Tuesday, 31 January 2017

Hati Anak Yang Terluka

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah hidup saya. Sungguh saya rasa tak terdaya, tetapi saya perlu kuat. Maka, redha adalah pilihan terbaik.

Saya sejak umur 2 bulan ditinggalkan oleh ibu dan ayah di kampung bersama datuk dan nenek. Atas alasan apa, saya kurang pasti. Tetapi yang pastinya saya sungguh gembira tinggal bersama datuk, nenek, makcik dan pakcik. Mereka menyayangi saya seadanya walaupun saya bukan lah budak yang comel. Momen saya berkisar kepada mereka, maka momen bersama keluarga sendiri amatlah sedikit.

Apabila ibu dan ayah berpindah menetap di kampung semasa saya darjah 1, saya dengan berat hati terpaksa tinggal bersama ibu dan ayah. Tetapi, hujung minggu saya pasti ke rumah datuk dan nenek kerana bagi saya itulah sebenar-benar rumah saya.

Malang menimpa, ayah meninggal dunia semasa saya darjah 3. Sedih memang sedih. Saya, ibu dan adik-beradik lain terus menetap di rumah peninggalan arwah ayah sambil dipantau oleh datuk dan nenek. Kami mampu bertahan kurang setahun sahaja. Kami mengikut ibu berpindah ke bandar atas alasan ibu mahu bekerja. Bermula dari situ, aku merasa susahnya hidup tanpa datuk dan nenek. Setiap hari aku dan adik ke sekolah menaiki bas ( sebelum ini, kami bersekolah di kampung. Berdekatan dengan rumah). Setiap hari aku menangis di dalam kelas. Waktu rehat pula, adik datang menangis mengadu mahu pulang ke kampung. Bila pulang ke rumah, aku kena memasak untuk adik-beradikku. Adikku berumur 5 tahun ditinggal seorang diri di rumah. Petang pula, aku ke stesen bas menjemput kakak pulang dari sekolah. Satu pagi di sekolah, aku rasa sudah tertahan lalu aku telefon rumah datuk ku, kebetulan makcik yang angkat. Aku menangis meminta mereka datang mengambil kami adik-beradik. Kasih sayang makcik dan pakcik tidak bertepi, tengahari lepas waktu sekolah mereka sudah berada di kantin sekolah. Aku dan adik menangis semahunya. Mereka berjanji akan membawa kami pulang ke kampung.

Dipendekkan cerita, kami berempat pulang ke kampung. Aku lah orang yang paling gembira. Datuk, nenek, pakcik dan makcik menjaga, membelikan baju sekolah dan pelbagai lagi. Namun adik tidak mahu berenggang dengan ibu. Maka berlaku drama antara adik dan ibu. Adik mahu ikut ibu, ibu semacam tidak setuju sehingga berlaku perkara yang kami semua tidak sangka iaitu apabila seorang pakcik teksi kelihatan resah bertanya alamat rumah datuk. Rupanya pakcik itu menghantar adik, seluruh badan adik berbirat kesan dirotan. Adik menangis tidak berhenti. Aku terkesima. Makcik terkejut. Datuk mula marah-marah. Nenek menangis teresak-esak kerana terlalu sedih melihat keadaan adik.

Satu hari ibu muncul selepas menyepi 2 tahun. Ibu muncul dengan suami baru nya. Datuk dan nenek terima seadanya. Adik dan kakak ku ingin mengikut ibu, ibu bersetuju. Cuma aku dan abang sahaja yang setuju untuk tinggal bersama datuk dan nenek di kampung.

Maka, aku terus tinggal bersama datuk dan nenek. Kesemua belanja sekolah dan apa sahaja dibayai oleh datuk. Datuk sangat pemurah terutama hal berkaitan belajar. Datuk tidak teragak-agak menghantar aku ke tuisyen, membelikan buku latihan yang amat banyak. Dia suka lihat aku belajar. Selalu dia menemani aku belajar hingga lewat malam. Bila keputusan PMR keluar, datuk orang paling gembira. Orang ke-2 ialah makcik ku. Kegembiraan mereka bertambah lagi bila aku ditawarkan ke MRSM. Pada masa itu juga, aku lihat layanan ibu dan ayah tiriku berubah sama sekali kepadaku. Mereka terus mengambil berat pada diriku. Mereka bercerita bahawa kejayaanku ini atas usaha mereka padahal selama datuk ku yang bersusah payah.

Sejak itu bermulalah kes tidak puas hati. Ibu sepertinya tidak berpuas hati kenapa aku terus menerus ingin tinggal bersama datuk dan nenek. Tetapi, sudah aku katakan, rumah datuk dan nenek sudah sebati juga serasi dalam kehidupan ku. Makanya, setiap kali pulang asrama, pasti aku ke rumah datuk di kampung. Cuma sekali-sekala aku ke rumah ibu tetapi aku tidak betah di sana.

Selepas tamat tingkatan 5 dengan keputusan SPM yang cemerlang, aku ditawarkan beberapa tempat untuk persediaan universiti. Aku menolak, lalu ibu menjadi tersangat marah. Aku kata, aku mahu ke matrikulasi. Datuk dan nenek mengikut sahaja kehendakku. Akhirnya aku ditempatkan di pusat asasi sains UIA. Ternyatalah, ibu sedikit gembira kerana matrikulasi di UIA. Sekali lagi ibu mencanang bahawa ini usaha dia dan suaminya.

Selepas habis matrikulasi, aku berjaya ke UKM. Apa yang buat aku terharu, seminggu hari pendaftaran, datuk memberi sejumlah rm4000. Katanya, dia simpan duit ini sejak aku tingkatan 1. Dia tahu aku pasti ke universiti kerana dia lihat ketekunan aku belajar walau sebenarnya aku bukan lah tergolong dalam cerdik pandai lagi cantik. Ibu dan ayah tiriku juga gembira dan seperti biasa kata mereka, tak sia-sia mereka membelanjakan banyak wang kepadaku. Wahlal, yang bersusah payah ialah datukku. Aku cuma diam sahaja, dalam hati Tuhan sahaja tahu.

Sama juga sebelum ini, bila aku balik dari asrama aku pasti ke rumah datuk. Dan aku pasti dibebel oleh ibu ku dan dia memaksa aku balik ke rumahnya. Aku balik tetapi sekali-sekala sahaja. Ibu mula marah-marah dan mengungkit apa sahaja termasuk perihal adik-beradik, tanah, rumah dan pelbagai lagi sehingga aku menjadi tertekan. Hingga satu tahap aku hampir berhenti belajar akibat tekanan ini dan juga tekanan belajar. Aku cepat-cepat kembali kepada niat asalku. Alhamdulillah aku survive atas kasih sayang Allah dan sokongan pensyarah (hanya seorang pensyarah yang tahu permasalahanku).

Sekali lagi aku diuji apabila aku ingin berkahwin. Mulanya ibu benarkan dan beria-ria ingin buat kenduri aku di rumahnya. Tetapi, aku bertegas aku mahu kenduri di rumah datuk aku kerana bagiku rumah ku ialah rumah datuk ku. Bermula lah episod ibu marah-marah lagi dan mengungkit lagi. Terus dia tidak setuju aku berkahwin atas alasan aku sepatutnya kahwin dengan pegawai bukan dengan kelulusan diploma. Aku sepatutnya tak perlu kahwin lagi la atasan alasan aku perlu bekerja dan menanggung adik-adik sekolah dan ibu yang tidak bekerja. Betapa aku tertekan ketika itu sehingga aku tidak boleh tidur malam dan fokusku pada final year juga terjejas. Aku segera pulang ke kampung. Aku mengadu kepada datuk. Datuk membawa aku berubat dengan ustaz. Datuk terus jadi sedih, rupanya ayah tiri aku menghantar ‘sesuatu’ kepadaku. Beberapa hari selepas berubat, ibu menelefon nenek dan marah-marah kenapa aku berubat. Aku terkejut dan sungguh kecil hati dengan ibu dan ayah tiriku.

Jodoh aku dan suami panjang, akhirnya kami berdua berkahwin. Ibu dan adik-adikku tidak muncul di hari perkahwinanku. Aku menangis tetapi aku redha dengan apa yang berlaku. Bagiku pasti ada hikmah. Keluarga suami ku baik. Terutama ibu mentua ku, seorang yang penyabar, lemah-lembut dan penyayang. Cakapnya perlahan sahaja. Kalau dibandingkan dengan ibu, ibarat langit dan bumi.

Lama aku tidak berhubung dengan ibu semenjak aku kahwin kerana ibu telah “membuang” aku dalam hidupnya. Nenek sentiasa berpesan supaya aku jangan ambil hati dengan ibu. Aku cuma diamkan sahaja. Ibu sama seperti biasa juga kerana aku selalu terdengar perbualan antara pakcik dan makcik perihal ibu ku.

Satu hari, pakcik mengajak aku dan suami ke rumah ibu dan ayah tiriku. Aku kata aku takut. Pakcik kata dia akan temani kami. Sampai sahaja di rumah mereka, aku di marahi dan di maki bersungguh-sungguh oleh ibu siap disumpah bagai. Habis semua di ungkit. Suami ku terkena tempias juga, keluarga suami ku dihina. Aku cukup sedih namun aku tidak menangis. Pakcik cepat-cepat menarik tangan aku dan suami keluar dari rumah. Aku pulang ke rumah datuk dengan hati yang pilu. Sungguh berat apa yang aku rasa.

Aku meneruskan hidup seperti biasa, bekerja. Alhamdulillah tempat kerjaku sungguh harmoni. Sekali sekala aku menghulurkan duit kepada ibu melalui adik aku. Sekali sekala aku juga beri duit untuk adik yang sedang belajar. Ibu? Dengarnya terpaksa dirujuk ke Pakar Psiktrik kerana dikesan menghidapi masalah mental. Aku? Aku ketika itu belum di beri kekuatan untuk berjumpa kerana kasih trauma.

Beberapa tahun kemudian, aku fikir semuanya sudah reda. Ibu mula pulang ke rumah datuk, aku ingat ibu sudah berubah. Aku mula gembira atas perubahannya. Rupanya belum lagi. Dia pulang pun kerana ayah tiriku sudah tidak terdaya kerana sakit kronik. Tetapi aku, datuk dan nenek sentiasa berharap ibu akan berubah. Aku sejak tahu ayah tiriku sakit, aku mula memberi duit setiap bulan.

Satu hari datuk sakit kuat dan dimasukkan ke hospital, ibu mula menunjukkan diri sebenar sama seperti sebelum ini. Habis diungkit lagi. Aku terus menangis kerana datuk terlantar tidak sedarkan diri tetapi ibu tidak henti-henti buat perangai. Aku malu kerana sikap ibu. Aku menjadi sungguh tertekan sehingga fokusku terhadap kerja terganggu. Mujur boss sangat memahami dan berharap aku bersabar.

Kemuncak kesedihan dalam hidup aku apabila datuk kesayanganku menghembuskan nafas terakhir. Aku diberitahu semasa aku sedang bekerja. Patutlah aku rasa kepala pening seperti ingin pitam. Aku menangis semahu-mahunya. Semangatku hilang ketika itu. Mengikut kata suamiku, seminggu aku mengigau, aku menangis malam.

Sudah beberapa bulan datuk aku meninggal. Pulang ke rumah datuk, aku rasa sungguh sunyi walaupun di rumah itu ada nenek, makcik dan ramai lagi. Aku seperti ternampak kelibat datuk. Ibu pula, buat perangai lagi. Aku sudah tidak terkata apa lagi, cuma aku mampu berdoa kepada Allah supaya ibu berubah dan sentiasa di lindunganNya. Baru-baru ini pula, aku dengar ibu di masukkan ke wad kerana depresi. Sebabnya, seperti biasa. Bila ibu mula mengungkit atau bising-bising, Abang ibu ( pakcik ) akan memberi nasihat. Jadi ibu tidak boleh terima. Maka ibu beranggap semua orang tidak sayang dia lagi. Ibu tertekan dan mula berfikir bukan-bukan.

Aku hanya boleh berdoa semoga ibu berubah. Satu hari, aku ingin bawa ibu ke mekah menunaikan umrah supaya ibu tahu, Allah sentiasa menyayangi dan memberi perhatian terhadapannya, tidak perlu mengharap kasih sayang dan perhatian manusia yang lemah.

-aku, Kuala Lumpur-

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Taman Syurga di Bumi Amerika

PengakuanKu

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak admin jika surat ini disiarkan. Ya, surat ini khas dari seorang pelajar yang mengikuti pengajian di Amerika. Alhamdullilah.

Sudah menjadi ketetapan Ilahi bahawa rezeki saya berada di sini demi memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi. Selalu saja disiarkan di global media massa tentang Islamophobia dan terrorism di sana-sini. Isu yang sudah lama diutarakan sejak kejadian 9/11. Hinggakan suatu masa dulu (zaman Presidensi Obama) bila saya diterima surat tawaran untuk belajar disini, dibimbangi apakah reaksi yang saya bakal diterima kerana nama ‘Muhammad’ saya yang tertera pada pasport dan visa. Malah, masa untuk mendapatkan visa pun sangat payah kerana adanya temuduga di U.S. Embassy Jalan Tun Razak. Ironinya, kedutaan yang sama saya pernah menyertai tunjuk perasaan dihadapannya kerana isu USA menyokong Israel. Saya mencukur janggut saya selicin-licinnya demi sepucuk gambar putih di visa walaupun berat hati melakukannya kerana sayang sunnah Nabi S.A.W. Demi amanah dan tanggungjawab yang dipikul, saya pergi jua, berhijrah ke negara majoriti penduduknya penganut agama kristian.

Selama 14 jam penerbangan, akhirnya saya tiba di lapangan terbang L.A.X. Setelah diberi taklimat orientasi pengajian di International Center, California University. Saya disambut dengan baik oleh pihak pengurusan mereka. Setelah itu saya bertemu pula dengan pelajar sekulit dan sebahasa dengan saya. Dia memperkenalkan saya pula dengan para pelajar Muslim yang lain yang kebanyakannya adalah warganegara yakni lahir dan menetap disini. Mereka adalah golongan minoriti Islam disini. Kebanyakan mereka berketurunan Timur tengah. Mereka menyambut baik kedatangan saya.

Persatuan Islam mereka adalah sah berdaftar di bawah universiti. Segala acara di dewan Student Center mendapat kelulusan pihak pengurusan pelajar. Acara diadakan seperti tazkirah, solat hari raya, solat jumaat dan sebagainya. Solat berjemaah juga ada dilakukan di padang rumput yang terbentang luas hijaunya. Amat tenang sekali bersama dengan mereka. Perpaduan mereka sebagai golongan minoriti sangatlah kuat. Kasih sayang antara mereka meresap ke dalam jiwa saya. Ibarat berada di taman syurga.

Jadi bagaimana reaksi orang putih beragama kristian bila melihat kami? Sebenarnya inilah persepsi yang kita sama-sama betulkan. Mereka tidak benci atau hina kami. Malah mereka HORMAT pada kami. Terkejutnya saya bila melihat ibubapa membimbing anak-anak melintasi kami ketika solat berjemaah di padang. Ibubapa menyuruh anak-anak mereka melintasi belakang kami. Belakang kami. Sedang kita tidak boleh melintasi tempat sujud orang solat, bagaimana mereka tahu?

Kadangkala kami solat di hallway kelas kerana kelas mahu mula seketika kemudian. Ada seorang lelaki putih menghampiri kami. Ingatkan nak tegur kami negatif apa-apalah. Tapi dia tanya RUKUN ISLAM, guys. RUKUN ISLAM ! Terkejut kami. Bagaimana dia tahu?

Pensyarah universiti menjemput kami makan di rumahnya pada hari Thanksgiving. Kami tak sambut thanksgiving tu. Kami cuma jadi tetamu saja. Dia hidangkan kami makanan. Di antaranya adalah ayam halal dibelinya dari kedai runcit Muslim. Bagaimana dia tahu?

Kadang kala kami melakukan acara islamik, sebaik saja akhir acara. Ada orang ingin memeluk Islam. Orang putih oi. Masa itu jugalah dia mengucapkan syahadah. Menangis kami. Mengenangkan mulianya dia mendapat hidayah bebas dari dosa-dosanya terdahulu. Kami pula bersusah payah menghapuskan dosa.

Jadi golongan minoriti Islam ini sangat kuat. Hingga masjid pun hidup dipenuhi ahli ibadah sampai ke subuh. Urusan di masjid mereka sangat kaya dan sibuk mengalahkan urusan bisnes mereka sendiri. Mereka juga ada kawan-kawan bukan islam yang turut menyokong mereka. Masjid pun buat open house, bila mereka buat open house, kawan-kawan bukan islam pun datang. Masjid dan gereja pun dekat. Hujung minggu orang Islam di masjid datang ke gereja masak makanan bagi makanan pada orang geladangan !

Jadi di mana diskriminasi yang digemparkan oleh media massa? Ya, kita ditipu sebenarnya. Ini semua agenda kerajaan mereka sendiri. Jadi jangan salahkan rakyatnya. Salahkan kerajaan dan media mereka. Kerajaan mereka sendiri yang mencipta keganasan yang berlaku di dunia ni dan mereka cuba menutup kembali demi sokongan rakyat mereka sendiri. Sedangkan rakyat mereka yang celik ilmu menentang kerajaan mereka sendiri. Kerajaan mereka tidak mewakilkan keseluruhan keputusan rakyat semua.

Jadi selaku saudara seIslam, marilah kita menunjukkan akhlak yang baik kepada rakyat mereka supaya menafikan kenyataan kerajaan mereka. Usahlah kita bergaduh kerana perbezaan pendapat hingga putus hubungan dan fitnah sesama kita. Mereka golongon minoriti boleh sebarkan salam walau berbeza kefahaman, bagaimana kita tidak boleh? Sayang antara mereka tersebar ke rakyat bukan islam, jadi orang bukan islam pun ingin tahu tentang islam. Inilah peluang kita,teguhkan perpaduan sesama kita dan sebarkan dakwah kepada orang bukan islam. Elakkan kebencian sesama kita. Jika kita bergaduh, orang bukan islam yang tidak faham islam akan mencampuri urusan kita seperti memberi kita senjata. Memburukkan lagi keadaan. Lalu digelarnya kita teroris. Akhirnya tanah negara hasil bumi tergadai di jajah oleh mereka, alasannya untuk memerangi terorisma . Itulah yang berlaku di Timur tengah sekarang.

Setiap hari pasti ada orang memeluk Islam. Suatu hari tidak mustahil presiden Amerika itu adalah orang Islam seperti Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama. Teruskan berdoa dan berdakwah demi kesejahteraan umat Islam dan semoga Islam kembali agung dan terbilang di dunia kelak.

Wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum w.b.t

– Matt K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tip Ikhlas Tidak Pernah Gagal Temuduga

PengakuanKu

Saya adalah pembaca senyap blog ini untuk sekian lama. Perkongsian ini mempunyai kaitan dengan artikel ” Luahan Panel Temuduga ” tempoh hari.

Saya mula melangkah ke alam pekerjaan 9 tahun lepas. Syarikat sekarang adalah majikan saya yang ke 4. Bertukar-tukar kerja adalah perkara biasa bagi pekerja bidang swasta, tetapi saya tidak mahu menghurai panjang kenapa kerap bertukar kerja sebaliknya mahu berkongsi tips temuduga “insyaAllah lulus” dengan adik-adik yang baru mahu menjejak kaki ke alam pekerjaan. Sejujurnya, sepanjang 9 tahun dan bertukar 4 syarikat, saya banyak menerima jemputan temuduga di kebanyakan syarikat-syarikat besar, dan 99% darinya saya tidak pernah gagal! Hanya gagal sekali disebabkan semasa sesi temuduga baru mereka memaklumkan saya mereka akan berpindah lokasi pejabat dan saya memberi jawapan saya tidak bersedia untuk berpindah.

(Tips di bawah untuk syarikat swasta bertaraf nasional/antarabangsa. Mungkin tidak sesuai untuk syarikat kecil, tapi anda masih boleh mencubanya. )

1. Resume

– Resume mestilah kemas dan ringkas, dan jikalau memohon kerja di Syarikat swasta, amat disarankan resume dalam Bahasa Inggeris. Alamat email untuk permohonan kerja mestilah formal (Nama penuh adalah digalakkan ; bukan minahcun@gmail.com atau mat_top@yahoo.com ). Ini menunjukkan tahap kematangan anda.

Tips format mudah untuk resume : Daftar sebagai ahli Jobstreet, isi resume online di website tersebut, save sebagai words document, download, periksa ejaan dan tatabahasa, edit footer (buang Jobstreet.com), save dan sebolehnya convert kepada PDF file,
untuk tujuan permohonan online. (PDF format nampak lagi kemas dan professional )

2. Komunikasi semasa memohon kerja (Medium: Email, perbualan telefon ataupun whatsapp/media sosial )

– Bahasa ketika berkomunikasi mestilah formal. Ketika bercakap dengan telefon, email atau whatsapp / facebook chat sekalipun. Gunakan kata ganti nama “saya – Cik/Puan, Encik/Tuan, Miss dan lain-lain.

Kisah benar : Ada yang guna “sis” sana sini ibarat mahu membeli barang online; dan ada yang guna nama sendiri sebagai kata ganti nama.

Tips lagi : Adalah digalakkan untuk menyediakan Cover Letter formal yang ringkas. (bagi tujuan permohonan melalui email). Apa itu cover letter? Sila “google” contoh di internet.

4. Temuduga.

Pastikan anda mendapat maklumat lengkap temuduga seperti tempat, masa dan skop pekerjaan yang di minta.

– Sediakan sekurang-kurangnya 3 set resume, dan sijil-sijil fotokopi, beberapa set. Sijil Original boleh dibawa dalam 1 folder/fail, dan salinan fotokopi boleh dibuat beberapa set, kemaskan dengan klip kertas.

– Datang selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa temuduga. Kebanyakan pejabat-pejabat besar, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pelawat terlebih dahulu. Jika sekuriti yang agak ketat, anda perlu mendaftar 2 kali, di pondok jaga dan di meja sekuriti/front desk, memerlukan kad pelawat untuk naik ke tingkat atas dan sebagainya. Jadi agak memerlukan masa di sini.

– Biasanya mereka yang berurusan dengan anda berkenaan maklumat temuduga adalah HR/bahagian pengambilan pekerja, jika anda berkomunikasi melalui whatsapp, sila maklumkan yang anda sudah sampai di ruang tamu pejabat, contohnya, dan mereka boleh memberi arahan sama ada anda perlu tunggu atau perlu naik ke tingkat atas dan sebagainya. Jika berurusan melalui email, semasa pendaftaran dengan penyambut tamu pejabat/securiti, mereka akan menghubungi staff tersebut bagi pihak anda.

– Berpakaian kemas/pejabat. Syarikat yang anda mohon itu mungkin mempunyai polisi pakaian kasual, akan tetapi, pakaian ke pejabat yang kemas semasa temuduga adalah penting, menunjukkan kesungguhan dan peribadi anda. Itu juga adalah kali pertama anda bertemu muka dengan bakal bos anda, penampilan, postur badan adalah benda pertama yang mereka nampak.

– Semasa memasuki bilik temuduga, atau dijemput oleh penemuduga di ruang tamu pejabat, salam/jabat tangan. Juga semasa masuk ke bilik temuduga, bersalam/berjabat tangan dengan penemuduga (kali pertama bertemu).

– Duduk bila diminta duduk, dan agihkan resume kepada penemuduga. Jikalau penemuduga ramai, minta maaf sebab tak sediakan lebih. Ada kalanya HR/recruit person dah sediakan fotokopi resume, anda boleh simpan kembali dokumen yang anda sediakan, boleh digunakan untuk temuduga di syarikat lain.

– Soalan-soalan lazim temuduga adalah, “tell us about yourself”. Masa ini tiada jawapan yang betul, terpulang kepada anda mahu bercerita tentang apa saja. Biasanya, asal, umur, sekarang menetap di mana, bidang study, kenapa minat dengan kerja yang di pohon dan rancangan masa depan.

Rancangan masa depan juga adalah salah satu soalan lazim. Contoh; apa rancangan anda untuk sekian tahun akan datang, sila jawab sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jawapan kepada soalan ini adalah penting, membezakan seseorang yang mempunyai visi dan rancangan diri masa depan, dari mereka yang hidup mengikut arus dan tiada hala tuju.

Soalan lazim lagi, tempat tinggal. Banyak berkaitan dengan bidang kerja yang memerlukan mereka yang menepati masa, tidak menjadikan “traffic jam” sebagai alasan datang lambat setiap hari.

Tips bagi mereka yang datang dari kampung menumpang kawan atau datang dari luar kawasan : Bolehlah jawab sementara waktu saya menetap/menumpang di XXXX, sementara mendapat kerja dan jikalau saya mendapat kerja ini, saya akan menyewa berdekatan pejabat. Ini menunjukkan anda bersedia memberikan komitmen kepada kerja anda.

Akhir sekali, kita akan ditanya sama ada kita mempunyai apa-apa soalan.

Tips :

– Tanyalah berkaitan kerja yang dipohon, contoh : If i got the job, is there any special training for the job ( jika relevan ) ; atau, bertanya tentang bila keputusan temuduga ini akan diketahui dan sebagainya.

– Elakkan bertanya tentang gaji/benefits dan berkaitan. Perkara ini boleh dibawa berbincang semasa anda mendapat berita anda lulus temuduga. Masa inilah anda perlu anda perlu betul-betul berbincang soal gaji, kandungan kontrak dan sebagainya. (Sila ambil nota kaki: Sangat penting untuk anda jelas dengan ikatan perjanjian anda sebelum tanda tangan kontrak kerja)

– Jika di tanya tentang gaji semasa interview, jawablah dalam “range” gaji yang di tawarkan dalam iklan; atau jika permohonan pekerjaan itu melalui “internal reference ” rakan atau saudara, sila bertanya rakan/saudara anda berapa “range gaji” jawatan tersebut untuk fresh grads, anda boleh menjawab dalam “range” tersebut.

Bila selesai interview, senyum dan salam/jabat tangan sekali lagi, ucap terima kasih (contoh: Thanks for your time) ~ Keluar dari bilik dengan sopan.

Ada kalanya “bakal bos” anda akan iring anda hingga ke pintu depan/ depan lift, ketika ini, anda bolehlah berbual secara sedikit kasual (small talk) seperti mengaku yang anda ada sedikit rasa gugup, atau bertanya berapa lama beliau sudah bekerja di situ dan sebagainya, untuk memecahkan suasana sunyi sepi krik krik krik…

———————–

Beberapa hari selepas temuduga tapi tiada khabar berita, tidak salah untuk anda membuat “follow up” dengan HR yang berurusan dengan anda bertanyakan keputusan temuduga (sekali sahaja, jangan terlalu kerap).

Jangan bersedih sekiranya tidak mendapat berita gembira, yakinlah yang rezeki anda berada di tempat lain. Jika anda mendapat pekerjaan tersebut, sila kekalkan sopan santun dan kesungguhan anda semasa bekerja.

Sekian, selamat maju jaya!

– Kak Long hangpa –

– Kak Long hangpa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Diskriminasi Pendatang

PengakuanKu

Nak cerita sikit pasal diskriminasi bangsa dan kaum. Harap ada isi yang boleh dikongsi, ada isi yang boleh dihadam.

Terbaru ni kita dpt berita tentang muslim ban di USA, dimana 7 negara dihalang masuk ke negara amerika syarikat selama beberapa tempoh, kat situ kita boleh nampak agak banyak diskriminasi terhadap agama Islam, tapi bila baca komen-komen kt fb, ada aje individu yg tulis “bagus buat kt Malaysia mcm tu”, “smua pendatang kat Malaysia pun patut balik”, kt situ pun dah tau mentaliti orang-orang yg macam tu. Diorng tak paham pun masalah sebenar, cuma baca tajuk dan komen. Diorang sedar ke yang masalah sebenar pelarian syria yang nak lari dari negara diorng bergolak. Masalah ibu tak dapat jumpa anak, masalah family terpisah sebab muslim ban ni.

