Thursday, 26 January 2017

Puberty

PengakuanKu

Assalammualaikum dan thank you admin kalau sudi publish confession aku ni .Gitu ayat kau ~ hah

Aku malas nak mukadimah sepanjang alam so aku akan terus masuk ke point . Mukadimah meleweh leweh pun who care kan ? eh lantak ko la . tak kuasa aku nak bace . sesilap baca tak sampai separuh dah ‘ieyy bosannya cerita dia . pebende doh kau merepek ?’ eh dah pahal tetibe aku yang start merepek ni ? ok fokus.

Masa aku sekolah rendah , aku ni dalam kategori kurus, hitam, pendek , tak menarik , hodoh , berspek mata tapi tetibe duduk kelas pertama. kah kah . Jangan expect la kalau dah fizikal kau macam tu maka berebut rebut senior nak dekat kau . Selisih la weh . Ada kawan nak ajak buat membe je pun dah rasa nak sujud syukur . Tetibe ade lelaki tegur padahal nak suruh pas buku kat membe belakang je pun aku boleh nak feeling cun . iey geli lak bila ingat . Bila dah dibekalkan dengan keadaan sebegini , dengan bebudak kelas aku tu semua bijak bijak belaka , belajar jenis semua cepat tangkap pulak tu jenis struggle gila nak mati , tapi aku pulak otak tak maju kehadapan sangat maka aku ni boleh lah dikategorikan sebagai ‘kau ade ke takde semua orang tetap bernafas’ gituuu.

Memang aku dipinggirkan kan pun . Aku ni hanya berguna bila terdesak je . Bila part nak pilih group lagilah semuanya taknak aku jadi ahli diorang . Sedih doh , terkapai kapai aku dalam kelas nak cari team , bila dah terdesak baru panggil aku . Itu pun muka masing masing macam tertelan tahi ayam je . Pernah masa tu , ada pertandingan bina rumah kreatif and team aku ni dapatlah top 3 number lepastu hadiah tu ade lebih tau , boleh weh tak bagi aku . Aku hanya mampu diam jelah . hina sangat ke aku ni ha ? bukan aku mintak pun jadi macam ni .

Aku ni dulu memang selalu jadi mangsa buli . maksud aku bukanlah buli macam suruh basuh spende kau ke , kasut kau ke . tidak . Tapi selalu kena dari segi mental . Dalam kelas aku banyak diam je . seriously . Sebab tahu ramai yang tak suka aku , so aku memilih untuk diam dengan harapan bila aku acah baik maka nanti orang tu akan suka lah aku . kononnye . but the truth is , kalau orang tu dah tak suka kau maka dia tetap akan tak suka . Memang aku terpaksa hypocrite je dalam kelas dan sangat tertekan sebenarnya . Yelah sebab kau tak jadi diri sendiri kan . Tapi , walaupun diri aku penerimaan terhadap umum agak sendu, aku banyak join aktiviti sekolah . yang selalu aku masuk pertandingan bercerita, syair, menyanyi dan sajak . Aku pun tak tahu mana saka confident merasuki diri sampai aku berani gila berada dikhalayak umum lantas melontarkan suara dan selalunya menang . hahaha
Pernah masa tu aku juara karoeke lagu raya lepastu cikgu suruh buat persembahan semula , ade lah sorang minah ni kira kata hot la kat sekolah aku . Dia merayu ok dekat aku suruh cikgu pilih dia nyanyi sama-sama dengan aku sebab dia kalah . Tapi cikgu tak kasi . Tapi tulahh , dia masih boleh hasut orang supaya tak suka aku . Eh noks, mak ni kalau jahat memang aku nak je jaja cerita yang perempuan ni hegeh ajak mak nyanyi sama sama hokehh , tapi lantakla small matter kan .

Kehidupan aku waktu zaman tadika dengan sekolah memang aku tak suka nak ingat . Aku ni jelita sangat ke sampai semua orang dengkikan aku . Ke aku ni terlampau hodoh sangat sampaikan orang rasa sakit mata nampak ada benda aneh depan mata maka dia buli lah aku . Tadika lagilah mcam hell dia punya cerita . Aku siap kerja pun ade orang dengki pergi koyak buku aku . Aku berdiri diam-diam pun ada orang datang lepastu cubit aku . Eh aku ada kacau hidup kau ke ? memang aku banyak menangis je masa tadika . Sekolah rendah aku dah tabah sikit , but still aku banyak pendam . Aku tak banyak kawan pun time sekolah rendah , kalau ramai pun masa aku masuk tournament . Maklumlah , nak tumpang nama kan . eh ?

