Thursday, 26 January 2017

Loner Yang Bahagia

PengakuanKu

Assalamualaikum dan sejahtera kepada non-muslim. Terima kasih admin approve confession ni.

Hai semua. Aku cik Loner. (lambai2 tangan sambil tersengih)

Sebelum ni aku pernah confess pasal kesedaran psikologi yg bertajuk “Pergilah berubat”. Tp x famous pun. But its okay sbb lepas aku confess tu, aku bersyukur sangat ditemukan dengan seorang insan yang memerlukan guide drp aku utk bantu diri dia. To her, thank you for asking me to pm you. I am so happy that you came out of your shell to reach out my hand and share with me your current situation. Please dont give up and stay strong! Allah bless you! :) (bagi aku, dpt bantu sorang pun dah cukup indah dah. Allah bagi rezeki aku bantu sorang. Alhamdulillah).

Okey. Merujuk kpd tajuk di atas, aku nak share cebisan hidup aku yang berperingkat2 dari seorang yg suka ada ramai kawan kepada loner yang bahagia. Cerita ni panjang kot.. Kot lah. Tp harap pembaca dapat pelajari sesuatu daripada cerita aku ni. Aku akan mulakan cerita ni dengan kisah hidup aku dari aku kecik lagi. So.. Please stand with me.

Asalnya, aku bukanlah loner dan introvert. Dan asalnya jugak… Original kelahiran aku, aku ni seorang happy go lucky yang anggap dunia ni indah dan sentiasa gembira mcm dunia teletubbies. Kalau aku teletubbies, aku yg warna kuning tu. Haha. Ceriaa saja. Tapi.. Tu masa asalnya aku sebelum aku kenal dunia. Cara aku pandang semua org keliling aku ialah dengan cara, semua orang baik. Semua orang mesti ada kelebihan. Semua orang mesti takkan buat jahat. Tu lah naif nya cara aku berfikir sebelum aku kenal dunia. Aku seorang yang berhati lurus, naif, dan tak reti fikir orang tu jahat. No matter apa yg dibuat kat aku.

Aku pandai melukis. Haaa.. Kat situ titik permulaan aku menuju ke arah populariti kat sekolah. Aku pun tak paham masa tu apa cantik sangat ke lukisan aku. Sekolah rendah kan. Lukis2 aku rasa biasa je tp org keliling anggap macam cantik je. Cikgu pun puji. Kalau masuk pertandingan melukis mesti kalau tak nombor dua, nombor satu. Dpt nombor dua pun psl kalah dengan senior. Sekarang aku dh besar aku tgk balik lukisan aku.. Aku rasa kelakar sebab buruknya masyaallah. Haha. Lukisan bebudak kan. Tapi pada masa sekolah tu aku dah ada kerjaya jadi freelancer dah sbb kwn2 mintak lukis untuk dorang free free takyah bayar. Memang free je bagi. Mintak dpt. Tak mcm skrg, buat freelance, kena bayar. Tp bila dengan kwn, dorang akan mintak free jugak tak pun diskaun. (ops terperli terang2an). Haha. Tak tak. Gurau je.

Okey. Sambung. Aku popular kat sekolah sebab pandai melukis. And sebab cikgu2 suka aku. Maybe sebab sifat aku yg comel dan naif macam teletubbies kuning, cikgu berkenan la dan suka suruh aku buat apa2 utk dorang. Cikgu suka nak lantik aku jadi ketua or penolong class. Cikgu kenal aku sebagai si rajin. Bila cikgu mintak tolong laju je aku tolong. Gittew. Tapi at the same time, aku pun kena buli kat sekolah sebab pandai melukis dan disukai cikgu. Bila aku popular and ramai orang nk kwn dgn aku, ada 2 orang perempuan popular yang tak puas hati. Yang sorang ni popular sebab pandai. Yang sorang lagi popular sebab cantik. Si pandai ni bestfriend aku, si cantik ni pulak macam suka buli aku sebab cikgu suka aku.

Al-kisahnya, si cantik dengan bodyguard dia yg setia. 2 orang. Sorang lelaki, sorang perempuan yg garang dia wuish.. Seram lah. Aku paling takut dgn si garang tu. So, dorang ni suka cari aku time aku sorang2 dan akan buli aku macam cekik, tampar, ugut, kutuk bapak aku, psiko aku, sampai aku nangis2 and sedih. Bila si cantik buli aku dan ada orang lain nampak, takde siapa akan tolong. Semua tengok je aku nangis tersedu2. Takde siapa tolong. Semua takut dengan si cantik dan bodyguardnya. Si cantik banyak peminat. Si cantik is the lady boss. Akak kawasan yang berkuasa dan dihormati di setiap kelas. Pergi mana2 memang orang sentiasa tahu nama si cantik ni.

Tak cukup dengan tu, bestfriend aku si pandai tu pulak a bit narcissist and fikir dia tu center of everything. Dia memang anggap aku bodoh. Pernah cikgu tanya soalan, aku volunteer nak jawab and jawapan aku salah. Lepas tu dia marah aku dan cakap “tulah kau.. Tak pandai takyah jawab. Bagi aku je jawab. Aku pandai sket drp kau.” Aku pun terasa rendah diri sungguh masa tu. Memang aku bodoh. Huhu. Tertekan. Si pandai ni tak puas hati kalau ada orang lain nak kawan dengan aku. Kalau orang lain nak aku melukis, dorang kena go through si pandai ni dulu. Si pandai ni akan letak syarat. Kalau aku lukis utk si polan ni, aku kena lukis benda yg sama si polan ni mintak untuk dia jugak. Hahah. Si pandai ni jugak sambil memegang jawatan sebagai bestfriend aku (dia kata dia bestfriend aku tp bila aku kenang balik cara dia layan aku.. Entahlah.. Huhu) dia lah yang mengawal hidup aku kat sekolah dulu.

Somehow, aku mcm jadi macai dia je. Dia akan ugut aku dengan friendship kalau ada apa2 jadi. Contoh, dia suruh aku buat something, if aku taknak.. Dia akan putus kawan dengan aku. Selain dia putus kawan dengan aku, dia akan hasut classmate lain jugak untuk pulaukan aku. Maka, jika dia hasut orang lain untuk pulaukan aku.. Makanlah aku sorang2 kat kantin dan takde sapa dalam kelas yang akan bercakap dgn aku walau aku tegur dorang. Aku sampai tertanya2 apa salah aku diperlakukan sebegini. Hanya kerana aku tak mahu menurut kata si pandai. Si pandai memang pandai torture mental aku. And, aku naif masa tu. Bagi aku… Dialah kawan dunia akhirat. Sahabat. Aku tetap maafkan di dan sayangkan dia masa tu. Sobs. So tiap kali kena buli dengan si pandai ni aku balik rumah nangis la kat corner pintu. Huu.. Huu. Camtu.

Tak cukup dengan kena buli kat sekolah oleh si cantik dan si pandai, aku kena buli kat rumah jugak oleh adik beradik aku sebab aku ni anak bongsu. Adik beradik aku.. Hmm. Takyah cite lah. Dorang memang tak suka aku sejak aku lahir kot. Menyibuk katanya. Kerja rumah mak aku buat jadual. Tapi adik bradik aku pandai dan akan suruh aku buatkan kerja dorang jugak. Aku digelar kuli. Pantang nampak aku, dorang panggil then suruh lah aku buat apa2 je kt rumah tu. Suruh buat air, angkat sampah, cuci baju, lipat baju, kemas bilik dan macam2 lagi. Dorang kalau main, tak suka aku ada. Dorang akan halau. Adik beradik sendiri pun pulaukan aku. Haduii. Sedih. Sampai dah besar aku tertanya2 apa salah aku? Sedangkan aku sentiasa layan orang keliling aku baik2. Itupun salah ke? Wuuuuwuu.. (nangis smbil tekup muka kat bantal). Orang kata anak bongsu ni manja. Tapi bukan aku.

Orang kata lagi… biasalah budak2 tak tau dorang buat apa. Bla bla bla. Tapi weh.. Aku sebagai budak yang membesar dlm persekitaran di buli mental ni.. Korang try bayang la agak2 aku ni boleh jadi psiko ke tak. Tapi alhamdulillah. Aku tak psiko. Completely normal. (wink). Cumanya, aku daripada seorang budak ceria bahagia mcm teletubbies kuning, berubah jadi seorang yang penakut, hilang keyakinan diri, sensitif, moody, dan pemarah. Sebab tu.. Parent, please. Budak2.. Apa je benda buruk jadi kt dia, dia akan ingat. Dan itulah yg akan membentuk diri dia. Core dia. So.. Pantaulah anak korang. Budak punya buli ni boleh tahan teruk dia sebenanye. Sbb apa2 pun.. Inilah zaman yg sgt penting utk bina seorang individu yg sihat dalaman. Psikologinya. Huhu.

Kes buli dengan si cantik berakhir bila dia pindah sekolah masa darjah 4. Dan.. Kes buli dengan si pandai berakhir lepas kami habis sekolah rendah. Aku berani confront si pandai ni bila start darjah 5. Hasil heart to heart dengan kakak aku yang dah matang sikit masa tu (masa kecik kakak aku ni la musuh. Dah puberty lain cerita lah. Hehe.) Dia cakap aku ni baik sangat. Dia jugak yg sedarkan aku pasal betapa cara si pandai layan aku tak serupa kawan, tapi lebih kepada barang. So.. Aku confront si pandai bila dia ugut taknak kawan dengan aku, aku balas balik “kau nak kawan dengan aku silakan. Kau taknak kawan dengan aku, sukahati. Aku tak rugi apa2”. Lebih kurang camtu aku balas. And, aku gain confident. Selama ni si pandai suka anggap aku bodoh. Aku pun start blaja kaw2 and malas nk layan si pandai ni punya demand dah lepas aku berani confront dia. Hasilnya, aku bebas drp cengkaman si pandai dan dia dah tak dpt buat orang lain pulaukan aku dah. Result aku pun makin naik dan by the time masuk darjah 6, orang dah mula nampak aku sebagai individu. Diri sendiri. Bukan lagi bayang si pandai.

Aku masih ingat kata2 si pandai bila result upsr keluar dan aku dapat 5A. Dia pun dpt 5A yelaa.. Dia kan pandai. Tapi bila dia dtg kat aku and tengok result aku, dia cakap mcm ni “eh pandai jugak kau kan, dapat 5A”. Sampai sekarang ayat tu aku ingat sebab.. Kelakar. Kelakar sebab si pandai persoalkan hakikat aku pun boleh jadi pandai dengan usaha dan tawakkal. Kelakar sebab si pandai fikir dia je ke layak dapat 5A? Kelakar sebab.. 5A tu dijadikan nilai ukuran untuk manusia seperti si pandai. Makanya, lepas habis sekolah rendah.. Si pandai masuk asrama dan aku fikir “lantak kau lah pergi mana. Tapi kawan kau ni bukan lagi sahabat kau”. And aku teruskan hidup aku kat sekolah menengah tanpa dia. And u guys know what.. Im better without her!

Pengajaran besar yang aku dapat masa aku dah tamat darjah 6. Orang lain yang aku tak kenal hati budi dia bila2 boleh datang kat aku dengan gelaran ‘bestfriend’. Tapi, aku silap bila aku sendiri tak faham erti sebenar bestfriend. Maybe sebab kat rumah adik beradik aku layan aku mcm kuli. Aku takde kawan kat rumah. So, bila kat sekolah aku fikir siapa je yg terima aku sebagai kawan.. Aku akan syg dia sungguh2 dan berkorban apa saja untuk dia. Friendship means everything. Aku suka layan kawan2 aku dengan ikhlas dan x berkira apa je mereka mintak. Kat situ silap aku. Aku naif. Lurus. Innocent. Sedangkan, mereka yg dtg dalam hidup aku dengan gelaran sahabat, kawan tu cuma ambil kesempatan je atas apa kebaikan yg aku ada. Atas kenaifan aku.

Dari situ, berbekalkan motivasi dapat 5A.. Aku belajar jugak yang aku ni tak bodoh sebenarnya. Aku anggap aku bodoh sebab selama ni fokus aku kat si pandai je. Aku agungkan dia sebagai seorang yang pandai dan aku rendahkan diri aku sebagai kurang pandai drp dia. Aku anggap aku tak layak jadi pandai. Aku yang merendahkn diri aku sebab aku tak sayang diri aku. Aku sayang si pandai lebih dr segalanya sampaikan dia layan aku mcm barang pun aku tak kisah. Aku sentiasa maafkan dia dan menurut je kehendak dia. Kat sini, silap aku paling besar sebab apa tau? Sebab, aku tak tahu yang friendship tu cuma akan betul2 wujud bila aku jadi bestfriend diri aku sendiri.

Aku tak sure korang faham ke tidak. Tapi ni kunci sebuah friendship yang sihat.

“Be your own bestfriend. Because nobody else know you the way you know yourself.”

Silap aku paling besar ialah bila aku anggap friendship tu bila dikelilingi ramai orang sedangkan dalam ramai2 orang tu.. Takde sorang pun yang betul2 terima aku tanpa syarat. And, tamat darjah 6… Pada usia 12 tahun, aku belajar yang dalam dunia ni, cuma diri aku je yang dapat terima diri aku sendiri tanpa syarat. Diri aku saja yang dapat sayangkan diri aku sendiri seadanya. Diri aku sendiri yang akan bina segala kekuatan dan motivasi untuk aku hadap apa saja cabaran yang mendatang. Pada usia 12 tahun, aku belajar untuk menjadi sahabat baik kepada diri aku sendiri. Aku jumpa seorang yang memahami aku seadanya, menerima aku seadanya, dan takkan tinggalkan aku. Malah akan mati bersama2 aku. And that person is myself. Kenapa penting kita bina friendship dengan diri sendiri? Kenapa?

Okey. Meh aku terangkan. Sebelum menyayangi orang lain, kita kena belajar untuk sayangkan diri sendiri. Sebelum berkawan dengan orang, kita kena belajar untuk berkawan dengan diri sendiri. Bila kita kenal diri kita sendiri, sayang diri kita sendiri, berkawan dengan diri sendiri, kita akn jadi positif. Optimist. Sebab apa? Sebab.. No matter what happen, asalkan diri kita masih ada dengan kita.. Kita pasti akan dapat cari dan bina kekuatan untuk menghadap apa dugaan yang mendatang. Orang lain akan tinggalkan kita. Bila kita dah tak ada sesiapa, kita akan masih dpt rasa bahagia sebab apa? Sebab.. Kita tak kehilangan diri sendiri.

Ramai orang yg jadi lost. Kosong. Hilang identiti. Sebab apa? Sebab… Mereka hilang friendship dgn diri mereka sendiri. Mereka tertanya2.. “Siapa aku ni? Kenapa orang lain tak dapat terima aku? Aku ni macamana sebenarnya? Aku tak kenal diri aku.” Lebih kurang gitu la persoalan dlm hidup dorang yang menjadikan dorang sedih. Jatuh tak dapat bangun. Rasa kosong. Mengharap orang lain support tapi, masih tak dapat bangun. Sebab apa? Sebab tak berkawan dengan diri sendiri. Sebab tak sayangi diri sendiri.