Tapi bila kita pandang balik, kita pun agak diskriminasi sstgh kaum pendatang (nepal, bangla, dll), kita layan ibarat diorng bukan taraf kita, mcm diorng layak dimarah ditengking walaupun diorng tu seagama dgn kita Islam.

Pergi kedai mamak tgk ada orang kita maki pelayan restoran hanya sbb hal kcik. Dlu aku pernah uruskan beberapa projek pembagunan, syarikat kecik shja ada pekerja pendatang, bila masa kerja memang kesian, dipaksa kerja lebih masa, sepak terajang benda biasa, sampai pekerja2 pendatang tu pernah merayu untuk rehat lepas kerja lebih 12 jam construction tapi kena paksa lagi kerja dengan pegawai atasan, time tu memang aku tak boleh biar, sampai aku cakap sendiri nak bagi diorng balik rehat. maki jangan cakap la, dari sekecil2 bende pun kene maki dengan orang atasan, tapi pendatang yang keje tu semua islam, datang dari negara miskin, dalam kerja construction pun masih puasa tak tinggal.

Cuba bayangkan kita kt tempat diorng, senang cakap macam orang melayu kita kerja di luar negara, macam mana kita pandang pendatang asing, camtu juga la gamaknye matsaleh pandang kita, kita marah kalau pendatang asing tak reti cakap melayu, nak ker andai kata kita kerja kat luar negara dan matsaleh tu perli kita sebab tak pandai cakap english. Sebab negara diorng susah cari rezeki atau tengah bergolak tu psl diorng cuba cari rezeki.

Dulu aku pernah kerja di company matsaleh, company ni memang terkenal, pekerja2 nya memang 90% orang luar, memang terpaksa bergaul dengan rakan office dari macam2 negara, kat situ korang boleh tengok mat bangla yang korang diskriminasi tu bos korang, orang indonesia tu manager korang, banyak lagi dari pekerja2 dari negara yang kita pandang rendah tapi pegang jawatan tinggi dalam tu, bkn semua orang dari negara2 tu datang sini tak ada pelajaran ada je byk yang datang dan naikkan negara kita.

Bila kita jumpa matsaleh ke, Japanese ke kita hormat kita layan, tapi bila ja kita jumpa pendatang asing (boleh agak dari negara mana), kita pandang pun xnak ibarat kita tak sama taraf, layanan kita bagi pun berbeza ikut warna kulit, asal negara.

Manusia ni sama aje, ada yang dtg sini cari masalah buat jenayah, tapi banyak lagi yg datang sini utk cari rezeki halal, nak lari dari negara diorng yang bergolak, ancaman perang dll. Aku harap kita boleh la ubah mentaliti kita supaya hormat tak kira orang tu asal dari negara mana.

Sebelum kita nak pandang orang lain berdasarkan bangsa dan negara asal, bayangkan dulu kalau kita kat tempat diorng. Bukak mata baca berita tentang krisis dunia, kes pelarian semua.

Kita takut pendatang pelarian ni datang negara kita bolot kekayaan kita, padahal diorng tu negara tengah bergolak, siapa lagi nak tlg kalau bukan saudara seagama. Bagi diorng ni antara hidup dan mati, saudara-saudara diorng kena bunuh depan mata. Negara-negara barat kerja kuat nak tlg pelarian, disini pulak kes risau diorng bolot kekayaan kita.

Aku harap ada la pembaca paham apa aku nak sampaikan dan boleh share jugak story diorng jgak.

– Azam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Akak Sakit Hati

PengakuanKu

Salam dan hai semua. Nama aku Shura,22 tahun dan kini sedang menjalani latihan industri disebuah bandar yang jauh dari hometown aku. Tujuan aku menulis disini sebab nak meluah apa yang terbuku,maaflah sekiranya bahasa agak melalut sebab aku emosional orangnya. Alkisahnya aku menyewa bilik di atas bangunan kedai dan selain aku,ada 4 student perempuat dari sebuah IPTS yang berdekatan tempat sewa menyewa di tempat tersebut. Beberapa minggu awalan tinggal ditempat itu semuanya okay tetapi hari tak selalunya cerah.

First kejadian merunsingkan adalah bila aku pergi ke toilet awal pagi dan bau hancing yang teramat tajam menusuk kalbu. Stress bila cium,aku cuci pakai serbuk pencuci dan akibatnya aku lewat ke office. Ohya,toilet ni ada 3. 2 untuk membuang dan 1 lagi untuk mandi dan didepan ketiga-tiga bilik air ni ada 1 ruang khas untuk mencuci pakaian. Boleh tahan besar dan aku wondering dimana agaknya orang tu kencing sampai bau kpenuh 1 ruang bilik air besar tu!

Kemudian setelah kejadian tu,wujud pula kes lain. Aku selalu tinggalkan liquid pencuci aku disinki. Balik dari office petang tu ingatkan nak cuci pinggan tapi bila dah sampai ke sinki,patah hati tengok liquid tu dah habis sebotol padahal aku guna tak sampai setengah kot. Diaorang ni cuci pinggan mangkuk atau kereta api sampai guna liquid aku habis sehabisnya. Tapi aku hanya mampu marah dalam hati je,aku masih bersabar walaupun aku dapat rasa angkara siapa. Takkan tauke tempat sewa datang cuci pinggan mangkuk kat situ pulak,kan?

Dan suatu hari,3/4 orang gadis IPTS ni tadi entah kemana so tinggal la aku dengan seorang ni. Kalau tak silap mereka selalu panggil dia Mal. Malisa or Malaun apa entah nama beliau. Yang ni,aku paling marah. Hari kedua tinggal bersama tu,dia pergi toilet (dapat dengar bunyi shrep shrep selipar beliau). Kemudian bunyi flush apa semua la. Dia masuk bilik,kunci. Selalunya diaorang bukak je pintu bilik seluas luasnya. Tapi kali ni dia tutup + kunci. Takut kena rogol kot.

Tak lama lepas tu aku decided nak mandi lepas buat report,time ni hujung minggu. Masa untuk orang berehat. Aku pergi masuk jamban,eh sekali tengok! Ya Allah… macam mana budak ni membuang agaknya? Di lantai serta tepi mangkuk jamban warna kuning je. Dia menari ke apa? Dengan penuh kesabaran aku spray sisa beliau dan hanya mampu marah dalam hati. Yelah kalau bukan aku yang cuci siapa lagi? Dia? Dia lepas membuang pun tak tahu nak cuci apatah lagi nak datang jamban balik spray sisa dia sendiri.

Lepas tu,bukan sekali dua aku jumpa cop sisa kat toilet tempat membuang. Beberapa kali dan TIADA SESIAPA PUN dari mereka yang tolong bersihkan. Masa cuti semester pun tiba,aku balik hometown aku. Ada la dalam 2 minggu kemudian aku balik lagi kat tempat sewa aku. And kalau nak ke bilik aku kena lalu bilik mereka berempat ni,masa lalu tu mereka jeling semacam aje. Aik?hati aku dah start tak sedap dah. Tapi aku buat selamba aje.

Mungkin Tuhan nak bagitahu kot sebab level curiousity aku terhadap pandangan aneh mereka makin menjadi setiap hari. Tak lama lepas tu aku terdengar mereka gossip. Oh rupanya kasut & sandal salah satu dari mereka hilang di depan bilik. Barang mahal katanya. Dan yang parah mereka syak aku. Kalau boleh masa tu aku nak defend diri aku,oi aku balik kampung aku la,mana ada masa nak mencuri barangan korang!tapi aku tak mampu,nanti terkantoi pulak kan intip perbualan orang so aku biarkan aje. Buat bodoh aje.

Oh and mereka ni kaki clubbing dan aku memang jahat nak katakan mereka ni boleh tahan gemuknya. Kalau gemuk,pandai minta izin pakai barang orang dan prihatin serta sedar diri menyewa dengan orang lain,takpa,aku still pandai hormat tapi yang ini aku tak boleh nak bertolak ansur. Kadang-kala aku sengaja tendang selipar @ kasut mereka depan mata depa sendiri. Terubat sikit sakit hati aku. Ya,mungkin aku jahat tapi kalau orang layan aku bebaik takkan aku nak jadi setan depan mereka kan?

Apa yang buat aku makin meluat dengan mereka adalah,hanya kerana mereka student dari kolej swasta so mereka anggap diri mereka berduit serta hidup ala-ala Kylie Jenner tapi kenyataannya diaorang masih menyewa di atas bangunan kedai. Dan aku agak sedih la bila aku dianggap budak miskin yang korban kehidupan muda aku dengan bekerja. Eh hello,I tengah training ok? Rasa hati memang mahu semahunya jerit macam tu dekat muka depa yang make up 15 inci tu tapi aku tak mampu.

Dan aku juga tak suka kawan-kawan dorang. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada la 2-3 orang budak lelaki datang jemput mereka dan amboi,kegatalan mereka boleh tahan tau. Pernah sekali tu,aku tak tutup pintu. Eh,boleh boleh pulak seorang terjenguk jenguk tengok bilik aku. Kasi penampar sekali kang,masuk hospital mental kau dik. Lepas tu sekali lagi,aku lalu depa balik dari toilet,mereka siap bersiul lagi. Gelinya hanya Tuhan yang tahu. Aku doa aje dalam hati moga dijauhkan daripada kejadian yang tidak diingini. Sebenarnya banyak lagi,tapi takpe la aku perhati aje perbuatan mereka ni.

Maaflah luahan hati aku ni terlampau lampau panjang. Aku emo sikit,sebab tak dapat tidur. Aku pulak belum habis praktikal dan masih menyemadikan diri di tempat sewa ni. Macam biasa,aku kena belajar bersabar walaupun kekadang aku menyumpah seranah dalam hati. Semalam mereka makan mee beramai-ramai (dengan geng lelaki),pagi tadi penuh aje sinki dengansemua jenis peralatan dapur,tong gas aje takda. Penuh bersemut serta bau yang mengharumkan.

Selain tu kegemaran depa semua ni suka pasang lagu cina yang selalu dimainkan di kedai-kedai di pasar. Ala,yang remix tu. Lepas tu lagu jiwang dari negara jiran,lepas tu lagu remix dari zaman mana entah. Menyakitkan telinga,jiwa dan raga. Aku betul-betul tak sabar nak habiskan praktikal aku dan kembali ke tempat aku. Seksa wei disini,silap hari bulan boleh gila. Nak pindah aku malas nak angkut barang. Bertahan aje la sampai habis huhu,sekian dari aku yang terpaksa tinggal dengan manusia zaman batu.

Aku just nak pesan,kalau perempuan buat perangai perempuan. Bukan nak cakap aku gadis melayu terakhir,aku pun kadang-kadang pemalas tapi tiadanya membuang merata. Dan aku sejujurnya expect depa ni yang pandai keluar clubbing serta minum arak dan bergaul sangat ni pandai menggunakan toilet tapi selama ni aku salah. Mesti korang tertanya daripada aku tau depa semua kaki club kan? Aku terjumpa FB salah seorang so aku stalk,maaf aku sometimes suka stalk orang. Assalamualaikum semuanya.

– Shura

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sekolah Agama

PengakuanKu

Halu assalamualaikum. Aku tade nak cakap benda penting pun tapu ade la isinya. Kalau admin approve, alhamdulillah. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Aku perempuan, kelahiran sekolah agama. Sekolah agama disini maksud aku, aku sekolah rendah biasa then masuk sekolah menengah kebangsaan agama. Bukannya sekolah rendah agama, menengah agama yada yada. Jadi pengetahuan aku terbatas setakat mana yang ada dalam silibus pendidikan islam, pendidikan syariah islamiah, pendidikan al-quran dan sunnah sekolah menengah agama je lah. Ada lah tambah sikit-sikit dari ceramah ustaz/ah ke masa usrah ke gitu.

Aku sebenarnya tak tahu nak kategorikan sejenis manusia yang aku nak ceritakan ni dalam kategori apa. Jangan pening dulu, nanti aku cerita.

Macam ni, lepas habis spm, biasa la aku masuk matrik. Matrik pula dekat Pulau Pinang, agak-agak kan aku culture shock tak? Mestilah culture shock, aku ni sejenis budak yang tak pernah keluar dari rumah selain melainkan untuk ke sekolah yang terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari rumah. Kawan aku si Bunga ni, hurm sama lah.

Ceritanya bermula bila kami rapat dengan seorang perempuan ni di matrik. Lets name her Matahari. Dia ni, pakai tudung 45 je, tak pakai stokin, tak pakai handsock. Awal-awal tu dia ada la juga pakai ketat-ketat, baju singkat. But then, dia segan agaknya dan aku pun jenis yang bagi dia pinjam stokin, handsock la, kalau ternampak lengan ke aku tarik je lengan baju dia, lama-lama dia takpakai dah baju ketat membalut tu. Dia beli baju baru, masih kecik tapi boleh tahan longgar la dari biasa.

Si Matahari ni, dia ni sejenis yang sangat curious. Benda tak tahu dia direct je tanya. Tak pun, kalau ada benda dia tak setuju, cepat je dia nak reasons kenapa kita cakap macam ni pastu dia akan justify dia punya reasons pula. At the same time, dia suka la tengok orang cantik-cantik, dia suka stalk insta orang cantik-cantik, tengok warna mata orang. Dan taste dia mat saleh tau, sebab dia nak laki mata warna biru. Ceh! Okay aku tak kisah pun pasal tu, lantaklah.

Ada sekali tu, masa aku, Bunga dan Matahari tengah jalan-jalan, kitorang nampak la seorang classmate ni. Semalam dia rambut pendek, tetiba harini rambut panjang. Cantik. Matahari apalagi, suka la sambil puji-puji cantiknya dia. Aku cakap je la, rambut palsu je tu. Rambut dia yang semalam tu yang betul. Lepastu Matahari balas, still, cantik kot. Nak try beli boleh tak. Aku cakap tak boleh, pakai rambut palsu haram sebab ubah ciptaan tuhan yada yada yada. Then, Bunga pun menyampuk, weh kau ni Matahari, takkan lah tak tahu. Benda tu mana boleh la. Aku senyap je dengar sebab aku dah balas panjang.