Bila aku masuk sekolah menengah aku ingatkan dah mundur la zaman aku kena buli dan pinggir tu but still happend . Apa malang lah nasib aku ni . Tapi start sekolah menengah ni aku dah mula berani bersuara . aku dah tak diam dalam kelas lagi tapi aku paling kecoh . Suara aku gelak je dah mewakili satu kelas gelak . memang aku takde cover cover dah . kau nak suka aku ke tak ke , perlu aku nak kisah ke ? aku dah bangkit hokeh . kemain berlagak lagi statement . Tapi masa form 2 bebudak laki kelas anti aku . Muka aku asik jadi isu . Kau bayangkan dorang pegang buku aku siap alas tisu tau . Lepastu, kalau macam aku punya beg ke , botol air ke tetibe ada dekat tepi diorang cepat cepat diorang tolak macam geli . Kalau macam aku terpandang diorang ke apa ke mesti dorang cakap ‘ jangan pandang aku la, geli .’ sedih dia tuhan je yang tahu . Aku malu sangat jadi bahan jenaka macam tu . Hodoh gila ke aku ni?tah la , bila tenung muka lelama dekat cermin aku nmpak comel jugak aku ni , tapi bila sekilas pandang tu hmm . Sekolah menengah ni kira kata perempuan yang dulu time sekolah rendah muka selenga semua dah up to date . dah start pakai produk itu ini , dah kenal erti flawless , dah pandai berboyfriend . Aku ? masih lebam dan kusam . Aku ? couple jugak tapi couple dalam phone je tak pernah jumpa pun . aku takut nak jumpa kekdahnya , kang tetibe terus nak clash . kah kah .

Aku pernah saje main phone cousin aku then aku ternampak dia tulis nama aku as ‘ Aurora hitam’ btw aurora tu bukan nama sebenar aku , saje letak dalam confession ni . Hati aku time tu bapak rapuh gila weh . eh cilakenya . dah tercarut .
Bila duduk dengan perempuan cantik tu kau takyah cakapla rasa down tu macammana. Kadang-kadang aku mcam nak salahkan takdir kenapa aku tak cantik ? kenapa aku tak putih ? kenapa hidung aku tak mancung? kenapa kenapa kenapa? Astaghfirullahulazim. Aku tahu manusia semua Allah jadikan cantik , tapi setan ni suka buat kita rasa macam tak bersyukur.

panggilan hitam la , siti sarah la tu dah macam lali dah dalam hidup aku . Bila aku dah menginjak umur ke dewasa ni aku mcam dah tak kisah dah tentang cantik ke buruk . Kalau dulu yelaa asek menangis . Tapi sekarang aku buat pekak je , sampaikan orang pulak rasa menyirap je bila aku tak bagi respond . Oh ye fasal budak lelaki kelas yang anti aku tu , aku ada tanya membe aku kenapa dorang anti gila dengan aku and jawapan yang aku dapat ‘takde apa . dorang saje je’ SAJE SAJE? kau tahu tak , aku sampai depressed ? kau tahu tak aku hilang confident ? kau tahu tak yang aku malu ? Aku time tu memang takde kata lain dah keluar cuma rasa macam nak baling lesung batu , straight ke dahi korang . Baru kau tahu apa aku rasa selama ni .

Sekarang ni takdelah aku cantik macam neelofa pun just aku dah boleh terima keadaan aku apa adanya . Bila aku tengok muka aku masa zaman sekolah dulu ,aku tak sangka pernah melalui fasa hodoh sebegitu . Time tu aku relax boleh feeling cun je . Aku tunjuk gambar aku tu dekat adik sedara aku dia boleh bantai ayat ‘perghhhh tak selera aku nak makan’. Hina gila ke rupa aku dulu ? hahahah. Sekarang ni aku dah boleh adapt dengan people surrounding aku. Bila kau tak cantik ni , orang akan lebih ikhlas terima apa adenya kau dan bukan kerana rupa. Memang lah take time sikit orang nak kenal kau tapi perkenalan tu la yang lebih indah . Ini pada pandangan aku la .Bukan bermaksud kalau kau cantik orang tak terima kau apa adanya . Tapi cantik tu bonus . Kau patut syukur kalau kau cantik dan tak payah nak sombong pun sebab end up semua mati mereput jugak . Kalau kau nak berlagak jugak sebab kau cantik eh sila pergi meninggal.

Kau tak cantik tapi kau ada kelebihan yang lain . percayalah . Allah swt tu maha adil . Ade sebab dia jadikan kenapa kau tak cantik . Tapi mental kau kena kuat sikitlah bila kena ejek . Cuma janganlah sampai kau rasa nak bunuh diri . Ceh nasihat orang pandai . Kita ni perempuan tahulah macammana nak mencantikkan diri kita . Tapi takdelah sampai 24 jam makeup je . Tahulah mcammana nak jadikan diri kau kemas kan . oklah , sampai situ jela confession aku . bye

– ugly betty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.