Wednesday, 25 January 2017

Budak Tajaan

PengakuanKu

Salam & terima kasih…

Benda yg aku nak cerita ni mungkin tengah menjadi sebutan hangat utk budak tajaan. Ini mungkin luahan atau pendapat aku je.

Cerita ini bermula apabila biasiswa diumumkan akan lambat dikreditkan. Lepas tu byk la budak tajaan ni menggelabah & bermulalah perdebatan & penyindiran dalam media sosial. Ada yang menuduh pihak tajaan x jalankan tugas dgn betol la. Ada yg tuduh benda ni dah dipolitikkan. Macam-macamla org kata itu & ini. Aku bukan nak sokong siapa2 tp bila benda ni dah terjadi, aku pun terpikir.

1.Kepada orang yg menuduh pihak tajaan tu x buat keje : Tolong la jgn tuduh melulu mcm tu. Kau ingat diorg x buat keje ke?? Yg kau dah dpt duit sebelom bende ni terjadi tu siapa yg uruskan?? Hantu kat pejabat ke? Kau pernah tengok x berapa byk diorg kene uruskan setiap tahun utk setiap pelajar? Aku nak bgtau,diorg buat je keje tp masa ni byk sikit yg nak diuruskan & byk nak diaudit.

2. Kepada yg menyindir secara berlapis atau tidak : Kalau kau x puas hati sangat,daripada kau nak menyindir yg ntah berapa byk lapis la kau buat, apa kata kau pegi berhubung dengan pejabat daripada kau menyindir kat media sosial tu. Aku x rasa pun yg sindiran kau tu boleh menyelesaikan masalah kau dgn cepat.

3. Kepada yg screenshot perdebatan/pergaduhan kat media sosial : Kau kata kau rasa best je tengok semua drama tu & kau pun start nak menyindir dgn mulut/tangan kau yg menaip org yg bergaduh tu siap pergi screenshot & sebarkan benda tu kat media sosial. Sah2 kau pun sebenarnya nak kata kau la yg betol & kau la yg bagus. Please la fikir dgn profesional. Aku wonder mcm mana korg nak bekerja dlm bidang perkhidmatan nanti.

4. Kpd yg menyara famili : Bersabarlah. Ini mungkin sekelumit cubaan utk kau utk menghadapi ujian2 yg lebih besar pada tahun ni di masa yg akan datang.

Aku pun sedih gak benda ni terjadi. Tp kat sini aku nak list apa yg aku fikir.
1. Kalau kau start mengeluh & blame pihak tajaan, maksudnya kau indirectly tengah blame tuhan gak. Sebab yg jaga rezeki kau tu, Tuhan. Aku kategori ni jugak. Ya… Aku mengaku.
2. Selama ni ok je kau dapat duit kan. Cuba kau fikir, kau tu bawah tajaan, tp bila benda ni baru terjadi buat pertama kalinya, kau ibarat menggigit tangan tuan kau sendiri. You bite the hands that feed you. Cubala bersabar sekejap. Xde sekelumit pun ke rasa bersyukur kat diri kau utk duit yg kau dpt selama ni?
3. Kau perlu buat perancangan/savings dr awal2 lagi so that kalau benda mcm ni terjadi, kau x menggelabah mcm org hilang anak.
4. Media sosial bukan penyelesaiaan masalah. Kalau kau x puas hati,daripada kau ikut trend blame org kt media sosial, baik kau tanya baik2 directly dekat pihak yg sepatutnya. Aku tau la sekarang ni trend nak viralkan kesalahan org kt media sosial. Tp ni urusan rasmi kot. Aku x tau apa yg korg fikir. Nak raih likes? Retweets? Followers??

As for me, what i think is; when life is getting rough or things are not going to what you have planned, i will take each of them as another level of challenges rather than whinning or complaining plus blaming others for it. Lower your high-peak ego.

– Daydreamer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.