memang betul. Dialah KETUA JIN SAKA milik Tok Nang. Selama ni semua dia tipu. Dari awal lagi dia cakap adik beradik aku yang dah kahwin tapi tak dapat zuriat tu pun tipu. Dia cakap ketua dia ada pada ayah aku pun tipu. Dia cakap dia buat sampai keluarga aku berpecah belah tu pun tipu! Penipu punya Acai Boncai!

Dan masa ni sesuatu terjadi. Fon aku memory full!! DEMN!! Pastu aku duk sibuk pulak delete benda2 yang ada dalam fon aku sampai tak focus dah. Dua kali DEMN!!

Dan bila aku start focus balik, cousin aku dah ada kat ruang tamu sambil meronta2 kena rasuk balik. Yang adik aku pulak, diorang tengah pasung kaki dia guna Kayu Pasung Jin. Masa ni semua dah kelam kabut sebab dua2 orang yang tengah agresif ada serentak. Ada la dalam 9/10 orang yang tolong masa ni. Separuh pegang cousin aku, separuh lagi tolong Ustaz Azman. Nasib baik kakak aku tak agresif macam diorang. Nenek dalam badan kakak aku ni baik, elok je duduk tepi dinding sambil mengunyah sireh bayangan dia. Hahaha.

Lepas Ustaz Azman pasung kaki adik aku, dia boleh gelak pulak. Dan dia tolak semua botol2 yang diorang susun tepi dinding. Bengang la Ustaz Azman. Kali ni dia guna 1 kayu kecil dan cucuk kaki adik aku. Adik aku meraung. SAKITTTTT. Pastu dia buat2 pengsan.

Ustaz Azman buat perkara yang sama dekat cousin aku pulak.

SAKITLAH BODOH!! (Akhirnya cousin aku bercakap)

‘Kalau sakit bagitau aku, kau siapa? Kalau tak aku bunuh kau!’

AKU TAKKAN MATI LAH MANUSIA BODOH!!

Cousin aku menjerit2 lagi sampai la dia tak tahan.

OK. OK. AKU BALIK. AKU BALIKKAN BUDAK NI. AKU KEMBALI KE TEMPAT ASAL AKU.

Pastu sama macam adik aku juga, dia buat2 pengsan.

Yang adik aku tadi, dia menangis teresak2 kat sebelah cousin aku. Bila Ustaz Azman tanya dia kenapa menangis, lagi kuat dia menangis.

AKU NAK DIA. AKU NAK DIA.

Lagi sekali macam orang putus cinta. Ustaz Azman panggil ayah aku duduk sebelah dia. Sambil tu Ustaz Azman cucuk kaki adik aku guna batang kayu kecil tu.

‘Kau mintak maaf kat ayah dia. Kau tuduh ayah dia tapi sebenarnya kau ketua. Betul?’

YEEE

‘Kau mintak maaf kat ayah dia sebab kau dah kacau budak ni. Kau kacau anak dia. Kau minta maaf sekarang!’

AKU MINTAK MAAF

Adik aku menagis2 je. Sayu giler. Masa ni memang sedih. Aku pun keluar air mata. Huhuuu.

Bila cousin aku dah sedar, dia bangun dan nak lari keluar rumah. Semua kepung dia. Pembantu2 Ustaz Azman baringkan cousin aku dan Ustaz Azman tekan2 kayu kecil tu kat muka cousin aku. Cousin aku meraung sampai dia pengsan balik. Bila dia bangun, dia meronta balik dan Ustaz Azman tekan kayu kat tangan, kepala dan tapak kaki dia pula.

‘Kau taknak mengalah ke?’ (Ustaz Azman tengking jin dalam badan cousin aku)

AKU TAKKAN KALAH. AKU TAKKAN LEPASKAN BUDAK NI.

Ustaz Azman tekan kayu kat tapak kaki dia lagi.

‘Kau nak mengalah ke taknak?’

SAKIT! SAKIT!!

Pembantu Ustaz Azman dah standby pegang botol kat mulut cousin aku. Masa ni 5 orang tolong pegang cousin aku. Sorang tolong kunci kaki cousin aku guna kayu kecil.

‘Wahai iblis laknatullah, ini bukan tempat kau iblis. Dan dia ni bukan milik kau iblis. Ini makhluk Allah Taala. Ini manusia, ini bukan dalam kalangan kamu iblis. Engkau lepaskan dia iblis.’

Ustaz Azman baca surah2 dan ALLAHHU AKBARRRR…. Jin tu keluar masuk dalam botol dan cousin aku terus lemah dan pengsan balik. Pak L angkat cousin aku pergi ruang tengah rumah balik.

Dan sekarang sampai masa yang ditunggu2, untuk keluarkan ketua jin saka keturunan Tok Nang. Pembantu Ustaz Azman dah sedia letak kotak kayu dan botol2 kat tengah ruang tamu. 2 biji botol yang dah dibalut dengan kain buruk diletak kat dalam kotak kayu. Lepas tu diorang tarik kakak dan adik aku ke depan kotak tu.

