Friday, 27 January 2017

Keluarga Cuma Ada Satu

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai semua! Hari ini aku rasa macam nak berkongsi pandangan aku dalam isu kekeluargaan. Terlebih dahulu, aku perkenalkan diri, nama aku Fitri, berumur 22 tahun, dan menuntut di sebuah IPTA yang ulung terletak di negeri Terengganu. Aku merupakan anak sulung kepada ibu dan ayah yakni merangkap sebagai kaklong kepada adik-adik tercinta seramai 3 orang.

Sebagai anak, pada pandangan aku, secara umumnya fasa kehidupan kita terbahagi kepada 3. Yang pertama:

1- Fasa Kanak-Kanak
Bagi yang lahir pada tahun 90-an, dulu kita bebas bermain dan menjelajah keseronokan dunia kanak-kanak yang terkadangnya penuh dengan perasaan ingin tahu. Ditambah lagi dahulu kita tak terlampau didedahkan dengan penggunaan gadget seperti zaman kini, dunia kita diwarnai dengan permainan masak-masak, mandi lombong/sungai, pergi mengaji beramai-ramai waktu malam, main sorok-sorok dan sebagainya. Tapi macam mana pun, kita still kecil lagi jadi kebergantungan kita kepada ibu bapa kita adalah masih sangat tinggi. Oleh itu, peratus masa yang terluang bersama keluarga kita adalah 90%.

2-Fasa Keremajaan

Usai umur meningkat, personaliti rebellious kita semakin menebal diikuti dengan perasaan ingin tahu yang semakin membuak-buak. Pada waktu ini jugalah, kita mula diperkenalkan dengan kewujudan pelbagai aplikasi media sosial seperti Myspace, Tagged, Yahoo Messenger, diikuti Facebook, Instagram dll. Dek Dalam pada masa yang sama, tanpa sedar, kita lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan lebih daripada masa yang diluangkan bersama keluarga. Perhatian untuk adik-adik juga semakin berkurang kerana merasakan mereka cuma menganggu sahaja dan bersifat kebudak-budakan. (aku ingat lagi masa raya dulu, aku pilih untuk keluar merempit beraya dengan geng aku tanpa rasa bersalah tinggalkan ibu ayah yang penat melayan tetamu datang beraya & biarkan adik menangis sebab tak boleh ikut aku, aduh jahilnya aku). Pulang sahaja dari sekolah, lepas makan di rumah, terus keluar semula untuk melepak pula di rumah kawan. Katanya untuk study group, alih-alih berada di CyberCafe pulak semata-mata nak layari internet untuk akses segala akaun media sosial kita. Tahu-tahu, kita sudah berani menipu di belakang ibu bapa kita yang akhirnya mula mewujudkan jurang di antara kita dan mereka. Disebabkan tahap kebergantungan kita kepada ibu bapa semakin rendah, peratus masa yang terluang bersama keluarga kita menurun kepada 50%.

3- Fasa Dewasa

Mennginjak ke umur 19 dan ke atas, adakalanya kedewasaan seseorang itu bergantung kepada persekitarannya. (macam aku, aku rasa aku start jadi matang bila aku dah start tak kisah kalau takde geng nak lepak sekali, kiranya kalau sorang2 pun boleh jalan ape). Pada fasa ini, kehidupan kita sudah secara automatiknya memerlukan kita untuk pandai membahagikan masa bekerja/belajar dengan masa bersama keluarga, Ya, keluarga ditekankan di sini. Tanpa sedar, semasa bekerja/belajar yang memakan hampir sedikit sebanyak perhatian kita, kita semakin terbuai-buai hingga mampu membuatkan kita berasa terlampau sibuk hinggakan kita tidak meluangkan masa berkualiti bersama keluarga apabila mendapat peluang sebegitu. Contohnya bagi yang bergelar pelajar, kita mempunyai cuti semester. Namun segelintir pelajar memilih untuk meluangkan waktu cuti tersebut dengan keluar bersama kawan-kawan, bercuti , ataupun bekerja separuh masa yang mana bagus kalau hasilnya dikongsikan bersama keluarga. Pada pandangan aku, bagus juga kalau dapat berjumpa dengan geng yang dah sekian lama tak berjumpa, boleh mengeratkan silaturahim. Namun yang tak sedapnya, sudahlah berjumpa di luar, di rumah pula boleh lagi masing-masing menyibukkan diri dengan melayan telefon bimbit lantas mewujudkan sebuah suasana kekeluargaan yang sunyi. Oleh itu, aku suka untuk menutup telefon bimbit pada masa-masa bersama keluarga supaya tiada apa yang boleh menganggu masa berkualiti kami sekeluarga. Hinggakan kadang-kadang aku pula dimarahi kerana dikatakan cuba mengelakkan diri daripada dihubungi. Bagi aku kalau tiada perkara penting untuk dikongsikan, buat apa untuk aku perlu menggunakan telefon bimbit buat sementara waktu. Aku ingin manfaatkan waktu cuti ini sepuas-puasnya dengan duduk di rumah dan rapatkan diri dengan ahli keluarga aku sendiri. Kalau bukan sekarang, bila lagi. Paling terkesannya adalah sejak belakangan ini, aku merasa lebih selesa untuk memperlakukan adik-adik aku sebagai kawan. Contohnya aku selalu mengajak mereka untuk teman aku keluar, atau ajak mereka berjalan sama-sama namun apabila mereka menolak, aku rasa terkilan kerana yelah, mereka mempunyai geng sendiri kan, siapalah aku ini. Aku turut berasa sedih memandangkan adik-adik aku kini mungkin berada dalam fasa keremajaan yang sedikit sebanyak membuat aku berasa terkilan kerana tak mampu mengubah mereka untuk tidak menjadi seperti aku dahulu. Pada masa-masa ini lah, kita seharusnya meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana apabila semakin besar nanti, percaya lah kita tidak mungkin mampu berbuat sedemikian disebabkan komitmen pada masa hadapan.

Oleh itu, bertindaklah dari sekarang kerana keluarga itu cuma satu sahaja dalam dunia. Sayangi keluarga anda.

– Anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.