Lepastu satu lagi, Matahari nak beli contact lense yang color brown gitu. Aku tanya dulu apa sebab dia nak beli tu, keperluan ke kenapa perlu warna brown yada yada yada lepastu Bunga datang menympuk. Kau ni, kau tak tahu ke kalau kau tak rabun, haram pakai contact lense. Saja-saja je nak pakai, mana boleh! Aku senyap lagi, dah rasa tak sedap hati dah.

Lepastu si Matahari ni datang tanya aku, boleh tak nak cukur kening. Tak nyempat aku nak jawab, Bunga datang mencelah, weh haram lah cukur kening. Kau ni bertanya macam tak belajar.

Matahari naik angin la weh dah banyak kali kena kau tak tahu ke, tak belajar lah.

‘Ha memang aku tak belajar. Aku sekolah biasa je tak macam kau. Aku tanya sebab aku tak tahu lah. Aku tak tanya lah kalau aku dah pandai!’

Dan akhirnya, hubungan aku, Bunga, Matahari jadi renggang. Aku masih rapat dengan kedua-duanya tapi tu lah. Di antara. Kalau aku dengan Bunga, Matahari tak datang dekat. Kalau aku dengan Matahari, Bunga larikan diri. Salah aku juga, aku diamkan diri waktu Bunga datang menyampuk walaupun dah rasa tak sedap hati. Aku pun rasa sentap bila Bunga cakap ‘kau ni macam tak tahu, kau macam tak belajar’ lah apa lah, Matahari apatah lagi.

Aku tahu, ramai je macam ni. Aku pun pernah juga salah faham bila kawan aku tanya pasal aurat. I mean, bagi aku masa tu, ohh ada lagi ke orang yangtak tahu aurat ni darimana sampai mana dan macam mana. Tapi kawan aku tu tahu je aurat dari mana sampai mana cuma dia nak lagi penjelasan dari segi nipis tebal baju lah, ketat tu macam mana. Haa. Nasib baik aku ni bukan macam Bunga. Sebab aku ada juga sepupu yang free hair semua, so bab bercakap berkias ni aku pro la jugak. Nak jaga hati kan hehe.

Aku hanya nak pesan dekat korang yang lulusan agama atau banyak pengetahuan agama kononnya. Stop judging people or stop thinking that all people are like you. Some people know nothing and thats why they ask. Some people they know something, maybe just one or two and that doesnt make them scholars. And some people they only know basic things you know, so give chance for them to learn more. And please, dont bluntly say ‘ohh its harom, you’re not allowed to do this’ without giving reasons behind it. You dont simply mention facts without explaination, do you? People wont do what they dont understand or even if they do it, they dont feel it at heart. Namsen?

Fuh! Just take a chill pill guys. We dont have to spend a penny to be kind and understanding. There are load of people out there that need us (scholars kononnya but why not, ameennn), so if we are to bash them all, how can we expect them to change for better?

Just my twocents and a bit of my regrets also. Bye.

– Wife Goblin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tak Pandai Jadi Surirumah

PengakuanKu

Assalamualaikum

Cerita ni cerita aku. Saje nak kongsi. Cerita biasa2 je. Ada yg sudi baca dan komen murni2 aku berterima kasih. If tak sudi baca pon takpe no hal.

Alkisah beberapa bulan lepas aku diberhentikan keje lepas company dapat tahu yg aku pregnant. Dari situ bermula lah kehidupan aku sebagai surirumah separuh/sepenuh masa. Opps lupa, aku dah kawin, belum ada anak. Yg tgh dikandung ni anak pertama, inshaAllah. Hee.

Pertama kali jadi surirumah sepenuh masa, mmg SANGAT MENCABAR. walaupun hanya duduk berdua, (means tak byk mana pun benda nak dibuat di rumah) but bagi aku sgt lah mencabar. Lol. Aku tabik spring dkt surirumah2 di luar sana sebab aku tak pandai nak jadi surirumah semata2!

Mungkin lah sebab aku seorg wanita berkerjaya, aku tak pernah lagi menganggur dari lepas graduate (since 4 years ago) this is my first time duduk rumah 90% of the time. 10% tu myb turun gi kedai runcit ke apa, beli mknn kat gerai or hantar brg kat customer(ni later aku story) Basically, on most days, aku just stay at home.

Maybe sebab mak aku pon wanita berkerjaya and she is a single mom, dia mmg tak bg aku tak kerja. Bg dia ada income yg tetap everymonth sgt penting. Yelah, lepas bercerai dgn abah aku dulu, mmg susah. Semua perabot abah aku angkut (bukan salah abah entirely ya, ni cerita lg deep. Malas nak sentuh lebih2 hee) nasiblah rumah tu kongsi bayar dari awal, if not mmg merempat lah kami. Mak aku lah yg sikit2 beli brg semua balik dgn gaji yg dia ada kumpul sikit2.

Lps tu, mak cik aku juga pernah ada jawatan yg agak tinggi dengan gaji yg lumayan, tapi suami suruh berhenti sebab nak JAGA ANAK. tapi tup2 jodoh tak panjang agaknya, ditinggalkan suami sehelai sepinggang dgn 6 org anak. Duit nafkah anak langsung tak bagi. Adik beradik mak aku lah yg pakat2 tolong makcik aku nak survive.

Base on pengalaman mak aku sendiri dan org keliling dia, mmg mak aku halang sekerasnya utk tak bekerja! Dia takut agaknya.. bukan nak minta kan, but we should prepare for the worst. Tapi apa nak buat, lepas aku diberhentikan tu, company lain mmg susah nak terima aku dengan keadaan aku pregnant. Sebelum berhenti tu aku dah start online biz sikit2. Dan lepas berhenti tu, aku teruskan online biz aku aje.

Suami aku gajinya tak besar mana pun tapi alhamdulillah stakat ni, aku masih ada tempat berteduh dan cukup makan dan pakai. Aku jenis tak komplen dan susah nak meminta. Yelah, dah biasa ada duit sendiri, nak beli apa jrg sgt minta dari husband. Jadi bila takde duit buat cara takde duit lah. Aku tak bgtau pun mak aku yg aku kena berhenti keje. First takut dia risau. Kedua, takut kena marah. Hehehe. Tapi last2 dia dapat tau jugak bila dia dtg rumah aku. Dia tak marah pun, dia cuba open minded and support online biz aku. Dia siap pesan lg jgn dok minta apa2 lebih2 dari suami. Sebab suami yg tanggung segalanya skrg. Heheh.

Jadi suri rumah mmg bukan senang. (Bagi aku la ye) aku tak biasa duduk saja kat rumah, aku tak biasa nak tengok benda yg sama je setiap hari! Tv pon dah x menarik channel2 nya. Haha. Tak kuasa aku nak menyapu, masak setiap hari, kemas dapur setiap hari (maaf kalau bahasa kasar heh) bukan apa, masa ada kerja tetap dulu bukan lah aku tak buat keje rumah, buat je tp x la everyday. Memandangkn duduk berdua ja, bkn ada apa sgt nk buat. Hujung minggu cuti baru bertungkus lumus buat keje rumah. Tapi, skrg ni tak. TETIBA je banyak pulak nak kena buat hari2. Tu yg aku pening tu. Haha. Bila xde benda nak buat, mulalah aku bosan dan end up tido aje. Tak productive langsung. Haish.

Aku ada la buat online biz tu, tp tula, bila ada customer ada la. Bila takda? Duduk melangut je la keje aku. Nak keluar jalan buat habis duit je, so nak taknak aku terpaksa duduk rumah je sambil kacau husband aku tengah keje (whatsapp) haha. Bila ada hari rajin, aku masaklah utk husband. If tak rajin beli aje lah kat luar.

Aku tak tau lah suri rumah yg lain camne korg boleh duduk aje kat rumah sambil buat benda2 yg sama setiap hari. Aku betul2 salute sebab bg aku, aku tak pandai sebab aku tak biasa. Rasa bosan weh. Haha.

Husband aku plak kuat berangan. Kadang bila nampak kete Mercedes ke BMW ke.. mulalah berangan bila dia dah mampu beli kereta tu nnti – “oh masa ni nanti gaji saya dah 30k.. rumah pun kita tak duduk dah rumah skrg.. kita duduk banglo.. anak pun dah 3 nak masuk 4. Keje awak senang je nanti.. hantar dan amik anak balik skolah je” seriously.. haha aku rasa mcm dia insult aku pon ada. Lol. Yelah aku belajar bagai nak rak (degree je la pon but stillll) dia nak aku hari2 hantar n amik anak balik sekolah JE?? lol.

Mungkin aku ni dah jenis terbiasa bekerja jadi aku mmg mindset aku dah kearah tu. Aku tak biasa nak jadi stay at home mom (sahm). If working at home mom (wahm) aku ok lg. Pendek kata, aku rasa selesa bila aku ada kerja nak dibuat (selain kerja rumah), aku rasa selesa bila ada income sendiri! (Yelah walaupun masa hubby aku dah mampu nak pakai Mercedes tu nanti, dia dah terlebih mampu nak sara aku dan anak2) hehe. Nak ada income sendiri bukan lah nak beli apa sgt pon, perhaps, just for own satisfaction and it’s a kind of self achievement I guess.

Tak lama lagi aku dah nak bersalin (doakan aku guys) ni dah tengah pikir nak keje balik ke tak, sebab tetiba sebulan dua ni business aku alhamdulillah mendapat sambutan pulak. walaupun income bulanan masih belum sebanyak mcm keje dgn company, I’m getting there! Husband pun tanya aku. Tapi dia tak paksa. Whatever keputusan aku, dia support. Katanya walaupun kami bukan lah org senang, tp inshaAllah, rezeki tu ada. Dia kata dia lg suka bila memikirkan kalau aku keje sendiri kat rumah, salah satunya aku boleh jaga dan bg perhatian dkt anak kami nnt. Takla dia susah hati nak biar org lain (pengasuh) jaga.

Akhir kata, apa pun pekerjaan kita sbg sorg wanita, masing2 ada cabarannya. Mungkin aku wanita bekerjaya, ada income tapi aku rasa susah nak jadi sahm semata2. Mgkin pula sahm/wahm income tak sebanyak wanita bekerjaya tapi suami dan anak2 lbih mendapat perhatian berbanding dari ibu yg wanita bekerjaya.

Aku salute all sahm out there!

– Currently wahm :)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tanggung Hutang Orang Lain

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Aku sekarang berdepan dengan masalah paling besar dalam hidup sepanjang 25 tahun aku hidup ni. Satu hari tu, aku dan kawan aku (Alia) decide nak sewa kereta untuk ke satu destinasi. And biasa la sewa kereta, kena bagi salinan IC dan sign aggreement in case ada apa2 berlaku. Since tujuan perjalanan tu disebabkan hal aku, so aku serahkan salinan IC aku, dan sign agreement tu.

Malangnya, semasa perjalanan, berlaku kemalangan dan kereta tu memang terus ‘total loss’. Sewaktu kemalangan, Alia yang memandu dan aku duduk di bahagian penumpang (sebelah driver). Kami terus ke balai polis dan buat report semua dan inform kepada owner kereta itu. Saya dan kawan saya tu dah bersetuju untuk tanggung sama2 jika perlu bayar kerugian.

Then, as per agreement, kami perlu bayar RM7000 kepada owner itu. Kebanyakkan jumlah itu dari kos per day yg owner caj sepanjang urusan tuntutan insurans dijalankan. Anyway, owner tu turut pesan kat kami yg jika kami dapat any call from insurans person, kami jangan sesekali kata yg kereta tu disewakan. Sebab as semua orang tahu, jika itu kereta sewa, insurans tak akan tanggung apa2 kerugian. So kereta ni didaftarkan as individual car.

Dan bertambah malang nasib aku, Alia ni terus menghilangkan diri dan enggan bayar 1 sen kerugian. Walaupun aku try reach dia dan family dia, semua tu tak berhasil. Family dia pun tak nak bantu. Owner kereta itu pula saban hari suruh aku bayar dan ugut untuk datang ke rumah aku dan tempat kerja aku untuk tuntut bayaran. Disebabkan tahap stress yg terlalu tinggi sebab hal ini, aku decide untuk terus bayar RM7000 tu sorang2, secara beransur sebanyak RM800 sebulan. Owner tu pun setuju. Itupun setelah aku datang merayu-rayu sampai aku ternangis habis – habisan depan dia. (Masa tu aku tersangat stress, air mata terus mengalir2 tanpa henti).

Untuk dapatkan RM800 sebulan tu bukan senang, gaji aku RM2000 sahaja. Dengan kos hidup yang lain, setiap bulan aku tersangat mengalami kesempitan yang teramat. Sampai sekarang, aku berjaya langsaikan RM5000 dengan hasil duit aku sendiri tanpa pinjam sesiapa. Even parents aku tak tahu tentang perkara ini. Setiap bulan, family aku sering tertanya2 kenapa aku sering ketiadaan duit. Tapi aku just pendam and Allah je tahu betapa sedih rasa hati aku ni mengenangkan duit yang aku perlu bayar itu.

Tapi, dengan baki RM2000 lagi yang perlu dibayar, aku masih rasa sangat stress dan depression yg teramat disebabkan ketidakadilan ini.

Aku sangat berharap if anyone tahu bagaimana aku dapat selesaikan masalah ini? Bagaimana aku nak tahu jika law berpihak pada aku? Adakah aku berpihak di pihak yg betul? Please I seriously, badly need advise.

– Siti Khadijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jawapan Balas

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Bukan Islam yang membaca post ini.

Saya tertarik dengan post daripada saudara Afiff Ariff. Malah, pendebatan hebat antara penyokong dan penyanggah di halaman post kamu. Ya, saya sangat tertarik dengan ‘suara’ kamu.

Sebelum dilanjutkan, saya mohon maaf andai post ini mengganggu jiwa baik kamu. Sepertimana kamu ingin menyampaikan, seperti itu juga saya ingin menyampaikan.

Saya tujuh beradik dan saya yang sulung. Seorang perempuan. Mempunyai penyakit eczema. Serba kekurangan. Tetapi berusaha untuk memperbaikkan diri dari masa ke semasa.

Perkara pertama. Bangun lewat. Saya terkesan dengan kata-kata anak gadis sering bangun lewat. Saya pun selalu bangun lewat terutama kalau dapat assignment last minute dan kena stay-up sampai 2-3 pagi. Kawan-kawan saya juga begitu. Adik-beradik perempuan saya pun macam tu. Tapi, solat subuh kami tak tinggal tau. Kami gagahkan jua sebelum tidur sampai jam 11 pagi.

