Thursday, 26 January 2017

Adik dan Duit

PengakuanKu

Terima kasih admin sekiranya menyiarkan confession ni.

Aku merupakan anak bongsu dari bilangan adik-beradik yang agak ramai. Sedang menuntut di salah satu IPTA, tahun ketiga dan perempuan melayu terakhir. Cewah.

Untuk pengetahuan pembaca, adik beradik aku (kakak-kakak dan abang-abang) haa boleh bayang ramainya adik beradik terpaksa tulis “double”, diorang semua dah bekerja. Aku sorang je lagi yang masih belajar. Dua orang belum ada kerja tetap. Tapi ramainya yang tiap-tiap bulan akan ada slip gaji. Ada yang gaji mencecah 5-6k tapi jarang sekali aku dapat merasa pegang duit dari kakak/abang yang dah kerja tetap tu. Nak tunggu raya, mungkin lah dapat paling banyak pun RM50 dari seorang dua, ada yang langsung tak hulur. Berhuhuhu je la kita sambil tunggu kalau ada yang nak bersedekah kat adik sendiri. Syukur sangat-sangat dah tu, rezeki.

Aku boleh cari duit sendiri. Pandai jugak la cari duit sampingan, sebab memang kena kerja kalau nak merasa pegang duit. Mak ayah aku kadang nak bagi duit belanja tapi aku tak nak, malu sebab rasa dah besar dan ada lagi duit simpanan sendiri. Keluarga aku bukannya kaya, ayah kerja petani, mak aku suri rumah. Kalau ada rezeki, jual hasil tanaman, dan duit kakak/abang aku akan hulur tiap-tiap bulan kat mak ayah. Mungkin diorang lupa yang aku ni pun berharap jugak, tak banyak sikit pun jadi lah. Jarang-jarang balik kampung, apa salahnya hulur sikit kan. Seingat aku, sepanjang aku kecik sampai lah ke umur 20+ ni, aku tak pernah mintak duit dari kakak/abang aku. Dari mak ayah tu mesti la ada masa zaman sekolah. Mungkin sebab tu, kakak/abang aku anggap aku dah ada duit sendiri dan tak perlu kasi duit lebih. Belanja makan tu aku ucapkan terima kasih sangat sebab langsung tak berkira.

Aku ambik pinjaman PTPTN, tapi bila dah tolak bayar rumah sewa, yuran, makan dan minum memang tak cukup. Ada masa jugak rasa sempitnya, nak beli itu ini perlu berkira-kira. Cuti sem lepas aku ada buat online business, aku sendiri ambik stok dekat supplier, ambik order, pos barang, semuanya lah. Mak ayah kalau ada masa free, tolong packing barang, alhamdulillah dapat untung bersih RM10k++. Mak aku ada tunjuk duit yang aku dan kakak seorang lagi kasi upah sepanjang beberapa bulan aku buat bisnes tu, dalam RM3k lebih. Buat belanja pergi umrah dah pun haritu, alhamdulillah rezeki mak dapat jejak tanah suci lagi. Kakak/abang aku pun hulur jugak duit untuk mak aku pergi umrah, diorang memang tak lupa jasa orang tua. Ayah belum ada rezeki lebih lagi untuk buat umrah kali kedua.

Duit untung aku buat bisnes tu aku bagi abang pinjam, untuk selesaikan urusan dia, RM5k. Lagi RM5k aku masukkan dalam akaun Tabung Haji, aku tak nak usik sampai lah ke anak cucu. Haa gitu. Yang selebihnya aku simpan tempat lain untuk buat belanja. Aku bagi kawan pinjam sikit sebab dia sangat memerlukan, entah bila nak bayar pun aku tak tahu. Aku pun dah lupa berapa lagi baki yang tinggal, RM200 lagi kot belum selesai. Tu lah baik sangat bagi orang tu, orang ni pinjam sampai rasa diri sendiri sekarang macam mengemis.

Sekarang aku cuti sem sebulan, mana boleh goyang kaki je. Mesti la tengah “kerja” (babysitter+maid) kat rumah kakak sendiri. Biasalah duduk rumah sendiri lagi best dari menumpang kat rumah orang. Niat hati untuk tolong jagakan anak-anak dia sebab dia tengah pantang, dan jugak sebab nak dapat upah memandangkan aku dah kehabisan duit. Tapi nak dapat upah tu mesti la tak senang, kadang nangis sorang-sorang. Anak buah tanya, “kenapa nangis, ada orang meninggal ke?”. Sambung nangis lagi, maaf mak ayah sebab selama saya duduk kat rumah, tak de lah rasa penat macam ni. Mak yang banyak buat kerja rumah.

Duit aku sekarang pun makin berkurang, serabut jugaklah sebab fikirkan nak beli barang-barang coursework untuk next semester. Takkan ada orang yang bagi duit selagi aku tak usaha sendiri. Beruntunglah sape-sape yang tiap bulan akan ada orang masukkan duit dalam akaun. Ada masa aku jealous dengan kawan sebilik, tiap bulan ada je orang bank in duit. Senyum jelah, dah rezeki dia. Kalau ada duit, aku tak kedekut. Aku tahu disebalik rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Sama-sama merasa rezeki Tuhan bagi. Sedekah kat orang yang memerlukan, belanja mak ayah makan. Tapi sekarang maaflah mak ayah, dan orang-orang terdekat, nak makan pun kena kira berapa lagi baki tinggal. Nak tunggu orang bayar hutang, entahlah bila. Nak usik duit dalam tabung haji, sayang pulak. Sabar je lah dulu tunggu orang bagi upah.

Bisnes online aku sekarang ni agak berkurang permintaan, jadi duit pun nan hado lah. Aku bukannya boros, bukan acah-acah hipster makan kat kedai mahal tunjuk kat insta. Nak makan aku masak sendiri je, kongsi dengan kawan-kawan sebilik, lagi jimat. Keluar makan yang best sikit tu boleh kira mungkin sekali je satu sem. Masa duit ada, tak kisah sangat nak beli barang-barang keperluan. Duit takde sangat ni baru rasa tersepit.

Aku nak nasihatkan pembaca yang masih ada adik, anak ataupun saudara terdekat yang sedang belajar, ringan-ringankan lah tangan bersedekah. Masa zaman belajar ni banyak nak guna duit. Apalah sangat nak dibandingkan 50 ringgit dengan gaji 6k sebulan tu. Tak terjejas pun. InsyaAllah lagi murah rezeki lepas ni sebab dah berbuat baik dengan orang lain. Niatkan sedekah, tak perlu berkira dengan darah daging sendiri. Sekarang ni semua benda mahal, duit tu laju je keluar macam air terjun. Sedekah dengan ikhlas, ada ganjarannya.

– Intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.