Friday, 27 January 2017

‘Sick’Trend

PengakuanKu

yes. menurut tajuk dia atas. ya aku ‘sick’ dengan trend sekarang. atau lebih kasar lagi, MELUAT dengan trend sekarang .

1. first sekali sebab tengok perempuan perempuan zaman sekarang. seluar ketat tapi pakai tudung. pakai tudung tapi nampak anak rambut ataupun leher ataupunnnn bahagia dada tu tak cover. dibiarkan terdedah. adapun yang pakai seluar longgar tapi paras atas daripada buku lali. boleh cerita semua fesyen fesyen zaman sekarang ni aku rasa merepek sangat. semua semata mata sebab kononnya OOTD ‘outfit of the day’. mengejar banyak like di instagram. tak salah pun nak ber ootd . tapi fesyen fesyen yang aku sebut tu serious macam merepek.

2. make up. semua berlumba nak make up cantik cantik. tapi bagi aku make up sekarang terlampau over. bukan kita sebagai perempuan tak boleh ke nak make up over over macam tu ? kau nak ikut mana ? ikut barat ? ada yang kata “biarlah, bukan beli make up guna duit kau pun”. betul, tapi contoh kau dah memang putih kulit muka memang flawless, tapi kenapa nak pakai foundation lagi sejuta lapis ? entahlah, ni pendapat aku je. masing masing ada pendapat berlainan. kalau aku, bedak loose powder, lipstick yang ikut colour darah and sedikit lah mascara. sebab tak nak muka nampak dull/pale sangat, tu pun dah okay dah aku rasa. ye pakai loose powder memang tak berapa nak ubah sangat colour kulit. and yes aku gelap, tapi asalkan dapat tepek tepek biar naik sikit seri pun dah cukup bagi aku.

3. bagi lelaki pulak, as usual badan sado. yelah tak salah pun berbadan sado . cuma kan lebih baik jugak kalau sado badan dan sado iman. kena la seimbangkan jugak dunia dan akhirat. semua berlumba nak berbadan sado . untuk pengetahuan lelaki, kitorang perempuan lagi suka lelaki yang fit main bola walaupun tak berapa nak sado dari masing masing berlumba mensadokan diri dan menayang badan di public, okay la tak reti main bola ? boleh je main sukan lain. tujuan asal dia asalkan fit secara natural, bukan consume collagen or mana mana vitamin yang membolehkan kerosakan buah pinggang. kalau pasal fesyen aku ada terperasan, lelaki yg pakai seluar paras atas lutut tapi dekat badan kemain dengan kemeja kemas siap. tak faham aku. tu kau cakap trend ? huh? ke aku je yang tasteless terhadap trend sekarang?

sebenarnya ada banyak lagi. seriously, memang zaman mak pak atau atok nenek kita dulu takde media fb or insta dan sebagainya, and also ada je antara mak atau nenek moyang kita dulu seksi or tak pakai tudung. tapi aku tak rasa kita boleh samakan kita dengan mereka. aku rasa zaman sekarang teknologi cukup canggih and aku rasa dah terlebih jelas tentang hukum islam yang diberi kepada kita. kita semua dapat pendidikan dekat sekolah kan ? aku sendiri pun takde lah sempurna , tapi kalau nak pakai fesyen fesyen yang aku rasa tak masuk akal ni aku rasa .. emm harap tak lah aku pakai untuk sekarang dan masa depan.

dan aku perasan sekarang ni semua orang nak berlumba, bukan lumba lari, tapi semua berlumba dari segi kekayaan, kecantikan, kemasyhuran. memang aku rasa aku rindu sangat tahun 1990++ hingga awal 2000.. sebab aku rasa waktu tu harmoni, takde nak berlumba lumba. kita semua sama pada waktu tu. semua bersederhana. dan macam aku sekarang, aku suka sangat gaya hidup yang sederhana. kalau keluar pun setakat pakai blouse, shawl atau bawal dengan gaya simple je asalkan tutup dada, kasut yang selesa pakai beserta stoking, dan make up yang aku apply yg macam aku cakap dekat atas. beg tangan pun aku okay je beli bawah rm100 or bawah rm50 .

tapi terpulanglah . nak berfesyen or bertrendy sangat ikutlah, tak kisah pun . asal Allah redha itu pun dah cukup memadai.

– zaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.