Perkara kedua. Lipat baju. Istilah ‘perfection’ yang diketengahkan pun sebenarnya berbeza untuk setiap manusia. Seperti saya. Daripada lipat, saya prefer iron baju dan gantung terus supaya bila diperlukan, saya sarung je. Ada yang tak suka habiskan masa iron baju, maka mereka pun lipat baju. Tapi, cara lipat baju tu kan terpulang kepada kreativiti setiap insan. Seni.

Perkara ketiga. Isu aurat. Mendefinasikan kaum hawa tak cintakan, tak sayangkan Allah. Kamu silap mem’bahan’ kaum. Sebenarnya, kaum manusia yang lalai dengan cinta Allah. Terutama di akhir zaman. Bukan kaum Hawa, bukan kaum Adam. Tetapi manusia. Saya tak pandai titipkan al-Quran dan Sunnah dalam bait tulisan saya. Jadi, kalau rajin, boleh singgah Langit Ilahi sekali-sekala.

Perkara keempat. Bila di dapur, tak semua orang tahu tahap geli tu level berapa. Tak semua orang faham soalan siapa CHEF di dapur. Ngeri sekali bila Bonda tutup pintu, kata keretapi kita lambat dan dia ialah Jet. Tak semua orang tahu perang Bonda. Tapi sekali-sekala dia akan beri pisau – potong satu jam sebelumnya – dah siap, inform. Malah, kalau sibuk dengan assignment, Bonda akan titipkan pesan, Lunch dah beres. Dinner, masak sendiri okay? Hehe. Perkara biasa dalam keluarga saya. Maggi? Jarang-jarang sekali makan. Melainkan kalau teringin. Andai malas, bergilir dengan adik-beradik lelaki. Mujur dapat keluarga yang memahami. Semua rajin turun sekaki. Kalau tak sedap, pakat simpan je dalam hati.

Pertama-tama yang hinggap di hati ialah bengang. Selepas baca komen, depressed. Selepas beberapa ketika, saya tenang kembali dan memikirkan “Ah~~abaikan saja. Siapa tak makan cili, tak terasa pedasnya.” Tapi, tetap perasaan gundah tu tak pergi. Asyik terbayang seolah-olah saya ni perempuan loser. Seolah-olah wanita, baik Muslim ataupun Non-Muslim, yang kadang-kala tewas dengan nafsu, tergolong dalam kumpulan Tak Normal.

Then, saya terfikir balik. Zaman Millennia ni, semua orang ada cabaran masing-masing. Dunia dah maju walau semakin tua. Ilmu dah berkembang. Beza zaman 90-an dengan sekarang, yang mana ramai yang berseluar pendek atas lutut dan tudung semata-mata tutup kepala saja, kita sekarang semakin tahu kewajipan setiap manusia macam mana. Hanya perlu diperhebatkan lagi je.

Saya harap, bukan Kaum Hawa yang dikecil-kecilkan. Bukan segelintir, bukan sekumpulan, malah bukan sezarah pun. Setiap hari dibahan, badutlah kami.

Sekian,

Gadis Merah Jambu.

– Gadis Merah Jambu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tolonglah Kerja

PengakuanKu

Salam semua.

Aku pun tak tahu nak kategorikan tulisan ni sebagai tips ke, nasihat ke, luahan ke apa. Kalau rajin baca je la. Ini dari sudut pandangan hr tak official.

Pertama sekali, kalau para graduan di luar sana sedang mencari kerja, dan masih tiada rezeki untuk bekerja di dalam bidang yang dipelajari, atau yang diidamkan, sila ambil kerja sebagai sales rep dulu. Untuk pengetahuan, semua bidang pun ada sales person. Engineer ada sales engineer, biotech ada sales equipment, product, etc, account and admin pun ambillah general sales, rumah, kereta, insurans, advertising, product manufacturer, events, promoter dan sebagainya.

Kenapa?

Sebab, kat sini belajar banyak sangat language skill, people skill dan juga technical skill. Boleh belajar buang malu, boleh belajar cara kreatif, boleh belajar kenal orang dan paling penting, boleh belajar bina keyakinan diri untuk hadapi rejection. ya. rejection. Sebab, ko akan hadapi lebih banyak rejection dimasa hadapan.. hahaha…

Sangat penting skill pandai selling ni. Dan aku bukan cakap pasal MLM style selling yang tak jual produk tapi tetiba kaya sentiasa. Real corporate, professional selling. Start from bottom up.

Senang ke nak dapat kerja sales person ni?

Inilah satu job yang tak akan ada limit berapa ramai company nak ambil. Sebab apa? Sebab semakin ramai sales person, semakin banyak income company. Company ada 30 hari sebelum bayar ko punya first pay check pun. Jadi company tak hesitate nak tambah sales person kalau tengok kau berkebolehan dan someone yang nak ambil peluang. kalau kerja accountant, takkan nak amik 10 org accountant buat kerja sama kot. tak logik. Jadi, ko kenalah tunjukkan kesungguhan itu. As long as ko boleh tujuk ko fast learner, nak work hard, willing to take risk, sila laa apply.

Lepas tu ko pun jawab : ‘Eh tapi saya engineer, tak perlu jumpa-jumpa and convince orang or jual bagai.’
Dan aku pun menjawab: “Oh you are so wrong!”

Sebab apa?

Sebab, antara engineer yang boleh interact dgn client, take charge project, upsell and convince client to take another better solution, dgn ko yang pandai buat calculation semata-mata di work desk korang, agak2 mana yang lebih valuable kepada company?

Kalau tak confident nak start as sales person company besar2. Start lah dengan kerja di bahagian service dahulu. Set korang punya matlamat kenapa kerja kat situ. Boleh je kerja pizza hut, domino, kfc, mcd. Set goal korang sendiri. Harini aku nak convince 10 customer untuk upgrade ke large, atau add on sides or lain2. Boleh je buat camtu as personal goal. Then goal meningkat, harini 10, minggu depan 20, by end of month sy nak convince 80% drpd client yg beli dgn sy amik upgrade. Ko study, client mcm ni nak cakap mcmana, boleh practise english ko ckp english. Practise speed penyediaan dll. Tanya mcmana store tu operate, tanya manager apa tanggungjawab dia, observe apa yg boleh improve di store tersebut.

Apa salah? Jangan dok pandang gaji kat sana sikit, tak berbaloi ke, penat ke apa. Ko fikir ko tgh garap skill communication korang tu. Bukan suruh kerja lama pun. Amik part time 4 jam sehari pun takpa(Sbb korang kan busy cari kerja idaman). Dari korang duk tulis confession asyik x dapat kerja, baik minta kerja ditempat mcmtu. Walk in je kot. Esok dah boleh start biasanya. Nak dengan tak nak je.

Sebab apa? Masa interview nnt ko boleh state pengalaman tu and ko boleh suggest kat company yg ko nak kerja nnt.

Contoh :
“When I worked in pizza hut, I observed that they implement this system xxxx which enable them to increase the efficiency of preparing food which quite applicable to your company.”

“I think it is worth investing in bending machine as your company deal with a lot of customized paneling. What you might lost in initial equipment investment can be gained through saving of time and cost in shipping, not to mention, increase customer satisfaction”

While waiting table at restaurant wxyz, which is the highest grossing store in ABC store chain, I observe the manager took his time to greet the patrons at each table asking if they had enjoyed the evening. I believe personal touch is key in having satisfied, repeat customer, not solely on the product itself.”

“As a stock control personnel in Mr DIY, I learnt it is critical that the labeling on the package and the name in the POS system to be identical to avoid stocking and ordering confusion.”

Bila suruh describe previous work, jgn malas nak explain dan lurus bendul ckp owh sy amik order, hantar makanan, lap meja, buang sampah, balik, tidur. Mmg la smua org boleh buat, dan interviewer tak nampak ko punya add value tu dan tak nampak ciri2 ko sebagai seorang yang observant, critical thinker, decision maker, or as someone who can be taught.

Dan ni part confession as unofficial hr.

Kalau aku buka job admin : punya beratus-ratus apply, walau starting sikit, takda ot elaun dll. Ye la, kerja ofis.
Buka job professional(engineer n executive level) : okay laa acceptable amount minta.
Semi professional (technician, assistant, drafter etc): ramai minta tapi 90% hampeh. (In terms of resume, dgn banyak salah eja, kerja kejap2 tukar. tulis resume pun malas, dll)

Aku buka job sales : 2-3 org je apply. Tak tipu. dari professional sales, corporate sales, hingga ke consumer sales.

Ko jgn ckp iklan sales aku tak menarik bla bla.. Aku dah experiment mcm2 dah. Aku letak 2 skali, admin dgn sales pun, smua nak admin padahal gaji starting sales almost double kot dr admin. Yea.. double. Bukan nak pengalaman pun, SPM pun boleh apply. Tapi kenapa orang kita tak nak apply? Pastu, merungut tak dak kerja… Haih…. Mana aku nak carik org sales? mana ada graduate in sales? Graduate in marketing mungkin tapi sales? (Nanges)

Sedih kot. Aku biasa kena buka berkali2 untuk dapat candidate yg sesuai. Dah berapa duit company burn tu.

Jadi conclusionnya: korang, tolonglah apply kerja sebagai sales juga. Hahaha….

Tq admin approve.

Bye.

– Engineer yang buat marketing and sales dan jadi unofficial HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

HR Bukan Pemberi Rezeki 

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan penulisan aku ni. Aku menulis selepas membaca post yang bertajuk ‘Aku Buang Resume Kau’. Post tu menarik pada aku, banyak tips yang diberikan. Tapi, bila aku baca komen-komen yang ada, aku jadi sedih. Disebabkan post tersebut, ramai yang keliru.

Ada yang keliru nak letak IC atau tidak. Ada yang keliru nak pakai format traditional atau modern. Ada yang keliru nak letak bulan ke bintang ke sebagai rating atau indicator.

Komen-komen pula ada yang dari HR yang tiada masalah dengan modern resume, ada juga dari HR yang tidak suka dengan Modern Resume. Pada aku, benda ni memang mengelirukan. Takkan candidates nak jumpa HR setiap company untuk tanya kriteria resume yang mereka nak sebab resume memang tiada format macam thesis. Kesian buat mereka yang melabur untuk attend seminar or kursus.

Kekeliruan ni akan menyebabkan candidates akan berada dalam dilema untuk hantar resume. Akan ada yang terfikir,

‘Kalau aku hantar traditional, buatnya HR company ni suka yang modern macam mana?’

‘Kalau aku hantar yang modern, buatnya HR company ni suka traditional, macam mana?’

‘Letak IC bahaya pulak, tak letak IC kang tak dipanggil’

So macam mana nak settlekan isu ni? Sebab kau takkan mampu nak puaskan hati semua orang. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada orang yang sukakan perubahan dan ada yang takut dengan perubahan. Ada orang yang fokus pada isi tapi ada yang fokus pada appearance.

So guys, nasihat aku ada dua.

1) Korang buat resume yang korang rasa terbaik, cukup segala maklumat yang diperlukan (Kene buat research sikit). Tak kisah nak pakai black and white atau nak pakai modern letak bintang ke galaksi. Cuma gambar tu jangan lah macam nak masuk rancangan realiti TV. Make it formal. Dan juga email address. Ada yang aku baca komen tadi email address atukkau. Adus. Make it formal guys. Then bila korang dah puas hati, submit. That’s it.

2) Turn to Allah. This is the missing part. Lepas dah settle, doa lah banyak-banyak, buat solat hajat, letak harapan pada Allah. Resume takde kuasa, HR takde kuasa, Bos pun takde kuasa. Semua ni asbab je. Yakin Allah tu pemberi rezeki. Kalau kau tak dapat mungkin ada yang lebih baik yang Allah nak bagi. Mungkin bukan kat situ rezeki kau. Letak lah resume macam mana pun, kalau dah tertulis rezeki kau kat tempat lain, tak dapat jugak. Tapi at least kau puas hati sb dah buat yang terbaik, yang kau puas hati. Bersangka baik dengan Allah. Cuba lihat setiap kejadian dari sudut positif. Once kau dah letak keyakinan, trust me, kau takkan rasa sedih pun kalau xdapat kerja tu. Jangan percaya cakap aku, buat dan rasa sendiri. I’ve been there.

Sekian..

– Penganggur yang bakal bekerja 3 minggu lagi.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mohon Muslimah Yang Solat Di Surau Lebih Prihatin

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thank you iium admin for publishing this post in your page. Saya cuma nak suarakan pendapat mengenai muslimah-muslimah yang menggunakan surau/masjid untuk solat. Apa yang akan saya utarakan hanyalah pandangan/pengalaman saya sahaja. Jika baik, diharap boleh diambil pengajaran dan iktibar masa kita ingin solat di surau/masjid. Jika tidak, minta maaf.

1. Gantung telekung selepas guna.
– Kalau disediakan tempat untuk menggantung telekung, tolong gantung kembali telekung tersebut selepas guna. Ini penting untuk mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dan demi keselesaan pengguna lain.

2. Jangan solat di depan cermin
– Okay, bab ni kita faham kalau dah penuh sangat surau tu, tapi kalau surau tak penuh, tolonglah jangan solat depan cermin sebab anda akan buat kesesakan yang tidak perlu. Mana orang nak solat, mana yang nak solek. Aduhhh. Mudahkan kerja orang kan dapat pahala.

3. Solat di saf depan
– Jika surau/masjid kosong ketika anda sampai, tolonglah solat di saf hadapan. Pernah tak kalian alami situasi di mana surau agak ramai tapi semua orang solat di saf kedua dan kebawah (belakang). Bila kita nk ke saf hadapan, susah nk langkah-langkah orang yang tengah solat. Tapi kalau tak langkah, ruang yang ada tidak digunakan dengan baik lalu akan menyebabkan kesesakan. Saya tak faham kenapa orang perempuan tak suka solat di saf hadapan dan sanggup tengok orang lalu lalang depan korang yang tengah khusyuk solat tu.

