Background checking : Perempuan. Melayu. 23 tahun. Tinggal di Shah Alam sejak kecil. Pelajar akhir tahun di salah satu IPT.
Cerita Pendek: Aku atheist dan orang sekeliling aku cuma anggap aku budak melayu yang tak berapa Islamnya di situ. (baca: malas)
Cerita Panjang: Maaf kalau ada yang tercuit. ini cuma pengakuan budak yang masih mentah dan taktahu arah tuju hidup.
Susah weh hidup dalam kalangan melayu yang aku tahu mungkin ramai sahaja yang sudah boleh menerima kewujudan atheist dalam kalangan melayu tapi aku sendiri ada mindset melayu lol. Okay la, takde la susah sangat sebab nasib baik muka betul Melayu totok dan Malaysian has a strong association of Malay being Islam. Kalau kau melayu automatik kau Islam gitttuu. Thanks to that, tiada siapa yang tahu dan kisah nak ambik tahu pegangan aku.
Mak aku taktahu. Mungkin jugak sebenarnya benda ni bermula dari rumah. Mak aku bukan alim orangnya. Apatah lagi ayah aku. Aku rasa sampai sekarang ayah aku pun sama jugak dengan aku. Atheist. Dari kecil, mak aku ajar aku solat. Mak aku beli buku panduan solat wanita dan ajar aku sikit-sikit. Mak aku jugak cakap yang solat lima kali sehari itu wajib dan berdosa kalau ditinggalkan. Okaylah aku tak berapa faham isu dosa pahal lagi masa tu. I associated ‘dosa’ dengan ‘hanger’. Setiap kali aku buat salah, aku mendapat libasan hanger so aku assume kalau aku tinggalkan solat, aku akan berdosa dan mendapat hanger dari mak aku. padahal tak pernah pun la mak aku libas aku dengan hanger sebab tak solat. maybe sebab dia taktahu kot aku tak solat bila aku masuk bilik.
Tapi kenapa ayah aku tidak solat? Mak aku pun kadang2 mana ada solat. Kalau kat rumah dia solat, tapi kalau kitorang keluar jalan-jalan ke, mana ada isu ‘nak solat kat mana ni?’. Aku keliru tapi aku diamkan. The absolute order for a daughter is to remain silent whenever sensitive issues arouse. Aku jugak belajar yang amal ibadat ni sensitif. Ramai mengaku Islam, tapi buat tak? Tidak. Baru isu solat, isu lain? Masa raya, selamba je makcik-makcik free hair depan ipar duai. Solat lagilah wassalam. Yang lelaki buat rilek je jalan berkopiah balik surau, tapi satgi rokok di tangan, malam-malam sendu tengok porn. yang solat ke tak solat ke, hujung minggu cari ayam melepaskan hajat. okay okay aku stop.
disclaimer: aku tak kata Islam tak elok ke apa, aku jugak tahu individu tak mencerminkan satu agama keseluruhannya so rilek jap.
Setiap kali mak suruh aku solat, aku tiada bantahan dan terus ber wudhu’. Korang tahu la betapa lamanya proses pembebelan seorang ibu huhuhu. Tapi kalau aku duduk sorang2, memang wassalam je la. Benda ni terjadi semenjak kecil, sejak aku tahu Islam itu apa, sejak aku tahu konsep dosa pahala. Tapi sedikit pun tidak meresap dalam hati. Suruh aku solat? Aku solat je la. Aku hafal je segala bacaan yang terlibat dalam segala pergerakaan dan aku jugak tahu bertapa sia-sianya solat itu kalau sekadar solat tanpa penghayatan. Tapi korang mesti rasa, kalau aku atheist, buat apa la aku pi solat gak en? masa ni aku tak tahu pun kewujudan atheist so teruskan pembacaan.
