Thursday, 26 January 2017

Babak Kenduri Kendara

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hai semua!

Aku nak cerita bab senario atau babak-babak yang selalu ada semasa majlis kenduri kawin, tahlil atau apa sahaja kenduri yang melibatkan anggota keluarga kita termasuklah saudara mara,ipar duai,sepupu sepapat,atuk nenek moyang. Haha.

Aku bagi satu situasi, ada majlis kenduri kesyukuran dekat rumah atuk. Keluarga ambil keputusan nak masak secara bergotong-royong sesama sedara mara semua. Nak rewang la bak kata orang kan. Maka,disini bermula lah babak-babak yang selalu wujud.

1. “Kakak.Nak mintak tolong cuci ayam, potong bawang”
“Eh, sorry. Tak boleh nak tolong. Anak nak tidur, tak boleh nak tinggalkan.”

Okay!Kalau anak masih kecil aku faham lagi. Tapi kalau anak tu dah 5 tahun tapi kau masih guna alasan tu, agak tak logik dekat situ ye. Budak tu dah besar tambahan ada lagi sepupu atau budak-budak sebaya dengan dia yang mana boleh je biarkan dia main sama-sama. Tak perlu rasanya nak 24 jam perhatikan anak tu sentiasa. Huhu. Boleh je kau pergi dapur tu tolong masak-masak sambil tu perhatikan anak tu.

2. Datang makan 10 minit kemudian balik.
Ni satu lagi cerita. Datang betul-betul sebagai tetamu. Datang makan kemudian balik. Kalau ada urusan yang betul-betul nak kena buat tak pe la kot macam tu. Ni tak, memang tak ada apa-apa urusan pun tapi masih buat macam tu. Apa la salahnya tunggu sekajap, tolong kemas apa yang patut. Ringan-ringankan tulang menolong sebab yang buat kenduri tu rumah atuk gak. Sedara sendiri.

3. Datang awal tapi duduk 24 jam dalam bilik/atas sofa/depan tv.
Aku rasa bab ni yang lagi parah. Dia memang datang awal tapi 24 jam melepak dengan handphone. Langsung sikit pun tak jenguk ke dapur nak tolong apa yang patut.

Yang lagi best, datang gak dapur tapi tetiba amik handphone, posing dekat depan lesung batu then amik selfie sikit. Pastu uploada dkt FB/IG/Twitter/Wechat/Whatsapp/Telegram dengan caption, ‚“Harini I ada gotong-royong masak dekat rumah atuk I. I ambil part tumbuk cili. Siapa cakap gadis macam I tak pandai buat kerja rumah.”

4. “Sorry, bang ngah tak boleh nak balik malam ni. Kena kerja sampai malam. Bos suruh“
5 minit lepas tu dekat FB “Bang ngah at Pavilion Kuala Lumpur watching CSI Movie with XYZ, ABC, DEF, GHI”

Hahaha. Tak tahu nak panggil situasi ni apa. Terlebih teknologi rasanya.

Untuk yg ke 5, 6, 7 dan seterusnya kalian fikir-fikirkan lah. Kalau ada share dekat comment bawah ni kalau korang pernah ada situasi macam ni.

Saudara saudari sekalian. Zaman dah makin maju tapi korang tak rasa ke kita ni makin jauh hubungan keluarga? Meriah memang meriah, tapi meriah dalam Whatsapp group je. Bila ajak berkumpul, tak ada la meriah macam tu.

Rapat-rapatkan la silaturahim tu. Rajin-rajinkan sikit tulang nak menolong. Jangan jadi macam pahat dengan penukul. Kena suruh baru nak buat. Aku tak nafikan masih ada lagi family yang kekalkan tradisi bergotong-royong bila kenduri ni cuma bila situasi tu tak macam situasi gotong-royong agak menyedihkan.

Kalau korang ada anak, didiklah anak tu dari kecil untuk mesra dengan orang, ajarkan mereka nilai-nilai macamni. Kalau buat kenduri upah katering pun, korang masih boleh wujudkan amalan gotong royong ni. Contohnya sama-sama kemas rumah. Jangan pulak buat alasan. Rumah atuk, atur la kemas sendiri. Tu namanya kurang adab ye sedara sedari sekalian. Hahaha.

Okay lah semua. Selamat berkenduri kendara. Jangan lupa eratkan silaturahim.
Nak meriah biar meriah benar-benar.

Ikhlas,
Mia Suhana

– Mia Suhana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.