Assalamualaikum W.B.T.
Terima kasih admin sebab approvekan benda ni sekiranya di`approve’. Maaf kalaw penulisan ni nampak macam cliche sebab aku ni budak mentah yang baru first time menulis dalam confession ni.
Ok.Apa yang aku nak kongsi di sini ialah tentang satu kes yang berlaku kat aku dan pada masa yang sama,aku ialah mangsa kepada kes tu.Kes ni berlaku masa aku form 3 and bende ni start berlaku masa waktu pagi lepas subuh.
Masatu aku tengah lepak dengan member-member sebaya kat tepi surau dan tengah buat persiapan untuk pergi lawatan sekolah pagi tu.Tiba -tiba,aku perasan something yang kurang.Wallet aku hilang.Dalam tu dah la ada RM100 lebih.Duittu ayah aku bagi untuk wang saku masa pergi lawatan sekolah.
Masatu aku dah pucat.Bengang.Camne aku nak pergi lawatan kalau tak ada duit belanja.Aku naik dorm aku balik.Cari wallet aku sampai jumpa.Cari punya cari .Tak jumpa.Aku dah mula pening kepala.Aku pergi balik surau.Aku cerita insiden ni kat member-member aku yang tengah lepak kat tepi longkang surau.Ramai jugak la kat situ.Ada yang dah gerak pergi sekolah.Ada diantara mereka yang lepak dekat tepi longkang suruh check balik kat dorm manala tahu aku ada TERletak mana-mana sampai aku pun tak perasan.Ok fine.Aku naik balik asrama.
Round 2.Aku cari lagi kat katil aku and at last.Alhamdulillah jumpa wallet.Bawah katil.Tapi sayang.Duit hilang.Aku pergi surau balik.Ambik beg baju aku & lain-lain and letak kat dalam kelas.Aku bukak cerita ni kat kawan2 aku dalam kelas.Ada yang bagi ucapan takziah.Ada yang tanya aku camne peristiwa ni berlaku dan macam-macam lagi.Macam – macam perkataan keluar dari mulut aku time tu. Tapi nak tak nak kene redha je.Semua budak lawatan termasuk aku ambik barang-barang kitorang & kemudian mula bertolak.Bas dah keluar dari pagar sekolah.
Aku ambik keputusan untuk call mak aku.Mak aku terkejut.Hampir menangis.Sebab kecewa dengan aku yang lalai dengan tanggungjawab aku untuk jaga duit tersebut.Aku pun cerita kepada mak aku dari awal hingga akhir.Percaya atau tak,aku menangis masa cerita benda ni kat mak aku.Aku dah la lelaki.Pastu menangis dalam bas pulak tu.Bila fikir balik hari ini pasal aku menangis dalam bas masatu,aku rasa macam kelakar pulak.Buat malu kaum adam je masa tu.Haha.
By the way,lepas aku menangis sebab tak tahan dengan ujian Allah,ada satu songkok telah diberikan kepada aku. Dalam tu ada banyak wang kertas. Biru,hijau,merah.Ungu tak ada masatu.Haha.Aku lap air mata aku.Supi (member) yang duduk sebelah seat aku cakap dekat aku,`Berapa banyak dapat?’. Aku pegang songkok tu.Aku hanya mampu terdiam apabila tengok duit yang terkumpul dalam songkok tu. Ada RM 200 lebih.Wow.Lagi banyak daripada ayah aku bagi.Gempak beb.Alhamdulillah.
Kepada member aku yang baca risalah ni,terima kasih sangat-sangat.Semoga Tuhan membalas jasa kalian.Daripada cerita ni,aku belajar sesuatu. Aku kena faham,ini dunia. Tempat Tuhan berikan ujian untuk hamba-hambanya.Dan Tuhan Maha Kuasa kat alam ini. Dan. Aku ni sebagai hamba Tuhan juga kena yakin mesti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa aku.
-MR. NOBODY-
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment