Thursday, 26 January 2017

Penyesalan

PengakuanKu

Assalamualaikum admin, aku harap confession aku ini disiarkan dan dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Terima kasih admin.

Minggu lepas aku pergi teman kawan aku tengok rumah. Memandangkan masing-masing dah kerja dan mempunyai pendapatan tetap, jadi kami ingat nak survey rumah-rumah di sekitar kawasan ini. Lagi pun usia dah 25 tahun, orang kata elok dah cari aset sendiri kan. Masa pergi survey tu offer yg diberi memang menarik sangat. Kalau tak grab rasa rugi pulak. Niat asal nak survey je, tapi bila fikir balik ini peluang keemasan. Aku dan kawan aku pun kiralah pendapatan kami utk bayaran monthly loan.

Kira-kira, kawan aku ini lepas. Aku? tak boleh! Bila dengar je perkataan ‘tak boleh’ tu mata aku dah berair. Komitmen aku banyak. Hutang aku banyak. Kereta, personal loan, credit card… Benda-benda ini buat aku terduduk! Selama ini aku rasa ‘biasa’ je benda-benda ini. Iyelah, tengah membujang kan.

Mesti ada fikir dah memang salah kau lah buat semua ini. Iya, aku akui salah aku. Aku bodoh menilai. Kereta, personal loan dan credit card tu mula-mula aku ambil sebab bantu family. Tak payah lah aku cerita secara detail kenapa. Nauzubillah, aku tak mahu niat asal aku untuk membantu family tergugat sebab isu aku nak beli rumah ini. Iyelah, slip gaji dah cacat.. bank tengok pun tahu tak layak. Muda-muda lagi dah muflis.

Aku menangis bila teringat kejadian tu. Memang kesilapan aku, nasi dah jadi bubur. Aku tak fikir cara lain yg dapat membantu family dgn mudah. Aku bodoh sebab tak fikir panjang. Pengajaran yg sangat besar utk aku sekarang ini. Aku cerita ini utk perkongsian bg orang-orang muda macam aku.

Dulu aku tak nampak kepentingan beli rumah dan tanah ni. Yela, umur macam ni kadang kita ghairah nak upload gambar pakaian hipster, makanan hispter, travel around the world, pakai produk kecantikan dan kesihatan itu ini sampai lupa duit habis banyak pada benda-benda ni. Berapa kerat je pemuda pemudi yg bersungguh nak beli rumah dan tanah pada usia muda.

Tak kurang ramai juga yg tengah apply loan utk majlis perkahwinan yg akan datang ni. Aku nasihatkan jangan! Duit loan lebih baik kau beli rumah atau tanah dr habiskan pada make up yg akan cair, gambar yg akan lusuh, makanan yg akan jadi tahi tuuu. Aku bukan suruh korang jangan berkira utk bagi makan pada orang, ni aku nasihat jangan guna loan utk kahwin! harap faham.

Aku memang menyesal bila aku tak dapat beli rumah sekarang ini. Jika dikira, bayaran hutang semua itu akan habis pada usia pertengahan umur 30-an. Bila umur tu baru nak cari rumah, memang rugi sebab insurans apa dah tinggi. Sebenarnya dalam usia 25 aku boleh buat duit, tapi aku tak dapat peluang tu.. Memang sedih.

Sekarang aku buat biz kecil-kecilan utk cover hutang-hutang aku ini. Setakat cover je lah, nak beli sebiji rumah aku tak tahu macam mana lagi. Aku perhatikan usia macam ni, ramai kawan-kawan aku nak nampak cantik sentiasa, make up tebal, kos kosmetik saja beratus sebulan. Belum dikira kos pakaian. Nak branded. Kereta nak mewah. Beg tangan, jam nak yg ada nama. Travel sana sini. Sayang weh, kita masih dihasut utk nampak mewah padahal kedana. Kawan aku yg lepas loan beli rumah ni biasa-biasa je orangnya. Make up memang tak reti. Tapi pandai simpan duit utk beli rumah. Tanah sebiji dah ada kat kampung. Untung la siapa yg kahwin dgn dia. Tapi disebabkan rupa dia biasa-biasa je, dia pernah direject dan sekarang masih lagi single.

Umur usia ni tak dinafikan ramai yg dah mula cari pasangan hidup. Nasihat aku, bagi yg tak jumpa jodoh lagi tu usah meratapi nasib. Guna peluang usia muda tanpa komitmen keluarga ni utk cari duit lebih. Maaf cakap, orang Melayu kebanyakan masih tak nampak peluang dlm perniagaan. Usia muda, tenaga ada, waktu ada, kesihatan baik.. komitmen anak, isteri, suami takde baiklah kau bina hidup dgn lebih baik drpd meratapi kisah cinta. Rumah yg aku pergi survey tu rupanya company Cina atas rezab orang Melayu. Aku sedih bila dengar macam tu. Tauke Cina tu baru 35 tahun boleh buka satu bandar perumahan baru! Aku bukan racist, aku cuma nak korang berfikir macam mana cara orang Cina bekerja berbanding orang-orang Melayu.

Gunakan usia ini utk bina kehidupan sendiri. Cuba tengok page KRT, berapa banyak kisah lelaki biawak hidup. Perempuan pula kaki joli. Pandai bab buat anak je, bila bab kewangan boleh jadi isu cerai berai. Jadi, aku harap orang-orang seusia aku sekarang ni jangan buat kesilapan macam aku buat, cuba cari balik peluang dlm hidup kau. Sekarang aku akan cuba perbetulkan balik kesilapan aku, aku harap masih belum terlambat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Harap pembaca dpt memberi komen membina. Terima kasih.

– S.W.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.