Friday, 27 January 2017

Sihir Ayah

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menyiarkan confession ini. Aku ingin meluahkan perasan aku sebagai seorang anak kepada seorang ayah yang sangat aku cintai..dan aku juga ingin mohon kalian semua mendoakan yang terbaik.

Bermula dari petukaran kerja ayah aku dari sebuah kampung ke sebuah bandar raya besar. Rezeki Allah berikan ayah dinaikan pangkat dan gaji walaupun dia merupakan pekerja yang agak baru di sana. Oleh kerana perasaan tidak puas hati kerana dia lebih lama bekerja disana tanpa ganjaran seperti yang ayah dapat, rakannya itu sendiri menyihirnya dengan tanpa belas.

Pada awalnya mak berasa pelik sebab ayah tak pandai “mengeteh” ni. Selalu makan kat rumah. Tapi kali ni dia keluar sebab kawannya ajak. Hal ini terjadi bila kawannya itu bagitahu ayah, dia boleh tolong cari orang ubatkan ayah. Cuma nak tahu nama mak ayah je. Sihir boleh jadi lebih teruk bila orang nak dengki kita tahu nama mak. Hati2 ya..

Makin lama ayah aku makin teruk sakitnya. Boleh di katakan setiap hari ayah sakit. Aku kesian tengok ayah..Namun dengan sakit yang ayah alami, ayah semakin dekatkan dirinya dengan Allah. Tak pernah sekali pun ayah tinggalkan solatnya. Aku pernah tanya pada mak, kenapa ayah tak pulangkan saja “benda tu”… Mak cakap, sebab ayah tak nak. Ayah nak berubat saja. Takut nanti kita dengan orang tu tak ada beza bila kita pulangkan… Aku hanya diam.

Pernah ayah pergi berubat, ustaz cakap “orang tu akan seksa ayah sampai mati” tapi denga cara yang halus. Oleh kerana ayah risaukan keadaan aku dan adik beradik, ayah pindahkan kami ke kampung. Dan ayah membuat keputusan untuk tidak bekerja disitu lagi.

Namun, sejauh mana ayah pergi, “benda” tu tetap akan ikut..Bila ayah sakit, panas.. Dia akan marah tak tentu hala. Habis kami anak beranak kena marah walaupun hal kecil. Ayah banyak diamkan diri dan minta kami faham situasi dirinya. Alhamdulillah aku ada mak yang sangat memahami dan menemani ayah kemana saja ayah pergi.

Terlalu lama ayah aku sakit, berbelas tahun ayah menanggung. Oleh kerana tidak larat lagi, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja. Mungkin dengan cara itu, si penyihir akan berpuas hati kerana ayah tiada pendapatan lagi. Namun ia bukan berhenti sekatat itu, ayah makin teruk hari demi hari. Sehinggakan tidak boleh tidur, banyak termenung dan ayah semakin kurus seperti tidak makan. Pernah aku tengok ayah melepet dirumah sepanjang aku cuti, kerana tidak larat. Sedih. Sangat sedih. Apa yang aku boleh buat? Diberi ubat hospital, tak pernah jalan. Ayah bukan sakit hospital. Kami terpaksa berjalan sejauh mana merata negeri mencari penawar namun hambar. Sekarang, Susah untuk aku lihat ayah ketawa seperti dulu. Sungguh aku rindu wajah ceria ayah.

Aku sentiasa berdoa semoga si penyihir itu bertaubat. Allah masih pinjamkan nyawa kerana memberi ruang kepada hambaNya bertaubat. Aku dan keluarga tidak akan memulangkan, namun kami tabah mencari penawar. Ayah sentiasa pesan pada aku dan semua yang mengenalinya..

“Jaga percakapan jangan sampai menguris hati dan perasaan orang. Kita tak kan tahu orang terasa dengan kita. Dan kita tak kan perasan siapa musuh dalam selimut..oleh kerana mulut, badan binasa..”

Ayah, semoga Ayah berada dibawah lindunganNya.. Semoga Ayah sembuh dari segala kesakitan dunia, dan tabah menghadapi setiap ujian yang ayah terima.
Mohon doakan untuk ayah juga ya.

**(pengakuan dibuat oleh orang yang menyihir itu sendiri bahawa benar dia yang melakukan kerana tidak berpuas hati)**

– Anak Ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.