Adik aku still nangis2 lagi. Diorang bagi adik dan kakak aku duduk dan kaki diluruskan mengadap kotak kayu. Masa ni adik aku still juga nak melawan tapi Ustaz Azman tengking dia. Ustaz Azman tekan kaki adik aku dan dia menjerit kesakitan. Adik aku minta ampun kat Ustaz Azman. Ustaz Azman bagi ceramah panjang lebar kat adik aku dan adik aku janji untuk patuh cakap Ustaz Azman.

Upacara pembuangan saka pun dimulakan. Sorang pembantu Ustaz Azman laungkan azan kat telinga kanan adik aku, sorang lagi baca ayat kursi kat telinga kiri. Ustaz Azman standby kat hujung kaki adik aku untuk keluarkan jin melalui kaki adik aku dan masukkan jin tu dalam botol kaca dalam kotak kayu. Dan akhirnya adik aku terkulai lemah. Ustaz Azman panggil nama adik aku dan bagi salam. Adik aku sedar tapi dia tercungap2 macam penat sangat. Ustaz Azman suruh adik aku rehat dulu baring kat bahagian tengah rumah.

Turn kakak aku pulak. Tapi kali ni kakak aku dah lain, dah takde kunyah2 sireh dah. Tangan dia dah bergerak macam tangan Acai. Ustaz Azman panggil ayah aku duduk sebelah dia.

‘Aku nak kau minta maaf pada ayah budak ni sebab kau dah kacau budak ni.’

NENEK TAKDE. NENEK DAH KELUAR!

‘Kau siapa? Jawab!

Kakak aku berdengus2 marah.

‘Kau hantu raya kan? Kau hantu raya yang jaga kampung kan? (Dah bila masa hantu raya pulak yang masuk dalam badan kakak aku ni)

YE!

‘Ni ayah budak ni. Kau minta ampun kat ayah budak ni sebab kau kacau budak ni’.

Ustaz Azman pegang kepala kakak aku dan kakak aku start menangis meraung. Dan masa ni, cousin aku dah kena rasuk balik kat ruang tengah rumah. Semua pembantu Ustaz Azman kena pegang dia sebab dia meracau teruk. Last2, Ustaz Azman dengan sorang pembantu dia je yang tinggal untuk uruskan kakak aku. Sorang baca ayat kursi kat kepala kakak aku, Ustaz Azman keluarkan jin hantu raya tu masukkan dalam botol melalui kaki. Dan Alhamdulillah, kakak aku pun selesai. Ustaz Azman suruh dia duduk kat luar rumah supaya tak ada berjangkit lagi.

Jin kat cousin aku ni sangat agresif. Ustaz Azman guna semua senjata miniature dia untuk seksa cousin aku. Ustaz Azman ambil pedang untuk belah muka cousin aku dan cousin aku buat2 pengsan. Then Ustaz Azman ambil satu senjata dan dia ugut untuk guna senjata tu kat cousin aku.

‘Kau nak mengalah ke tak nak? Kalau aku guna benda ni, kau akan cacat sampai hari kiamat.’

Cousin aku senyap je. Dan Ustaz Azman betul2 guna senjata tu cucuk kepala cousin aku. Cousin aku menjerit meraung sekuat hati.

Lepas dah belah muka tu, pembantu Ustaz Azman pun standby botol kat mulut cousin aku. Dan akhirnya jin tu pun keluar dari badan cousin aku.

Settle tu pembantu Ustaz Azman pasung setiap botol yang ada jin tu sebelum buang. Nak tahu diorang buang kat mana? Diorang buang kat muara sungai dan laut. Sebab tu orang tua2 selalu pesan, kalau jumpa botol kaca kat laut jangan buka. Dan jangan pergi duduk kat tepi laut masa maghrib atau kencing sembarangan merata-rata. Sebabnya kalau ada botol yang pecah, jin kat dalam botol tu akan masuk dalam badan orang yang berdekatan dia masa tu. Jin yang dah diletakkan di dalam botol ni takkan ingat tuan lama dia lagi. Bila dia terlepas dari botol, fikiran dia dah di reset balik. Dan dia akan cari tuan baru pula.

Sebelum balik tu, banyak yang ayah aku clearkan dengan Ustaz Azman. Antaranya kenapa ayah aku menggeletar masa Ustaz Azman Ruqyahkan ayah aku. Ustaz Azman cakap, jin ni saka keturunan. Saka keturunan akan jaga semua ahli keturunan dia walaupun dia tak duduk dalam badan orang tu. Sebab tu bila cousin aku yang duduk sebelah ayah aku tu dah kena rasuk, ayah aku rasa menggeletar. Dan mungkin sebab tu juga Mak L aku bermimpi ada orang ajak dia ikut pergi satu tempat masa adik aku seru dia tu.