4. Pastikan jarum peniti anda tidak tercicir
– Jika anda memakai 2 jarum peniti, sila pastikan masa nak balik, anda masih mempunyai 2 jarum peniti. saya biasa jumpa jarum peniti merata-rata tempat, atas lantai surau, tempat wuduk, dekat cermin, malah atas karpet pon ada. kadangkala susah untuk kita nampak kehadiran jarum peniti tersebut. Perkara ini boleh membahayakan orang lain terutama kanak-kanak dan warga tua yang kadangkala terpijak jarum-jarum ini. Tolonglah korang rasa bersalah sikit bab ni. Nak cantik boleh, tapi tolonglah jangan menyusahkan atau mengakibatkan kesakitan pada orang lain. Bayangkn kalau jarum tu dah terbiar lama dan berkarat lalu tercucuk kaki seseorang, apa akan berlaku kepada dia? Tolong sensitif bab-bab ini.
– Salah satu cara untuk kurangkan jarum peniti jatuh/hilang, guna jarum peniti berkepala, sebab mudah kita nak cari jika tercicir, orang pon senang nampak dan kurang kebarangkalian untuk terpijak.
– Atau anda boleh jugak sediakan bantal kecil dan diletakan dalam beg tangan anda. Bila nak buka tudung, cucuk segala jarum yang korang pakai kat tudung tu, maka kuranglah kes jarum tercicir lagi.

5. Jangan kawal cermin
– Kadangkala surau/masjid sediakan cermin besar yang boleh digunakan 2-3 orang dalam satu-satu masa. Tapi kadang-kadang kita akan terjumpa dengan orang yang pentingkan diri. Tiba-tiba dia bersiap sambal berdiri di hadapan cermin (and block everyone else. Thanks!).
– Dik, sini kakak nak nasihat sikit, ramai nak pakai cermin tu dik. Kalau ko nak tengok cermin dekat-dekat, ko duduklah. Boleh la orang lain berdiri dan bersiap guna cermin tu jugak. Cermin tu bukan untuk ko sorang je dik.

6. Pulangkan telekung/sejadah yang korang pinjam sebaik selepas habis guna
– Kadang-kadan orang tengah ramai, ada yang tengah cari telekung dan sejadah untuk solat. Tapi ko ni dik, dah siap solat, tapi ko tetap la pakai telekung dan duduk atas sejadah sambil menata rias muka. Tolonglah jadi bijak sikit dik, lepas siap solat pakai barang yang ko pinjam tu, bukak dan simpan balik ke tempat asal. Lepas tu ko nak tepek muka ko berjam-jam pon takpe dik, takde siapa kisah. Jap, kalo surau tu penuh sangat, ko jangan la nak tepek muka lama-lama sangat. Sikit-sikit cukup. Kalau tak cukup, ko pegi sambung kat tandas ke kat luar ke kat mana-mana la asalkan jangan menyemak kat surau yang tengah sesak itu. Ko faham tak ni, dik? Kakak nak suruh kau berfikir sikit.

7. Susun kasut dekat rak yang disediakan
– Biasanya surau/masjid ada menyediakan rak kasut. Tapi malangnya tidak ramai yang ingin menggunakan rak tersebut, ramai memilih untuk pndang sepi. Tapi kadang-kadang orang terlupa, kasut yang berselerak di surau bukan sahaja nampak semak, malah kotor dan membahayakan. Bayangkan ada seorang warga emas nak jalan, terpaksa pijak kasut-kasut tu semua, kalau ada yang licin, kalau dia jatuh, macam mana? Ko nak bayar ganti rugi?
– Lagi kasihan jika ada yang menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk ke surau, dia terpaksa alih kasut2 tu semua dari jalan sebab kalau tidak berbuat demikian, macam mana kerusi roda dia nak jalan?!.
– Tu belum lagi sentuh pasal kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir. Kadang-kadang ada orang tak cermat beli kasut, asal lawa, rembat, tak tengok dah kasut tu diperbuat dari apa sebab yakin kononnya semua yang dijual di pasaran Malaysia halal. Korang boleh bayangkan tak kasut korang yang bila-terkena-kulit-wajib-samak ni dah buat ramai orang lain tak sedar mereka perlu menyamak tapak kaki mereka selepas terpijak kasut ko yang ko letak tengah-tengah jalan?

So far, that’s all I can think of. Maaf kalau terkasar bahasa. Saya cuma nak mengingatkan diri saya dan muslimah-muslimah di luar sana. Semoga kita sama-sama memanfaatkan kemudahan yang ada dan tidak menyusahkan orang. Janganlah kita nak buat pahala tapi tiba-tiba tertambah dosa. Even a tiny good deeds count, okay. So lets be a great Muslimah who isn’t selfish and very thoughtful to others.

– – yang suka galakkan orang untuk kejar pahala kecik-kecik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cara Kurus Tanpa Pil, Senaman, dan Berlapar

PengakuanKu

Hai, saya S. Rasa terpanggil nak share tips kurus di sini. I will keep it straight to the point since I don’t wanna waste your time. Basically these tips work wonders for me and for some people I suggested it to.

Sedikit intro, lepas kahwin, mungkin terlalu bahagia :D I gained like 10kgs (not pregnant guys) and it was the worst time when I hit 67kg at the height of 162cm. I felt so kembang, baju semua tak muat and badan pun rasa berat dan cepat letih.

Result: I went on this diet plan, and I lost that 10kgs in 2 months.

Glossary:
Carbo – karbohidrat
Carbs – karbohidrat
Protein – protein lah

So, here goes:

1. Cut down carbs completely, eat protein instead
Jangan makan nasi, pasta, mee, bihun, roti and all those forms of carbs! Yes, memang susah especially perut melayu totok macam I ni. Before I went on this diet, I have been eating rice every day of my life. Memang sakit jiwa tak makan nasi, tapi semua benda boleh dipupuk, so yakin boleh, and I did it. Ok so, I replaced carbs with proteins and only eat chicken, eggs, fishes, meats. Actually, this is scientifically proven, perut kita ambil masa untuk digest protein lebih lambat berbanding carbo, jadi protein buat kita kenyang lebih lama berbanding carbo and this is very true for me. I feel so full everyday that I dont feel the need to eat other times than breakfast, lunch and dinner. So everyday at lunch and dinner, I will go to kedai nasi campur and ambil semua lauk yg I nak with sayur and kuah, but without the rice. You can eat as much as you want to make sure you’re full. The key point is,you can eat everything, but not carbs.

2. Breakfast tips
Everyday I will eat one sachet of 3 in 1 oats, and it’s enough to sustain me until lunch, or anything carb-less you like.

3. Drink plain water
Point ni sangat penting in weight loss. Just google any article in weight loss, and this is the most essential part of it. For me, wajib minum 2 litres of water everyday, tapi tambah tolak yg tak dikira, I might drink 3 litres per day kot? Untuk disiplinkan diri, minum 1 litre before lunch and 1 litre after. Minum sikit-sikit, bukan sekali gus. Actually 2 litre tak banyak mana pun.

4. No sugary beverages
Air manis? Cut down completely. Tak ada tolak ansur this one. Tak payah cerita panjang kot this point since semua dah sedia maklum. (Baca: Air bergula adalah penyebab utama kegemukan dan pelbagai jenis penyakit bla bla)

5. Exercise? No need.
Yes, I did no exercise at all sebab malas. I work 9-6 every day and bila balik rumah dah penat nak exercise. But no doubt if you do exercise with this diet, it will speed up your weight loss process.

Other tips:
– Timbang berat badan in the morning, frequently. For me it helps when you see your weight going down even if it’s just a few hundred grams, I keep myself motivated that way.

Basically, that’s it. Just take care of your food intake since it is the main factor of how people get big and get sick. I know how hard it can be to start dieting, since I have been through it before. You feel so demotivated and guilty since you’re eating a lot and feeling huge. My last advice is, kentalkan hati dan cuba this diet for a week and insya-Allah you will feel comfortable to continue.

P/S: sorry bahasa rojak, dah lama tak tulis karangan

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kerja Gomen

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.

Confession ni bukan nak cerita pasal aku kerja gomen sebab aku pun kerja swasta. Tapi pelik dgn sesetengah persepsi dan mentaliti orang tentang kerja gomen ni. Bukan aku ada anti dgn kerja gomen ke apa since adik beradik aku pun ada je kerja gomen. Cuma nak memberi input dan persepsi daripada mata seorang calon penjawat awam.

It’s a good job actually since you’re going to serve your nation. Tak dapat dinafikan nak masuk kerja gomen memang susah dgn skrg ada ujian online la ujian kecergasan la dan part yg paling susah of course temuduga. Aku pun tau susah sbb aku pun ada experience through that penat lelah nak menjadi seorang penjawat awam gred M41. But in the end kat part temuduga tu aku tak berjaya.

Seriously for those yg dpt jawatan sebagai seorang penjawat awam korang memang superb dan aku salute gila korang. Dalam beribu-ribu calon korang adalah insan terpilih utk merealisasikan harapan anak bangsa dan negara kita. Tolonglah hargai peluang yg diberikan dan jgn sia-siakan peluang tersebut sbb terdapat ramai lagi calon yg berkelayakan beratur utk merebut jawatan yg korang bakal sandang.

Part yg paling menyedihkan bila “DUKACITA …” tu. Aku okay je sbb kalau ada rezeki ada la kalau tak takde la. Since aku pun dah kerja mcm satu anjakan paradigma kalau aku ada rezeki nak menjadi seorang penjawat awam. Tipu la sedih kecewa tu mesti semua ada tetapi aku selalu ingatkan diri aku Allah dah susun rezeki kita cantik-cantik.

Mak ayah aku la berharap sangat anak bongsu dia kerja gomen sbb senang kan terjamin la benefit la pencen laa. Sedih sangat time tgk muka mak ayah aku kecewa. Kadang-kadang hati kecil aku terpikir aku jadi anak yg tak membanggakan ke bila tak dapat kerja gomen? Selama ni aku membanggakan mak ayah tetapi disebabkan tak dpt kerja gomen je aku terus jadi anak tak membanggakan ke? Sampai tahap malas dah nak pergi temuduga sbb aku dah tak sanggup nak melalui fasa kekecewaan itu lagi.

And ada certain family aku yg terlebih concern bila aku tak dpt kerja kerajaan mcm buat muka kecewa dgn aku bila aku tak berjaya temuduga. Ya Allah aku okay je tapi dah bila dia mcm tu panas jugak hati aku. Kerja swasta pun okay apa. Kerja apa pun mesti ada pros dan cons. Aku happy je dgn kerja skrg sbb aku rasa kerja apa pun kalau ikhlas kerana Allah in shaa Allah kebahagiaan itu akan dtg seiring. Tidak perlu iri hati pada rezeki org lain. Allah Maha Adil dan rezeki tak akan tertukar sebagaimana jua jodoh dan ajal.

Buat para penjawat awam seperti cikgu tolonglah beri peluang kepada adik-adik graduan yg baru nak mengenal erti sebuah kehidupan melalui alam pekerjaan. Aku dapati ramai jugak cikgu yg ingin menukar profession menjadi penjawat awam gred M41. Berhentilah bersungut wahai cikgu kerana tugas menjadi pendidik yg sangat berwibawa memerlukan dedikasi dan komited yg tinggi. Tak semua mampu menggalas tugas seorang pendidik.

Kesimpulannya, kita jgn pernah berhenti berusaha, berdoa dan berbahagialah dgn apa yg kita ada. In shaa Allah dgn bahagia semua terasa nikmat dan hati akan tenang.

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Buang Resume Kau II

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan confession aku. Pergh banyak plak aku tengok orang komen yang MURNI-MURNI sangat dalam post aku tu. Apa- apa pun terima kasih kalau rasa tips aku berguna untuk korang ye. Yang rasa menyampah tak payah le baca. Scroll kebawah sahaja. Ada yang request, aku berikan full copy yang terus ke meja bos. Amboi senang nye hidup. Tapi tak pe aku paham mesti dia tengah stress struggle cari kerja tu. Untuk pengetahuan ramai lagi yang layak confess kat sini tentang cara-cara resume yang betul. Aku ni amateur je. Nak follow boleh, tak nak sudah :P.

Last Tips:

1) RESUME IKUT INDUSTRY kau kerja – Ada yang industry resume nak kena berbunga-bunga , berwarna -warni, Ada yang kena Simple.

2) Post yang sebelum ni kan aku ada sebut letak number IC kan. Takut sangat orang gunakan No IC ko tu. Maklumlah lah harta berjuta dalam bank ye tak, zaman skrang memang kena aware sikit. Tulis le begini : 851011-02-xxxx . So bakal bos ko tu tahu, le korang umur berapa, lahir di mana. Nampak kecil kan TAPI BESAR IMPAKNYE TAU!. COntoh, ko gi apply kerja kat kedah, IC pun memang orang kedah, BAkal bos kau plak dah ada 4 orang final candidate tu , 1 orang terengganu, 1 orang sabah, 1 orang sarawak, 1 orang kedah (which mean kau) . And then dia fikir, ambik la budak kedah ni, apa salahnya tolong orang senegeri. CONTOH: kalau dia ambik orang jauh time raya, mesti org tu nak balik kampung, kalau emergency kerja nak kena settle urgent. Orang yang dia boleh harap, mesti la pekerja yang kerja / kampung senegeri gitu. Yang dia boleh call anytime. (Kes ni depend industry mana ko kerja ye) .Tak kan dia nak suruh pekerja dia yang duk sabah ambik tiket flight URGENT Semata2 nak settle kan kerja yang URGENT tu, Bos kau akan fikir KOS! Kau tahu kan tiket flight on the spot harga macam nak ke KOREA tuuuu….NI CONTOH KES!

3) Tolong jangan straight forward sangat . Lahir tahun 1996, bulan October, Korang tulis la umur korang 21 tahun, bukan nye 20 tahun 5 bulan 10 hari. Amboiii mau plak jenis hari2 hantar resume tak kan nak update bahagian tarikh lahir hari-hari kut. Takkan esok nak tulis 20 tahun 5 bulan 11 hari, lusa tulis 20 tahun 5 bulan 12 hari. HUHUHU

4) Gambar: sila pergi kedai gambar, pakai COAT yang disediakan dan minta SOFT COPY gambar. Soft copy ni boleh guna masa hantar Resume secara online. BAWA LA PENDRIVE MASA PI KEDAI GAMBAR TU, free je dia bagi soft copy. Aku tak nak highlight gambar selfie. KO pun tahu selfie bukan gambar formal kan.