Aku sekolah agama sejak darjah satu so memang ada pendedahan awal secara formal dengan Islam. Top scorer la tapi hanya di kertas. Aku jugak budak sekolah asrama dari tingkatan satu sampai la lima. Setiap kali usrah ataupun kuliah maghrib, aku cuma duduk dan mendengar. Aku tahu banyak benda pasal Islam. But we all know ‘tahu’ and ‘faham’ bring different connotation. AKu setakat tahu, tapi aku tidak faham. yelah, kalau aku faham dengan ilmu yang aku ada, aku dah tawadhu’ dah sekarang ye dak? akan lebih warak dan alim. lebih menjaga dan lebih berilmu. (I’m writing this with your perspective as a muslim on my mind)
It might be because what I have is the ‘information’ of Islam rather than the ‘knowledge’ itself. Both tells you the mutual point but with different depth and I don’t have the latter. I don’t feel that being religious is an emergence.
and then the thought struck me in the middle of night. am I even a Muslim now? I don’t think so. So should I pursue it deeper or should I let it go and live as a normal human. but, what is normal? is it normal to not to have a religion or is it normal to have this kind of thinking. what if I’m wrong? but what if I’m right. so in between these what-if game of thought, I figured out that I do live as an atheist before and I doubt the existence of god, or gods.
Sekarang duduk jauh sikit dari mak ayah pun, aku tetap sama. Duduk rumah sewa ramai-ramai dengan kawan melayu. Bila time solat aku buat rilek je tengok drama ke apa. dalam diam, aku rasa bebudak rumah aku ni dah tahu dah aku memang tak solat tapi mungkin diorang cuma rasa I’m a bad muslim. sebab apa kau tahu? sebab dalam rumah tu, aku lagi tahu banyak tentang Islam, dari segi tauhid, feqah, ilmu hadis, syariah, aqidah. Yelah, lama kot dari aku darjah satu sampai la form five aku memang dicampakkan dalam pengajian Islam ni. Budak-budak rumah aku ramainya takde pendedahan dari kecil. mereka tahu solat, puasa, dan small range of do’s and dont’s. So whenever they are in doubt, they rely on me to make them understand the view of Islam on regarding matters. contohnya, kenapa kena pakai tudung, apa logik lelaki kena tutup kepala lutut jugak padahal lutut lelaki kot like ‘hello ada sesiapa turn on ke nampak lutut lelaki’, kenapa dan kenapa. tapi jangan risau, aku tak pernah lagi sampaikan benda yang salah. aku gunakan pengetahuan aku untuk assist diorang. lagipun persoalan diorang tu aku dah tanya awal2 kat ustazah dan ustaz dulu, lagi banyak. I am merely repeating the given script.
satu je soalan yang aku takkan tanya ustazah dan uztaz sebab aku tahu aku akan timbulkan isu besar:
where is this god? why do we need to believe on god? why I can’t choose my religion upon the birth.
pergh kalau aku bagi soalan ni kat diorang, teruk aku bhai. ustazah aku dah la betul melayunya. kuat banter. okay moving onnn.
Sex? Is a pleasure de-stress and the perk or romance, with my loved one. Of course, it’s in secrecy. hehehe mesti korang nak tanya lover aku melayu ke tak. dia melayu atheist. Islam hanya pada nama dan IC. Arak? sorry tak minum, tak sedap. Sedap lagi milo ais tabur hehehe. makan babi? pun tak makan sebab bau dia perghhh tak menahan. mematikan selera aku. club? aku tak suka bising2. makanan tak halal? entah la. setakat ni aku lepak mamak, kedai tomyam, kedai hispter.
berbalik kepada persoalan di atas, kenapa aku solat gak en bila mak aku suruh? senang, sebab takkan ada banyak bunyi. kan tadi aku cakap aku sendiri ada mindset melayu, so aku tahu betapa furious nya kaum melayu bila dapat tahu kes murtad so aku taknak terperangkap dalam isu tu. aku pun taknak la pi tukar agama aku kat IC. tak berbaloi. kalau somehow dia letak aku agama hindhu pun aku buat rilek je. lol it just a word on an IC, nothing to be furious about. tapi korang sedar tak apa beza korang dengan aku? Tak banyak pun beza. kita buat benda yang sama. yang berbeza, kau beragama, aku tidak. (disclaimer: korang dalam ayat kat sini adalah mereka yang berada di gray-zone. yang betul warak dan alim tu, bukan kau, kau berbeza dengan aku.)