Dan Ustaz Azman cakap jin2 ni takkan kacau keturunan ktorang dah sebab dia dah kena pasung dengan Kayu Pasung Jin. Alhamdulillah.

Sebelum balik tu, ayah aku minta tolong kat Ustaz Azman untuk scan dari jauh rumah2 kami sebab takut ada yang menumpang. Ustaz Azman minta ayah aku lukiskan kedudukan rumah berserta jalan. First sekali rumah lama yang kami dah tak duduk. Ayah aku cakap, akhir2 ni bila dia pergi rumah tu, badan dia jadi gatal2 yang teruk. Kadang2 dia garu tempat gatal tu sampai tak sedar dah berdarah2.

Ustaz Azman ambil satu botol kaca jernih yang ada penutup, dia letak batu macam batu permata bujur kat atas penutup botol kaca tu dan letak 1 benda macam lalang/lidi halus kat atas batu permata tu. Dan lepas dia baca surah2, tiba2 lidi tu berputar macam jarum jam tapi tak jatuh dari batu tu.

Ustaz Azman kata, ada sesuatu kat tapak rumah tu. Mungkin tapak tanah tu tanah pusaka nenek moyang dan nenek moyang ambil sesuatu untuk jaga tapak tu. Apa benda tu? Benda tu HANTU RAYA. Tugas hantu raya tu untuk jaga kawasan tanah tu.

Ustaz Azman bagi penyelesaian yang kami boleh buat. Ambil air bacaan Yaasin dari masjid yang jemaah baca Yaasin masa malam jumaat. Minta orang lain pergi percik/renjis sambil baca ayat kursi di sekeliling kawasan tanah bermula dari belah kanan tapak tanah yang mengadap ke jalan. Maksudnya kita berdiri kat tapak rumah tu menghadap ke jalan, percik air mula dari kanan kita. Ulang bacaan Yaasin sambil percik air sampai habis sekeliling tapak tanah tu. Lagi afdal kalau dapat ulang sampai 9 kali bacaan ayat Kursi tu. (Siapa ada masalah gangguan dalam rumah boleh cuba ni).

Rumah kedua, rumah yang ktorang duduk sekarang. Adik aku cakap semenjak dia kena gangguan, dia selalu dengar bunyi2 kat rumah tu. Kadang bunyi perabot kena alih, kadang bunyi orang berjalan. Ustaz Azman buat perkara yang sama juga guna lidi. Dan Ustaz Azman cakap, tadi ada benda tapi sekarang dah tak ada. Maksudnya, masa geng2 Acai tadi ada, memang ada benda yang duduk sekali kat rumah kami. Tapi benda tu semua dah keluar masa ketua Acai keluar tadi. Alhamdulillah. Tapi still Ustaz Azman minta kami sembur air bidara di sekeliling kawasan rumah sebagai pagar. Caranya sama juga macam guna air Yaasin tu.

Alhamdulillah. Akhirnya selesai semua masalah saka yang menghantui kami sekeluarga. Adik dan kakak aku pun dah beransur pulih dan takde kena gangguan dah. Aku bersyukur sangat2 sebab dapat berjumpa dengan orang yang betul yang boleh rawat masalah saka peninggalan keturunan ktorang ni . Aku tahu ramai orang kat luar sana yang ada masalah saka tapi masih tiada jalan penyelesaian.

Saka keturunan bukanlah sesuatu yang senang diubati sebab perjanjian orang dulu2 dengan jin sangat kuat dan ada yang membabitkan perjanjian darah dan sebagainya. Banyak perawat Islam yang give up untuk rawat saka keturunan kerana mereka pun turut terkena tempias gangguan bila diorang cuba nak tolong. Nasib kami baik, kami dapat selesaikan benda ni cepat.

Ramai yang suruh pm berkenaan tempat aku berubat ni. Bukan aku taknak pm korang, tapi tujuan confession adalah untuk taknak orang tahu siapa pemilik cerita. Kalau aku pm korang, baik aku balas je komen korang tu dan tak sampai 5 minit penuh friend request aku.

Untuk korang yang nak cuba berikhtiar kat tempat ni, boleh cari Rawatan Islam Nur Fisabilillah. Rumah dia berdekatan kaki Gunung Jerai. Kalau google takkan jumpa. Kena tanya orang kawasan situ. Aku doakan semoga korang pun cepat sembuh dan dapat buang saka keturunan korang. Aminn.

– NN – Kaca

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

1 comments:

  1. Assalamulalaikum, boleh saya nak minta alamat n no tel. Ustaz Khir x? Keluarga saya juga mengalami masalah dgn makhluk halus ni smpai bapa saya masuk hospital. Jadi kalau boleh nak minta alamat sbb nak try dekat saya juga. Dah banyak tempat dah kami try tapi sama la macam author, dia keluar sekejap lepas tu mai pulak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.