5) Kalau orang yang buat business ONLINE / OFFLINE afew years, and then dah tak buat business, Boleh atau tidak tulis dalam resume? PENDAPAT PERSONAL AKU, boleh tulis jika Business korang daftar dengan SSM. Baru nampak official gitu. PAstikan kau dah standby JAWAPAN, jika interviewer tanya kenapa korang tak continue business? Jangan jawab, business bankrupt, barang tak laku. Not nice. Bagaimana pula kalau businees tu still wujud tapi korang nak jadikan business tu as side income dan nak cari kerja lain as a full time?. Mesti interviewer akan tanya , boleh ke korang fokus dalam kerja ? Korang fikir which one the best, nak masukkan boleh, tak nak masukkan pun boleh. Yang penting standby jawapan yang mantap kalau interviewer tanya huhuhu.

6) Walaupun zaman skrang zaman Hipster, ko lupa bakal BOS ko tak hipster, ko tengok la umur mereka around 40 – 55 tahun macam tu, korang nak keja bahagian pengurusan , resume berbunga-bunga, berbulu je bakal bos ko tengok resume tu. Walaupun bakal bos ko pakai kereta Sport, Hp I-phone, permikiran still pemikiran lama . First impression korang melalui resume. Memang la bos tu banyak cikadak, ko ingat senang, dia orang nak bgi korang gaji guna duit mereka. Mesti dia nak cari orang yang boleh buat kerja and particular dalam segala hal.

7) Kalau company besar-besar, dia orang akan buat saringan guna phone call dahulu. Ni orang panggil PHONE INTERVIEW. Ni pentingnya TELEPHONE DI ON SELALU, Kalau korang lulus, baru masuk second interview by face to face. Masa tu baru dia email korang suruh datang interview . (Sila baca previous post aku point no 4)

8) Kenapa aku buang resume korang dari aku buat rough paper walaupun bahagian belakang still aku boleh guna. Maaf la ye, aku tak le SEBODOH tu nak memalukan orang yang minta kerja tu. Bayangkan aku buat rough paper, mau plak yang guna rough paper tu staff lain. Tak ke dia baca semua detail kau temasuk nama email kau : batman70@yahoo.com/ alongnaktolong89@yahoo.comakublurr@gmail.com … Lawak tahu. Pahamkan maksud “Private & confidential”. Sekurangnya aku jaga juga air muka korang tu. Satu lagi, kalau aku cakap, bos ramai yang hantar resume tak menepati citrasa u la bos.”. Mana buktinya? Sebab itu la aku PRINT bgi dia tengok jenis-jenis resume yang candidate apply. Bukannya aku bodoh sangat nak habiskan dakwat print office aku tu -_-. (NI khas aku tujukan kat akak yang komen MURNI kat aku punya post)

9) Untuk bahagian reference. Company cikai2 macam company aku dulu tak de call. As long candidate tu kami yakin bukan jenis penipu, reference tu kami abaikan. Unless something fishy, kami akan call. BIG company yes, mereka akan call.. Pastikkan orang yang jadi reference korang kenal korang bukannye adik beradik ye.

10) Template berbayar is advisable or not? Kalau korang rasa templete tu sesuai dengan industry korang atau sesuai untuk jawatan tu, dipersilakan beli. Kalau rasa ragu-ragu google je. Tak pun buat muka kesian kat kawan ko ,” tanya wei ko nye resume format macam mana? Aku tak pandai le” huhuhu. Untuk industry aku which is pengurusan, aku cadangkan FORMAL. Yang mana resume korang kena isi online kerana format dia orang jenis begitu tak payah la duk risau. Dah memang company tu nak jenis macam tu. Follow je le.

11) CONTOH RESUME BAHAGIAN JOB EXPERIENCE:

FINANCE EXECUTIVE AT ABC SDN BHD (BOLD) DATED:
– Handle GST and tax matters of subsidiaries companies
– Do full set of account. Maintain record using UBS system accounting. Prepared bank reconciliation.
– Maintain employee payroll including EPF, Socso, PCB and EA form.

ACCOUNT ASSISTANT AT SBS SDN BHD (BOLD) DATED:
– Prepare payment voucher and cheque. Handle petty cash of company.
– Update collection status for non – payment customer.

OTHER WORKING EXPERIENCE:
– CASHIER AT NOBITA HYPERMARKET (SEMESTER BREAK 2013)
– CASHIER AT SIZUKA SDN BHD (SEMESTER BREAK 2012)
– SALES ASSISTANT AT 7-TWELVE SDN BHD ( SEMESTER BREAK 2011)

• Tak payah la tulis macam CV. Just a bit ,jadi bakal bos korang Nampak la ooooo budak ni pernah buat kerja macam ni ye.. Ok la I nak tanya lebih lanjut. So I nak dia datang interview. Sebab tu aku cakap 2 page or 1 ½ page untuk resume.

Kalua budak fresh graduate maybe boleh buat macam ni:

PRACTICAL STUDENT AT SBS SDN BHD (BOLD) DATED:
– Assist in handle petty cash of company
– Assist Account Executive in update collection Status for non-payment customer.
– Assist in maintain record of double entry in UBS accounting system.

Jangan lupa tulis khusus-khusus yang korang pernah ambil semasa study dulu. Atau seminar-seminar yang korang pernah hadiri yang korang sesuai untuk masukkan ke dalam Resume.

– The end – Kalau rasa tips aku boleh jadi panduan, korang baca jele, Kalau rasa macam tak sesuai untuk korang, baca la confession orang lain tak pun tulis confession sendiri #akutaksentaphahahaa #akunaktolongbukanahlong

– NOORA S.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pak cik Urut Patah

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Harap tak kecam la ye sebab saya ni pun cerita pengalaman pertama dan secara tak sengajanya terbuat benda ni. Share kat sini pun tujuan dia nak bagi pengajaran kat awak semua sajeee.

So kisahnya bermula masa saya darjah 6 dulu, 11 tahun yang lepas. Masa tu saya tengah siap-siap dengan penuh kalutnya nak pergi tuisyen malam. Tiba-tiba prapppppp kaki saya terlanggar bucu dinding. Maunya tak menangis saya. Bila tengok-tengok, jari kelingking kat kaki kiri saya dah bengkok 90 darjah! Pastu satu family dah gelabah la apa semua nak buat apa ni. Masa tu takde terfikir nak pergi hospital ke klinik pulak sebab macam ingatkan kot dia boleh baik sendiri.

Tapi mak abah macam nak ikhtiar jugak la so kami pun pergi la rumah sorang pakcik ni. Nama tempat tu Pak *** Urut Patah. Macam first trial la pun sebab tak pernah pergi berurut ke apa. Pastu dah sampai sana, pakdin ni nampak biasa-biasa je, dia tanya la cemana boleh jadi benda ni apa semua. Lepas tu dia ambik air satu botol, dia baca ayat-ayat quran la rasanya (tak ingat sangat ayat apa dia baca). Tapi yang saya pelik, dia tak ada urut lansung kaki saya! Bila dah siap baca-baca kat air tu, dia cuma suruh letak air tu kat tempat tinggi & jangan lupa minum.

So kami pun balik lah rumah dengan pelik-pelik la sebab ingat kan pakcik tu urut la saya. Balik tu pun jari tu masih lagi bengkok. Malam tu saya tidur la macam biasa. Tiba-tiba saya terjaga masa tengah malam sebab saaaaakitttt sangat rasa kat kaki saya rasa macam ada orang tengah urut kaki tu. Pastu saya pun bukak mata, macam samar-samar ada benda hitam duduk betul-betul depan kaki saya. Tapi sebab masa tu kecik lagi kan, jadi saya tak fikir banyak la saya terus sambung tidur.

Esoknya yang ajaibnya, jari kelingking saya dah lurus balik ! Memang pelik bin ajaib sebab seingat saya, memang jari tu bengkok masa sebelum tidur. So saya pun cerita dengan mak entah-entah saya sakit masa tidur tu ada ‘benda’ urut kaki saya. Lepastu mak saya macam bersembang dengan kawan-kawan dia la kan. Dorang pun kata memang ada dengar cerita yang pakcik tempat saya pergi semalam tu ada ‘membela’. Fuhh seram sejuk jugak dengar. Serba salah pun ada sebab taktau pulak dia pakai pembantu dari alam lain. Kami pun memang serik la nak pergi dah kat tempat tu. Entah betul ke tidak dia ada ‘membela’ pun kami tak tau.

Tapi bila dah besar ni bila saya tukar-tukar cerita dengan kawan, memang ada yang cerita asalkan nama tempat urut tu Urut Patah, confirm memang tuannya ada ‘membela’. Saya tak taula sahih ke tak. Kalau awak semua ada pengalaman yang sama boleh share kat komen, teringin jugak saya nak tau. Hehe. Harapnya Allah ampunkan lah kami sebab kami taktau, kalau mmang betul la pakcik tu guna makhluk lain jadi penolong dia. Sekian.

– Saya yang tak tau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 30 January 2017

Bahagia Dengan Suami Tidak Berharta

PengakuanKu

Assalamualaikum WBT.

Pertama sekali, terima kasih kerana menyiarkan confession saya. Saya bukan pelajar mahupun bekas pelajar iium tapi saya suka baca confession kat sini yang banyak bagi motivasi & pengajaran. Kisah-kisah hidup manusia yg pelbagai yang kadang tak terfikir dek akal.

Ini cerita tentang diri saya. Cerita yang tak semenarik cerita lain, tapi yang saya harapkan cerita ni boleh menaikkan semangat orang yang menghadapi situasi yang sama, atau paling tidak pun, boleh jadikan pembaca orang yang sentiasa positif dan bersangka baik(husnuzon).

Saya seorang perempuan biasa. Kerja makan gaji. Dah kahwin tapi masih terlalu awal dan masih dalam tempoh “bulan madu”.
Sebelum berkahwin, saya sudah mengetahui latar belakang suami dan segala kisah silam buruk dan baik. Suami seorang duda, ada 2 orang anak berumur 5 & 6 tahun. Sebelum kami berkahwin, banyak sangat ujian yang melanda hubungan kami. Suami berhutang keliling pinggang. Hutang tu semua adalah hutang-hutang lama yang tak terbayar. Kisah silam suami – boros, kaki club, tak pandai menyimpan dan menabung, suka meminjam, tak pandai berjimat, bekas isteri yang boros dan suka meminta – punca dia banyak berhutang dengan keluarga, kawan dan paling serius, dengan ahlong.

Masa berkawan lagi saya dah tahu segala masalahnya. Jujur, saya tak pernah terlintas untuk meninggalkan suami masa tu. Saya bertekad untuk bantu dia selesaikan masalah dia dan bagi dia masa depan cerah macam orang lain. Sepanjang tempoh berkawan tu, saya nampak usaha dia untuk ubah sikap, ubah hidup. Parents dia sendiri akui yang dia berusaha untuk berubah tapi mungkin belum ada rezeki dan kurang dorongan.

Lepas tahu semua masalah dia, saya nekad nak tolong dia. Saya ambil keputusan untuk buat loan dalam amount yang banyak, untuk langsaikan semua hutang dia. Dan loan tu dia yang perlu bayar bulan-bulan (amount yang jauh lebih sikit dari jumlah yang perlu dia bayar pada ahlong waktu tu). Masa tu saya betul-betul nekad, saya dah fikirkan semua akibat dari keputusan saya. Akibat kalau dia tak bayar, akibat kalau dia hilangkan diri, dan macam-macam lagi. Tapi saya lebih rasa bersalah dan tak tenang bila fikirkan beban masalah yang dia tanggung setiap hari, tapi saya langsung tak membantu.

Untuk pengetahuan, sebelum saya tahu segala kisah dan masalah dia, saya langsung tak sangka yang dia tanggung masalah hidup yang terlalu berat. Hutang ahlong berpuluh ribu, gaji tiap bulan habis untuk bayar hutang ahlong je, itupun cuma bunga. Hutang ahlong tak pernah surut sebab dia tak mampu bayar bunga + hutang. Hutang dengan kawan dan keluarga apatah lagi. Langsung tak terusik. Malah makin bertambah sebab dia akan meminjam bila terdesak. Masalah hutang yang tak pernah selesai ni makin teruk sebab isteri (sekarang bekas isteri) dia yang boros, suka tukar handphone dan suka minta macam-macam. Dia akan cuba sedaya-upaya penuhi permintaan isteri dia walaupun terpaksa berhutang (nilah silap dia dulu dan hutang-hutang dia punca isteri dia selalu minta cerai). Kalau saya kat tempat dia, mungkin saya dah tak mampu tersenyum pun. Tapi dia lain. Dengan segala masalah yang dia tanggung, dia masih berusaha buat orang sekeliling dia happy, gelak, ketawa. Saya kenal dia sebagai seorang yang suka berjenaka, buat orang ketawa. Sentiasa tersenyum. Memang tak sangka yang dia tanggung beban besar.

Selepas saya dapat tahu semua masalah dia, saya nekad nak tolong sebab bagi saya dia seorang yang baik. Saya dapat tahu segala hal peribadi dia pun melalui orang lain. Dia tak pernah tunjuk dan tak pernah bukak mulut pasal masalah dia.