dalam post ni, baru sikit aku cerita. banyak lagi. sejak-sejak independent sikit dan lihat dunia luar ni, macam-macam aku tempuh. aku melihat dunia hanya melalui mata kasar. and I keep all those within myself. aku tak berani nak judge orang. aku tak berani nak kata aku betul, atau kau betul, atau aku salah, atau kau salah. aku cuma simpan dalam hati yang mana aku sendiri kadang-kadang messed up. aku baca philosophy barat, dan timur. aku juga baca idea-idea tokoh-tokoh Islam. pokok pangkal, tiada orang yang lahir-lahir terus jahat. cuma pihak A akan berhujah berpaksikan akal minda, pihak B berhujah berpaksikan agama. Aku tahu, untuk orang Islam, Islam is the center of everything. Aku jugak tahu atheist, the man itself is the center of everything. tapi dua-dua bercerita benda yang sama. perspektif yang berbeza. banyak lagi aku boleh tulis tapi cukup la yang basic basic ini. aku rasa yang aku tulis ni pun dah cukup negatif bagi sesetengah pihak. ye aku tahu, sebab aku melayu.
kadang-kadang aku terbaca non-muslim akan convert dan ceritakan pengalaman dia, bagaimana dia jumpa Islam. kadang-kadang siap ada meet and greet merata-rata tempat just to tell the world. it such a wonderful thing to be heard. aku tak faham, tapi aku nampak la dia punya seronok. maybe selama ini dia lost and somehow bertemu hidayah bak kata Islamnya, dan akhirnya memeluk Islam. cuma satu je aku nak tanya tapi tak pernah lagi tanya secara live, why Islam dan bukan agama lain? well you choose to be religious then why Islam. and if you are from another faction, still, why Islam? there a lot of religion out there. so why? oh anyway, don’t give me such a lame statement as ‘saya mendapat hidayah’. what I want to know, why you made your decision in such way?
disclaimer: sila baca semua tanda soal tu dengan nada bertanya. tak, tak marah pun. just curious hehehe.
aku taktahu la cerita aku akan diluluskan oleh pihak admin atau tidak. maklumlah, aku telah sentuh dua isu besar bagi seorang melayu iaitu melayu dan Islam. kalau admin tak luluskan, maka cerita ini untuk admin sahaja. no hard feeling. aku tak kisah memana. this is just a few of my opinion pun. kau orang terima or tak, terpulang. kau orang nak maki-maki pun, bukannya kenal personally so nak maki, makilah. nak nasihatlah. aku akan baca semuanya. aku open. eh tu pun kalau di post la. aku jugak tahu akan ada yang komen acah2 bagus, ada jugak memang ikhlas komen nasihat aku.
okay sekarang, kenapa aku kena jugak cerita benda ni kat korang? kan. mesti ada yang terfikir, sepatutnya aku duduk je diam2 hidup sebagai atheist, kenapa gedik-gedik jugak nak kasi tahu dunia. okay la aku kasi tahu:
aku bosan and I just addressed a thing which majority of you guys didn’t want to bat your eyes, but you know, it is there.
– anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
L
Saya simpan confessions ni dalam minda saya sebagai remaja untuk esok hari...mudah mudahan saya dapat menuju jalan yg benar..
ReplyDeleteFinally i found this post again..it has been deleted dgn iium admin.. around 3 years ago i met an atheist guy and i want to refer to this post but its gone.. but he's not my friend anymore I already forgot what i want to say.. anyway i am Muslim and i have find my own reason regarding why Islam but anyway.... its tired to answer because there will be too much QNA.. wish you guys find the right path
ReplyDelete