Lepas aku dah berkenalan dengan diri aku sendiri, dan aku jadi bestfriend kepada diri aku sendiri, honestly.. Hidup aku tak lagi sunyi walau aku sorang2. Loner. Memang lepas masuk sekolah menengah aku dah berubah jadi yakin sikit dan semakin popular sebab bakat yang ada pada aku (alhamdulillah). Tapi… Sebab peristiwa lama jugak aku tak ramai sahabat. Masuk skolah menengah, lepas aku dah jadi bestfriend kpd diri aku sendiri, banyak perubahan positif yg aku buat. TAPI.. Aku dah tak warm mcm teletubbies kuning. Aku jadi garang, tegas, lantang. Kat sekolah menengah ni aku lebih suka sorang2 walaupun ramai kawan. Kat sini bermula lah hidup aku sebagai loner. Tapi, aku belum bahagia sepenuhnya.

Masa sekolah rendah, aku dipaksa menjadi loner bila kena pulau, kena buli tanpa sebab tu semua. Personaliti aku berubah drp extrovert to introvert. Confident to insecure. Happy go lucky to emo and moody. Mental torture yg aku lalui dari usia 7 sampai 12 tahun tu dah membentuk satu personaliti baru dalam diri aku. Daripada orang yang suka berkawan, aku jadi keras. Cold. Aku tak suka berkawan. Melainkan dengan diri aku sendiri. Yes. Aku jadi selfish, dan aku jadi over indipendent. Kat sini bermulanya kisah aku sebagai loner yang emo. Belum bahagia lagi. Not yet..

Lepas aku berkawan dgn diri aku sendiri, aku mula kategorikan org sekeliling aku sebagai kenalan. Kawan. Sahabat. Kenalan tu takat hai2 bye2. Senyum2. Kawan pulak yang hari2 jumpa, borak2 kosong, tanya khabar, gelak ketawa, makan ramai2. Sahabat pulak… Seseorang yang paling istimewa, yg ada masa susah senang, sakit dan sihat, dan siapa yang aku terima sebagai sahabat aku je yang akan dpt tengok diri aku yg sebenar, yg dpt rasa kasih syg aku, dpt tgk aku nangis, dpt rasa warmness aku yg ibarat teletubbies kuning tu. Nak jadi sahabat aku nilah susah. Kalau dorg nk kenal diri aku yg sebenar, they hv to earn it. Bukan aku nk kata aku special.. Tp, sbb aku trauma nk tnjuk diri aku yg sebenar kt org sbb mcm2 aku dh kena masa kecik dlu, aku bina dinding keliling aku dan orang yg tunjuk kesungguhan nk kenal diri aku, dia akan dapat earn title sahabat tu. Aku buat mcm tu sbb aku takut. Yes. Takut.

Bila aku skola menengah, aku loner. Tapi aku tak bahagia sbb masih banyak parut dan lubang dlm hati aku. Thankfully i have myself. Sebab ada diri sendiri ni la… Aku kuat. Tapi aku tak sihat dalaman sebab, aku tak dpt terima orang lain. Untuk menjadi manusia sihat, kita kena berkawan dgn diri sendiri dan org lain. Syg diri sendiri dan org lain. BUT.. Aku cuma kwn dn syg diri sendiri. And aku tak bahagia sbb aku tak boleh syg org lain. Tudiaaa. Tudiaaa. Trauma. Haaa.

Alamak.. Dah panjang sgt confession ni tapi tak sampai lagi macamana aku jadi loner yang bahagia. Aku berenti kat sini dulu. Kalau admin approve aku sambung lah. Kalau tak.. Takpelah. Haha. Okey, at least korang dpt belajar satu benda penting untuk bahagia walau sendirian. That is, be your own bestfriend. Love yourself before others. Nah. Dah 2 key ingredient nk jadi loner yg bahagia TAPI tak lengkap lagi ni.

Walaupun aku tak habis cerita lagi next stage perubahan aku.. Ada jugak pengajaran kan? InsyaAllah kalau ada yg mintak aku sambung.. Aku sambung lah. Itu pun kalau ada. Kalau takde pun aku akan sambung jugak sbb.. Next stage of my life is what taught me to be a better person than that emotionally disabled loner. Aku pasti ada org lain yg dpt blaja sesuatu dr kisah hidup aku. So.. Aku akan teruskan. InsyaAllah.

Thank you sudi baca. Allah bless. :)

-cik loner-

– cik loner

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.