Jadi, saya buat loan. Banyak. Bayar semua hutang ahlong dan bank dengan loan tu. Lepas selesai langsaikan semua dengan duit loan tu, dia bagi kad ATM gaji dia pada saya untuk saya manage kewangan dia. Dia betul-betul nak berubah dan mengharapkan saya untuk bantu. Tapi perancangan Allah tu memang tak terduga. Kami diuji. Dia diberhentikan kerja (pendapatan masa tu RM3000) sebab rekod yang kurang memuaskan. 2 bulan dia berusaha cari kerja sana sini tapi tak ada rezeki. Kadang dia dapat sikit duit poket masa tolong kawan berniaga dan dia buat kerja-kerja kampung. Masa tu saya terpaksa tanggung hutang loan yang saya buat tu. Jumlah yang perlu bayar bulanan hampir RM1000. Peritnya hidup masa tu Allah je yang tahu. Dugaan tak berhenti kat situ, satu demi satu dugaan Allah bagi untuk uji kesabaran kami. Lepas dua bulan tak ada kerja tetap, dia dapat offer kerja tetap kat Johor. Dia kena merantau. Saya sokong dan dorong untuk dia terima walaupun saya tahu dia berat hati. Kat Johor, dia cuma bertahan seminggu. Ayah dan mak dia jatuh sakit dan masuk ICU, serentak. Jadi dia ambil keputusan nekad berhenti kerja dan terus balik Selangor untuk jaga mak ayah dia. Dia anak sulung dan sangat menjaga orang tua. Lepas mak ayah dia sembuh, die dah taknak balik kerja Johor sebab serik tinggalkan keluarga. Tapi lagi sekali dia diuji bila motor yang dia tinggalkan kat Johor masa balik jaga mak ayah dia, hilang kena curi. Dah la kerja tak ada, motor kena curi. Masa tu, dia betul-betul kosong dan tak ada apa-apa. Lagi sekali dia menganggur, ke sana sini cari kerja sambil tolong kawan berniaga. Sebulan lepas tu, dia dapat offer kerja sebagai technican offshore. Kerja yang memang dia minat dan idamkan. Bila fikir elaun offshore yang tinggi, lagi lah buat kami bersemangat. Saya berkongsi kereta saya dengan dia untuk ulang-alik pergi kerja. Minyak kereta, makan minum dan duit belanja harian dia saya tanggung. Tapi kami happy sebab terasa yang semuanya akan berakhir dengan baik. Tapi ujian datang lagi bila company tu rupanya bermasalah dan elaun offshore tak bayar. Belum sempat confirm, lagi sekali dia dibuang cuma dengan alasan bengkel yang tak kemas. Sekali lagi dia tak bekerja. 2 minggu lepas tu dia dapat kerja tapi cuma mampu dapatkan jawatan operator. Saya minta dia terima jugak kerja tu walaupun gaji terlalu rendah (RM1000). Sekurang-kurangnya dia tetap bekerja dan ada usaha.

Masa tu kami tertekan. Gaji dia tak mampu cover semua hutang. Jadi saya berkongsi duit bulanan saya untuk perbelanjaan kami berdua. Memang kami terlalu susah masa tu.

Tapi, kami tak pernah batalkan rancangan kami untuk berkahwin. Dengan gaji yang tak seberapa, saya agihkan untuk bayar hutang, nafkah anak-anak dia, ketepikan duit mas kahwin dan duit untuk beli cincin. Keluarga saya tak tahu masalah dia, jadi saya sedaya upaya berusaha memberi kesempurnaan pada mata keluarga saya. Hanya keluarga dia tahu apa yang kami tanggung.

Alhamdulillah, mungkin sebab niat nak bina masjid, usaha dan doa yang tak putus-putus, kami mampu untuk beli cincin nikah dan sediakan mas kahwin RM300. Dan Allah bukakan pintu rezeki kami, seminggu sebelum kami bernikah, dia dapat offer kerja kat sebuat syarikat yang stabil dengan gaji yang lebih baik dan jawatan yang lebih baik. Syukur kami masa tu Tuhan je yang tahu.

Kami nikah hari Jumaat, di pejabat agama. Yang hadir masa tu cuma mak dan abah saya, mak, ayah dan adik dia. Kami tak mampu nak buat kenduri nikah, jadi kami pilih untuk nikah di pejabat agama tanpa sebarang jemputan. Cuma cukup syarat rukun nikah je. Dengan sekali lafaz, mahar RM300 dan sebentuk cincin, saya sah bergelar isterinya. Tanpa duit hantaran. Tanpa barang hantaran. Dan semuanya terasa mudah sangat.

Sehari selepas nikah, kenduri sebelah saya berlangsung. Kenduri saya yang sederhana dengan kos RM10K saje. Saya terpaksa pinjam duit untuk buat kenduri sebab keluarga saya tak tahu yang suami tak bagi hantaran. Keluarga saya ingat kenduri tu saya mampu buat sebab dapat duit hantaran. Saya pinjam duit dari kawan-kawan sikit-sikit dan selebihnya saya guna duit simpanan yang tak seberapa. Saya tak minta bantuan kelaurga langsung hatta abah sendiri utnuk majlis tu. Alhamdulillah semua dapat dilaksanakan. Yang penting, kami dah sah bergelar suami isteri. Dan memang, Islam tak pernah menyusahkan. Walaupun tanpa apa-apa majlis besar masa akad nikah, kami tetap sah disatukan dan kami tetap bahagia dengan kesederhanaan tu.

Sekarang, saya dan suami sama-sama kongsi bayar hutang kami. Lepas kahwin dan hidup bersama, Alhamdulillah perbelanjaan cukup walaupun secara sederhana. Kami mampu untuk bayar hutang kami tiap bulan. Suami pun dapat beli motor second hand untuk dia pergi kerja, bulanan cuma RM200 untuk motor tu. Rumah yang kami duduk sekarang pun murah sangat bulanan cuma RM150 rumah 3 bilik 2 bilik air dan dekat sangat dengan tempat kerja. Jadi kat situ kos petrol dah banyak jimat. 3 minggu lepas nikah, suami dapat ambil anak-anak untuk tinggal dengan kami (asalnya bekas isteri dia langsung tak bagi jenguk apatah lagi ambil untuk dijaga mungkin sebab cemburu saya dan suami bernikah, sebab dia mengharap suami rujuk dengan dia semula). Anak-anak suami sekarang tinggal dengan kami dan ni pun saya anggap sebagai jalan pembuka rezeki buat saya dan suami. Masa bekas isteri suami yang jaga anak, selalu merungut duit nafkah yang suami bagi tak cukup sampai anak kadang putus makan (ini apa yang bekas isteri dia bagitau. Ntah betul ke tak). Tapi setakat ni Alhamdulillah makan minum sekolah dan keperluan asas anak-anak semua cukup.

Masih banyak lagi perbelanjaan keluarga yang saya tanggung. Tapi saya cukup bahagia. Walaupun suami yang Allah bagi pada saya ni tak mampu menyara saya macam mana suami orang lain, tapi suami saya sangat penyayang. Selalu bantu kerja rumah. Selalu manjakan saya dengan kasih sayang. Walaupun ada anak-anak suami kat rumah, saya tak sempat rasa hidup berdua dengan suami, tapi suami manjakan saya macam dia manjakan anak-anaknya. Langsung saya tak rasa terpinggir atau kekurangna kasih sayang. Saya rasa lebih bahagia sebab Allah bagi suami yang penyabar, rajin, berlemah lembut dan penuh dengan sifat kasih-sayang pada keluarga. Allah jugak bagi anak-anak yang manja dan senang dijaga. Walaupun ramai yang meragui keikhlasan saya jaga anak-anak tiri, tapi Allah tahu. Suami dan anak-anak tiri saya yang mewarnai hidup saya sekarang. Rumah sentiasa riuh dengan gelak anak-anak, dengan suami yang kuat mengusik dan bergurau.

Tak semua perempuan cuma pandang kemewahan. Tak semua perempuan cuma nakkan lelaki yang stabil kewangan. Hati saya terlalu kuat untuk suami dan saya selalu berdoa Allah ikhlaskan saya bantu suami dari segi kewangan. Loan saya tu akan selesai dalam masa 3 tahun je lagi. Insya Allah saya rancang nak pergi umrah dengan suami bila hutang ni dah selesai nanti. Doakan kami ye.

– Newly Wed Wife

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ibu Mertuaku

PengakuanKu

Assalamualaikum semua pembaca. Aku bukan lah student IIUM. Aku pembaca tegar page ni. Terdetik di hati nak kongsi cerita ni dengan semua. Terima kasih pada admin sekiranya conffesion aku ni disiarkan.

Bila orang sebut “ibu mertua”, yang mana dah kahwin mesti rase gerun kan. Rata2 aku baca cerita tentang masalah ibu mertua, yang tak suka ibu mertua, ibu mertua tak suka menantu dan macam macam lagi lah yang buruk pasal ibu mertua ni.

Aku tak nak cerita yang buruk tentang ibu mertua aku. Aku gelar ibu mertua aku sebagai mama. Aku adalah menantu pilihan mama, aku dijodohkan dengan suami atas dasar pilihan keluarga. Mama berkenan pada aku dan menyampaikan hasrat untuk jodohkan aku dengan anak die pada mak aku. Oh mak aku dan ibu mertua aku adalah kawan.

Pada mulanya aku tak setuju, sekeras kerasnya aku tak setuju walaupun bakal suamiku dan keluarga mertuaku asalnya dari orang yang berada. Ada mak saudara aku gelar aku “bodoh” sebab tolak jodoh yang baik. “kau nak apa lagi? Lelaki tu dah stabil, kerjaya ada, rumah ada, kewangan ada, keluarga pun dari latarbelakang yang berada, senang hidup kai nanti tau tak”. Itu lah ayat yang aku ingat sampai sekarang diluah oleh mak saudara aku.

Aku sikit pun tak pandang harta orang, sikit pun tak cair dengan paras rupa bakal suami yang boleh dikira “handsome” lah jugak. Hehe. Dah waktu tu hati dah tertutup dengan lelaki, kau bagi lah anak raja sekali pun aku tak pandang. Mungkin faktor hati aku belum mampu move on dari kekecewaan yang lalu.

Akhirnya aku terpaksa menerima jodoh pilihan keluarga disebabkan mak aku ada ugut. ” Kalau kau tolak pinangan ni, mak dah tak nak ambik tahu pasal jodoh kau lagi pasni” Gilerr, macam drama kan ayat mak aku tu. Yess betol2 berlaku pada aku bukan drama atau dongeng. Menangis lah aku semahu mahunya dan seminggu lebih aku tak bertegur sapa dengan mak aku.

Urusan pertunangan siket pun aku tak ambil tahu, aku cuma cari baju je dan yang lain semua mak aku uruskan. Belanje majlis untuk jamuan pun bakal suami aku yang sponsor. Tu pun lepas tunang baru aku tau. Mesti korang akan cakap family aku pandang harta kan, jap baca habis dulu cerita aku. Masa bertunang lepas mama sarungkan cincin di tangan aku, dia peluk aku dan berbisik sambil nangis teresak esak ” Terima kasih sebab terima anak mama, terima kasih banyak banyak. Insyallah bahagia hidup korang pasni” sebak giler aku masa tu tapi aku cover tak nak nangis. Kuat pelukan seorang ibu mertua demi anak lelakinya.

Sepanjang tempoh bertunang sikit pun aku tak heran kat bakal suami. Aku buat dia macam tak wujud. Ibu mertua (mama) aku pagi petang siang malam col kawan baik aku tanya tentang aku, memang aku ni camni ke. Maaf kawan kau terlibat dalam hal ni. Mama minta kawan baik aku untuk pujuk aku terima bakal sumi.

Bakal suami selalu kirim hadiah untuk tarik perhatian, untuk cairkan hati aku yang keras macam batu ni. Mama pun buat bende yang sama, layan aku macam puteri sedangkan siket pun aku tak suka anak dia. Mama aku tak duduk diam selagi kami tak berkahwin, dia takut aku lari dan batalkan perkahwinan.

Sampai lah hari pernikahan. Urusan pernikahan berjalan dengan lancar. Masa ni aku dah boleh terima siket siket tapi still takda perasaan cinta dan sayang. Lepas akad nikah salam dengan mama, lagi kuat pelukan dia dan lagi kuat die menangis sambil tak putus dia cakap “terima kasih sbb terima ank mama, terima kasih, terima kasih. Aku balas pelukan dia tanpa sebarang apa2 ucapan sebab aku tergamam.

Sekarang dah hampir 2 tahun berkahwin, Alhamdulillah terasa begitu bahagia bercinta selepas bernikah. Walaupun belum dikurniakan zuriat, sekali pun tak pernah mama suarakan atau bertanya tentang zuriat, dia sangat menjaga perasaan aku.

Setiap kali aku tak sihat, dia datang ke rumah aku bawa makanan, tolong picitkan kepala, picitkan badan. Allahu sungguh beruntung aku mempunyai ibu mertua seperti itu. Banyak lagi kebaikan ibu mertua aku yang tak dapat aku listkan di sini. Cukup lah korang tahu aku sangat menyanjung dan menghormati ibu mertuaku seperti ibu kandungku sendiri.

Dan kini baru aku sedar rupanya pilihan mak aku memaksa aku berkahwin dengan jodoh pilihannya adalah yang terbaik. Terima kasih mak sebab kini saya dah terasa bahagia dan terasa saya adalah wanita yang paling beruntung punya suami dan keluarga mertua yang terbaik didunia dan akhirat.

Mungkin ada orang cakap jadi menantu pilihan boleh la cakap camtu. Mungkin rezeki saya punya ibu mertua yang baik walaupun belum rezeki zuriat. Rezeki orang lain2 kan. Selalu lah tarik hati ibu mertua untuk sukakan kita. So aku share tips2 untuk disayangi mertua ya yang mana aku tahu sebab aku pun baru lagi dalam alam perkahwinan.

1. Jangan malas. Bila kat rumah mertua tu jangan lah asyik bekurung dalam bilik. Kalau takda kerja nak buat, duduk luar bersembang pun jadi lah. Kadang oran tua ni nak teman bersembang je.

2. Selalu belikan hadiah. Kami suami isteri kalau ke mana mesti belikan buah tangan bwak balik ke rumah mertua. Kalau dapat bonus tu apa salah belanja telekung sehelai jadi lah kan.

3. Layan suami dengan baik. Kalau depan ibu mertua tu layan lah suami kau baik2. Sejuk hati mertua tengok anak dia dilayan dengan baik oleh menantu.

4. Selalu ziarah. Kalau tak mampu balik jenguk tiap bulan, col selalu pun jadi lah. Biar dia rasa diri dia dihargai oleh menantu.

Mungkin banyak lagi tips yang tak sempat aku share. Tapi masing2 mesti dah tau camne cara nk pikat hati mertua. Okk la sekian cerita aku tentang ibu mertuaku.

Assalamualaikum. Doakan aku dimurahkan rezeki zuriat. Ameen.

Puan N

– Puan N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.